Monday, January 22, 2018

Ikan Kembung RM18-RM22 Sekilo? Tapi Siaisat P/Tani Ini, Kenapa?


AGAK mengejutkan apabila wujud pegawai atau petugas yang melarang kru televisyen membuat liputan harga barangan di pasar tani. Satu yang di luar jangkaan apabila kru yang mahu mengadakan siaran langsung mengenai harga barangan basah diminta meninggalkan lokasi.

“Nak buat liputan kena minta kebenaran bertulis,” kata pegawai bertugas.
Persoalannya: Pasar tani kawasan awam yang ada kepentingan awam. Media massa pula penyambung maklumat antara prasarana anjuran kerajaan ini dengan orang-ramai. Jadi mengapa dilarang dan penuh syarat?
Pasar besar sekitar Kuala Lumpur selama ini benas dimasuki media massa yang bertujuan membuat liputan mengenai harga barang. Apakah siaran langsung penyiaran harga barangan basah dan keperluan pengguna yang disiarkan selama ini menimbulkan ketakutan kepada penyelia peniaga pasar tani?
Atau apakah wujud kartel yang menguasai manipulasi harga barangan basah yang tidak mahu kadar harga barangan di pasar tani diumumkan setiap hari melalui siaran langsung televisyen?
Memang kita terperanjat apabila harga kembung yang dianggap ikan rakyat selama berdekad-dekad kini mencecah harga antara RM18 hingga RM22 sekilo? Di pasar tani harga ayam diproses RM8 sekilo. Lagi teruk di pasar Taman Tun Dr. Ismail yang harganya RM9 sekilo.
Di Pasar Seri Kembangan hanya RM7 sekilo. Semua ini dalam sekitar radius 25 kilometer. Namun, harganya jauh berbeza antara satu sama lain. Pasar tani pula tidak semurah disangka.
Ikan kembong lagi teruk ceritanya. Ikan yang sekian lama menjadi simbol ikan mampu beli rakyat bawahan, kini sudah melangkaui harga sepatutnya.
Malah, isu harga ikan kembung melambung melepasi paras munasabah, sudah berlarutan sekian lama. Keadaan jadi lebih mengejutkan apabila inilah kadar harga yang turut ditawarkan peniaga di pasar tani.
Seperti ada yang tidak kena di pasar tani. Sudahlah mahal, dan bertambah aneh apabila ada larangan menghadkan akses media utk membuat laporan terbuka secara langsung.
Apa yang ditakutkan?
Kementerian Pertanian dan FAMA harus menyiasat semua kebejatan ini. Pasar Tani aset kerajaan! -MYNEWSHUB.CC


7 comments:

  1. Imgat PAN peduli ka semua kat atas tu. Mujur ada PAS


    Yg penting bagi PAN, janji arak tak naik harga

    ttp://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/pan-kesal-cukai-arak-naik-bakal-beban-peminum/


    PAN Kesal Cukai Arak Naik Bakal Beban Peminum

    Published on Nov 9, 2016 in Politik/Utama & Sensasi


    ENTAH di mana silapnya ‘kecerdikan’, seorang wakil PAN hari ini mengatakan cukai minuman keras tidak sepatutnya dinaikkan kerana dikhuatiri membebankan golongan bukan Muslim.
    Ahli Parlimen PAN Kota Raja, Dr. Siti Mariah Mahmud mengatakan perkara demikian ketika membahaskan Bajet 2017 yang diadakan di Dewan Rakyat Hari ini.

    “Saya melihat cukai terhadap rokok sedang meningkat. Bagi alkohol pula, ia dibenar untuk bukan Muslim, jadi jika kita naik cukainya ia akan membebankan mereka,” katanya yang dipetik Free Malaysian Today.

    “Saya mencadangkan bagi tempoh jangka panjang, minuman beralkohol dan produk tembakau dijual berasingan di premis tertentu,” tambahnya lagi.

    Menurutnya, cadangan tersebut adalah bagi memudahkan penguat kuasa menjalankan pemantauan jika kedai menjual minuman keras bukan berada di kawasan majoriti Islam.

    Dari sudut normanya, benar, peningkatan cukai minuman keras sememangnya akan membebankan golongan peminum arak yang terdiri daripada golongan bukan Muslim.

    Namun jika difikir lebih jauh, cadangannya itu sebenarnya secara tidak langsung memudahkan orang Islam membeli arak dengan harga standard yang murah di pasaran.

    Maka golongan belia yang sekadar ingin ‘cuba-cuba’ membeli arak berkemungkinan menjadi peminum tegar disebabkan harganya yang tidak lagi ‘dibebankan’ dengan cukai sedia.

    Terdahulu, Siti Mariah dalam ucapannya meminta kerajaan menjelaskan jumlah diterima daripada “cukai dosa”, iaitu termasuk cukai dan duti eksais daripada alkohol, tembakau dan perjudian. – MYNEWSHUB.CC

    Reply

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebanyakan MP PAS senyap dan sunyi... siap berkecuali lagi. Tuan Presiden pun tak hadir Parlimen. Ngapa, ya?

      Delete
  2. Baik Khalid Shah Alam rajin2 pergi Pasar Tani ambil tau sikit.

    BN, PAS, PSM, Ezam kotak nak bertanding kah kah kah (5 Penjuru Bhai)

    Tercabut bluetooth kat telinga khalid

    ReplyDelete
  3. Ingat pemimpin PAS ikut serta ke laut satu bot dengan Menteri UMNO... maka harga ikan turun kalau tak murah..

    Ini lah hasil nya kalau UMNO PAS bekerjasama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kah kah bohong lagi PAN.

      Delete
    2. Kebanyakan MP PAS senyap dan sunyi... siap berkecuali lagi. Tuan Presiden pun tak hadir Parlimen. Ngapa, ya?

      Delete
  4. JIKA PAKATAN WAYANG MENANG PRU , HARGA IKAN KEMBUNG AKAN MENINGKAT KEPADA RM50 SEKILO SEBAB IKAN DIJUAL OLEH KRONI SIFU BANGLO. BUKTI: KERTAS KERJA BERHARGA RM 80 JUTA BOLEH DISIHIR MENJADI RM300 JUTA.

    ReplyDelete