KOTA BHARU: Datuk Mahfuz Omar disaran melepaskan jawatan selaku Ahli Parlimen Pokok Sena selepas menghantar surat pemberhentian menjadi ahli Pas semalam kerana dibimbangi pendapatannya sebagai wakil rakyat adalah haram.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, ini memandangkan bekas Naib Presiden Pas itu masih terikat dengan baiah atau lafaz sumpah sebagai calon Pas.
Malah menurutnya, jika Mahfuz melanggar baiah itu, beliau juga berdepan laknat Allah SWT dan seluruh umat Islam.
Kata beliau, Mahfuz memahami kandungan lafaz sumpah yang diucapkan sebelum menjadi calon ahli parlimen.
"Kalau tidak letak jawatan segala pendapatan dari jawatan itu adalah haram… dia (Mahfuz) sendiri mengetahuinya ketika dia mengangkat baiah. Kalau dia langgar dia akan dilaknat Allah dan seluruh umat Islam. Jika tidak takut terpulang lah," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Semalam, Mahfuz pada sidang media di Alor Setar, Kedah mengumumkan keluar parti Islam itu selepas menganggotainya selama 34 tahun berkuat kuasa 11.59 malam pada Ahad.
Selain itu, Takiyuddin memaklumkan, pemberhentian Mahfuz sama sekali tidak menjejaskan parti bahkan Pas merasa ‘lega’ apabila bekas Pesuruhjaya Pas Kedah itu berbuat demikian.
Kata beliau, Pas merasa terkejut apabila baru sekarang Mahfuz sedar untuk keluar parti sedangkan sebelum ini tindak-tanduknya tidak mencerminkan beliau seorang ahli Pas.
Takiyuddin turut menyindir Mahfuz sebagai ahli parlimen tiga penggal serta berada dalam Pas selama 34 tahun dan keluar parti tanpa kira-kira 3,000 yang didakwa sebagai penyokongnya. (astroawani.com)
Lihat sebelum ini..
- Rumah Siapa Ini? Rumah MB?
- Dia Yang Duduk Di Kerusi Buruk Ini, Diiktiraf Peng...
- Ini, Penerima Rasuah RM90J? Lihat Rumahnya Sedang ...
- Mengapa Dengan Lebai Tua Yang Kononnya Tidak Profe...
6 comments:
Bagaimana dengan ahli parlimen yang jarang-jarang hadir parlimen? Halal ke haram?
untuk dia halal kot.
Parti sucilah, katakan...
Bagaimana pula puak liberal ternakan parti ultra kiasu roket yang melarikan kerusi parti Islam secara tidak sah? Pendapatan puak liberal sudah tentu haram.
Bagaimana pula pemimpin parti ultra kiasu dan parti liberal seperti parti kuali dll yang ponteng parlimen? Halal ke haram?
Puak liberal dan puak kafir tidak memahami istilah halal dan haram. Bahkan mereka menghalalkan yang haram seperti LGBT, atheisme, arak, liberalisme dll adalah halal.
Memanglah parti kuali khadam parti kafir harbi roket percaya parti roket adalah suci walaupun parti roket menghina dan menentang agama Islam dan menindas umat Islam.
Parti kuali pantang parti roket dihina maklumlah bekalan dedak cap roket untuk parti kuali setiap bulan.
Post a Comment