Monday, January 29, 2018

Haram Undi DAP, Saran Mufti Keluar Fatwa. - IKSIM




watan-online – Mufti-mufti di negara ini disarankan supaya mengeluarkan fatwa berhubung hukum bagi umat Islam mengundi, menyokong dan membantu DAP yang membawa agenda perjuangan sekularisme serta anti Islam.

Felo Kanan Institiut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM), Engku Ahmad Fadzil Engku Ali, berkata seharusnya pihak berautoriti mengeluarkan fatwa yang menepati undang- undang Islam.

Beliau berkata, fatwa daripada para mufti amat penting bagi memastikan tidak berlaku kecelaruan dan kacau bilau dalam masyarakat kerana umat Islam perlu hormat dan memperakui fatwa dikeluarkan.

“Saya menyeru agar ‘Ashaabus Samaahah’ para mufti dibekalkan fakta-fakta dan data yang mencukupi agar mereka boleh mengeluarkan suatu fatwa yang menepati undang-undang Islam lebih-lebih lagi ianya tidak semestinya melibatkan parti DAP sahaja, tetapi bakal melibatkan aktiviti mengundi, menyokong dan membantu mana-mana individu atau parti-parti politik lain yang berhasrat menggunakan undi, sokongan dan bantuan yang diberikan kepada mereka bagi tujuan-tujuan yang bercanggah dengan tuntutan agama Islam.

“Fatwa daripada para mufti sangat penting kerana bukan semua orang, hatta para ilmuan dan pakar agama berada pada posisi boleh mengeluarkan pendapat yang boleh diangkat sebagai fatwa.

“Oleh kerana perbuatan mengundi, menyokong dan membantu DAP juga menimbulkan isu pelanggaran undang-undang, termasuk isu membantu atau mendiamkan kesalahan-kesalahan jenayah, maka saya menyeru agar pihak polis dan Jabatan Peguam Negara dapat membuat siasatan dan penilaian terpeinci lebih-lebih lagi berkaitan desas-desus yang mengaitkan antara parti tersebut atau aktivis DAP dengan RECS (Radical Evangelist Christian State).

“Di dalam Kertas Laporan Tragedi berdarah 13hb Mei 1969 yang dikeluarkan oleh MAGERAN, tindakan2 berbentuk hasutan yang dilakukan oleh parti DAP telah dikenalpasti sebagai salah satu punca utama tragedi rusuhan kaum yang kita harap tidak perlu berulang lagi di negara berbilang bangsa dan agama seperti Malaysia ini,” katanya dalam satu tulisan sebagai respon terhadap kenyataan Dr Zamihan Mat Zin al-Ghari yang mengharamkan umat Islam mengundi DAP.

Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA) itu Sabtu lalu, dalam satu wawancara eksklusif ‘Sembang Watan-Online’ menyifatkan haram bagi umat Islam, menyokong, membantu dan mengundi DAP yang jelas anti Islam.

Sementara itu, Engku Ahmad Fadzil yang juga pendakwah bebas meminta pihak berkuasa membuka kertas siasatan terhadap salah laku DAP yang bertentangan perundangan negara, serta Majlis Fatwa dapat menganalisa isu berkenaan dari sudut hukum agama.
(Haram Sokong DAP – Felo Kanan IKSIM)



7 comments:

Anonymous said...

Allah dan RasulNya telah melarang umat Islam dari menyokong, mengundi dan melantik orang kafir dan puak munafik menjadi pemimpin kerana orang kafir dan puak munafik tidak meredhai agama Islam dan umat Islam.

BUKTI:

Surah Aali Imtan: 28

Surah An-Nisa: 144

Surah Al- Maidah: 57.

Dll.

Ini bererti kita juga tidak boleh mengundi parti kafir harbi BiaDap dan sekutunya kerana menentang ajaran Islam dan menafikan hak umat Iskam.

Anonymous said...

Pembetulan untuk perkataan dalam baris terakhir:

umat Islam.

Anonymous said...

Adakah anda masih ingat tentang si kafir harbi yang bernama Ahok ? Si kafir harbi Ahok telah dilantik menjadi gabenur Jakarta dengan sokongan umat Islam yang jahil tentang hukum Islam.

Sebagai membalas kebaikan umat Islam, si kafir harbi Ahok laknatullah telah menggunakan kuasanya untuk menghina agama Islam dan meindas umat Islam.

Terdapat ramai 'Ahok' di negara kita. Jika kita menyokong mereka, mereka akan membalas kebaikan kita dengan kejahatan, kezaliman dan permusuhan.

Oleh sebab itu, marilah kita semua umat Islam menyokong dan mengundi parti Islam PAS pimpinan ulama Islam dalam PRU14 untuk membela agama Islam dan hak umat Islam yang sedang diancam oleh puak kafir harbi dan munafij liberal.

Anonymous said...

Ukur dulu.. jangan main hentam.. tak jadi yang nampak kalah Islam..

Nadi ekonomi kita iaitu projek yang besar di beri pada komunis.

Bagi duit untungkan komunis kau orang senyap.. undi DAP yang yang belum tentu kau orang dok sibukkan.

Nak haramkan.. haramkan UMNO sebab Hadi masih berkeras dengan Amanat nya..

Lagi pun ada YDP Agung.. Ada Raja-Raja Melayu...

Nak buat jugak tunggu PAS memerintah...

Anonymous said...

Apa jadi pada Ahok?

Apa jadi pada Adi?

Dua-dua guna agama..

Anonymous said...

Mungkin tujuan dan niat IKSIM supaya PAS akan senyap apabila Mufti tak buat apa-apa atau Mufti kata terpulang kepada rakyat yang mengundi..

Kalau tak dah lama.. mufti keluarkan kenyataan.

Anonymous said...

Barua dedak ternakan parti kafir harbi BiaDap telah menbuat soalan dan kesimpulan bodoh berlapis-lapis.

Fakta: TGHH membela agama Islam dan hak umat Islam. Sebaliknya si Ahok menghina agama Islam dan nenindas umat Islam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails