Monday, January 29, 2018

Hidupkan Gelombang Pakatan-DAP, Melalui BERSIH Mac Ini?




AIDCNews -27/01/18 -Benarkah Pakatan DAP sedang menggerakkan satu mobilisasi perhimpunan jalanan di sekitar ibu kota yang berselindung di sebalik perhimpunan BERSIH 5 pada Mac ini.
Persoalan itu dibangkitkan oleh laman,storiesbehindstories.com, yang mendedahkan tujuan perhimpunan itu untuk menghidupkan gelombang sokongan terhadap Pakatan DAP bagi menghadapi PRU 14.
“BERSIH akan menganjurkan demonstrasi untuk mencipta gelombang kebencian politik terhadap kerajaan pusat. Bulan Mac adalah masa yang sempurna untuk berbuat demikian.
“Pilihanraya umum semakin dekat dan para pakar telah membuat spekulasi bahawa ia akan diadakan antara Mac hingga Jun 2018,” dedah laman tersebut.
Penganjuran demonstrasi jalanan di ibu kota (kawasan bandar) adalah modus operandi biasa yang pernah dilakukan pakatan DAP sejak PRU 1969.
Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dalam bukunya bertajuk “13 Mei : Sebelum dan Selepas” mendedahkan pakatan DAP telah menganjurkan demonstrasi besar-besaran di Kuala Lumpur pada 9 Mei 1969, iaitu sehari sebelum hari mengundi.
Perhimpunan itu diadakan bertopengkan perarakan mayat ‘Pahlawan Merah’ (Lim Soon Seng) anjuran parti Buruh meniupkan api perkauman untuk memberi undi simpati kepada Pakatan DAP yang terdiri beberapa parti lain iaitu DAP, Gerakan dan PPP.
Implikasi demonstrasi itu, DAP mengaut keuntungan melonjak dengan memenangi kerusi-kerusi Parlimen dan DUN di kawasan bandar,iaitu 13 kerusi Parlimen dan 31 kerusi DUN.
Pakatan DAP melalui Gerakan pada awalnya berjaya menawan Pulau Pinang yang kemudiannya kembali kepada BN selepas Gerakan menyertai BN.
Di kawasan majoriti pengundi Cina, undi sokongan terhadap Pakatan DAP melonjak tinggi, hingga hampir berjaya menawan Perak dan Selangor.
Modus operandi yang sama dilakukan pakatan DAP bagi menghadapi PRU 2008, di mana demonstrasi jalanan dilakukan di ibu kota diadakan beberapa bulan sebelum hari mengundi.
Demonstrasi jalanan itu bertopengkan BERSIH-menuntut pilihan raya yang adil dan bersih yang diadakan pada 10 November 2007.
Implikasi demonstrasi itu, pakatan DAP berjaya menawan Pulau Pinang, Perak dan Selangor serta menafikan kemenangan 2/3 BN di Parlimen.

8 comments:

  1. https://www.ismaweb.net/2018/01/22/pemimpin-bersih-kata-al-quran-kitab-cetak-rompak-rasulullah-sesat-lapor-portal/

    Pemimpin Bersih Kata Al-Quran Kitab Cetak Rompak, Rasulullah Sesat, Lapor Portal



    BANGI, 5 Jamadilawal 1439H, Isnin – Ekstremis Kristian, Clement Chin menuduh al-Quran sebagai sebuah kitab cetak rompak di mana 70 peratus isi kandungan yang dicedok daripada cerita-cerita lama sebelum kewujudan Islam, lapor menara.my.

    Memetik tulisan ekstremis itu dalam laman Facebooknya, dia yang turut terbabit dalam himpunan Bersih mendakwa al-Quran telah berulang kali diedit, dipinda, dipadam dan ditulis semula selama berkurun-kurun bagi menjadikannya bermelodi dan mudah untuk dihafal.

    “Tahukah kamu bahawa terdapat sekurang-kurangnya 26 versi teks al-Quran? Mengapa kamu membaca kitab cetak rompak? Kandungan al-Quran adalah 70 peratus cerita-cerita yang wujud sebelum Islam yang ditiru,” tulis ekstremis itu yang dirangkaikan kepada seorang pengguna lain bernama Abdul Basit Abdul Azeez.

    Memetik laporan menara, Clement yang terbabit mengedar Bible dengan memasukkan ke dalam laci meja di hotel-hotel ketika berkhidmat dengan Gideon International di Kuantan, juga menuduh umat Islam sedang memuliakan syiar Dewa Bulan Hubal.

    Ekstremis Kristian itu berkata, apa yang dilakukan umat Islam adalah tanda betapa makbulnya doa pagan Abu Sufyan ketika perang Badar sewaktu menentang umat Islam.



    “Adakah dewa bulan Hubal tidak lagi lebih tinggi. Adakah Islam sepenuhnya bebas dari pengaruh bulan? Perhatikan dengan dekat kepada masjid-masjid di seluruh dunia, dan kamu tentu akan dapat menjumpai simbol Hubal, bulan sabit, diletakkan di bahagian yang paling tinggi di masjid.

    “Mungkin ia bukan usaha secara sengaja untuk menyembah Hubal. Namun, yang menariknya, melalui Islam, doa pagan musuh Muhammad, Abu Sufyan telah dimakbulkan, ‘O Hubal, meninggilah’,” kata ekstremis itu.

    Masih tidak berpuas hati, pengasas bersama Himpunan Hijau Anti-Lynas itu mempersoal pula penggunaan kalimah Allah, yang sememangnya hak mutlak milik umat Islam.

    Clement menuduh Nabi Muhammad sebagai sesat kerana menggunakan kalimah Allah bagi Tuhan, yang disifatkannya sebagai berasal daripada sembahan masyarakat pagan Makkah.

    “Agama Kristian telah wujud di Arab selama lebih 400 tahun sebelum kelahiran Muhammad. Jadi sekiranya Muhammad jujur dengan agamanya, sekurang-kurangnya dia patut tahu bahawa nama sebenar Jesus dalam bahasa Arab ialah “Yasu”.

    “Dia patut tahu nama sebenar Tuhan ialah “Yahwah” dalam Hebrew dan Ilah dalam bahasa Arab dan Elah dalam Aramaik, kerana masyarakat awal Kristian Arab tidak pernah menggelarkan Tuhan mereka sebagai Allah.”

    “Perkataan Allah datang daripada asal pagan masyarakat Makkah di mana ayah Muhammad “Abd-Allah” merupakan seorang penyembah berhala yang tegar,” katanya.

    ReplyDelete
  2. Komen Bersih 2016

    http://semuthitam80.blogspot.my/2016/11/bershit-didakwa-sudah-kena-main.html?m=1

    BERSHIT DIDAKWA SUDAH KENA 'MAIN'!!!

    Heh! Memang tepat sangat dakwaan yang telah dibuat oleh sesetengah pihak sebelum ini dimana mereka menyatakan Himpunan Bershit yang diadakan baru - baru ini telah bertukar menjadi pentas untuk mempromosikan parti PPBM secara terbuka.

    Perkara itu dapat dilihat dengan jelas apabila kelibat bekas Perdana Menteri itu lebih banyak mendapat liputan dan disebarkan secara meluas dikalangan puak - puak Pakatan Haprak tu sendiri melalui aplikasi - aplikasi media sosial yang ada.

    (Baca: HIMPUNAN BERSHIT AKHIRNYA JADI PENTAS PROMOSI PPBM!!!)

    Tindakan itu juga membuktikan bahawa keputusan PAS yang enggan hadir dan turut serta dalam perhimpunan itu memang cukup sesuai memandangkan agenda Bershit itu kini dilihat sudah semakin berubah dari tujuan asalnya sebelum ini.

    Mengulas mengenai isu yang sama, Ketua Pemuda Barisan Nasional tampil memberikan pandangan yang hampir serupa dengan luahan yang telah disiarkan sebelum ini dimana dia juga menganggap Bershit telah disalah-gunakan.

    Ketua sayap pemuda Barisan Nasional Khairy Jamaluddin dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini mengucapkan tahniah kepada Penasihat PPBM, Tun Mahathir Mohamad kerana telah berjaya ‘merampas’ wadah Bershit.
    “Tahniah kepada Tun Mahathir, beliau berjaya jadikan Bersih wadahnya. Semua pemimpin pembangkang sudah kena ‘main’,” katanya seperti yang dilaporkan, selepas menghadiri konvensyen Pemuda BN hari ini.
    Kenyataan itu dibuat bagi mengulas kehadiran Tun Mahathir dalam perhimpunan semalam dengan menyatakan bahawa pemimpin pembangkang dan penunjuk perasaan yang terbabit tidak sedar yang mereka telah dipermainkan.
    “Akhirnya, isu sebenar gabungan itu ‘hilang’. Tiada lagi Anwar Ibrahim. Semuanya mengenai Dr Mahathir,” kata Khairy seperti yang dilaporkan.
    Namun, seperti biasa, pemimpin Bershit tu enggan mengakui bahawa Bekas Perdana Menteri itu telah “merampas” wadah dan agenda asal NGO tersebut. Sebaliknya mereka berikrar mahu mengabaikan pihak yang cuba mengganggu agenda reformasi mereka.

    Tapi, apa yang pasti, tindakan puak NGO yang telah ditaja dengan menggunakan Dana dari individu yang Pro Yahudi memang sudah dijangka. Bagaimana mungkin diorang dapat menerima ke-BODOH-an mereka sendiri secara terang - terangan? Kalau diorang mengaku, makin bertambah BODOH la jawabnya!!!

    ReplyDelete
  3. Kah kah ka. Pencacai (PAN-Cho-Chai) terpusing2 lidah nak jawab. Itu sebab Mike Sabu lempar mikrofon atas pentas. Satu Ribu Bukti tetapi yg boleh dijawab oleh PAN-Cho-Chai hanya 10

    ReplyDelete

  4. Sesiapa pun boleh buat. Ini negara demokrasi. Bukan kepala Bapak Kleptokrasi.

    Adakah ini strategik Kerajaan Najib mengagalkan perhimpunan dengan mengaitkan perhimpunan dengan DAP.

    Bukan kah DAP bersama PH? Dan apa sebab DAP yang dapat sokongan kuat dari pengundi Cina nak buat perhimpunan?

    Semua parti politik memberi tumpuan kepada orang Melayu terutama di kampung dan FELDA...

    Menuduh DAP berselindung di sebalik perhimpunan BERSIH tak masuk akal...

    ReplyDelete
  5. Terima Kasih kpd NGO Islam ISMA kerana membongkarkan rahsia Bersih

    ReplyDelete
  6. Pemimpin Bershit yang ditaja oleh parti kafir harbi BiaDap telah mengaku secara terang-terangan bahawa Bershit mendapat sumbangan wang dari NGO-NGO Yahudi Zionis seperti NDI yang menjadi proksi rejim Amerika dan rejim pengganas Israel.

    Maka kita tidak terkejut melihat Bershit menjadi alat musuh Islam untuk menentang ajaran Islam, menafikan hak umat Islam dan menumbangkan kerajaan pimpinan Melayu Islam.

    Alhamdulillah ... Bilangan peserta semakin berkurangan menyertai Bershit yang jelas menunjukkan rakyat telah hilang kepercayaan terhadap Bershit tajaan parti kafir harbi BiaDap.

    Jangan biarkan diri anda menjadi kuda tunggangan BiaDap.

    Sokonglah dan undilah parti Islam pimpinan ulama Islam dalam PRU14.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada kena tangkap reman.. ada kena dakwa... tak ada kan?

      Sesekali kena test market..

      Delete
    2. Memang ada barua Himpunan Bershit kena tangkap reman mengikut laporan media massa. Oh ya baru teringat ... Barua dedak cap roket hanya baca propaganda parti kafir harbi BiaDap sahaja.

      Buat apa nak test market jika Himpunan Bershit mempunyai prestasi seperti syarikat hampir muflis dengan nilai saham merundum ke paras hidup segan, mati tak mau.

      Setiap kali Himpunan Bershit diadakan, bilangan peserta semakin berkurangan.

      Ini bererti rakyat telah hilang kepercayaan terhadap Himpunan Bershit dan parti BiaDap yang menjadi penaja.

      Delete