Wednesday, January 17, 2018

Bongkar! 66 Skandal Kerajaan DAP PP..


Hasil carian imej untuk 66 Skandal Kerajaan Kleptokrasi DAP Pulau Pinang
66 Skandal Kerajaan Kleptokrasi DAP Pulau Pinang
pru14.tv – Seluruh rakyat Malaysia malah warga antarabangsa juga turut menunggu untuk melihat pilihanraya yang bakal kita hadapi. Pilihanraya kali ini adalah yang paling sensasi kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak daripada Barisan Nasional akan ditentang oleh Pakatan Harapan yang diketuai DAP walaupun pembangkang cuba mengambarkan individu tersebut adalah Mahathir.
Satu kumpulan sedang berusaha untuk mempertahankan kerajaan yang sedang membangunkan Negara dibawah Najib Razak dengan menutup segala lubang kesengsaraan rakyat yang diciptakan oleh 22 tahun pemerintahan Mahathir.
Kerajaan dan kumpulan pakatan kleptokrasi sedang berusaha bertungkus-lumus untuk menjatuhkan kerajaan sekarang dan menubuhkan kerajaan baru di Putrajaya agar mudah mereka merompak kekayaan Negara mengikut telunjuk kuasa yang ada pada mereka.
Siapakah yang akan menang nanti akan ditentukan oleh rakyat jelata yang bakal keluar mengundi pada PRU14 nanti. Setidaknya sekarang rakyat sudah melihat kerosakan yang telah dilakukan oleh kumpulan Pakatan yang kleptokrasi di Pulau Pinang, Selangor dan sejarah 22 tahun Mahathir.
Apakah rakyat mahu memberikan Negara ini kepada Pakatan yang tidak langsung memikirkan hal ehwal kebajikan rakyat dan hanya tahu menuding jari menyalahkan kerajaan tanpa mereka mampu melakukan apa juga idea untuk membantu walaupun dihadapan rumah mereka sendiri.
Bukan mudah untuk menjatuhkan kerajaan pakatan kleptokrat yang akan menggunakan segala kekuatan dan wang untuk membeli undi, melancarkan fitnah sepanjang masa dan membohongi rakyat dengan kepelbagaian cara.
Tambahan pula, permainan politik perkauman yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Kleptokrat ini sudah tiada memikirkan kesannya terhadap polarasi kaum dalam Negara ini asalkan hajat mereka tercapai.
Segenap jentera kerajaan Pakatan Kleptokrat dari segenap cabang pula telah dikerah sepenuhnya. SPR bakal dijadikan mangsa oleh mereka jika didalam pilihanraya akan datang mereka menerima kekalahan.
Sebagaimana biasa mereka akan mengatakan SPR tidak telus dan berbagai tuduhan dilakukan terhadap SPR. Tetapi jika mereka menang SPR akan dipuji melambung dan mengatakan inilah SPR yang adil dan telus.
Bagi pihak kerajaan Barisan Nasional pula terpaksa mengharungi pelbagai cabaran dan rintangan dalam menghadapi PRU14. Yang penting, Kerajaan Barisan Nasional harus bersedia zahir dan batin untuk bertarung di atas pentas yang penuh dengan agenda jahat pakatan kleptokrasi yang amat rakus untuk merompak negara.
Sebagai bukti yang nyata dan telah pun berlaku, dibawah ini disertakan bagaimana sebuah kerajaan Pakatan yang amat kleptokarsi telah menyamun harta negeri di Pulau Pinang. Kerakusannya sudah menyamai apa yang telah dilakukan oleh Mahathir.
Skandal-skandal kerajaan DAP Pulau Pinang 2008 – 2018
1. Skandal penarahan Bukit Botak, Relau.
2. Penjualan tanah tapak masjid di Bayan Bay
3. Penyelewengan dan skandal rasuah duit Zakat PUZPP.
4. Skandal pembayaran tanah laut tanpa kelulusan Kajian Kebolehsaknaan.
5. Skandal tanah Taman Manggis dan KLIDC.
6. Skandal ubah syarat tanah di Balik Pulau.
7. Skandal pembelian banglo Ketua Menteri bawah harga pasaran.
8. Skandal kilang haram di Sg Lembu.
9. Campurtangan dalam soal fatwa
10. Skandal penjualan 1100 ekar tanah kerajaan negeri kpd kroni.
11. Skandal kelulusan projek lereng bukit.
12. Banjir terburuk dalam sejarah negeri P.Pinang.
13. Skandal kutipan sampah bernilai RM1.43juta
14. Skandal penipuan hutang kerajaan negeri.
15. 2000 pusat hiburan dan rumah urut berlesen dan haram di seluruh P.Pinang.
16. Ratusan serbuan & tangkapan makmal dadah di P.Pinang.
17. Pembelian anugerah MBPP dan MPSP palsu.
18. Pelbagaj caj, kenaan dan kutipan baru diperkenalkan kepada rakyat.
19. Kenaikkan harga dan surcaj air berkali-kali.
20. Skandal membina dan mengecat laluan basikal di Georgetown.
21. Skandal Kajian Kebolehlaksanan Projek Terowong dan PTP.
22. Skandal tambakan laut di Gurney, Bayan Baru dan Teluk Kumbar.
23. Skandal tanah runtuh di Tanjung Bungah.
24. 25 kampung-kampung Melayu lenyap dan hilang.
25. Perobohan gerai penjaja dan kedai makan.
26. Anjur Pesta Arak secara terbuka.
27. Gezetkan jalan khas untuk pesta arak setiap malam.
28. Pemecatan Ahli Majlis dan JKKN Parti Islam SeMalaysia (PAS)
29. Pembinaan rumah mewah dan mampu tengok di P.Pinang.
30. Tiada rumah kos rendah atau mampu milik untuk rakyat.
31. Kenakan sekatan dan birokrasi bina rumah kos rendah dan mampu milik.
32. Menutup periuk nasi Nelayan pantai.
33. Penjualan saham Pulau Jerjak.
34. Memanipulasi angka hutang kerajaan negeri.
35. Bergaduh dengan PAS
36. Meminggirkan ADUN dari PKR dan DAP yg tak sehaluan.
37. Gagal tunai janji-janji dalam Manifesto PRU12 & 13.
38. Menaikkan harga sewaan tapak perniagaan sehingga 200 %.
39. Tiada plan kecemasan menangani bencana – banjir.
40. FDI merosot dari RM12bilion ke RM2bilion pada tahun 2016.
41. Menanggung perbelanjaan kerajaan melalui penjualan tanah kerajaan dari 33% ke 8% baki.
42. Menubuhkan “Pasukan Polis” sendiri yang disahkan sebagai Pasukan Haram.
43. Politik ugutan, sehingga mahu membubarkan DUN untuk pilihanraya negeri.
44. Berperang dengan pegawai kerajaan persekutuan (SDO)
45. Sentiasa menyalahkan pihak lain dan BN jika kerajaan negeri hadapi masalah.
46. Masalah kesesakkan lalu lintas tidak dapat diselesaikan.
47. Ugut rakyat kononnya jika DAP kalah, rakyat akan kembali mundur di bawah BN.
48. Berbohong mengenai isu miskin tegar dihapuskan selepas 1 tahun DAP memerintah P.P
49. Peningkatan perbelanjaan kerajaan negeri hampir 500% dari tahun 2008 (RM283j-RM1.3b)
50. PDC alami penyusutan keuntungan dari RM75juta setahun kepada RM6 juta pada 2015.
51. Peruntukan bajet 2017 kepada pejabat Ketua Menteri meningkat 600% dari tahun 2016.
52. Gagal memelihara alam sekitar dan ekologi laut.
53. Hujan dijadikan alasan kenapa Pulau Pinang banjir terburuk.
54. 51 projek yang dicadangkan oleh kerajaan negeri telah gagal dilaksanakan.
55. Gagal newartakan kawasan perlindungan hutan.
56. RM220juta peruntukan dalam Bajet 2017 tangani banjir lesap tanpa berita.
57. Menolak 13 usul DUN yang dibawa oleh ADUN PKR dan DAP sendiri.
58. Menggunakan institusi dan wang kerajaan untuk meliberalkan Islam (Penang Institut)
59. Menyokong golongan-golongan songsang gender (LGBT).
60. Meletakkan kos yang tinggi dan tidak munasabah untuk projek yang dicadangkan kerajaan.
61. Memelihara kilang-kilang haram di Pulau Pinang.
62. Menyita rumah yang tidak membayar sewa.
63. Tidak menghapuskan pinjaman pendidikan negeri dan ditukar ke biasiswa.
64. Pasukan bolasepak tercorot untuk 9 tahun berturut turut.
65. Mengabaikan pembangunan kawasan luar bandar dan kawasan dimenangi BN.
66. 7 tahun bajet negeri alami defisit secara keseluruhan RM598.04juta.
Walau apa sekali pun, jika rakyat bangkit untuk perubahan, tiada kuasa boleh menahannya. Negara kita perlu dilanda Tsunami politik untuk memecahkan benteng-benteng yang dibina oleh pihak pembangkang untuk memusnahkan apa yang telah terbina dan menyusahkan rakyat nanti.. Jika rakyat bersatu hati, tanpa mengira agama dan bangsa, segala benteng yang menghalang akan termusnah dan kita akan hidup dalam sebuah kerajaan Barisan Nasional yang kuat dan terus menabur khidmat kepada rakyat.
Kuasa rakyat adalah kuasa keramat. Kuasa keramat itu perlu digunakan untuk menyelamatkan negara kita daripada kumpulan kleptokrat yang akan memusnahkannya. Kita tidak mahu negara kita digadai di depan mata.Kita tidak mahu lahi tanah digadaikan kepada Temasek sehingga berbaki bawah 6% sebagaimana di Pulau Pinang.
Marilah kita, rakyat Malaysia, bersama-sama memerangi kleptokrasi dan menyelamatkan Malaysia. Tahun ini kita berpeluang membuat perubahan demi masa hadapan generasi akan datang. Gunakan peluang ini sebaik yang mungkin. Peluang ini adalah peluang terakhir. Jika terlepas, tidak boleh diperbaiki lagi. Kita terpaksa tunduk kepada kuasa zalim untuk selama-lamanya.
Hapuskan sebuah pakatan kleptokrasi yang tidak memikirkan hal berkaitan rakyat , difikiran mereka hanya ada wang dan kekayaan dan bagaimana untuk merompaknya di negara ini. Itukah Kerajaan Pakatan Pembangkang yang diketuai oleh Kit Siang, Mahathir dan Guan Eng serta MB Selangor Azmin.
Lihat sebelum ini..
Siri Politik Islam Masakini..
Hasil carian imej untuk undi siapa

13 comments:

Puaka Rimba said...

Puaka Rimba ingin bertanya.pada Abang lebai, SIAPA CALON PM untuk gabungan Gagasan Sejahtera?.
BN ~ Pm Najib...Tpm Zahid ,
PH ~ Pm TUN M...Tpm Wan Azizah
GS ~ Pm ?????...Tpm ????.

Anonymous said...

Balaci DAP dah tak mampu jawab lagi..
ha ha ha

Anonymous said...

Yaaaaa benar. Tetapi PAN masih menyayangi DAP. Inilah bahana Presiden PAN selfie d amoy langgar dada waktu bershit. Habis ilmu hilang. Yg tinggal adalah nafsu yg membara

Anonymous said...

PAS adalah benteng dari terdirinya regime PH yg merupakan intipati Jahiliyah modern yg anti Islam


http://malaysiandigest.com/bahasa-malaysia/691126-10-bukti-dap-anti-islam-menurut-ridhuan-tee.html

10 Bukti DAP Anti Islam Menurut Ridhuan Tee

KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas, Prof. Dr. Ridhuan Tee Abdullah menyenaraikan 10 bukti yang menunjukkan DAP merupakan sebuah parti anti-Islam.

Yang pertama, pemimpin DAP Perak, Nga Kor Ming pernah menghina umat Islam dengan menyamakan pemberian duit raya sama seperti rasuah atau dedak.



Kedua, tokoh DAP Pulau Pinang, Jeff Ooi menghina kematian ulama tersohor Tuan Guru Harun Din dengan ungkapan ‘Adios Harun Din’.

Ketiga, Nga Kor Ming sindir purdah yang dipakai sebahagian wanita Islam. Apabila Datuk Ahmad Darus cadang pramugari memakai pakaian menutup aurat, pemimpin DAP kata pemimpin Melayu otak cacat.

Keempat, Pemimpin DAP yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy menggelar pendakwah terkenal antarabangsa, Dr. Zakir Naik sebagai ‘setan’, 



Kelima, DAP pernah lantang mempertikaikan kandungan khutbah Jumaat dan mengganggu urusan fatwa di Pulau Pinang. 



Keenam, DAP biadab mempersoalkan laungan azan dan bacaan ayat al-Quran melalui pembesar suara masjid. 

Ketujuh,

DAP mempersoalkan larangan murtad dan mempersoalkan kewujudan JAKIM.


Kelapan, DAP berani menghina dan mempersenda hukum hudud.

Kesembilan, DAP separuh mati menentang RUU355, mereka kata konon RUU355 belum perlu.

Ke-10 DAP menentang ustaz dan ustazah dari Semenanjung dihantar ke Sarawak,



“Belum berkuasa di Putrajaya, DAP telah cuba memandulkan Islam. DAP adalah komponen Pakatan Harapan. Berpolitik untuk memenangkan PH bermakna berpolitik memenangkan DAP.



“Politik DAP adalah politik memandulkan Islam. Maka sesiapa umat Islam yang berpolitik untuk PH bermakna mereka berpolitik untuk memandulkan Islam – agama mereka sendiri. Tepuk dada tanya iman,” katanya dalam satu kenyataan.

Puaka Rimba said...

Penting juga kalau Gabungan Parti Suci nyatakan Siapa dia calun~calun kamu. Manalah tau ,tetiba Gabungan Parti Suci menang, berkat calun~calun yg mempunyai Karamah dan Bantuan Malaikat Dari Langit. Seperti yg dinyatakan oleh salah sorang kepimpinan Parti Suci. " tidak mustahil Hadi jadi PM.". Hehehekikikihahahakahkahkah

Anonymous said...

Pejuang islam main isu fitnah ke wei?

Anonymous said...

http://semuthitam80.blogspot.my/2018/01/giliran-pan-titiwangsa-pulak-kena.html?m=1

GILIRAN PAN TITIWANGSA PULAK KENA KENCING!!!

Selepas PAN Johor dan Perak menyatakan rasa kecewa berhubung pembahagian kerusi dalam kalangan Pakatan Haprak tu sebelum ini, kini giliran PAN Titiwangsa pula berbuat demikian.

Parti Ternakan DAPigs Bahagian itu mendakwa langsung tidak mendapat sebarang kerusi walaupun sudah melakukan gerak kerja secara konsisten sejak ianya ditubuhkan, dua tahun lalu.

Sumber sebuah portal berkata pihaknya amat berharap agar PAN Pusat boleh berbuat sesuatu dan sekurang - kurangnya mengusahakan agar PAN Titiwangsa mendapat paling kurang satu kerusi Parlimen.
"Kita lebih kepada rasa kecewa apabila tiada langsung kerusi Amanah di Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur) kerana gerak kerja telah dilakukan sejak Aamanah Titiwangsa ini ditubuhkan lagi.
"Ideanya seperti pilihan raya umum ke-13, bertanding di Putrajaya dan Titiwangsa. Tetapi di Putrajaya kita dah bagi pada PPBM atas semangat setia kawan. Jadi sekurang-kurangnya kita (Amanah) dapat satu kerusi pun cukup iaitu di Titiwangsa," kata sumber itu.
Dari satu sudut, kenyataan itu membuktikan bahawa pucuk pimpinan Pakatan tidak mengambil peduli segala kehendak dan kemahuan mereka yang berada diperingkat bawahan.

Malah, semua usaha yang telah dilakukan sebelum ini hanya dianggap sebagai Sampah semata - mata dan tidak memberi sebarang kesan yang siginfikan terhadap pucuk pimpinan.

Terdahulu PAN Johor dan Perak memboikot Konvensyen PH di IDCC, Shah Alam, semalam, berikutan membantah jumlah kerusi yang terlalu sedikit diberikan kepada partinya.

Bagaimanapun, Timbalan Presiden PAN mengarahkan supaya parti di peringkat negeri menghormati keputusanyang dibuat dan mahu mereka melihat ia dari konteks yang lebih besar.

Apa yang jelas, keputusan berkaitan dengan pengagihan kerusi dikalangan puak Pakatan Haprak itu menimbulkan rasa kurang senang bagi pimpinan bawahan yang sudah bertungkus lumus selama hari ini. Namun, segala usaha mereka itu tidak dihargai!!!

Anonymous said...

Apa yang jelas, keputusan berkaitan dengan pengagihan kerusi dikalangan puak Pakatan Haprak itu menimbulkan rasa kurang senang bagi pimpinan bawahan PAN yang sudah bertungkus lumus selama hari ini. Namun, segala usaha mereka itu tidak dihargai!!! Alaaaaa khadammm jatuh setandan lingkup selori

Puaka Rimba said...

Setakat nak jadi King Maker dengan sasaran 40 kerusi, ibarat mimpi disiang hari. TETAPI. kata kunci keramat "TIDAK MUSTAHIL"membuatkan Parti Suci begitu Yakin akan mempunyai kuasa tawar menawar ,untuk memenuhi kehendak. Pada Puaka lah kan, Agaknya dah naik sedap makan suap ,maka dengan kuasa tawar menawar membuka peluang untuk makan suap lagi. Mana tak sedap.. Benda FREE!.
HEHEHEKIKIKIHAHAHAKAHKAHKAH

Puaka Rimba said...

Pada Puaka Rimba. Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang hanya sesuai sebagai. PENGARAH ZOO NEGARA. kerana Beliau suka binatang.macam ~macam gelaran haiwan telah diberi kepada musuh politik beliau. Antara haiwan~haiwan yg menjadi mangsa mulut celupar Hadi adalah seperti BEWOK, UNGKA,dan KAMBING. Hehehekikikihahahakahkahkah

Anonymous said...

Wah puaka ternakan parti kafir harbi cuba melarikan diri dari pelbagai skandal sifu banglo dan barua-baruanya dengan membuat soalan luar tajuk. Kesian !

Anonymous said...

Khadam-khadam parti kafir harbi roket seperti Mike Selfie percaya parti kafir harbi roket adalah parti 'suci' konon.

Fakta menunjukkan kepercayaan konnon parti roket 'suci' adalah karut dan tahyul kerana pemimpin-pemimpin rejim roket terlibat dalam pelbagai skandal yang amat merugikan rakyat dan negara.

Anonymous said...

Woi puaka simpanlah sedikit kebodohan kamu, jangan dedahkan semua.

Allah sendiri menghina puak munafik dan kafir sebagai haiwan ternakan kerana mereka menentang agama Islam .

Maka parti munafik liberal dan parti kafir harbi roket dan macai seperti kamu puaka adalah seperti haiwan ternakan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails