Penyanyi rap dan hip-hop Zhou Yan atau GAI dilarang beraksi kerana didakwa membawa imej yang bertentangan dengan nilai tradisi Parti Komunis. - Reuters
HALAMAN HIBURAN
BEIJING: Lembaga Penapisan China kini menjadikan budaya popular yang mewakili aspirasi orang muda sebagai sasaran terbaharu, termasuk menyekat muzik hip-hop dan mengharamkan penampilan selebriti yang bercacah tatu.
Ketika pengaruh program televisyen ‘Rap of China’ sedang meningkat di negara itu, artis hip-hop Wang Hao, atau dikenali sebagai ‘PG One’ dan Zhou Yan, yang terkenal dengan nama ‘GAI’ – telah disekat kemunculan mereka.
Mereka didakwa mempamerkan sikap dan cita rasa buruk serta mempromosi kandungan yang bertentangan dengan nilai tradisi dan prinsip Parti Komunis. Sasaran penapisan ke atas hip-hop adalah bukti kongkongan yang lebih kuat terhadap budaya popular, pada ketika kepimpinan negara itu cuba mencari platform yang berpotensi untuk memenangi hati golongan muda.
Badan pemantau media republik itu, SAPPRFT, kini menggariskan bahawa setiap program yang disiarkan tidak boleh mempamerkan individu bertatu atau menunjukkan budaya hip-hop serta budaya jalanan lain yang ‘tidak wajar’.
Pengarah publisiti jabatan itu, Gao Changli, antara lain menegaskan tentang beberapa perkara yang ditegah - antaranya mengharamkan selebriti yang memiliki sifat yang tidak selari dengan nilai Parti Komunis, berperangai buruk, bermulut celupar, berideologi rendah, tiada kelas, terlibat dengan skandal dan mempunyai masalah moral.
Dalam tindakan terbaru, penyanyi rap PG One dipaksa membuat permohonan maaf kerana lagu yang dinyanyikannya dikatakan mempunyai lirik melampau. Penyanyi GAI pula dilarang muncul dalam sebuah program hiburan yang sedang mendapat sambutan, namun tidak jelas sebab dan punca pihak atasan mengenakan hukuman itu.
Aktiviti penstriman muzik penyanyi terebut juga telah disekat dan dihapuskan dari dalam talian. Agensi berita Xinhua turut melaporkan tentang perkara itu dan melabelkan budaya tersebut sebagai tidak sesuai dengan China. Menurut laporan itu, budaya popular seumpamanya tidak boleh dijadikan ‘alat untuk seseorang melepaskan kemarahan, penderitaan dan mengadu domba’.
Penggiat industri seni dan muzik negara itu menganggap perkembangan terbaru itu sebagai tindakan mengarut oleh pemerintah, dan mencabul hak mereka untuk berkarya. (AA)
Video:
14 comments:
Ibenu chu chai!
Kesian kat Anon 3:21. Mungkin dia orang Nigeria yg nak jadi ahli PAN. Dia teruja sangat dengan Mr Husam Power 10
http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/pulau-pinang/cubaan-tayang-filem-gay-di-penangpac-cetus-kemarahan-1.501244
Cubaan tayang filem gay di Penangpac cetus kemarahan
PULAU PINANG 10 Julai – Cubaan sebuah pusat teater di sini, Performing Arts Centre of Penang (Penangpac) menayangkan filem bertemakan gay malam esok mencetuskan kemarahan pelbagai pihak yang meluahkan rasa tidak puas hati menerusi laman sosial.
Pendedahan tayangan itu dilaporkan sebuah portal berita menara.my yang mendakwa, Penangpac akan menayangkan filem berjudul Lost In Paradise itu selama dua jam di Straights Quay Tanjung Tokong, di sini bermula pukul 8 malam esok.
Menurut portal berkenaan, filem itu mengisahkan percintaan tiga segi antara tiga lelaki dan berlatarbelakangkan sindiket pelacuran kaum sejenis di Ho Chi Minh.
“Filem yang diberi jolokan nama 'filem gay pertama di Vietnam' oleh Agence France-Presse itu pernah menjadi tayangan pembuka di Festival Lesbian dan Gay di Hong Kong pada 2010.
“Sebuah portal berita komuniti gay antarabangsa pernah mendedahkan filem ini banyak memuatkan babak lelaki kacak bertubuh sasa yang mendedahkan tubuh dalam posisi mengghairahkan untuk membangkitkan nafsu para penonton," katanya seperti dipetik dalam portal itu di sini hari ini.
Seorang pembaca, Airul Nizam berkata, dia berasa bimbang masa hadapan generasi akan datang dan meminta rakyat menolak kepimpinan DAP Pulau Pinang yang disifatkannya sebagai sewenang-wenangnya meluluskan tayangan tersebut.
"Selamatkan masa depan anak-anak kita, agama Islam dan kedaulatan Malaysia dengan #tolakDAP," tulisnya
Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia di laman web Penangpac hari ini mendapati, Penangpac telah menukar tontonan tersebut kepada filem bertajuk West Side Story.
Dalam pada itu, Utusan Malaysia difahamkan beberapa buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) merancang mengadakan bantahan aman di Straights Quay Tanjung Tokong di sini malam esok bagi membantah cubaan menayangkan filem itu. - UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/pulau-pinang/cubaan-tayang-filem-gay-di-penangpac-cetus-kemarahan-1.501244#ixzz554A4gVYt
© Utusan Melayu (M) Bhd
Kebebasan berkarya sama lah dengan kebebasan berfikir.
China cuba menyekat budaya yang ada kaitan nya dengan Amerika. Ini tidak baik untuk China.
Dengan larangan ini adakah China telah di serap dengan unsur-unsur Islam?
Apabila sesebuah negara cuma mengekal satu budaya dan satu tradisi.. maka jadi lah macam negara Talian yang tidak ada beza nya dengan komunis.
Islam perlu mencari pendekatan yang saksama dan adil dalam mencari penyelesaian seumpama ini. Bukan nya dengan berdemo dan kekerasan.
T.kasih. Pandangan anda pandangan yang baik. Al-hamdulillah!
Islam perlu mencari pendekatan yang saksama dan adil dalam mencari penyelesaian seumpama ini.
Saya setuju..
Sendiri post sendiri puji..gila kerr ibnu nii..piraaaahhh..syok sendiri..😁😂😃😄
Knp Pak Ibnu tak puji ted manoff ?
kesian... he he he
Itu saya bukan Ibnu Hasyim.
Bagaimana pun dalam kesukaran menentukan kesaksamaan dan keadilan, jangan guna penipuan dan berdolak-dalih.
Seperti peruntukan DUN Selangor dab Dun Kelantan. Saya bukan anti Islam. Saya keciwa dengan PAS yang saya sangat harap-harapkan menganti UMNO.
Maaf kan saya Tuan Ibnu Hasyim.
T.kasih. Takde apa-apa.
Ekellllleehhh..sudahlah ibnu jgn nk main wayang..bila kita boleh jumpa ibnu..pekena teh tarikk ok juga..🍵🍵🍺
Ngehhhh ngehhhh..🐷🐽
Bagus ted manoff.
Kamu tinggal di mana?
bagi tahu masa dan tempat.
Putrajaya...🏰
Boleh. Awal bulan depan. Bulan ni penuh. saya di KL.
Post a Comment