Wednesday, January 10, 2018

DAP Sokong Tun M Sebagai PM


GEORGETOWN – Majoriti pemimpin DAP menyokong pilihan Pakatan Harapan yang meletakkan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri sekiranya memenangi PRU14 nanti.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, sebagai parti demokratik, setiap ahli parti itu berhak untuk menyuarakan pendapat masing-masing terhadap keputusan tersebut.
“Pemimpin DAP menyokong keputusan ini dan walaupun ada perbezaan pendapat, ia segelintir sahaja. Bukan menyeluruh.
“Namun pada akhir nanti, ia adalah sokongan majoriti pemimpin DAP (terhadap pilihan tersebut). Ada yang tidak sokong, tetapi mereka tidak lagi berada dalam parti (DAP),” katanya kepada media di Komtar tadi.
Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung kritikan anak mendiang Karpal Singh, Sangeet Kaur Deo tentang keputusan Pakatan Harapan tersebut.
Semalam, Sangeet yang juga ahli DAP dilaporkan berkata, pemilihan Mahathir sebagai Perdana Menteri hanya akan mengembalikan ‘Mahathirism’ dalam senario politik negara – SH
Lihat ini bukti, mengapa dalam PAS tiada rasuah?

2 comments:

  1. Dahulu parti kafir harbi telah menguasai sebuah negeri dengan melantik dan memperalatkan MB boneka. Hasilnya kaum roket mendapat hak milik tanah hampir 1000 tahun dll. Kaum Melayu dan kaum lain telan air liur sahaja.

    Berpuluh kampung dan gerai Melayu Islam telah dirobohkan di negeri yang diperintah oleh rejim roket.

    Jika pakatan parti liberal pimpinan parti kafir harbi menang PRU, parti kafir harbi akan melantik PM boneka. Maka sejarah di atas akan berulang.

    Oleh sebab itu, kita umat Islam perlu menyokong dan mengundi parti Islam PAS pimpinan ulama Islam dalam PRU14 supaya parti Islam boleh menubuhkan kerajaan Islam untuk melindungi hak agama Islam, umat Islam dan rakyat.

    ReplyDelete
  2. Bayangkan apa akan berlaku kepada negara kita, agama Islam dan umat Islam jika seorang pemimpin sekular liberal yang menentang ajaran Islam seperti Hudud dan hukum aurat wanita dll dilantik menjadi PM hasil kerjasama parti liberal dan parti kafir harbi.

    ReplyDelete