Wednesday, January 03, 2018

Gadis Ini Tampar Tentera Israel. Tahniah &Syabas!


RAMALLAH, 15 Rabiulakhir 1439H, Rabu – Aktivis Palestin, Ahed Tamimi (Gambar tengah) didakwa 12 pertuduhan oleh Mahkamah Israel selepas ditangkap tentera Zionis pada 19 Disember lalu.
Tuduhan itu membabitkan insiden menampar tentera Israel, dan beberapa tuduhan lain termasuk melempar batu, hasutan dan membuat ancaman.
Ahed, berkemungkinan dikenakan hukuman penjara, jika sabit kesalahan.
Gadis remaja berusia 16 tahun sanggup berdepan dengan Israel, demi menuntut hak Palestin daripada cengkaman Israel laknatullah.
Ibu Ahed, Nariman juga didakwa kerana Israel menuduh keluarganya menggunakan dia sebagai alat dalam provokasi berperingkat.
Ahed Tamimi dan ibunya diperintahkan untuk kekal dalam tahanan sehingga 8 Januari ini, ketika pendengaran lain akan dilakukan.
Pendakwa raya memohon mereka dipenjarakan sehingga selesai perbicaraan. -Agensi
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tahniah dan syabas.. Tegas membela keadilan.


Lihat sebelum ini..
Hasil carian imej untuk undi siapa

3 comments:

Anonymous said...

PAN, PKR DAN BERSATU PULA TAKUT TERKETAR2 DENGAN PELEMPANG DAP. AL-MAKLUM DAP KAN TUAN BESAR DAN CALON PM PH. PUNYA TAKUT DENGAN DAP SAMPAI ISLAM DIHINA PUN MUJAHAT DAN MIKE SABU BOLEH SONYAP. MACAM NI NAK JADI CHAMPION RAKYAT. LAST2 HARAPAN JADI MIMPI MR HUSAM 15X

http://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/dap-hina-islam-kenapa-pakatan-diam-ridhuan-tee/

DAP Hina Islam, Kenapa Pakatan Diam? – Ridhuan Tee
Published on Aug 5, 2017 in Politik/Utama & Sensasi


Jangan kecam saya dengan status ini. Ia adalah realiti bukan fantasi.
Kita bukan rasis kaum kerana ajaran Islam adalah universal.

Saya pun keturunan Cina. Saya sayang bangsa saya tetapi saya lebih sayang agama saya.

DAP BAIK… PKR BAIK… PH BAIK…

ORANG ISLAM BACA ELOK-ELOK

Apa sebenarnya yang dimahukan oleh mereka?

Mereka serang PAS tanpa letih. Mereka tegar fitnah PAS. Hanya kerana PAS tidak mahu lagi bersama dengan DAP. Mereka berasa DAP penting demi tawan Putrajaya.

Lalu mereka tergamak kutuk PAS kerana tegas dengan agenda Islamnya. Mereka memusuhi kepimpinan ulama PAS. Mereka angkat pemimpin DAP sebagai lebih berakhlak, lebih dipercayai dan lebih bervisi.

Mereka lawan, mereka balun, mereka maki. Mereka jadikan PAS sebagai musuh tetapi DAP pula jadi kawan tanpa lagi melihat panduan hadis Nabi SAW dan al-Quran.

Sewajarnya 10 kenyataan atau peristiwa berikut menginsafkan mereka dalam pakatan pembangkang. Sampai bilakah mereka hendak keliru atau dikelirukan?

Pertama, pemimpin DAP Perak, Nga Kor Ming pernah menghina umat Islam dengan menyamakan pemberian duit raya sama seperti rasuah atau dedak. Mereka diam.

Kedua, tokoh DAP Pulau Pinang Jeff Ooi menghina kematian ulama tersohor Tuan Guru Harun Din dengan ungkapan ‘Adios Harun Din’. Mereka tidak terasa apa-apa.

Ketiga, Nga Kor Ming sindir purdah yang dipakai sebahagian wanita Islam. Apabila Datuk Ahmad Darus cadang pramugari memakai pakaian menutup aurat, pemimpin DAP kata pemimpin Melayu otak cacat. Mereka diam.

Keempat, Pemimpin DAP yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy menggelar pendakwah terkenal antarabangsa, Dr. Zakir Naik sebagai ‘setan’, mereka diam.

Kelima, DAP pernah lantang mempertikaikan kandungan khutbah Jumaat dan mengganggu urusan fatwa di Pulau Pinang. Mereka diam juga.

Keenam, DAP biadab mempersoalkan laungan azan dan bacaan ayat al-Quran melalui pembesar suara masjid. Mereka buat lembu kenyang.

Ketujuh, DAP mempersoalkan larangan murtad dan mempersoalkan kewujudan JAKIM. Semuanya mereka diam.

Kelapan, DAP berani menghina dan mempersenda hukum hudud. Mereka diam juga.

Kesembilan, DAP separuh mati menentang RUU355, mereka kata konon RUU355 belum perlu. Maqasid syariah dengan DAP pula mereka berguru.

Kesepuluh, DAP menentang ustaz-ustazah dari Semenanjung dihantar ke Sarawak, mereka membisu.

Belum berkuasa di Putrajaya, DAP telah cuba memandulkan Islam. DAP adalah komponen Pakatan Harapan. Berpolitik untuk memenangkan PH bermakna berpolitik memenangkan DAP.

Politik DAP adalah politik memandulkan Islam. Maka sesiapa umat Islam yang berpolitik untuk PH bermakna mereka berpolitik untuk memandulkan Islam – agama mereka sendiri. Tepuk dada tanya iman.

TAMBAHAN:
1) Isu Kalimah Allah hendak letak dalam Bible – Penyokong DAP & PKR
2) Isu Azan guna pembesar suara jadi isu – Penyokong DAP
3) Isu memudahkan proses murtad – Penyokong DAP
4) Isu status agama anak kita selepas umur 18 tahun – Penyokong DAP

Semua isu ini disokong 100% oleh DAP. Malangnya Melayu Islam kita di dalam PKR dan Parti Harapan masih lagi buta! dan tetap sokong DAP lalu menghina PAS.

Walaupun hakikatnya mereka nampak DAP sebenarnya adalah musuh Islam yang nyata!!!! – Prof. Dr. Ridhuan Tee

Anonymous said...

GOLONGAN2 TALIBARUT DAP, AMAT GEMBIRA JIKA PENJAWAT AWAM DIKURANGKAN. BIAR KELUARGA MEREKA MAKAN PASIR. MUNGKIN ITU DALAM HATI PAN DAN PKR YG MENJADI KHADAM DAP. KALAU BUKAN KHADAM APASAL TAK BAGKANG

http://www.malaysiandigest.com/bahasa-malaysia/652669-pakatan-harapan-mahu-kurangkan-jumlah-penjawat-awam-jika-menang-pru14.html

Pakatan Harapan Mahu Kurangkan Jumlah Penjawat Awam Jika Menang PRU14

KUALA LUMPUR: Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua mencadangkan untuk mengurangkan pejawat awam sekiranya Pakatan Harapan berjaya merampas kuasa pentadbiran kerajaan persekutuan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Bercakap pada forum “Berapa Beban Hutang Dari Projek Mega Najib”, Tony menegaskan bahawa kakitangan awam tidak beri pulangan kepada pendapatan negara dan wajar dikurangkan.

Ujarnya, perbelanjaan yang digunakan untuk membayar penjawat awam membebankan negara dan dilaburkan kepada pelaburan hasil bumi seperti didalam industi minyak dan gas.

“Kita asingkan pendapatan daripada minyak, lombong, gas dan barang-barang yang tiada kaitan dengan kerja keras atau kebijaksanaan rakyat. Malah kita tubuhkan satu badan asing untuk mentadbir kewangan tersebut.

“Kita masukkan dalam pelaburan, kita gunakan dalam pendidikan, infrastruktur tertentu dan bukannya gunakan untuk membayar gaji dan mengubah suai pejabat serta perkara lain yan tidak memberikan pulangan,” katanya.

Walaubagaimanapun, cadangan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara ini disifatkan tidak realistik oleh Pensyarah Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan Universiti Utara Malaysia, Prof Amir Baharuddin.

Ujarnya, negara-negara maju seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat tidak melihat jumlah penjawat awam sebagai beban malah menganggap kakitangan tersebut merupakan aset terpenting dalam melaksanakan tugas-tugas kementerian.

"Ramai orang bercakap apa yang mereka tak tahu. Sektor awam ini peranannya untuk berkhidmat kepada rakyat dan bukannya menyusahkan rakyat.

"Kena ingat, untuk meningkatkan kecekapan dan tahap efisyen penjawat awam ini, kita mesti ada jumlah kakitangan yang wajar. Disamping itu perlu ditingkatkan teknologinya agar pencapaian itu cekap dan berkesan," katanya kepada Malaysian Digest

Tambahnya, jumlah penjawat harus bergantung kepada keperluan semasa dan nisbahnya perlu setara dengan jumlah rakyat sesebuah negara.

"Malaysia sebenarnya ketinggalan sekiranya dibandingkan dengan nisbah penjawat awam kepada masyarakat. Terutama nisbah guru kepada pelajar. Nisbah profesor kepada penuntut institut pengajian tinggi. Nisbah hospital dan doktor dengan rakyat.

"Jumlah doktor pakar di hospital kerajaan, begitu juga di hospital daerah. Banyak nisbah yang belum kita penuhi," tegasnya.

Mengulas lanjut, majoriti perkhidmatan awam negara masih belum mencapai tahap membanggakan dalam memberikan perkhidmatan paling efisyen disebabkan jumlah kakitangan awam yang rendah.

"Ada dua perkara perlu dilihat disini. Pertama mungkin mekanisma pencapaian tidak efisyen atau jumlah penjawat awam sebenarnya tidak cukup," katanya lagi.

- Malaysian Digest

Anonymous said...

1 undi untuk parti PANdir, Parti Kencing Rakyat dan parti MahaFiraun bererti memberi 1 undi kepada parti kafir harbi roket yang menentang ajaran Islam dan menindas umat Islam.

Puak munafik sahaja sokong parti liberal dan parti kafir harbi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails