HALAMAN HIBURAN
PETALING JAYA: Pelakon, Den Wahab dan pengarah, Aziz M Osman, yang mendakwa ditipu wanita yang menyamar sebagai wakil sebuah agensi pelancongan hingga terkandas di Korea Selatan, baru-baru ini, mahu individu terbabit memulangkan wang berjumlah RM90,000 atau identitinya didedahkan.
Den Wahab atau nama sebenarnya, Zaharuddin Abdul Wahab, berkata beliau memberi tempoh seminggu kepada wanita terbabit untuk memulangkan wang mereka.
"Kami beri masa seminggu kepada wanita itu. Jika dia enggan berbuat demikian, kami tidak teragak-agak menyebarkan identitinya.
"Segala maklumat mengenai dia, ada dalam tangan kami," katanya kepada media selepas membuat laporan polis terhadap wanita terbabit di Balai Polis Mutiara Damansara, dekat sini, petang tadi.
Den bersama Aziz serta enam lagi mangsa, membuat laporan berhubung penipuan yang didakwa dilakukan wanita berkenaan.
KUMPULAN media mengerumuni Aziz dan Den serta mangsa yang mendakwa ditipu wanita yang menyamar sebagai wakil sebuah agensi pelancongan selepas membuat ...
BH Online difahamkan, kira-kira 20 mangsa membuat laporan yang sama terhadap wanita terbabit, di balai polis lain.
Baru-baru ini, Den dan Aziz, yang diiringi 22 anggota keluarga mendakwa kerugian kira-kira RM90,000 selepas ditipu seorang wanita yang mengaku mempunyai agensi pelancongan dan menawarkan pakej melawat Korea Selatan selama lima hari empat malam.
Namun, pada hari ketiga rombongan berada di Korea Selatan, Den dan Aziz mendakwa mereka diminta mengosongkan bilik penginapan selepas agensi pelancongan, Arba Travel & Tours tidak menerima bayaran daripada individu terbabit.
Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Arba Travel & Tours, Ammar Shahrin, berkata atas dasar belas kasihan terhadap keluarga Den dan Aziz, pihaknya mengeluarkan kos sebanyak RM50,000 membawa mereka pulang ke tanah air.
"Kami terpaksa menampung kos keseluruhan rombongan itu sehinggalah mereka pulang, Khamis lalu. Sebagai agensi pelancongan berlesen, kami perlu menjaga nama baik.
"Kami mahu menegaskan, ini kali pertama syarikat berurusan dengan individu terbabit. Kami tidak pernah melantik dia sebagai wakil agensi," katanya.
Kata Ammar, pihaknya turut membuat laporan polis supaya wanita terbabit tidak melarikan diri.
"Selepas perkara ini dihebahkan media, dia ada menghantar mesej melalui WhatsApp. Dia mengugut kami supaya tidak membuat laporan polis atau wang tidak diserahkan.
"Tetapi, kami tetap buat laporan dan mahu dia segera pulangkan wang itu. Saya harap perkara ini dapat diselesaikan segera agar dia tidak menipu orang lain," katanya.
Lihat sebelum ini..
1 comment:
Penipu yang paling bahaya ialah pemimpin-pemimpin parti perkauman ultra kiasu kafir harbi roket dan NGO liberal dan parti-parti liberal ternakannya yang berusaha siang dan malam menyebarkan ajaran sesat sekularisme, liberalisme, pluralisme, atheisme, evanjelisme dll untuk menyesatkan umat Islam.
Penipu-penipu ini sentiasa menggalakkan dan mempromosi kebebasan melakukan maksiat, kesesatan dan murtad di kalangan umat Islam dengan alasan konon tiada paksaan dalam agama dan hak kebebasan individu.
Post a Comment