HARI ini ada dua berita mengenai gadis pelayan pelanggan (GRO)..
KLANG - Keghairahan pusat hiburan menyediakan gadis pelayan pelanggan (GRO) menjolok mata bagi melayan pelanggan berhibur terbantut.
Aktiviti sebuah premis di Bandar Bayu Tinggi itu terhenti selepas diserbu sepasukan polis Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Selangor, semalam.
Pegawai Turus D7 Selangor, Deputi Superintendan Norhizam Bahaman berkata, serbuan dijalankan kira-kira jam 11.30 malam hasil maklumat dan risikan.
Menurutnya, seramai 12 GRO membabitkan warga Kemboja dan Vietnam berusia lingkungan 20 hingga 30-an ditahan.
"Turut ditahan adalah seorang lelaki tempatan dipercayai penjaga premis bagi membantu siasatan.
"Beberapa peralatan di pusat hiburan itu telah dirampas seperti monitor, pembesar suara, bil tunai dan wang tunai," katanya.
Mengulas lanjut, dipercayai premis ini telah beroperasi sejak tiga bulan lalu tanpa lesen sah. Katanya, pihaknya tidak menolak kemungkinan terdapat tawaran seks yang diberikan GRO kepada pengunjung premis, namun aktiviti itu dilakukan di luar premis dan harga bergantung kepada tawaran yang diberikan.
Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63.
KUALA LUMPUR - Kerana bekerja di pusat hiburan, gadis pelayan pelanggan (GRO) warga Vietnam sanggup mengambil dadah.
Hal itu terbongkar dalam Ops Pusat Hiburan sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras dalam serbuan awal pagi tadi, di sebuah pusat hiburan di Jalan Pudu Ulu Cheras, di sini.
Serbuan dijalankan kira-kira jam 1 pagi itu membabitkan tiga pegawai dan 16 anggota.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Abdul Ghani Mohamad Ji, berkata, dalam serbuan yang berakhir jam 7 pagi itu berjaya menahan seramai 30 individu membabitkan 16 lelaki dan 14 wanita berusia lingkungan 19 hingga 50 tahun.
“Tangkapan ini melibatkan pekerja dan pelanggan pusat hiburan selepas ujian air kencing mendapati mereka positif dadah jenis methamphetamine.
“Kita kemudian telah merampas dadah jenis ketamin (1.94 gram) dan serbuk MDMA (36.88 gram) yang dianggarkan bernilai RM1,100,” katanya.
Mengulas kemungkinan terdapat aktiviti penjua`lan dadah di pusat hiburan berkenaan, beliau tidak menafikannya. Katanya, pihaknya bagaimanapun masih menyiasat siapa dalang terlibat menjual barang terlarang di pusat hiburan.
“Hasil risikan polis, penjualan dadah dilakukan oleh individu tanpa pengetahuan pengusaha pusat hiburan,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Apakah berita-berita ini membuktikan GRO-GRO luar negara bebas beroperasi di Malaysia? (IH)
3 comments:
Kita ucapkan syabas dan tahniah kepada PDRM yanf gigih berusaha menghapuskan maksiat.
Parti Islam PAS yang menjadikan AlQuran dan Sunnah sebagai dasar perjuangan politik PAS. PAS pimpinan ulama Islam sentiasa menyeru manusia ke jalan yang benar, melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran dan kesesatan.
Sebaliknya, Pakatan Liberal-Kafir harbi pimpinan sifu banglo terlajak diskaun sibuk mempromosi kemungkaran dan kesesatan seperti LGBT, atheis , pesta arak dan menghina ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam.
Sampai bila serbu tangkap.. serbu tangkap.. yang kena tangkap GRO yang silap-silap orangnya sama. Dah tu kerja perempuan itu.
Cuba lah sesekali tangkap pelanggan lelaki pulak.. kalau bertowel biar kan dia bertowel semasa di tangkap.. kalau boleh gari pelanggan sekali dengan GRO..
Ada juga kes dadah, dapat tumpas kan pengedar nya. Tapi Bapa atau Ibu ayam tak kena tangkap...
Mana pergi nya pelanggan semasa tangkapan?
Post a Comment