Monday, January 22, 2018

Gegariafest: 6 Sebab Gadis Tak Berganjak Dari Booth Lifestyle.


HALAMAN HIBURAN

Dalam banyak-banyak booth di GEGARIA yang berlangsung di Setia City Convention Centre minggu lepas, ada satu booth ni memang sentiasa full house. 
Demikian lapor http://ohbulan.com
Admin (ohbulan.com) pun mula-mula pelik juga sebab booth tersebut sentiasa mendapat perhatian pengunjung, terutamanya gadis-gadis. Malah, ada juga jejaka yang melekat.
Jadi, admin yang serba nak tahu ni, duduklah lepak dekat booth tu juga! Boom! Admin pun terus terkesima dan tak berganjak. Memang best. Ini antara aktiviti yang berlangsung di booth ‘berhantu’ tu!

1. Tutorial mekap daripada Mafarikha

Padanlah gadis-gadis duduk punya lama di Booth Lifestyle ni. Ada mekap tutorial daripada Mafarikha rupanya. Banyak juga tips yang dikongsikan supaya mekap korang nampak melecun dan flawless. Siap ada yang ambik nota lagi. Hehe.

2. Sembang-sembang dengan Khai Aziz

Apa yang disembangkan oleh Khai Aziz? Ha, Khai Aziz berkongsi pendapat dan pandangan mengenai tajuk ‘Keeping Youth Off Streets Through Music’. Banyak pengalaman yang dikongsi bersama pengunjung!

3. Tutorial hijab daripada Nabila Razali

Ha, cumi cumi cumi. Apa yang Nabila Razali buat ni? Gadis jelita ni berkongsi tips dan tutorial hijab. Lepasni ramailah yang bergaya persis Nabila Razali!

4. Sesi Meet &Greet dengan Marianne Tan &Brandon Ho

Terpana kami bila dapat jumpa depan-depan dengan Marianne Tan dan Brandon Ho! Apatahlagi buat peminat mereka kan? Sengih je sepanjang masa sebab dapat tengok dekat-dekat.

5. Talk santai dengan Elfira Loy

Si comel Elfira Loy pun ada. Elfira pula berkongsi pendapat tentang topik ‘Social Media Responsibility’. Kelakar weyh dengar dia cerita pengalaman sepanjang bergelar selebriti.

6. Ada juga Faizdickie &The Ming Thing

Instafamous dan Youtubers terkenal, Faizdickie dan The Ming Thing pun ada! Mereka pula bercerita macam mana mengubah minat menjadi karier!

7. Tambahan. Sambung talk best daripada Noh Salleh &Pa’din Musa

Bila tiba sesi yang ni, bukan perempuan je melekat. Lelaki pun ada! Pa’din Musa dan Noh Salleh pula bercerita tentang musik dan fesyen!
Patut la diorang semua ni tak berganjak dari Booth Lifestyle kan… Mana taknya, teruja jumpa semua selebriti ni lepastu boleh jumpa dan ambik gambar dengan diorang. Bukan senang nak jumpa tau!
Tengok betapa happy adik-adik ni bila dapat jumpa Nabila Razali!

Menarikkan? Demikian suntingan dari http://ohbulan.com


Jom tengok apa yang best kat GEGARIA 13 Januari lepas…


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Seperti biasa, untuk membuka minda pelawat blog ini, setiap realiti aktiviti yang berlaku di depan kita perlu dinilai dari sudut Islam. Kerana kita berjanji dalam solat kita sehari semalam 5 waktu, hidup dan mati kita ialah kerana Allah SWT dan agama Islam. Mari, sama-sama kita menilaikan..


Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis

5 comments:

Anonymous said...

Menarik sekali ibenu!!! Lebih menarik lagi ibenu dh tak siarkn lagi gambar hadi!! Jadi entry2 lps ni jgn siarkn lagi gambar hadi bewang!!

Anonymous said...

Meroyannnn

Anonymous said...

memang lah hidup dan mati kerana Allah Taalla..

Tapi cara hidup dan cara untuk mati tak ikut cara untuk Allah Taalla.

Itu sebab lebih seronok dan happy cuba selebriti dari jumpa Lobai..

Anonymous said...

Barua biadapig sewel.

Tinta Mohd Yusri said...

Sokong..dari letak gambar hadi.. Baik letak gambar arwah tok guru nik aziz yg bijak politik dari hadi awang yg bodoh politik

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails