TEHRAN: Sekurang-kurangnya 200 orang ditahan ketika tunjuk perasaan berlaku di ibu negara Iran, lapor agensi berita ILNA.
"Semua mereka sekarang sedang diadili dan ada antara mereka sudah dibebaskan," kata Timbalan Pegawai Keselamatan Gabenor Tehran, Ali Asghar Nasser bakth kepada ILNA. Lapor AFP
Sebelumnya, dilaporkan Iran memberi amaran semalam bahawa penunjuk perasaan akan ‘membayar harganya’ selepas malam ketiga kekacauan yang menyaksikan demonstrasi merebak ke seluruh negara dengan dua orang terbunuh dan puluhan lagi ditangkap.
Ketika banyak klip video di media sosial memaparkan beribu-ribu orang berarak di seluruh negara, seorang pegawai di bandar kecil Dorud, barat Iran mengesahkan bahawa dua orang terbunuh semasa tunjuk perasaan, namun menafikan pasukan keselamatan melepaskan tembakan ke arah orang ramai.
SEKUMPULAN pelajar universiti menyertai tunjuk perasaan antipemerintah di kampus Universiti Teheran di Teheran, Iran kelmarin. AP
“Sejumlah orang awam menunjuk perasaan di jalan-jalan raya kerana menyahut gesaan kumpulan pengacau,” Timbalan Gabenor Lorestan, Habibollah Khojastehpour memberitahu stesen televisyen Iran.
“Dukacitanya dalam pertempuran yang berlaku, dua penduduk dari Dorud terbunuh. Polis, tentera atau pasukan keselamatan lain tidak melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan,” tambahnya.
Rakaman video di media sosial menunjukkan demonstrasi berlaku di Isfahan, Mashhad dan banyak lagi bandar tetapi liputan terhad oleh media rasmi Iran menyebabkan laporan tersebut sukar untuk disahkan.
Beberapa media separa rasmi melaporkan serangan ke atas sebuah dewan orang ramai di Teheran dan memaparkan rakaman penunjuk perasaan menyerang bank dan bangunan majlis perbandaran di kawasan-kawasan lain di negara itu.
“Mereka yang merosakkan harta awam, mengganggu ketenteraman dan melanggar undang-undang mesti bertanggungjawab ke atas perbuatan mereka dan membayar harganya,” kata Menteri Dalam Negeri, Abdolrahman Rahmani Fazli kepada stesen televisyen Iran semalam.
“Penyerang keganasan dan ketakutan ini akan ditangani,” tambahnya.
Presiden Iran, Hassan Rouhani yang memegang tampuk pemerintahan pada 2013 belum membuat sebarang kenyataan sejak rusuhan bermula di Mashhad, bandar kedua terbesar di negara berkenaan pada Khamis lalu.
Penduduk Mashhad menunjuk perasaan kerana membantah kos sara hidup tinggi dan kemelesetan ekonomi sebelum demonstrasi itu merebak ke tempat-tempat lain dan bertukar menjadi bantahan terhadap rejim Teheran.
Demikian lapor AFP.
Lihat sebelum ini..
- Rumah Siapa Ini? Rumah MB?
- Dia Yang Duduk Di Kerusi Buruk Ini, Diiktiraf Peng...
- Ini, Penerima Rasuah RM90J? Lihat Rumahnya Sedang ...
- Mengapa Dengan Lebai Tua Yang Kononnya Tidak Profe...
No comments:
Post a Comment