Thursday, January 18, 2018

"Dulu saya seksi, kini saya lebih matang.." -Sahara Yaacob,


HALAMAN HIBURAN

"DULU saya seksi, kini saya lebih matang dalam berpakaian." Kata penyanyi veteran, Sahara Yaacob. 

Sahara teruja untuk mengadakan konsert mini di Restoran Rebung, di sini, pada 3 Mac depan. Selepas lama tidak beraksi pada persembahan sedemikian, beliau yang sudah berumur lebih 60 tahun bergelar anak seni itu, nyata tidak sabar untuk menghiburkan peminat.

Sahara atau nama sebenarnya Zaharah Mohd Yaacob juga memaklumkan, konsert terbabit akan menyerlahkan dirinya yang lebih matang, seiring dengan pengalaman dimilikinya.

"Kiranya, ini konsert pertama saya selepas 20 tahun, apabila saya berhenti seketika daripada dunia nyanyian.
"Dulu saya seksi, kini saya lebih matang dalam berpakaian. Sekarang, saya mahu mempertaruhkan bakat dimiliki pula buat peminat tersayang. Saya sudah berusia," katanya yang mula menyanyi sejak 1966.

Konsert mini An Evening With Sahara itu dianjurkan sendiri olehnya dengan kerjasama pemilik restoran terbabit, Datuk Cef Ismail.
Hasil carian imej untuk sahara yaacob

"Persembahan ini bersifat lebih intim dengan hanya 23 meja akan dijual, iaitu pada harga RM1,500, RM2,000 dan RM3,000. Kalau tiket individu pula RM150 seorang. Saya mungkin menyampaikan 11 lagu dalam persembahan selama sejam berkenaan.
"Ia boleh dianggap sebagai permulaan untuk saya menghiburkan peminat. Jadi, biar ia dianjurkan dalam skala yang kecil dulu.

"Kalau ada sambutan, kita boleh menganjurkan persembahan lebih besar. Jika ada yang berminat, mereka boleh menempah tiket dengan menghubungi talian 016-39441118," katanya yang baru saja menyambut ulang tahun kelahiran ke-61 pada 13 Januari lalu.

Dalam perkembangan lain, Sahara berkata, beliau akan menunaikan umrah buat kali pertama, pada 26 Januari ini. Katanya, pakej umrah berkenaan yang bakal disertai 24 jemaah adalah hadiah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. (IH)


Lihat sebelum ini..
Siri Politik Islam Masakini..
Hasil carian imej untuk undi siapa

8 comments:

Anonymous said...

ALHAMDULILLAH. MOGA2 HIDUP SAHARA DIBERKATI. TETAPI PADA MASA YG SAMA DAP MENENTANG PENUTUPAN AURAT BAGAI MR KAMAL ATARTURK. YG PELIKNYA KHADAM2 DAP HANYA BOLEH SENGIH MACAM KERANG BUSUK. SEBIJIK PERANGAI ABDULLAH BIN UBAY APABILA BANI QAINUQA MEMBUAT PENENTANGAN TERHADAP ISLAM DI AWAL2 FASA PEMBUKAAN MADINAH

https://terengganutimes.com/tindakan-exco-dap-kritik-khutbah-jumaat-disifatkan-amat-jahil-mufti

Tindakan Exco DAP kritik khutbah Jumaat (Mengenai Aurat) disifatkan amat jahil – Mufti

KUALA LUMPUR 10 Feb. – Tindakan Exco Pulau Pinang, Chong Eng mengkritik khutbah Jumaat oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berhubung aurat wanita pada minggu lalu disifatkan sebagai amat jahil.

Menurut Mufti Pe­rak, Tan Sri Harussani Zakaria, Chong Eng tidak seharusnya mencampuri urusan negeri lain khususnya berkaitan dengan agama Islam.

“Kenyataan yang dikeluarkan oleh Exco Pulau Pinang itu me­nunjukkan beliau tidak tahu apa-apa tentang agama Islam.

“Oleh hal yang demikian, Chong Eng dinasihatkan supaya jangan membuat sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan orang Islam,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi, di sini hari ini.

Semalam, Chong Eng dalam satu ke­nyataan mengkritik JAIS menyampaikan maklumat mengelirukan berhubung aurat wanita dalam khutbah Jumaat lalu yang bertajuk ‘Aurat: Antara Kebebasan dan Maruah Diri’.

Beliau mendakwa, penekanan JAIS mengenai aurat wa­nita adalah tidak tepat apabila dilihat ‘meng­hukum’ golongan ter­sebut atas kegagalan menutup aurat sehingga me­nyumbang kepada kes serang­an seksual.

Sementara itu, Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Datuk Nooh Gadut berkata, isu menutup aurat dalam Islam adalah berdasarkan ajaran al-Quran dan hadis.

Sehubungan itu katanya, orang bukan Islam tidak mempunyai hak untuk mengkritik sebarang isu berkaitan agama Islam.

“Sebagai ahli politik, Chong Eng seharusnya lebih faham tentang isu sensitiviti agama dan kaum di negara ini.

“Kalau nak komen, komen tentang politik sahajalah, ja­ngan ma­suk campur urusan agama kerana hal itu boleh mencetuskan ketegang­an,” ujarnya.

Anonymous said...

SEBELUM PH DAPAT BERKUASA PUN DAH PERSOALKAN PENUTUPAN AURAT. APA AKAN JADI BILA PH DAPAT PUTRAJAYA. PH ITU EMPUNYANYA ADALAH DAP. YG LAIN2 TU HANYA KHADAM SAHAJA TERUTAMA PAN

Anonymous said...

https://www.malaysia-today.net/dap-mahu-memadam-islam-sebagai-addeen/

DAP MAHU MEMADAM ISLAM SEBAGAI ADDEEN

Naib Pengerusi DAP Selangor yang juga EXCO Kerajaan negeri Dato Teng Chang Khim dilaporkan berkata:

“PAS melompat dalam isu pesta arak macam orang mabuk. Saya yang minum (arak), kenapa dia (pemimpin PAS) yang mabuk? Kenapa PAS hendak sibuk?”

Semakin hari semakin terserlah pekatnya permusuhan DAP terhadap PAS satu-satunya parti yang berjuang untuk mempertahan dan memartabatkan Islam di Malaysia.

Sebelum ini seorang lagi pemimpinnya Teresa Kok mempersenda peraturan aurat lelaki yang dikuatkuasa di Kelantan.

Mereka ini bukan orang awam. Mereka ini ahli dewan negeri dan rakyat iaitu bertaraf legislator yang sepatutnya memahami adat dan amalan rakyat Malaysia termasuklah yang majoriti yang menganut agama Islam.

Toleransi antara kaum dan agama mengukuhkan perpaduan rakyat dan mengekalkan kestabilan negara.

Tetapi apabila ada parti yang mula mencabar, mempersenda agama dan kepercayaan pihak lain apa lagi yang melibatkan Islam iaitu agama anutan majoriti rakyat negara ini maka mereka mencetuskan ketegangan dan anasir meruntuhkan kestabilan negara.

PAS sibuk dalam isu arak ini kerana mewakili suara dan bantahan umat Islam. Kenapa Teng tak kata mengapa umat Islam sibuk?

Sebagaimana kamu ada hak untuk berpesta minum dan mabuk, kami juga punya hak tambahan mewaikili umat majoriti dalam negara.

Minum, mabuk dan mandi araklah tetapi jangan berpesta dan menjadikannya acara menarik pelancong dan berlebih-lebihan sehingga mencemar status negara ini yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan.

DAP sedang mengasak minda rakyat dengan anutan sekularisma mereka dan sedang cuba memadamkan status Islam sebagai “Addeen”.

Umat Islam perlu sedar perkara ini dan tiada cara menangani mereka melainkan mendaftar protes kita dengan cara menolak mereka dan sekutu mereka dalam PRU akan datang.

Satu undi untuk DAP satu undi meruntuhkan Islam sebagai “Addeen”.

Anonymous said...

INILAH YG DISUKAI OLEH PAN HINGGA SANGGUP JADI KHADAM DAP

http://badutrakyat.blogspot.my/2012/10/hot-news-dap-kedah-bantah-perlaksanaan.html

HOT NEWS !!! DAP KEDAH BANTAH PERLAKSANAAN IKLAN TUTUP AURAT !!! APA CERITA NI ???

Pengerusi DAP Kedah Lee Guan Aik berkata parti itu tidak akan menyokong pelaksanaan garis panduan papan iklan yang menetapkan model berpakaian sopan atau bertudung,seperti yang dilaksanakan di Kelantan.Lee berkata DAP Kedah akan menentang undang-undang berunsur Islam itu sekiranya dilaksanakan PAS di negeri tersebut.

"DAP negeri sekali lagi ingin menegaskan dan menjelaskan bahawa kami tidak akan memberi sokongan terhadap undang-undang hudud atau apa sahaja berkaitan isu negara Islam," katanya.

Kenyatannya itu bagi mengulas garis panduan pemasangan papan iklan seperti yang dinyatakan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Alor Setar Datuk Mat Noh berhubung penggunaan bahasa,lanskap dan pakaian model iklan.Menurutnya lagi,garis panduan tersebut antara lainnya menekankan bahawa model tersebut tidak boleh berpakaian mencolok mata dan perlu menutup aurat bagi model beragama Islam.Lee juga berkata, kenyataan Mat Noh itu hanya pendirian peribadi kerana garis panduan tersebut didakwa bercanggah dengan Undang-undang Kecil Majlis Perbandaran Kota Setar (MPKS) 1992.

Malah, DAP Kedah juga akan mengambil tindakan ke atas ahli majlisnya dalam MPKS yang mengenepikan kepentingan parti tersebut dalam pelaksanaan garis panduan itu, katanya.

"(Ahli majlis DAP) perlu tahu apa yang patut atau tidak patut disokong," katanya yang menambah MPKS tidak akan dapat menggubal atau mewartakan apa-apa peraturan tanpa persetujuan ahli majlis tersebut.

Anonymous said...

http://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/pan-kesal-cukai-arak-naik-bakal-beban-peminum/

PAN Kesal Cukai Arak Naik Bakal Beban Peminum

ENTAH di mana silapnya ‘kecerdikan’, seorang wakil PAN hari ini mengatakan cukai minuman keras tidak sepatutnya dinaikkan kerana dikhuatiri membebankan golongan bukan Muslim.
Ahli Parlimen PAN Kota Raja, Dr. Siti Mariah Mahmud mengatakan perkara demikian ketika membahaskan Bajet 2017 yang diadakan di Dewan Rakyat Hari ini.

“Saya melihat cukai terhadap rokok sedang meningkat. Bagi alkohol pula, ia dibenar untuk bukan Muslim, jadi jika kita naik cukainya ia akan membebankan mereka,” katanya yang dipetik Free Malaysian Today.

“Saya mencadangkan bagi tempoh jangka panjang, minuman beralkohol dan produk tembakau dijual berasingan di premis tertentu,” tambahnya lagi.

Menurutnya, cadangan tersebut adalah bagi memudahkan penguat kuasa menjalankan pemantauan jika kedai menjual minuman keras bukan berada di kawasan majoriti Islam.

Dari sudut normanya, benar, peningkatan cukai minuman keras sememangnya akan membebankan golongan peminum arak yang terdiri daripada golongan bukan Muslim.

Namun jika difikir lebih jauh, cadangannya itu sebenarnya secara tidak langsung memudahkan orang Islam membeli arak dengan harga standard yang murah di pasaran.

Maka golongan belia yang sekadar ingin ‘cuba-cuba’ membeli arak berkemungkinan menjadi peminum tegar disebabkan harganya yang tidak lagi ‘dibebankan’ dengan cukai sedia.

Terdahulu, Siti Mariah dalam ucapannya meminta kerajaan menjelaskan jumlah diterima daripada “cukai dosa”, iaitu termasuk cukai dan duti eksais daripada alkohol, tembakau dan perjudian. – MYNEWSHUB.CC

Anonymous said...

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2014/10/02/orang-islam-tidak-boleh-halang-oktoberfest/


Orang Islam tidak boleh halang ‘Oktoberfest’

BANGI: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, menyifatkan penganjuran pesta arak ‘Oktoberfest’ anjuran Carlsberg Malaysia tidak boleh dihalang ekoran Malaysia merupakan sebuah negara majmuk.

Menurutnya, sekalipun arak difahami sebagai ibu segala maksiat bagi umat Islam dan pesta arak bercanggah dalam Islam, namun penganjuran pesta oleh Carlsberg itu tidak boleh dihalang kerana ia dianjurkan untuk orang bukan Islam.

“Islam mengiktiraf bahawa arak tidak merupakan sesuatu yang haram mengikut ajaran agama mereka.

“Tambahan pula pesta kemuncak yang akan diadakan di Petaling Jaya itu adalah di kawasan majoriti bukan Islam.

“Apatah lagi jika mahu dibandingkan dosa arak dengan syirik, sebenarnya dosa syirik lebih besar berbanding arak, namun gereja dan kuil tetap dibenarkan,” ujarnya di laman www.ismaweb.net

Beliau berkata demikian sebagai respon berkenaan penganjuran pesta arak oleh Carlsberg yang didedahkan ISMAweb beberapa hari lalu.

Pesta arak ini telah pun bermula sejak 24 September lalu di RP, Saujana Hotel Subang dan diikuti di Berjaya Time Square Hotel, Brussels Setia Walk, Puchong, I Beam, Batu Pahat, Johor, Deutsches Gasthaus, Kepong, KL, Hakka Restaurant Kuala Lumpur, Movida, Sunway Giza, PJ dan Euro Deli, Penang.

Kemuncak pesta ini akan diadakan pada 10 hingga 12 Oktober ini di tempat letak kereta, One Utama Petaling Jaya.

Anonymous said...

BILA DAP MENENTANG PENUTUPAN AURAT MAKA PAN AKAN SENYAP DAN SENGIH. BILA ORANG ISLAM NAK PENAIK CUKAI ARAK PAN BANTAH SEBAB MEYUSAHKAN PEMINUM ARAK. ORANG NAK HALANG OKTOBERFEST PUN PAN TAK BERSETUJU.

DIZAMAN AWAL ISLAM ADA BANI QAINUQA DAN ABDULLAH BIN UBAY

DI ZAMAN MODERN ADA DAP DAN PAN.

BALIK LA OIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII

Anonymous said...

PAS..Dulu..kini..Dan...selamanya

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails