Seorang anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan menyelamatkan seekor beruk yang tersangkut dan tidak dapat diturunkan dalam kejadian di Kampung Alor Bakat, Melor.
KOTA BHARU - Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan menyelamatkan seekor beruk yang tersangkut dan tidak dapat diturunkan dalam kejadian di Kampung Alor Bakat, Melor di sini hari ini.
Beruk jantan kepunyaan seorang lelaki yang dikenali sebagai Pak Lah itu digunakan untuk memetik kelapa telah tersangkut atas pokok berkenaan kira-kira pukul 3.41 petang tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ketereh, Penolong Penguasa Bomba, Mohd. Rafain Mat Zin yang mengetuai operasi bersama enam anggota telah ke lokasi untuk kerja- kerja menyelamatkan beruk tersebut.
“Khidmat khas menyelamatkan beruk yang tersangkut di atas pokok kelapa itu dilakukan pada anggaran ketinggian lebih 13 meter.
“Pihak bomba seterusnya berjaya menggunakan tangga untuk menurunkan beruk tersebut sebelum haiwan berkenaan diserahkan kepada pemiliknya yang kenali sebagai Hj Pak Lah dalam kalangan masyarakat setempat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - K! ONLINE
Lihat sebelum ini..
Siri Politik Islam Masakini..
5 comments:
BERUK TU TERSANGKUT DIATAS POKOK KELAPA KERANA KENA TIPU DAN KENA BULI DENGAN RAKAN2 MEREKA. AKHIRNYA BERUK MASIH TERSANGKUT DI POKOK KELAPA BAGAI TERSANGKUT PERIUK DI BUKIT BENDERA PENANG DAN TAK DAPAT BERTANDING DI WILAYAH. ITULAH JANGAN TERTIPU DENGAN GOLONGAN YG ANTI AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR
http://malaysiandigest.com/bahasa-malaysia/691126-10-bukti-dap-anti-islam-menurut-ridhuan-tee.html
10 Bukti DAP Anti-Islam Menurut Ridhuan Tee
KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas, Prof. Dr. Ridhuan Tee Abdullah menyenaraikan 10 bukti yang menunjukkan DAP merupakan sebuah parti anti-Islam.
Yang pertama, pemimpin DAP Perak, Nga Kor Ming pernah menghina umat Islam dengan menyamakan pemberian duit raya sama seperti rasuah atau dedak.
Kedua, tokoh DAP Pulau Pinang, Jeff Ooi menghina kematian ulama tersohor Tuan Guru Harun Din dengan ungkapan ‘Adios Harun Din’.
Ketiga, Nga Kor Ming sindir purdah yang dipakai sebahagian wanita Islam. Apabila Datuk Ahmad Darus cadang pramugari memakai pakaian menutup aurat, pemimpin DAP kata pemimpin Melayu otak cacat.
Keempat, Pemimpin DAP yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy menggelar pendakwah terkenal antarabangsa, Dr. Zakir Naik sebagai ‘setan’,
Kelima, DAP pernah lantang mempertikaikan kandungan khutbah Jumaat dan mengganggu urusan fatwa di Pulau Pinang.
Keenam, DAP biadab mempersoalkan laungan azan dan bacaan ayat al-Quran melalui pembesar suara masjid. Ketujuh,
DAP mempersoalkan larangan murtad dan mempersoalkan kewujudan JAKIM.
Kelapan, DAP berani menghina dan mempersenda hukum hudud.
Kesembilan, DAP separuh mati menentang RUU355, mereka kata konon RUU355 belum perlu.
Ke-10 DAP menentang ustaz dan ustazah dari Semenanjung dihantar ke Sarawak,
“Belum berkuasa di Putrajaya, DAP telah cuba memandulkan Islam. DAP adalah komponen Pakatan Harapan. Berpolitik untuk memenangkan PH bermakna berpolitik memenangkan DAP.
“Politik DAP adalah politik memandulkan Islam. Maka sesiapa umat Islam yang berpolitik untuk PH bermakna mereka berpolitik untuk memandulkan Islam – agama mereka sendiri. Tepuk dada tanya iman,” katanya dalam satu kenyataan.
DIMANAKAH MAT SABU (Presiden PAN) DAN MUJAHID (Naib Presiden PAN). Mereka ini bersikap bagai beruk tersangkut atas pokok kelapa. Sikit pun tak mau ambil tau pasal orang2 kampung yg dihalau di Pulau Pinang. Ini nak lawan kleptokrasi. Kelapa dan Kepala Hotak!!!!!!!!!!!! Orang susah dihalau kat Penang depa buat Donno saja demi kesejahteraan Sifoo Abuya Penang
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140614/dn_26/Penduduk-kecewa-dihalau-dari-kediaman
Penduduk kecewa 'dihalau' dari kediaman
PULAU PINANG 13 Jun - Penduduk di Kampung Dalca, Sungai Pinang di sini kini hidup dalam keadaan tertekan dan risau ekoran terdapat pihak tertentu seolah-olah menggunakan pendekatan kasar menghalau mereka dari kediaman yang telah dihuni sejak setengah abad lalu.
Seorang penduduk, Abdul Wahab Shaik Mydin, 44, berkata, kemelut dihadapi penduduk kampung berkenaan bermula sekitar Februari lalu selepas mereka menerima surat arahan pengosongan kediaman daripada peguam sebuah syarikat pemaju yang membeli tanah kampung berkenaan.
Katanya, pemilik asal tanah kampung berkenaan dikatakan menjual tanah terbabit kepada pihak pemaju dan perjanjian jual beli ditandatangani hujung Disember lalu.
"Lantaran itu, penduduk telah melantik peguam bagi berbincang dengan peguam syarikat pemaju dalam mencari kesepakatan sebelum penduduk berpindah.
"Kami tiada masalah dan akan akur sekiranya diarahkan berpindah, namun mahukan pampasan setimpal memandangkan telah lebih 30 tahun menetap di sini serta banyak kos membaiki rumah dikeluarkan penduduk sendiri," katanya ketika ditemui pemberita di kampung berkenaan di sini hari ini.
Tambah Abdul Wahab, rumah-rumah di kampung berkenaan didirikan secara berkembar dan tidak boleh dirobohkan mengikut unit kerana dikhuatiri akan memberi kesan kepada rumah sebelah yang tidak dirobohkan.
"Rumah di kampung ini didirikan tanpa menggunakan konkrit dan sekiranya dirobohkan mengikut unit seperti yang terjadi sekarang akan memberi kesan kepada rumah bersebelahan unit yang dirobohkan.
"Lagi pun sekarang perbincangan bersama pihak pemaju sedang dijalankan, jadi mengapa ada pihak tertentu yang bertindak melulu tanpa menunggu hasil perbincangan," katanya.
Seorang lagi penduduk, Eddy Samuel, 49, berkata, keseluruhan kampung berkenaan mempunyai 18 unit rumah dan empat daripadanya kosong sejak tiga tahun lalu.
"Isu ini timbul sejak awal tahun ini dan pihak peguam masih berbincang, jadi bagaimana ada pihak boleh meroboh sebahagian rumah di kampung ini sejak sebulan lalu.
"Kami tidak tahu siapa yang merobohkan kerana mereka mendakwa sebagai orang tengah tetapi tidak diketahui sama ada mewakili pemilik tanah asal atau syarikat pemaju," katanya.
Selain itu, tambahnya, penduduk juga bingung selepas pemilik asal tanah kampung berkenaan bertindak membuat laporan polis sekitar bulan Mac lalu berhubung kerja menguruskan pengosongan tanah sedangkan perjanjian sewa beli telah ditandatangani hujung tahun lalu.
"Apa hak pemilik asal tanah menghalau kami sedangkan tanah ini sudah dimiliki syarikat pemaju dan proses perbincangan bersama penduduk sedang dijalankan," katanya.
Sementara itu seorang lagi penduduk, Peer Mohamed Hajar Mydin, 55, berkata, dia kecewa dan mahu semua usaha menghalau penduduk ketika ini dihentikan segera.
"Proses perbincangan sedang diusahakan jadi tidak sepatutnya ada pihak berkepentingan cuba menakut-nakutkan penduduk. Kerja meroboh rumah di kampung ini harus dihentikan segera sehingga perbincangan penduduk dan pemaju mencapai persetujuan bersama.
"Kami sudah duduk di sini antara 40 hingga 70 tahun, malah selama ini kerosakan rumah semua ditanggung sendiri penduduk memandangkan tuan tanah tidak pernah peduli nasib kami biarpun kawasan ini pernah dilanda banjir," ujarnya.
Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140614/dn_26/Penduduk-kecewa-dihalau-dari-kediaman#ixzz54Ux69XTU
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tuan Besar penipu dan penindas. Khadam pula hipokrit. Lawan Korupsi konon, yg orang kampung kena halau depan mata tak mau tolong. Inilah sikap PH yg durjana
Say no to Penipu dan Hipokrit
PAS perjuangan berasaskan Al Quran Dan hadis..Hidup PAS selamanya
Say 'no' to Panipu dan DA-Pig !
Post a Comment