Monday, January 01, 2018

Amanat Hadi: Dr M Cuba Tutup 'bangkai gajah'.. -Mohd Khairuddin


Post Pic
SHAH ALAM: Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terus diselar pemimpin PAS ekoran sekali lagi menyerang parti itu dengan mengitar semula segala tuduhan dan fitnah berhubung Amanat Hadi.

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, Dr Mahathir tidak pernah insaf dan masih lagi cuba menutup 'bangkai gajah' (kesilapan yang dilakukan) beliau dengan daun nyiru.

Jelas beliau, amanat berkenaan ditulis untuk memberi penjelasan kepada masyarakat bahawa PAS menentang Umno kerana ia mengekalkan perlembagaan penjajah, undang-undang kafir dan peraturan jahiliah.

"Amanat itu adalah respon semasa terhadap pemikiran pemimpin negara seperti Mahathir ketika itu yang menganggap politik suku, agama suku sedangkan ia bercanggah dengan prinsip Islam. 

"Islam tidak boleh dipisahkan dengan politik. 
"Amanat itu menggariskan sempadan iman dan kufur. Bukan tugas pendakwah mengkafirkan individu muslim tetapi kewajipan pendakwah menjelaskan sebab yang boleh membawa kepada kekufuran," katanya dalam satu kenyataan di laman sosial Facebooknya.

Susulan itu, amanat berkenaan dituduh sebagai punca orang Melayu berpecah kepada PAS dan Umno sehingga menyebabkan tuduhan kafir-mengkafir, solat dua imam dan pemulauan aktiviti masyarakat.

Sabtu lalu, Dr Mahathir membidas mufti-mufti kerana gagal menegur PAS yang didakwanya mengkafirkan sesiapa yang tidak menyertai PAS.

Malah katanya lagi, sikap berdiam diri mufti ini juga telah membuahkan Amanat Hadi yang semakin menghangatkan polemik isu kafir mengkafir. 
Walau bagaimanapun Khairuddin tetap mempertahankan bahawa tragedi Memali adalah berpunca daripada kezaliman pemerintah ketika itu yang diterajui Dr Mahathir.

Peristiwa Memali tercetus pada 19 November 1985 iaitu pada era pemerintahan Dr Mahathir, ekoran tindakan pihak keselamatan mahu menahan seorang guru agama, Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya atas dakwaan mengancam keselamatan negara.

Pertempuran antara pihak keselamatan dengan penduduk kampung akhirnya mengorbankan 18 orang termasuk guru agama itu beserta empat anggota polis, dengan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang. (http://antarapos.com)


Lihat sebelum ini..

10 comments:

  1. Pemimpin pengecut sentiasa menyalahkan pihak lain seperti parti Islam untuk menanggung kesalahan pemmpin pengecut membunuh ulama dan orang kampung yang tidak bersalah. Bukankah takut kerana salah?

    Malangnya seorang alamak wahabi cuba mencurahka minyak ke dalam api dengan mengapi-apikan pemimpin pengecut menghentam ulama Islam dan parti Islam.

    Mengapa alamak wahabi berdiam diri di waktu pemimpin pengecut itu menghina Hudud dll?

    ReplyDelete
  2. Seorang Firaun sekular liberal tua yang bodoh sombong telah lupa bagaimana dia telah melakukan kezaliman dengan memecat seorang mufti yang berakhlak mulia dan mempunyai ilmu Islam yang tonggi semata-mata kerana jabatan agama Islam telah menangkap beberapa wanita Islam yang menyertai pertandingan ratu cantik.

    Ini bererti Firaun tua in tidak menghormati perlembagaan negara yang menyatakan Islam adalah agama persekutuan. Bahkan dia lebih mementingkan kemungkaran hedonisme dari ajaran Islam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pembetulan komen 10:14 pm: Tinggi bukan tonggi.

      Delete
  3. Jika Hadi masih kekal meyakini amanat itu tidak menyalahi pada hukum syarak, suruh dia ulangi lagi ucapan amanat tersebut tanpa pindaan secara terbuka di mana-mana pentas dan/atau bersiaran langsung di TV sekarang. Tobat lahom la kalau dia berani!
    Jika dia tidak berani mengulangi ucapan amanat itu secara terbuka, mana-mana pemimpin PAS dan juga walaunta aku cabar untuk melaungkan amanat tersebut secara terbuka. Buktikan kamu semua bukan hanya bertaraf ulama longkang!!!

    ReplyDelete
  4. Sebelum kamu Anon 11:03 PM mencabar orang lain, jawab cabaran aku dulu:

    Apakah hukum seseorang yang mendakwa dirinya beragama Islam mempertikai, menghina, menentang dan mempermainkan Hudud yang terkandung dalam Al-Qur'an dan Sunnah?

    ReplyDelete
  5. Penyokong dan pemimpin PAS selalu dikencing UMNO dan akan terus dikencing.Selagi ada pemimpin PAS seperti Haji Hadi maka PAS tak akan kemana dan RUU355 telah terkubur dan pemimpin PAS ini akan terus memperbodohkan pengikutnya.

    ReplyDelete
  6. Lebai Hadi oh Lebai Hadi kenapalah lidah kamu berbelit-belit,lebih baik kamu buangkan taraf Ulama kamu tu dan jadi ahli politik biasa supaya mudah difahami dan senang untuk diikuti.

    ReplyDelete
  7. Lanun Bugis + Zahid Komidi + Bomoh Datin Mah + Haji Hadi maka terkenalah Malaysia dimata dunia sebagai negara rasuah dan perkara ini tak pernah berlaku di zaman Mahatir.

    ReplyDelete
  8. Barua dedak cap roket ternakan parti perkauman ultra kiasu sedang gila meroyan mencipta pelbagai cerita dongeng untuk memfitnah parti Islam. Barua ini sangat takut kerana kejahatan pakatan liberal dan kafir harbi sedang didedahkan.

    Selepas PRU14, eloklah barua dedak roket mencari kerja baru seperti penjaga parking haram kerana umat Islam tidak akan mengundi parti sekular, liberal dan kafir harbi yang menentang agama Islam.

    Sendiri mau ingatlah. Sekarang towkay dedak cap roket pun banyak susah hati dan terketar lutut kerana perbicaraan kes rasuah banglo terlajak diskaun.

    ReplyDelete
  9. Adapun kamu anon 11:19PM 010118 cuba nak tunjuk pandai, tapi biul juga yang terserlah. Dalam Amanat Hadi mereng itu, mana ada diperkatakan mengenai hudud dan dalam artikel di atas pun, langsung tidak menyentuh mengenai hudud. Jadi dengan sendirinya cabaran kamu itu tidak relevan dalam forum ini. Jika kamu benar-benar bersungguhan mengatakan Amanat Hadi mereng itu adalah tiada salahnya, jika kamu anak jantan, sila ulangi amanat itu di mana-mana pentas terbuka. Itupun kalau kamu benar-benar anak jantan la...

    ReplyDelete