Ahzab sepanjang zaman
لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ النَّاسِ عَدَاوَةً لِلَّذِينَ آمَنُوا الْيَهُودَ وَالَّذِينَ أَشْرَكُوا ۖ وَلَتَجِدَنَّ أَقْرَبَهُمْ مَوَدَّةً لِلَّذِينَ آمَنُوا الَّذِينَ قَالُوا إِنَّا نَصَارَىٰ ۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّ مِنْهُمْ قِسِّيسِينَ وَرُهْبَانًا وَأَنَّهُمْ لَا يَسْتَكْبِرُونَ
- "Kamu akan dapati (wahai Muhammad S.A.W) manusia yang paling bermusuh terhadap orang-orang beriman itu ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang Musyrikin. Dan kamu akan dapati (wahai Muhammad S.A.W), orang yang paling dekat kasih sayangnya terhadap orang beriman ialah orang-orang Nasara Kristian, kerana ada kalangan mereka (paderi-paderi dan pendeta-pendeta rahib) yang menegaskan dan mereka tidak sombong dan tidak takabbur. (al-Maidah: 82)
Sebahagian besar daripada mereka berkampung di Al-Madinah Al-Munawwarah kerana melihat tanda-tanda berlakunya Hijrah di situ. Bila datangnya Rasul itu, mereka kufur, mereka menentang. Mereka merancang menubuhkan bala tentera Ahzab untuk menyerang negara Islam. Merancang membunuh Nabi S.A.W dan meracunnya. Kewafatannya kesan dari racun itu.
Di mana perancangan Ahzab ini berterusan sepanjang zaman. Mereka terlibat seperti dijelaskan dalam kuliah yang lalu, dalam menjatuhkan Khilafah Uthmaniyyah. Setelah Theodor Herzl gagal merasuahkan Sultan Abdul Hamid Khalifah Uthmaniyyah yang terakhir. Di kala Uthmaniyyah dalam keadaan yang sangat lemah, berlakunya kekacauan dalam kerajaan. Usaha nak dipulihkan gagal.
Mereka menemui Sultan Abdul Hamid melalui Theodor Herzl, menawarkan berjuta-juta pound di masa itu, di zaman kerbau harga lima ringgit tahun 1900. Walaupun dalam keadaan yang terdesak, Sultan Abdul Hamid menolak dengan keras. Tidak akan menodai sejarah Islam yang telah ditegakkan oleh Sultan-sultan Uthmaniyyah.
Tetapi pemimpin-pemimpin Arab berjaya diperalatkan di atas semangat Nasionalisme, sehingga jatuhnya Uthmaniyyah, dilaksanakan Sykes-Picot, Perjanjian Balfour; Asia Barat dibahagi-bahagikan kepada pemimpin-pemimpin dan Raja-raja yang menyokong untuk menjatuhkan Uthmaniyyah.
Isu baru isu Baitul Maqdis melibatkan Zionis disiar dalam media boleh dibaca. Berlakunya tawaran yang termahal di abad ini kepada pemimpin-pemimpin Palestin oleh kalangan negara Arab. Menawarkan beberapa billion dollar untuk menubuhkan negara baru di Sinai bagi orang-orang Palestin. Peruntukan yang lumayan, membuka bandar baru dengan menyerahkan Palestin dan Baitul Maqdis kepada negara haram Israel.
Alhamdulillah, tidak ada pemimpin Palestin yang berani menerima tawaran itu. Kumpulan-kumpulan Islam Hamas dan Tanzim Jihad menolak dengan keras. Bahkan berita yang mutakhir, mereka memulaukan persidangan Palestin di Tebing Barat yang diadakan kelmarin dan hari ini.
Disebalik rekayasa pertembungan
Perlu kita tahu bagaimana permainan politik yang sangat licik dan orang kita yang membaca kitab Fekah kena baca juga perkembangan politik. Sejak tahun 90-an lagi, beberapa pemimpin Amerika, khususnya yang mengepalai 'order' baru dunia, menguar-uarkan dalam media bahaya Syiah terhadap Sunni. Al Hilal Syiah, setelah berlakunya Revolusi Syiah di Iran, mereka mengatakan Iran akan mengembangkan pengaruh negara Parsi, membahayakan orang Arab.
Bahkan isu ini tidak ada di zaman Shah. Di zaman Shah, dia bawah Amerika, pangkalan ke Amerika di Iran ada di masa itu, tak ada isu ini. Tetapi, selepas Revolusi Islam Syiah di Iran, ditimbulkan isu ini. Adakah isunya Sunni dan Syiah? Orang Islam mesti faham, orang Islam mesti faham. Betul kita Sunni, kita Ahli Sunnah, pertahan Ahli Sunnah wal Jamaah, tapi kena faham politik.
Salahuddin Al-Ayyubi yang berjaya membebaskan Baitul Maqdis yang ditakluk selama satu abad, mengambil langkah berdamai dengan Kerajaan Fatimiyah Syiah di Mesir. Fatimiyah Syiah di Mesir, dia mendirikan Universiti Azhar. Azhar ini Universiti Syiah pada asalnya untuk mengembangkan pengaruh Syiah Fatimah Az-Zahra Al-Azhar. Kerajaan Fatimiyyah.
Salahuddin Al-Ayyubi mengambil pendekatan damai. Beliau sebagai wakil tentera Ayyubiah naik atas mimbar di Mesir memuji khalifah Fatimiyyah. Menyebabkan orang marah, apa duduk puji Syiah? Beliau bersabar. Berakhir dengan selesai masalah dalaman, Mesir bertukar menjadi Sunni. Jami’ Azhar di Mesir, Ahli Sunnah sampai hari ini. Baitul Maqdis berjaya dibebaskan. Ini mesti faham. Adakah isu ini ataupun isu menyelamatkan Israel?
Negara Arab yang sudah dibeli dengan kesenangan dan kemewahan tidak membangunkan teknologi mereka. Saya sebut minggu lepas, mereka kaya sahaja, tapi bodoh. Kaya, bodoh nak buat apa? Dia dalam Syiah yang cerdik, membangun teknologi, bahkan mereka mentajdidkan Fekah mereka, mereka buat pilihan raya. Dalam Fekah Syiah tak ada pilihan raya, dia pun boleh buat pilihan raya.
Negeri Arab yang kuat Sunni ini pilihan raya ke tidak? Diktator. Presiden boleh dipecat, boleh dijatuhkan. Dibangunkan teknologi dan dibuat kajian Wilayatul Faqih yang banyak melakukan perubahan dan mencedok Fekah-fekah Sunni Ahkam Sultaniyah dan lain-lain. Tajdid dilakukan. Dan mereka membangunkan teknologi.
Turki yang dijaga oleh Barat, jangan muncul lagi. Dalam diam-diam membangun Turki. Turki membangun. Walaupun Perlembagaan Turki mengharamkan penubuhan parti yang berunsurkan agama. Mana-mana parti politik yang membuka ruang untuk agama, diharamkan. Lepas satu, satu, sehingga parti AK memerintah pada hari ini menghidupkan demokrasi dan kebebasan. Demokrasi dan kebebasan bukan sahaja untuk Barat, tetapi juga untuk Islam.
Arak tak boleh diharam, pelacur tak boleh diharam, sangat sulit. Pangkalan tentera Amerika tak boleh ditutup. Diplomatik dengan Israel tak boleh diputus. Kalau masjid jangan dikacau. Ceramah agama jangan dikacau. Kegiatan Islam jangan dikacau. Ini pendekatan yang dibuat oleh Turki dalam keadaan yang begitu rupa.
Rampasan kuasa tentera Turki yang diatur gagal untuk menggulingkan Erdogan, gagal. Iran terlibat, Qatar terlibat dalam mempertahankan Kerajaan Turki, menunjukkan ada kerjasama di antara negara-negara ini. Namun tawaran baru yang saya sebutkan tadi, bukan sahaja untuk menubuhkan negara baru Palestin. Termasuk menubuhkan blok baru, blok Arab kerana Israel untuk menghadapi bahaya Syiah, bukan blok Islam menghadapi bahaya Israel. Ini percaturan politik yang kita faham.
Tawaran yang saya sebutkan tadi, tawaran yang dikemukakan kepada Almarhum Yasser Arafat ketika beliau masih hidup. Turki di bawah kerajaan Sekular yang tegar, menghantar Menteri Luarnya Ismail Cem, saya ingat nama dia. Berjumpa Yasser Arafat, menawarkan beberapa billion kepada Yasser Arafat untuk mendirikan negara baru Palestin, serah sahaja Baitul Maqdis kepada negara Israel.
Arafat menjawab dengan senyum, Yasser Arafat kata saya bersetuju, saya bersetuju. Tetapi kamu balik ke Turki buat undi pilihan raya di Turki pungutan suara, tanya rakyat Turki setuju ke serah Baitul Maqdis kepada Israel? Satu jawapan yang bijak menyebabkan Ismail Cem keluar dalam hampa. Buat pilihan raya demokrasi, tanya orang Turki, orang Turki setuju ke tidak?
Baitul Maqdis milik Islam
Baitul Maqdis adalah isu Islam, bukan isu Arab, isu Islam, isu agama. Walaupun mereka tololkan ini isu Palestin, isu Arab, isu nasionalisme, tidak, ini isu Islam. Islam yang berhak di Palestin. Kalau di atas nama kebangsaan, baik bagi dekat Yahudi. Yahudi sendiri tidak berhak terhadap Palestin. Mereka ke negeri Islam.
Islamnya Palestin ini Allah menugaskan Ibrahim A.S supaya merasmikan Palestin setelah Nabi Ibrahim A.S dihalau daripada Babil, Babylon, berhijrah ke Palestin, ke Mesir. Balik ke Palestin dan mendirikan bumi Palestin, menghidupkan walaupun sudah ada penduduk di situ. Al Yabusiyun, dulu dari Yahudi lagi, dan Ibrahim memakmurkan Palestin.
Di mana Ibrahim adalah bapa kepada penganut-penganut agama besar Yahudi, Kristian dan Islam, termasuk Musyrikin. Orang Musyrikin juga memuja Ibrahim. Dalam Hindu antara tuhan ialah Brahma. Brahma, mereka anggap sebagai tuhan, itu Ibrahim, setelah pengaruhnya masuk ke India. Yahudi memuja Ibrahim, Kristian menyebut Abraham, orang Islam juga memuja Ibrahim disebut dalam tasyahhud akhir. Allah menyatakan:

مَا كَانَ إِبْرَاهِيمُ يَهُودِيًّا وَلَا نَصْرَانِيًّا وَلَٰكِنْ كَانَ حَنِيفًا مُسْلِمًا وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ
(Ali Imran: 67)
مَا كَانَ إِبْرَاهِيمُ
Bahkan dalam ilmu qiraat, qiraat As-Syami (menyebut), "Maa kaa na Ibraham"
يَهُودِيًّا وَلَا نَصْرَانِيًّا
Ada bacaan ulama,"Maa kaa na Ibraham". Ada bacaan begitu daripada riwayat As-Syami.
Ibrahim bukan Yahudi, bukan Nasrani, Ibrahim bukan Musyrikin, Ibrahim adalah seorang Islam. Dan Allah memerintah Bani Israil satu bangsa yang dilahirkan daripada Ibrahim A.S melalui anaknya Ishak dan cucunya Ya'kub, maka lahirlah Bani Israil. Ya'kub yang berhijrah ke Mesir, melahirkan bangsa Israil. Ismail yang berhijrah ke Makkah melahirkan bangsa Arab. Arab dengan Israel ini, dengan Yahudi sepupu. Sepupu, pupulah. Itu hal lain. Menunjukkan Islam agama asal.
Setelah wujudnya bangsa Israil keturunan Ya'kub, setelah beribu-ribu tahun, mereka dipindah di Mesir, Allah memerintah Nabi Musa A.S berhijrah ke Palestin dengan Allah menunjukkan mukjizat kepada Bani Israil, mukjizat Musa. Menandakan ke-Rasulannya, ke-Nabiannya supaya Israil, orang-orang Yahudi mematuhi Nabi Musa A.S. Diberi kitab Taurah yang lengkap kerana mereka beriman, ditunjukkan mukjizat, Firaun dan bala tenteranya ditenggelamkan di Laut Merah.
Allah menyuruh mereka masuk ke Palestin, dengan syarat mereka mesti berjihad, berperang menentang kaum Jabbarin. Apa kata mereka?:

اذْهَبْ أَنْتَ وَرَبُّكَ فَقَاتِلَا إِنَّا هَاهُنَا قَاعِدُونَ
- "Wahai Musa, pergi kamu dengan tuhan kamu, kami tak mahu pergi kami mahu duduk di sini sahaja." (al-Maidah: 24)
Ini orang Yahudi, sehinggalah Allah mewafatkan Musa dan Harun A.S, disesatkan selama 40 tahun. Lahir generasi baru, Yusya’ bin Nun membebaskan Palestin. Ditegakkan kerajaan yang menjalankan Kitab Taurah. Di antaranya kerajaan Nabi Daud dan Sulaiman A.S. Wakil Israel di Bangsa-Bangsa Bersatu, saya ikuti ucapan dia. Antara hujahnya ialah Nabi Daud yang mendirikan kerajaan di Baitul Maqdis.
Siapa Nabi Daud? Nabi Daud yang beramal dengan Taurah, Nabi yang Islam, Sulaiman yang Islam, bukan Sulaiman yang kafir, yang meninggalkan Taurah. Di sini hikmat Allah menyebut kisah Bani Israil dalam al-Quranul Karim. Disebut dalam Quran kisah Nabi Yusuf, Nabi Ya'kub, Nabi Ibrahim, Nabi Daud dan Sulaiman disebut dalam Quran. Dan disebut hukum-hukum yang sama dalam Quran dan Taurah. Hukum Qisas dan Hudud yang jadi isu pada hari ini, disebut dalam Taurah, sama dengan Taurah.
Bahkan kita penganut Islam dihalalkan memakan sembelihan orang Yahudi, halal dan haram dekat, menunjukkan persamaan agama. Tetapi kitab mereka dinasakhkan. Islam adalah agama Allah untuk manusia, bukan untuk orang Yahudi sahaja. Tapi mereka fanatik kaum, seolah-olah Islam ini untuk orang Yahudi. Nabi bangsa Yahudi, mereka nak ajar Allah Taala. Mereka dilaknat oleh Allah.
فَبَاءُوا بِغَضَبٍ عَلَىٰ غَضَبٍ ۚ
- "Mereka diwabakkan dengan kemurkaan."(al-Baqarah: 90)
Kemurkaan di atas kemurkaan bertalu-talu, membunuh Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul. Mereka tidak layak untuk mewarisi Palestin, dan Allah mengisytiharkan ‘Alamiyyah Muhammad S.A.W pada malam Israk dan Mikraj, sembahyang berjamaah di Baitul Maqdis. Nabi tak minta jadi imam, Nabi tak minta jadi imam. Sekarang ini jangankan imam, Perdana Menteri pun orang minta. Jibrail pegang tangan Nabi, Nabi jadi imam.
Semua Nabi-Nabi sembahyang di belakang, sembahyang berjamaah, menandakan Islam adalah agama Nabi-Nabi A.S. Palestin adalah Islam. Baitul Maqdis adalah Islam. Mereka telah berjaya memperkecil dan mengecilkan isu Palestin, daripada isu Islam jadi isu Arab. Isu Palestin isu Baitul Maqdis.
Kemudian isu Baitul Maqdis Timur dan Barat. Banyak pemimpin negara Islam dalam ucapannya menerima Baitul Maqdis Timur untuk orang Islam, Barat untuk Yahudi. Ada yang berucap macam ini. Mahdi dari Baitul Maqdis, kecilkan lagi pula. Sedangkan Baitul Maqdis adalah untuk orang Islam. Dan Islam tidak menghalang penganut agama-agama lain.
Namun Allah Taala mengajar kita, mengajar umat Islam, bila meninggalkan Islam, maka umat Islam jadi hina, jadi lemah, mereka ditakluk. Dan Allah tidak mengizinkan agama Islam ini mati. Cahaya tak boleh dipadam.
Perjuangan menentang Yahudi
Saya ulangi balik apa yang disebut apabila dilaksanakan Perjanjian Sykes-Picot. Yahudi berhijrah ke Palestin, berlaku protes di Baitul Maqdis. Pemimpinnya Syeikh Muhammad Amin Al-Husaini, Mufti Palestin yang pernah dijemput di Tanah Melayu dalam Musabaqah Quran yang pertama tahun 1960, Mufti Palestin.
Amin Husaini diburu oleh pihak Berikat kerana dalam Perang Dunia, yang kedua beliau berpihak kepada Hitler kerana beliau berjumpa dengan Hitler, ada gambar, disiar dalam perjumpaan dengan Hitler. Hitler menjanjikan untuk menyerahkan Palestin balik ke orang Arab. Hitler kalah. Amin Husaini diburu, termasuk dalam senarai dikehendaki oleh pihak Berikat.
Tapi alhamdulillah, negara Arab tak sanggup serah dia. Tinggal di Mesir, tinggal di Lubnan, menetap di Moscow, tapi Tunku (Abdul Rahman), Almarhum Tunku jemput dia datang Musabaqah Quran tahun 60, ada juga peranan Tunku datang ke sini Musabaqah Quran tahun 60, yang tua-tua masih ingat dia datang.
Dia mengepalai gerakan menentang Yahudi di Palestin. Berlaku demonstrasi, bantahan melibatkan seluruh dunia Islam, bukan sahaja orang Arab, bahkan Presiden kita yang kedua Dr Burhanuddin dikatakan pernah ditahan di Baitul Maqdis kerana terlibat dalam demonstrasi itu, dalam tahun 40-an, Dr Burhanuddin. Orang PAS ini dah lama dah terlibat, sebelum merdeka lagi, sudah terlibat dalam perjuangan ini.
Dan kita berjaya menggunakan pengaruh kita untuk menghalang Malaysia mengiktiraf Israel, sehingga hari ini alhamdulillah Malaysia tak iktiraf Israel walaupun negara Arab sendiri sudah iktiraf Israel. Bodoh-bodoh Malaysia pun tak iktiraf Israel, Pakistan tak iktiraf Israel, Indonesia tak iktiraf Israel kerana kekuatan rakyat, kekuatan rakyat.
Apa yang menarik, yang mutakhir ini Datuk Bandar London, Sadiq Khan, bila Trumph nak pergi melawat London, dia membuat kenyataan, dibantah. Dia akan kerahkan London demonstrasi untuk menghalang Trumph melawat London, kerana menyerah Baitul Maqdis, pindah kedutaan Amerika di Baitul Maqdis. Tapi beberapa negara Arab sambut Trumph dengan karpet merah, ini. Orang Pakistan pula bersungguh. Orang Arab tak sungguh, bukan semua Arab sungguh. Rakyat Arab tidak.
Dan kita perlu memahami bahawa Israel mempunyai agenda yang besar. Agenda Freemason dan Zionis untuk mengembalikan empayar Kerajaan Nabi Sulaiman A.S, mencari Tabut. Tabut ialah peti mukjizat yang membawa Thalut dan Nabi Daud mengalahkan Jalut, disebut dalam Quran. Kalau ada Tabut ini, menang dalam peperangan. Mereka menggali keliling dan membuat terowong di bawah Masjid Aqsa untuk mencari Tabut bagi menakluk dunia. Pusatnya di Israel.
Dan di sana terdapat kepercayaan di dalam beberapa mazhab Kristian. Dalam mazhab Katolik Protestan dan beberapa mazhab Ortodok, yang mempercayai perlunya gabungan Yahudi dan Kristian untuk menentang umat Islam bagi menubuhkan empayar dunia yang berpusat di Israel menunggu kelahiran Al-Masih, yang disebut dalam Hadis, Al-Masihu Dajjal, disebut oleh Nabi S.A.W, Al-Masihu Dajjal, akan lahir di akhir zaman menjadi tanda besar akhir zaman. Al-Masihu Dajjal daripada bangsa Yahudi yang menakluk dunia.
Terdapat dalam kalangan Kristian Zionis bergabung dengan Yahudi, menunggu kelahiran Al-Masih untuk mendirikan negara agung Israel. Penglibatan Amerika dan sekutu-sekutunya ada kaitan dengan ini. Namun disebut dalam Hadis-hadis yang sahih lagi mutawatir, orang Islam akan mengalahkan Yahudi di akhir zaman.

لا تقوم الساعة حتى يقاتل المسلمون اليهود
ويختبئ اليهودي
وَرَاء الشَّجَرِ والْحَجَرِ
فقال الحجر يهودي وراء فاقتله
الا شجرة الغرقد
- "Tidak akan berlaku Hari Kiamat sehingga orang Islam menghapus, membunuh Yahudi. Sehingga orang-orang Yahudi berlindung di sebalik kayu dan batu. Kami yang batu memberitahu, "Wahai orang Islam, ini Yahudi di belakangku, sila datang hapuskan dia"."
Ini Hadis dalam Shahih Bukhari.Dan di sana Hadis-hadis disebut dalam kitab Hadis. Nuzul Isa A.S, turunnya Nabi Isa A.S termasuk dalam tanda akhir zaman. Dan zahirnya Imam Mahdi termasuk dalam tanda akhir zaman. Jangan dipandang lekeh. Walaupun khilaf di antara ulama-ulama, antara Sunni dengan Syiah, khilaf tentang Imam Mahdi.
Tunggu Imam Mahdi?
Syiah Imamiyah mengatakan Imam Mahdi sudah zahir sejak ribu tahun yang lalu, bersembunyi di Iraq dalam tanah, akan muncul di akhir zaman. Syiah Nakhawilah yang tinggal di Madinah, ramai di Madinah ada Syiah, peniaga di pasar, sebahagian berniaga pasar, sebahagiannya penjual daging di pasar. Yang kata Syiah kafir itu jangan beli daging dekat pasar Madinah itu, ada Syiah, dia jual daging. Jangan cepat sangat kata kafir-kafir ini.
Mereka percaya Muhammad bin Hanafiyyah adalah Mahdi, bersembunyi di Gunung Radhwa, gunung yang di antara Makkah dan Madinah. Disebut oleh Ibnu Khaldun dalam Al-Muqaddimah, kepercayaan Syiah Nakhawilah. Sunni mengatakan zahir macam manusia biasa di akhir zaman. Salah seorang pemimpin yang akan memimpin ummah untuk mengembalikan keadilan setelah dipenuhi dengan kezaliman.
Ada pula orang tak payah mengundilah, tak payah berjuang, tunggu Imam Mahdi datang. Ada pula macam itu. Ini tak betul. Kewajipan menegakkan Islam kewajipan di zaman masing-masing, kewajipan di mana orang Islam dia berada, wajib dia menegakkan Islam, bukan tunggu Imam Mahdi. Hadis zahirnya Imam Mahdi diriwayatkan oleh lebih daripada 20 orang Sahabat (R.A), menandakan Hadis mutawatir. Walaupun tak disebut dengan sarih dalam Shahih Bukhari dan Muslim.Shahih Bukhari menyebut:
كيف انتم إذا منكم ابن مريم وإمامكم منكم
- "Bagaimana keadaan kamu bila Isa Ibnu Maryam turun dan pemimpin kamu kalangan kamu?"
Itu dalam Shahih Bukhari dan Muslim. Tak disebut dalam Sunan Arba’ah, dan kitab-kitab yang lain. Walaupun di sana ada Hadis maudhu’, hadis palsu, ada hadis-hadis dhaif, hadis hasan, dan ada hadis-hadis yang sahih lagi mutawatir, tak boleh dinafikan. Akan tiba masanya.
Tiba masanya turun Isa A.S, Kristian percaya, sebahagian mereka percaya Nabi Isa disalib, dibunuh. Sebahagian Kristian blok Ortodok mengatakan Isa akan turun di akhir zaman. Kristian pun khilaf. Yang peliknya, Kristian yang kata Yahudi bunuh Nabi Isa, sokong Yahudi pula. Ini.
الضَّالِّينَ
- *_"Yang sesat."_* (al-Fatihah: 7)
Persaingan kuasa-kuasa
Namun Israel membina kekuatan, didedahkan sejak tahun 60-an, seorang penulis tentera Iraq, Almarhum Jeneral Mahmoud...., telah menulis dalam buku, tentang pergolakan di negara Arab. Israel telah membina teknologi nuklear sejak tahun 60-an, dibantu oleh Amerika, British dan Perancis. Di mana, pusat nuklear dia di Bi’r Al-Saba’ di Palestin.
Barat membenarkan Israel membina nuklear, termasuk senjata nuklear. Majalah Al-Mujtama’ dalam tahun 1990 mendedahkan kerjasama nuklear antara Israel dan India. Ujian nuklear Israel dilakukan di India, pendedahan.
Ini antara Yahudi dan Musyrikin, betul tuhan sebut dalam Quran. Mereka tercabar dengan Pakistan juga menjadi kuasa nuklear, dan tercabar hari ini Iran menjadi kuasa nuklear. Walaupun mereka membunuh teknologi nuklear di Iraq dan Libya, serangan terhadap Iraq, serangan terhadap Libya adalah untuk menghapuskan kuasa nuklear kepada dunia Islam.
Tak nafi bahawa Saddam ini zalim, Ghaddafi zalim, tetapi matlamat dia bukan sekadar dengan Ghaddafi, matlamat dia nak bunuh sebarang kekuatan umat Islam. Orang Islam mesti faham, ini.
Barat meminta supaya Professor Abdul Qadeer daripada Pakistan pakar Nuklear Pakistan yang sudah tua uzur sekarang, diserah kepada Amerika untuk ditahan di Amerika. Kalau ditahan pun dia tak boleh, dia sakit, uzur, perlu rawatan perubatan. Kami tak benar dia pergi kerana dia uzur, tak tahu uzur sungguh ke uzur syar’ielah.
Iran dan Turki sedang membangun, walaupun mengikut hukum syarak, hukum syarak, difatwakan oleh ulama bahawa haram menggunakan senjata nuklear. Tak boleh kerana dalam peperangan tak dibenarkan membunuh orang tua, membunuh kanak-kanak, membunuh paderi, membunuh peniaga, membunuh petani, membunuh orang awam, merosakkan kebun orang awam, tak dibenarkan oleh hukum Islam. Ini syariat Islam, mendahului undang-undang antarabangsa.
Tetapi membina kekuatan untuk menggerunkan musuh, diizinkan oleh syarak. Kita tak dibenarkan membalas dendam terhadap musuh macam dia buat kepada kita. Di sinilah menyebabkan Islam diterima oleh manusia di seluruh dunia kalau Islam ini menang. Ini sangat menakutkan mereka.
Apa yang penting, mereka menggunakan orang Islam untuk memukul orang Islam, melaga, mengadu dombakan orang Islam apabila mereka menganggap orang Islam sudah mula mara ke depan pada hari ini, munculnya negara baru Iran, munculnya Turki.
Turki muncul ke depan. Kegagalan rampasan kuasa di Turki telah mengheret Turki bergabung dengan Iran dan Rusia menjadi gabungan baru antara Turki, Iran dan Rusia untuk menghadapi Barat diketuai oleh Amerika. Ini perubahan dalam blok dunia, yang kita tahu pada hari ini, ini diatur oleh Allah S.W.T.
Rusia daripada Komunis kepada Ortodok, Kristian Ortodok. Ortodok ini lain dengan Protestan dan Katolik. Amerika menganggap Rusia adalah pencabarnya. Bila Rusia bergabung dengan Islam, sudah tentulah menjadi satu kekuatan yang baru yang mencabar Amerika.
Dilakukan satu permainan politik yang mesti kita faham. Barangkali saya masih ingat beberapa bulan yang lalu, jet pejuang Turki telah menembak Sukhoi Rusia. Saya boleh sebutkan dalam perjumpaan sikit-sikitlah. Jatuh kapal terbang Rusia. Tujuan untuk melagakan Rusia dengan Turki, dan Iran dengan Turki. Ini permainan politik.
Yang berakhir dengan Turki menangkap juruterbang yang menembak Sukhoi, dan dibuat siasatan, rupanya juruterbang ini adalah yang bertugas di Itali, pangkalan tentera NATO di Turki yang ada kaitan dengan CIA. Ini yang berlaku.
Motif selamatkan Israel
Yang terakhir ialah perdamaian antara pejuang-pejuang Syria, dengan Kerajaan Syria. Peperangan yang berlaku di Syria yang berlaku di Yaman, sebenarnya bukan masalah Syria dan Yaman, kita tahu ada masalahnya. Sebenarnya adalah gangguan untuk menyelamatkan Israel dan Baitul Maqdis pada Yahudi, ini permainan percaturan politik yang kita kena faham. Kerana Yaman, Syria, Sudan adalah pangkalan untuk membantu pejuang-pejuang Palestin, Hamas, Tanzim Jihad dan Hizbullah daripada Syiah di Selatan Lubnan. Ini.
Khususnya bila beberapa peperangan di Gaza, dan peperangan di Selatan Lubnan, membuktikan bahawa Hamas, Tanzim Jihad dan Hizbullah mempunyai senjata-senjata yang tak boleh dipintas oleh roket-roket Amerika yang mempertahankan Israel. Ini menyebabkan mereka kacau.
Ancaman yang besar kepada Israel pada hari ini ialah teknologi baru yang dipunyai oleh Hamas, Jihad dan Hizbullah yang boleh menyerang Israel apa yang disebut Kubah (Iron Dome). Yang diberi oleh Amerika dengan sistem pertahanan peluru perpandu yang boleh mengawal Israel; ditembusi oleh senjata-senjata baru yang dipunyai oleh Hamas, Jihad dan Hizbullah.
Sudah tentulah ada negara luar yang membantu gerakan balas. Maka bagaimana untuk menyekat bantuan ini ialah menghancur negeri-negeri yang menjadi dianggap sebagai pangkalan, mengacau Yaman. Yaman adalah pintu masuk ke Laut Merah, mengacau Somalia pintu Laut Merah, mengacau Sudan pintu Laut Merah. Dan mengacau Syria bukan kerana Bashar Al-Assad itu zalim, tapi untuk menyelamatkan Israel.
Ini mesti dibaca. Inilah pertembungan antarabangsa yang orang Islam kena faham, kena tahu. Sekarang ini zaman media baharu, yang tahu banyak bahasa lagi banyak maklumat. Tetapi semua maklumat itu hendaklah ditabayyun, hendaklah ditapis benar ataupun salah, dan dibuat andaian-andaian. Andaian-andaian dan membuat keputusan yang tepat, dan dikaji perkembangan yang berikutnya, di sana akan terdapat kebenaran. Bagaimana berlakunya percaturan politik untuk menyelamatkan Israel. Namun kita yakin dan percaya, semua perancangan itu tidak boleh menyekat agenda Allah S.W.T.
وَمَكَرُوا وَمَكَرَ اللَّهُ ۖ وَاللَّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ
- "Mereka merancang, Allah Taala juga merancang, mereka merancang tipu daya, Allah Taala merancang untuk mengalahkan tipu daya mereka." (Ali-Imran: 54)
Terjadi Malhamah Kubra
Walaupun makar ini sering digunakan untuk perancangan tipu daya yang sulit waktu malam orang tak tahu, Allah Taala Maha Mengetahui. Allah Taala Maha Mengetahui. Namun di sana ada Hadis-hadis yang banyak, yang mengatakan bahawa, sebelum dihapuskan Israel itu, akan berlaku Malhamah Kubra. Malhamah Kubra ialah peperangan yang besar, barangkali perang dunia yang ketiga, wallahua’lam, yang keempatwallahua’lam, dalam ilmu Allah Taala.
Peperangan yang besar, macam banjir besar. Bila banjir besar, maka muara sungai berubah, muka bumi berubah, begitulah juga peperangan yang besar, boleh mengubah peta dunia. Kita yakin peta dunia akan berubah setelah umat Islam jatuh dalam pusingan di abad yang lalu, akan naik di abad yang mendatang.
Kalau sekiranya Baitul Maqdis yang ditakluk oleh tentera Salib selama 100 tahun, Salahuddin Al-Ayyubi membebaskan selepas 100 tahun. Kita mengharapkan senario 100 tahun akan berulang bila Revolusi Arab diisytiharkan tahun 1917 yang menjatuhkan kerajaan Uthmaniyyah, insya-Allah 2017 akan membawa satu tanda yang menentukan kemenangan kepada umat Islam. Bagaimana kita diwajibkan beramal, diwajibkan menjalankan kerja kita. Allah Taala menjanjikan:
وَأَعِدُّوا لَهُمْ مَا اسْتَطَعْتُمْ مِنْ قُوَّةٍ
- "Dan bersedialah kamu sekadar kemampuan kamu dengan kekuatan." (al-Anfal: 60)
Allah Taala suruh umat Islam menyediakan kekuatan.
مَا اسْتَطَعْتُمْ
- "Sekadar kemampuan kamu."
Kewajipan persiap kemampuan
Kemampuan tak boleh disembunyikan, Allah Taala Maha Mengetahui. Kalau sembunyikan kemampuan, Allah Taala tidak menolong. Sekiranya umat Islam menyediakan kemampuan mengikut kemampuan yang ada pada mereka, walaupun kemampuan itu tidak sama dengan kekuatan yang ada pada musuh, Allah Taala memberi kemenangan kepada Islam. Kerana kemampuan yang ada pada umat Islam itu adalah kewajipan yang ditentukan oleh Allah S.W.T.
Setelah mereka menunaikan kewajipan itu, bagaimana untuk menampung kekuatan yang lebih kepada musuh? Kekuatan itu adalah pertolongan Allah S.W.T yang mengatasi kekuatan musuh. Itulah sunnah alam yang berlaku kepada perjuangan Islam di sepanjang zaman yang kita kena faham. Di sinilah Saidina Umar Ibnul Khattab R.A mengatakan kepada Sa’ad Bin Abi Waqas, Panglima Islam yang ditugaskan untuk menghadapi empayar Parsi.
- "Wahai Sa’ad, aku pesankan kepada kamu supaya bertakwa kepada Allah."
Takwa adalah senjata yang paling penting bagi orang Islam kerana Allah Taala tidak menolong melainkan dengan sifat takwa yang ada pada kita. Sekiranya kita tidak ada sifat takwa, kita mengerjakan maksiat, tidak menunaikan perintah Allah, maka Allah tidak menolong kita kerana kekuatan kita tidak sama dengan lawan kita. Jumlah kita tak sama jumlah lawan kita.
Bila Allah Taala tidak menolong kita, maka musuh boleh mengalahkan kita. Jangan kamu cakap kata Saidina Umar, kita adalah orang yang baik dan orang yang benar, mesti ditolong oleh Allah. Allah telah menghukum Bani Israel, mereka adalah umat yang benar di masa itu. Bila mereka mengerjakan maksiat, mereka dibinasakan oleh Allah S.W.T.
Di sini pentingnya orang Islam menyediakan kekuatan mengikut kemampuan yang ada pada mereka dan ditambah dengan takwa yang lebih penting daripada itu. Ini sangat penting.
Walaupun banyak ayat-ayat Quran menyebut tentang peperangan, tetapi dalam muamalah terhadap manusia, sama ada dalam kontek individu, kontek jamaah, dalam kontek negara, Islam mendahulukan damai. Damai hendaklah didahulukan daripada tindakan yang keras kerana matlamat Islam menyelamatkan manusia seramai-ramai yang mungkin. Kejayaan kita menunjuk seorang kepada Islam, fadhilatnya sangat besar. Kejarlah untuk mendapat fadhilat ini. Berjaya menyelamatkan orang dengan Islam, ini sangat penting.
Memujuk orang datang kepada Islam, ini sangat penting. Ini risalah Nabi-Nabi yang wajib disambung oleh umat Muhammad S.A.W. Tetapi kerjanya sangat mencabar. Bukan sahaja Yahudi, Kristian, Musyrikin, termasuklah kalangan Munafik, dalam orang Islam sendiri, termasuklah di kalangan yang lemah iman yang menjadi halang perjalanan kepada pekerja-pekerja Islam. Ini penghalang-penghalang. Sekiranya kita tunaikan kerja dengan baik tersusun, semua halangan-halangan itu dibawa di atas, ia dengan izin Allah.
Lonjakan isu Baitul Maqdis
Isu Baitul Maqdis yang menarik umat pada hari ini, alhamdulillah telah berjaya menyatukan umat Islam di seluruh dunia. Bila dibuat sidang tergempar di Bangsa-bangsa Bersatu, setelah Majlis Keselamatan membuat sidang khas, divetokan oleh Amerika, dan diminta buat sidang Agung Bangsa-bangsa Bersatu kerana ada peruntukan dalam peraturan boleh buat dalam Bangsa-bangsa Bersatu. Walaupun keputusan dia tak boleh dilaksanakan, tetapi menjadi satu lonjakan politik.
Bila dibuat sidang Agung Bangsa-Bangsa Bersatu, lebih dari dua pertiga ahli Bangsa-Bangsa Bersatu tidak menerima langkah Amerika untuk mengiktiraf Baitul Maqdis adalah ibu negara Israel sepenuhnya. Ini kejayaan awal bagi umat Islam. Semua negara Islam, termasuk negara Islam yang paling lembik tak berani, semua ikut sama. Tak apalah, sekadar itulah. Menandakan mudah-mudahan ada sebesar zarah iman dalam diri dia boleh menyelamatkan dia, kita harapkan begitu. Perkara ini mesti ada dalam perhatian kita orang Islam di saat kita sembahyang, kita sibuk buat umrah, Nabi kata:
من لم يهتم بأمر المسلمين فليس
منا
- "Barangsiapa yang tak ambil berat berkenaan dengan orang Islam, dia bukan daripada kalangan kita,"
Nabi kata. Kena ambil berat hal-hal orang Islam ini. Kita kena ambil berat, jangan kita pandang ringan. Termasuklah tak lama lagi kita akan pilihan raya. Masih ramai kalangan-kalangan kita ini menganggap pilihan raya ini tak penting, serupa sahaja siapa memerintah, sama sahaja, tak payah pilihan rayalah, sibuk duduk kelahi sesama sendiri, tak usah mengundi. Kita mesti faham bahawa mengundi ini adalah cara untuk mendirikan kerajaan, mendirikan kerajaan adalah wajib, bukan sunat.
Kerana mendirikan kerajaan yang wajiblah Nabi berhijrah dari Makkah ke Madinah, kalau tak kerana mendirikan kerajaan itu wajib, maka Nabi tak berhijrah ke Madinah. Hijrah ini untuk mendirikan kerajaan di Madinah, ini wajibnya mendirikan kerajaan, kita kena sedar.
Sehingga bila Nabi wafat, para Sahabat bermesyuarat di Tsaqifah Bani Saidah, sebahagian besar Sahabat tak hadir di kubur masa kebumikan Nabi. Mengikut adat orang kita bila orang tua mati, mesti ada di kubur, tapi masa Nabi dikebumikan, sebahagian besar Sahabat bermesyuarat, mesyuarat untuk apa? Untuk pilih siapa jadi ketua negara, ini pentingnya memilih kerajaan yang memerintah.
Risiko tidak mengundi
Tiba-tiba terdapat kalangan orang Islam, tak penting, tak mustahak. Lebih malang lagi orang bukan Islam yang bekerja di Sarawak balik mengundi di Ipoh, balik sendiri dengan duit dia. Kita duduk dekat rumah mengundi tak pergi mengundi (bila) orang tak ambil dengan kereta, ini orang Islam punya akalan.
Dengan sebab satu, gagal kita menegakkan Islam, kita terimalah tanggungjawab ini. Jangan pandang ringan. Semalam saya sebut dalam perjumpaan di Kelantan, saya sebut kepada orang Kelantan, sama juga dengan orang lain pun, sama tahun 2004, kita menang di Kelantan dengan satu kerusi majoriti, simple majority, simple satu kerusi sahaja. Menang satu kerusi dengan dua undi sahaja, dua undi, ini kerana cikgu-cikgu Kelantan daripada Sabah dan Sarawak balik, barangkali dalam dua itu ada orang yang balik daripada Sabah dan Sarawak dua orang. Kalau tak jadi dua orang ini balik, jatuh Kelantan itu.
Jatuh Kelantan, maka perlaksanaan Islam yang kita buat habis di situ sahaja. Bukan kita kata orang lain tak Islam, tapi kita lebih bersungguh untuk melaksanakan Islam daripada orang lain. Kita bersungguh-sungguh. Memang kita nak suruh semua laksanakan Islam belaka, berebutlah, berlumba nak tegak Islam, tapi sehingga kini kita lebih bersungguh untuk melaksanakan Islam itu. Dan kita harap kita lebih bersungguh lagi.

(Transkrip oleh Penolong Pengarang Berita Harakah, IZWAN ABDUL HALIM dari Kuliah Dhuha Siri Ke-3 "Dunia Islam Masa Kini" oleh Presiden PAS pada 14 Januari 2018 di Dataran Ilmu Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), Taman Melewar, Kuala Lumpur) - HARAKAHDAILY 16/1/2018
Lihat sebelum ini..
Siri Politik Islam Masakini..
9 comments:
MARIALAH KITA KEMBALI KEPADA ISLAM. DIMASA ORANG MAHU KEPADA ISLAM, ADA PULA ORANG ISLAM YG KASIH DAN MENJADI KHADAM KEPADA DAP.
DI AWAL ISLAM, DI MADINAH-GOLONGAN YG MENENTANG SYARIAH DI MADINAH ADALAH BANI QAINUQA DAN DIBANTU OLEH ABDULLAH BIN UBAY. SETIAP ZAMAN ADA PERKARA INI
http://ikanlepu.blogspot.my/2015/11/dap-anti-islam.html
Bukti-bukti DAP anti-Islam semakin viral...
APABILA parti rasis dan cauvinis DAP mengancam akan menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), beberapa bukti DAP menentang Islam sebagai tanda sokongan kepada JAIP menjadi semakin viral. Antara bukti-bukti yang diperkatakan:
Bukti 1: Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 perlembagaan negara; Islam adalah agama persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.
Bukti 2: Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.
BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang.
Bukti 3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.
Bukti 4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan perlembagaan sedangkan parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan perlembagaan.
Bukti 5: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001 DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih islamik pada sidang media 22 September 2002.
Bukti 6: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.
Bukti 7: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi, tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.
Bukti 8: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan hudud dan negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.
Bukti 9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.
Bukti 10: Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.
Terpulanglah kepada para pembaca untuk menilai bukti-bukti tersebut. Hakikatnya, Islam adalah suatu sistem cara hidup yang mencakupi amalan rohani peribadi sehingga kepada sistem keadilan, sosial, ekonomi dan politik.
DAP tidak boleh menghadkan Islam hanya kepada amalan peribadi dan paling tinggi ekonomi sedangkan menolak juzuk-juzuk Islam yang lebih menyeluruh yang menyentuh isu kenegaraan, perundangan, politik dan pelbagai aspek dalam kehidupan.
http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2014/10/02/orang-islam-tidak-boleh-halang-oktoberfest/
Orang Islam tidak boleh halang ‘Oktoberfest’
BANGI: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, menyifatkan penganjuran pesta arak ‘Oktoberfest’ anjuran Carlsberg Malaysia tidak boleh dihalang ekoran Malaysia merupakan sebuah negara majmuk.
Menurutnya, sekalipun arak difahami sebagai ibu segala maksiat bagi umat Islam dan pesta arak bercanggah dalam Islam, namun penganjuran pesta oleh Carlsberg itu tidak boleh dihalang kerana ia dianjurkan untuk orang bukan Islam.
“Islam mengiktiraf bahawa arak tidak merupakan sesuatu yang haram mengikut ajaran agama mereka.
“Tambahan pula pesta kemuncak yang akan diadakan di Petaling Jaya itu adalah di kawasan majoriti bukan Islam.
“Apatah lagi jika mahu dibandingkan dosa arak dengan syirik, sebenarnya dosa syirik lebih besar berbanding arak, namun gereja dan kuil tetap dibenarkan,” ujarnya di laman www.ismaweb.net
Beliau berkata demikian sebagai respon berkenaan penganjuran pesta arak oleh Carlsberg yang didedahkan ISMAweb beberapa hari lalu.
Pesta arak ini telah pun bermula sejak 24 September lalu di RP, Saujana Hotel Subang dan diikuti di Berjaya Time Square Hotel, Brussels Setia Walk, Puchong, I Beam, Batu Pahat, Johor, Deutsches Gasthaus, Kepong, KL, Hakka Restaurant Kuala Lumpur, Movida, Sunway Giza, PJ dan Euro Deli, Penang.
Kemuncak pesta ini akan diadakan pada 10 hingga 12 Oktober ini di tempat letak kereta, One Utama Petaling Jaya.
Tambah beliau, lebih 60% di Petaling Jaya ini adalah bukan Islam, jadi tidak ada sebab untuk menghalang mereka mengadakan acara sebegitu.
“Cumanya, perlu dipertegaskan bahawa orang Islam tidak boleh hadir ke pesta arak seperti itu.
“Pada masa yang sama kawalan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu diadakan untuk menentukan tiada keterlanjuran oleh mana-mana pihak akan berlaku dan ianya dilakukan dalam suasana terkawal,” katanya.
Jadi bagi mengatasi budaya minum arak ini, ujar Khalid, mungkin pihak kerajaan boleh mengadakan kempen kesedaran kepada orang bukan Islam berkenaan bahaya dan keburukan arak.
Walaupun kita tidak boleh menghalang program sebegini dianjurkan oleh pihak bukan Islam, namun kesesuaian tempat dan kaedah anjuran perlu sentiasa dikaji PBT.
Pada masa yang sama tambahnya, kempen ‘anti-alcoholism’ dari sudut permasalahan sosial, akhlak, rumah tangga dan sebagainya perlu diadakan di kalangan bukan Islam dan masyarakat umum.
Bermula minggu lalu, ISMAweb telah menerbitkan beberapa artikel yang mempersoal penganjuran pesta arak ‘Oktoberfest’ yang berasal dari Munich, Jerman. Budaya negatif ini mula dibawa masuk ke Malaysia dan dipromosi secara terang-terangan.
hang tau ke oktoberfest tu apa dol. ikut sejarah takde kena mengena dengan beer pun. soalan saya berapa isteri ayoh pink?
Ibenu,apa kata kita hantar hadi bewang utk bebaskn palestine!saya percaya hadi bewang boleh bebaskn palestin! Hadi bewang akn bertukar jadi songoku dgn kuasa super saiya utk hancurkn yahudi!
Baru sepenggal perintah ganu pun dh huruhara apalagi nk jadi pejuang palestin,pirahhhhhhh!!!
Mengapa parti munafik liberal dan parti kafir harbi roket bersungguh menyokong pesta arak secara terbuka? Nak tunjuk pada siapa dan pengaruhi siapa jika bukan umat Islam?
Kita bolehkan bayangkan puak kafir mabuk todi memandu kereta dan melanggar umat Islam, kenderaan umat Islam dll.
Mana ada ganu hurahara,TGHH adalah MB ysng baik bersih dari tasuah.
Mung macai parti kuali suka lebong! Bengong sungguh. Jilat sifu banglo kaki kencing.
Pembetulan:
Mana ada ganu huruhara, TGHH adalah MB yang baik bersih dari rasuah. Semasa TGHH jadi MB, rakyat ganu tak perlu bayar cukai pintu.
Ya benar Anon 3:17pm.
Barua dedak roket 3:11pm adalah penjaja fitnah.
Sifu banglo terlajak diskaun baru jadi KM sudah pandai kencing rakyat dengan pelbagai skandal.
Tentera Ahzab terdiri dari NGO liberal seperti Sisters in Sins, parti munafik liberal dan parti kafir harbi seperti parti ultra kiasu roket sedang menentang dan menghina ajaran Islam, menafikan hak umat Islam, menyokong dan membela LGBT, atheis dll dan menggalakkan kemungkaran, kesesatan dan murtad untuk menyesatkan umat Islam.
Oleh sebab itu, umat Islam perlu bersatu menyokong dan mengundi parti Islam pimpinan ulama Islam dalam PRU14.
Post a Comment