Thursday, January 25, 2018

Ini Monyet Klon Hasil Saintis China. Nak Klon Manusia Pula?

 Gambar dari Akademi Sains Cina Institut Neurosains menunjukkan klon monyet "Hua Hua", dilahirkan pada 5 Disember 2017, di sebuah institusi penyelidikan di Suzhou di wilayah Jiangsu, Jiangsu. - Foto AFP 

JOM KREATIF


BEIJING: Saintis China berjaya menghasilkan dua monyet klon pertama menggunakan proses sama yang mencipta biri-biri, Dolly, lebih 20 tahun lalu, kejayaan yang boleh merangsang penyelidikan perubatan mengenai penyakit manusia.

Monyet berekor panjang dinamakan Hua Hua dan Zhong Zhong dilahirkan di Akademi Sains China (CAS) Institut Sains Saraf di Shanghai, dan hasil penyelidikan bertahun-tahun mengenai teknik pengklonan, pemindahan sel nuklear somatik.

"Usaha ini berjaya meruntuhkan halangan," kata Pengarah Pusat Kecemerlangan dalam Sains Otak dan Teknologi Kebijaksanaan CAS, Muming Poo.

Sehingga kini, teknik itu digunakan untuk mengklon lebih 20 spesis haiwan berbeza, termasuk anjing, babi dan kucing tetapi monyet terbukti amat sukar. Kelahiran monyet yang kini berusia enam dan lapan minggu itu juga membangkitkan persoalan etika mengenai sejauh mana saintis sudah hampir untuk mengklon manusia satu hari nanti.

Manusia boleh diklon dengan teknik itu, secara prinsipnya, kata Poo, walaupun tumpuan pasukannya adalah mengklon untuk tujuan penyelidikan perubatan.

Satu hari, pendekatan ini mungkin digunakan untuk menghasilkan lebih banyak monyet untuk tujuan penyelidikan, dan mengelak mengambil haiwan itu dari hutan. - AFP


Lihat sebelum ini..

E-Buku IH-103: Kisah-kisah Jom Kreatif (4)

E-Buku IH-103: Kisah-kisah Jom Kreatif (4)

1 comment:

Anonymous said...

Siapakah jadi Tuhan kepada makhluk monyet klon?

Persoalan sebelum di klon kan manusia ini pula perlu di jawab.

Oleh Lobai Parti Suci.. yang pakar segala hukum-hakam

Wassalam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails