Monday, January 08, 2018

Berebut Kerusi. Dr Hatta Letak Jawatan Pengerusi Amanah WP..




KUALA LUMPUR: Pengarah Pilihanraya Parti Amanah Negara (Amanah), Dr Hatta Ramli didakwa bertindak meletak jawatan sebagai Pengerusi Amanah Wilayah Persekutuan selepas partinya tidak diberikan kerusi parlimen Titiwangsa.
Sumber dalaman Amanah Wilayah Persekutuan memberitahu Dr Hatta bertindak melepaskan jawatannya ketika rundingan akhir pembahagian kerusi antara parti dalam Pakatan Harapan sedang berlangsung pada Sabtu.
Namun, difahamkan Dr Hatta akan diberikan kerusi yang lebih selamat berbanding Titiwangsa yang dikatakan sukar untuk ditawan kerana pengundi di kawasan tersebut menerima baik khidmat penyandang sedia ada, Datuk Johari Abdul Ghani yang juga Menteri Kewangan II.
“Dr Hatta kecewa sebab dia sasar kerusi Titiwangsa dan sudah buat kerja di kawasan itu sudah lama.
“Tapi difahamkan Amanah akan beri dia bertanding di kawasan yang lebih berpotensi untuk menang,” kata sumber tersebut kepada Astro AWANI.
Dr Hatta merupakan bekas Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang tewas pada pemilihan parti itu pada 2015.
Ahli Parlimen Kuala Krai itu bersama dengan pimpinan lain yang disingkirkan bertindak menubuhkan Amanah.
Kerusi parlimen Kuala Krai dimenangi ketika masih bersama Pas pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Pada PRU14 nanti, Amanah diberikan tanggungjawab untuk bertanding di 27 kerusi parlimen.
Pakatan Harapan menyasarkan untuk bertanding di 165 kerusi parlimen pada PRU14 nanti dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bertanding 52 kerusi, PKR (51) dan DAP (35) – Astro Awani

7 comments:

Anonymous said...

Selamat maju jaya AMANAH!

Anonymous said...

1 undi untuk parti kuali liberal
= 1 undi untuk parti kafir harbi roket
= 1 undi untuk menindas agama Islam dan umat Islam

Anonymous said...

Bagaimana parti PANdir nak maju dan berjaya jika pemimpin-pemimpin liberalnya menjadi khadam parti kafir harbi roket? Bahkan mereka berhigh five dengan sifu banglo terlajak murah menentang ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam.

Kejayaan dalam erti kata sebenar ialah menjadi manusia yang beramal saleh, bertaqwa dan saling nasihat dan menasihati dan melakukan kebaikan dan menentang kemungkaran dan kesesatan.

Oleh sebab itu, marilah kita semua menyokong dan mengundi parti Islam pimpinan ulama Islam dalam PRU14. InsyaAllah.

Anonymous said...

Di zaman para sahabat Rasulullah s.a.w. , para sahabat tidak berebut mahu menjadi khalifah sebab tanggungjawab khalifah berat.

Sebaliknya puak Pakatan Haprak bergaduh seperti kanak-kanak sebab mahu jadi PM. Dan ada yang letak jawatan sebab tidak terpilih untuk bertanding dalam PRU.

Dan ada pula puak liberal keluar dari parti Islam sebab kalah dalam pemilihan pemimpin baru terus tubuh parti libersk bernaung di bawah parti kafir harbi rpket. Itu belum lagi kisah hempas mikrofon atas pentas dan berselfie dada dengan amoi !

Anonymous said...

Pembetulan:

parti liberal bukan libersk

parti kafir harbi roket bukan rpket

Anonymous said...

Ibenu,tolong buang gambar hadi bawang tu,semaklah

Boleh tak nk pijak hadi secara berjemaah?

Anonymous said...

Kita terkejut sifu roket sangat terdesak mengupah pesakit mental 4:23pm menghina dan mahu mencederakan ulama Islam.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails