FIRMAN Allah:
وَمَآ أَرۡسَلۡنَا مِن رَّسُولٍ إِلَّا بِلِسَانِ قَوۡمِهِۦ لِيُبَيِّنَ لَهُمۡۖ فَيُضِلُّ ٱللَّهُ مَن يَشَآءُ وَيَهۡدِي مَن يَشَآءُۚ وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَكِيمُ ٤ إبراهيم
- “Dan Kami tidak mengutuskan seseorang Rasul melainkan dengan bahasa kaumnya, supaya dia menjelaskan (hukum-hukum Allah) kepada mereka. Maka Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya), juga memberi hidayat petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya); dan Dialah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah Ibrahim: 4)
Bahasa bagi sesuatu bangsa menjadi alat paling memudahkan mendapat ilmu secara lisan dan tulisan, serta mengembangkannya di kalangan bangsanya, bukan sahaja sekadar hubungan perbualan biasa di kalangan meraka sahaja.
Islam di akhir zaman diwahyukan Kitab Suci Al-Quran menjadi mukjizat ilmu itu dengan Bahasa Arab yang dituturkan oleh Rasulullah S.A.W yang dilantik Allah dan generasi pertama yang diajak kepadanya dan menerima ilmunya.
Wahyu pertama ialah firman Allah:
ٱقۡرَأۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِي خَلَقَ ١ خَلَقَ ٱلۡإِنسَٰنَ مِنۡ عَلَقٍ ٢ ٱقۡرَأۡ وَرَبُّكَ ٱلۡأَكۡرَمُ ٣ ٱلَّذِي عَلَّمَ بِٱلۡقَلَمِ ٤ عَلَّمَ ٱلۡإِنسَٰنَ مَا لَمۡ يَعۡلَمۡ ٥ العلق.
- “Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), (1) Dia menciptakan manusia dari sebuku darah; (2) Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah; (3) Yang mengajar manusia melalui Qalam (alat tulisan); (4) Yang mengajar manusia apa yang manusia tidak tahu (jahil). (5)” (Surah Al-‘Alaq: 1-5)
Al-Quran dibaca dan ditulis dengan Bahasa Arab yang tinggi dari segi ilmunya. Banyak perkataan tidak mampu mencapai maksud yang sebenar kalau diterjemah dengan hanya satu perkataan sahaja dalam bahasa lain seperti kalimah Allah, ibadat, jihad, zikir, tasbih dan lain-lain. Al-Quran juga menjadi mukjizat dasar dan konsep bagi semua ilmu termasuk ilmu duniawi yang menjadi petunjuk dan menentukan sempadannya untuk memberi manfaat dan menolak mudarat.
Umat Islam diperintah oleh Rasulullah S.A.W mengambil ilmu duniawi daripada berbagai bangsa yang bertamadun, sabdanya:
Umat Islam diperintah oleh Rasulullah S.A.W mengambil ilmu duniawi daripada berbagai bangsa yang bertamadun, sabdanya:
الْكَلِمَةُ الْحِكْمَةُ ضَالَّةُ الْمُؤْمِنِ حَيْثُمَا وَجَدَهَا فَهُوَ أَحَقُّ بِهَا سنن ابن ماجه
- “Kebijaksanaan itu laksana barang tercicir kepunyaan orang yang beriman. Maka di mana sahaja dia menemuinya maka dialah paling berhak mengambilnya” (Sunan Ibnu Majah)
Langkahnya adalah meramaikan ilmuan berbagai lapangan di kalangan umat Islam dengan mudah dan cepat melalui Bahasa Arab atau bahasa masing-masing. Maka terciptalah Hadharah Islamiyah (Tamadun Islam) melalui ilmu duniawi berprinsip dan berkonsepkan Islam, bukannya Islam Hadhari yang mahu mengheret ajaran Islam bersama tamadun yang sesat itu.
Eropah Kristian yang tertarik kepada Tamadun Islam mengutuskan beberapa orang sahaja dalam kalangan orientalis yang mempelajari Bahasa Arab, bukan semua mereka itu mempelajari Bahasa Arab. Lalu mereka mengambil ilmu duniawinya sahaja daripada umat Islam tanpa ilmu wahyu yang menjadi petunjuk.
Kemudian mereka terjemahkan ilmu duniawi itu ke dalam bahasa masing-masing berkonsepkan sekularisma dalam masyarakatnya. Maka tercipta kemajuan sains dan teknologi yang pesat di kalangan mereka, sehingga mencetuskan Revolusi Industri yang menguatkan penjajahan dan berakhir dengan berbagai-bagai kemusnahan dan keruntuhan sehingga kini, kerana ilmunya tanpa hidayah.
Kita menyaksikan Jerman dan Jepun yang kalah dalam Perang Dunia Kedua sehingga musnah segala bangunan dan industrinya, termasuk dikenakan syarat yang ketat oleh Negara Berikat yang menang, tiba-tiba bangkit semula dengan bahasa masing-masing. Begitu juga China yang menjadi kuasa besar sekarang meletakkan acuan pelajaran dan pendidikannya ke dalam bahasa kebangsaan, hanya beberapa orang yang terpilih mempelajari bahasa asing. Semua negara itu melahirkan ramai ilmuan di kalangan mereka tanpa banyak menghabiskan masa dan tenaga rakyatnya mempelajari bahasa asing.
Selain itu juga, sejarah tamadun Islam di Nusantara menggunakan Bahasa Melayu yang bertulisan huruf Arab bersama pengaruh Islam sehingga Bahasa Melayu menjadi bahasa yang terbesar di rantau ini. Malangnya dimusnahkan selepas kedatangan penjajah melalui sistem pendidikan dan pelajaran yang sengaja dicipta untuk melumpuhkan jati diri Islam. Pada masa yang sama, diambil langkah menghapuskan pengaruh Islam atau membaratkan penganut Islam, bukan sahaja budayanya, bahkan termasuk bahasanya sama ada dimusnahkan atau menjadi bahasa rojak yang bercelaru.
UNESCO telah membuat kajian bahawa negara yang meninggalkan bahasanya sendiri gagal mencapai kemajuan yang pesat dan terus bergantung dengan pihak lain tanpa merdeka.
Generasi awal negara selepas mencapai kemerdekaan telah mengambil langkah positif untuk kembali semula memperkasakan Bahasa Melayu melalui sistem pendidikan kebangsaan dengan menubuhkan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), disamping melakukan perubahan terhadap institusi pendidikan di semua peringkat supaya Bahasa Kebangsaan menjadi bahasa ilmu sehinggalah berakhir tahun 70-an.
Malangnya pada tahun 80-an dilakukan perubahan, sekali pandang ke Timur, sekali ke arah Barat, akhirnya dihanyutkan oleh ribut globalisasi berslogankan Order Baru Dunia yang ditiupkan oleh Presiden Bush iaitu Bahasa Inggeris hendaklah menjadi bahasa dunia.
Kita ikut berenang bersama arus itu, sehingga Bahasa Inggeris menjadi kebanggaan kita. Tulisan Bahasa Kebangsaan dipinggirkan sedikit demi sedikit sehingga menjadi makin halus di papan tanda perniagaan dan jalan raya.
Kita menyaksikan juga betapa para pemimpin kuasa besar berucap dengan bahasa kebangsaan masing-masing di persidangan antarabangsa yang terbesar atau kecil seperti PBB dan majlis rasmi bersama tetamu asing. Tinggallah pemimpin dunia ketiga, sama ada yang sedang membangun atau terus terduduk tanpa bangun meninggalkan bahasanya, mereka sangat bangga berucap dengan bahasa penjajah masing-masing. Inilah kesan dan pengaruh penjajah yang masih menghantui pemikiran masing-masing.
Tanpa dinafikan perlunya mengetahui berbagai bahasa dunia itu dan penting untuk menimba ilmu sebanyak-banyaknya daripada bangsa lain, tetapi mengilmukan rakyat dan negara masing-masing hendaklah dengan bahasanya sendiri.
Rakyat akan mendapat ilmu dengan mudah sehingga tidak ada rakyat yang tertinggal atau terpinggir daripada pendidikan dan pelajaran termasuk yang kurang upaya. Menjadikan rakyat semuanya berperanan, bak kata orang tua:
“Yang gagah menumbuk padi, yang buta menghembus lesung dan yang tempang menghalau ayam”.
Jangan yang berpendidikan tinggi hanya segelintir, ada yang tidak pulang kerana tiada tempat di tanah air sendiri dan ada juga menjadi penganggur.
Walaupun masih ramai beranggapan bahawa peranan bahasa hanya kecil sahaja, tetapi perhatikan betapa peranannya yang dipandang sepi ini dapat mempengaruhi generasi kini yang lemah jati dirinya sedang dilanda badai media baru langit terbuka tanpa sempadan, menunjukkan angka peserta pusat serenti berlipat kali ganda daripada jumlah ke universiti, kerana kemampuan bahasa asingnya tidak mencapai ke tahap menguasai ilmu.
Lebih malang bagi Bahasa Kebangsaan kita, apabila konsep penswastaan dilaksanakan dengan meluas di lapangan institusi pendidikan yang menjadikan perniagaan adalah matlamat pendidikan, bukannya dakwah dan pembangunan insan.
Ada yang sangat gembira dengan penubuhan universiti asing dan menggunakan bahasa asing serta kedatangan pelajar-pelajar asing kerana melihat banyak duit yang datang, bukannya melihat penyakit yang diundang sehingga duit itu terpaksa dihanguskan pula untuk mencegah dan mengubati kesan negatif yang lebih besar daripada positifnya. Demikianlah perangai manusia yang disifatkan oleh Rasulullah S.A.W:
مَثَلِي وَمَثَلُكُمْ كَمَثَلِ رَجُلٍ أوْقَدَ نَاراً فَجَعَلَ الجَنَادِبُ والفَرَاشُ يَقَعْنَ فِيهَا وَهُوَ يَذُبُّهُنَّ عَنْهَا، وَأَنَا آخذٌ بحُجَزكُمْ عَنِ النَّارِ، وَأنْتُمْ تَفَلَّتونَ مِنْ يَدَيَّ )رواه مسلم(
- “Bandingan hubungan aku dan kamu laksana seorang yang menyalakan api, menyebabkan serangga belalang dan kelkatu menjatuhkan diri ke dalamnya, sedangkan aku mahu menghalangnya, sehingga aku memegang baju dan seluar kamu supaya jangan jatuh ke dalam api itu, sedangkan kamu merentap melepaskan diri daripadaku”
Allah menciptakan berbagai bangsa dan bahasa menjadi tanda kebesarannya. Firman Allah:
وَمِنۡ ءَايَٰتِهِۦ خَلۡقُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَٱخۡتِلَٰفُ أَلۡسِنَتِكُمۡ وَأَلۡوَٰنِكُمۡۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَأٓيَٰتٖ لِّلۡعَٰلِمِينَ ٢٢ الروم
- “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan kebijaksanaan-Nya ialah kejadian langit dan bumi dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan” (Surah Ar-Rum: 22)
Manusia tidak mungkin meminda ketetapan Allah, bahkan sepatutnya bersyukur dengan ketetapan Allah kepada diri masing-masing. Maka Islam tidak memaksa bangsa yang menganut Islam menukar bangsa, warna kulit dan bahasanya, sebagaimana tidak boleh memaksa bukan Islam menganut Islam sendiri. Bahkan ilmu agama Islam juga boleh dipelajari dengan bahasa masing-masing, namun bagi mendalaminya hanya yang terpilih mempelajari Bahasa Arab.
Ibadat sembahyang yang diwajibkan bacaannya dengan Bahasa Arab, tetapi ilmu sembahyang dipelajari dengan bahasa masing-masing. Begitulah seorang yang mahu mengerjakan haji di Makkah tidak dipaksa mempelajari Bahasa Arab sebagai rukun dan syarat hajinya, termasuk yang buta huruf sah hajinya, menjadikan jamaah haji semakin ramai. Selain itu, para ulama mengesahkan status Islam seseorang dengan Dua Kalimah Syahadah yang diucapkan terjemahan dalam bahasanya dan mereka yang tidak mampu langsung melafazkan bacaan solatnya dalam Bahasa Arab diizinkan juga dengan bahasanya.
Bangsa bukan Arab yang mengambil alih kepimpinan Negara Islam yang besar, seperti Turki, Kurdis dan Mongol kekal dengan bahasa masing-masing dan menjadi bahasa rasmi negara bersama Bahasa Arab bagi mendalami ilmu syariat secara langsung daripada Al-Quran dan Sunnah. Namun tamadun duniawinya kekal dalam bahasa kebangsaan.
Malangya ada pemimpin kita yang pernah berhasrat mewajibkan Bahasa Inggeris dalam sistem pelajaran dan pendidikan kita kononnya untuk kemajuan negara. Lebih parah lagi apabila mahu menjemput tenaga pengajar asing dan menyediakan peruntukan kewangan yang sepatutnya boleh digunakan dalam perkara yang lebih bermanfaat kepada negara dan rakyat.
Cukuplah Wawasan 2020 sudah tinggal dua tahun sahaja lagi umurnya, tetapi kemajuan kita masih bernyawa ikan yang ditangkap, bukannya ikan di air bebas. Namun Allah sentiasa membuka pintu taubatnya laksana seluas muka bumi ini daripada Timur hingga ke Barat atau sepanjang umur manusia daripada umur baligh sehingga nyawa berada di kerongkong. Jangan salahkan orang lain, salahkanlah diri sendiri.
Kata Khalifah Umar R.A.
الرجوع إلى الحق خير من التمادي في الباطل
“Sesungguhnya kembali kepada kebenaran itu lebih baik daripada berterusan di dalam kebatilan”
“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 1 Jamadil Awal 1439 / 18 Januari 2018 - HARAKAHDAILY 18/1/2018
Presiden PAS
Bertarikh: 1 Jamadil Awal 1439 / 18 Januari 2018 - HARAKAHDAILY 18/1/2018
Lihat sebelum ini..
Siri Politik Islam Masakini..
3 comments:
TIDAK ADA KEGEMBIRAAN YG LEBIH KEPADA KEGEMBIRAAN TERHADAP ISLAM
PADA MASA YG SAMA JUGA
TIADA PENOLAKAN YG LEBIH KEPADA GOLONGAN ANTI ISLAM
SAY NO TO ISLAMAPHOBIA KATAKAN TIDAK KEPADA DAP DAN RAKAN2 DAP
https://aidcnews.wordpress.com/2017/08/05/10-bukti-dap-anti-islam-dr-ridhuan-tee/
10 Bukti DAP Anti Islam -Dr. Ridhuan Tee
AIDCNews -05/08/17 – Pendakwah bebas, Prof. Dr. Ridhuan Tee menyenaraikan 10 bukti yang menunjukkan DAP merupakan sebuah parti anti-Islam.
10 bukti itu adalah seperti berikut :
Pertama, pemimpin DAP Perak, Nga Kor Ming pernah menghina umat Islam dengan menyamakan pemberian duit raya sama seperti rasuah atau dedak. Mereka diam.
Kedua, tokoh DAP Pulau Pinang Jeff Ooi menghina kematian ulama tersohor Tuan Guru Harun Din dengan ungkapan ‘Adios Harun Din’. Mereka tidak terasa apa-apa.
Ketiga, Nga Kor Ming sindir purdah yang dipakai sebahagian wanita Islam. Apabila Datuk Ahmad Darus cadang pramugari memakai pakaian menutup aurat, pemimpin DAP kata pemimpin Melayu otak cacat. Mereka diam.
Keempat, Pemimpin DAP yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy menggelar pendakwah terkenal antarabangsa, Dr. Zakir Naik sebagai ‘setan’, mereka diam.
Kelima, DAP pernah lantang mempertikaikan kandungan khutbah Jumaat dan mengganggu urusan fatwa di Pulau Pinang. Mereka diam juga.
Keenam, DAP biadab mempersoalkan laungan azan dan bacaan ayat al-Quran melalui pembesar suara masjid. Mereka buat lembu kenyang.
Ketujuh, DAP mempersoalkan larangan murtad dan mempersoalkan kewujudan JAKIM. Semuanya mereka diam.
Kelapan, DAP berani menghina dan mempersenda hukum hudud. Mereka diam juga.
Kesembilan, DAP separuh mati menentang RUU355, mereka kata konon RUU355 belum perlu. Maqasid syariah dengan DAP pula mereka berguru.
Kesepuluh, DAP menentang ustaz-ustazah dari Semenanjung dihantar ke Sarawak, mereka membisu.
“Belum berkuasa di Putrajaya, DAP telah cuba memandulkan Islam. DAP adalah komponen Pakatan Harapan. Berpolitik untuk memenangkan PH bermakna berpolitik memenangkan DAP.
“Politik DAP adalah politik memandulkan Islam. Maka sesiapa umat Islam yang berpolitik untuk PH bermakna mereka berpolitik untuk memandulkan Islam – agama mereka sendiri. Tepuk dada tanya iman,”katanya dalam satu kenyataan.
HUJAH DARI ISMA. NGO ISLAM MODERAT
http://www.ismaweb.net/2016/04/17/sensiviti-agama-dan-perlembagaan-puak-liberal-pilih-kasih/
Sensiviti Agama Dan Perlembagaan: Puak Liberal Pilih Kasih
liberal
Isu baru-baru ini berkenaan dengan Dr. Zakir Naik menjadi topik hangat perdebatan di antara golongan Islamis dan liberal. Namun, ia bukan sekadar isu berkenaan Dr. Zakir Naik, akan tetapi insiden baru-baru ini hanyalah satu titik – yang mana apabila dihubung kaitkan dengan insiden-insiden bahkan sebelum kedatangan Dr. Zakir Naik lagi – menyerlahkan pembuktian kepada kita tentang dua perkara;1) Dalam isu sensitiviti agama dan Perlembagaan, puak liberal memilih kasih.
2) Puak liberal bukan sekadar menjadi sensitif, bahkan berlebih-lebih.
Pada tahun lepas, kita sedia maklum terdapat aktiviti kristianisasi yang berlaku di tempat awam secara terbuka melibatkan dua warga asing yang mendekati orang Islam di sekitar Selayang. Isu ini menjadi viral apabila seorang pemilik akaun Facebook menceritakan pengalaman beliau didekati oleh dua warga asing ini dan disyarah tentang Jesus dan Kristian.
Anehnya, tiada langsung puak liberal yang mahu bersuara berkenaan insiden tersebut, apatah lagi menyatakan kekesalan atas dasar sensitiviti agama dan Perlembagaan kerana menyalahi undang-undang tempatan yang melarang penyebaran agama lain terhadap orang Islam.
Ironinya, puak liberal jugalah yang – pada bulan yang sama sebelum insiden ini berlaku – menghalang penganjuran satu forum di UiTM dengan tajuk ‘Ancaman Gerakan Kristianisasi’ dan mereka berlebih-lebih dalam memberi reaksi seolah-olah orang Islam mahu menimbulkan prejudis terhadap orang Kristian yang menjadi rakan karib, rakan sekerja mahupun jiran tetangga. Di sini mereka mengabaikan perkataan ‘ancaman gerakan’ dan selepas dari itu menimbulkan persepsi yang salah terhadap orang awam yang akhirnya agama Islam dan orang Islam yang terkena tempiasnya.
Ini belum kita mengambil kira insiden-insiden sebelum ini yang berlaku yang tidak langsung mencerminkan sensitiviti terhadap agama Islam dan Perlembagaan seperti tuntutan COMANGO, mencabar enakmen negeri yang mengawal perilaku orang Islam dalam hal pemakaian dan perbuatan menyamai wanita, mencampur tangan urusan penukaran agama ke dalam Islam dan mempertahankan pendirian untuk menukar agama keluar dari Islam, mencabar kedaulatan dan bidang kuasa Mahkamah Syariah, mempersoalkan tindakan kerajaan menghalang penerbitan buku-buku yang bercanggah dengan cara fikir Islam seperti terbitan oleh pemikir liberal dan Syiah dan lain-lain insiden yang boleh dibangkitkan kembali.
Walaupun insiden-insiden ini berlaku, tanpa segan silu dan tanda hormat puak liberal terus mencabar dan memperlekeh nilai dan garis panduan yang ingin dipertahankan.
http://pakdin.my/dap-mahu-saman-jaip-khatib-khutbah-aidiladha/
DAP Mahu Saman JAIP, Khatib Khutbah Aidiladha
Parti Tindakan Demokratik (DAP) negeri Pahang bercadang untuk menyaman Jabatan Agama Islam Pahang dan khatib khutbah hari raya aidil adha yang menyelar sikap orang Islam berpecah belah sehingga sanggup bersama dengan parti DAP yang kelas anti-Islam.
Teks khutbah Aidiladha itu menyebut:
“Dewasa ini kita melihat perpecahan umat Islam di negara kita terutama bangsa Melayu begitu ketara. Perpecahan ini kerana mengutamakan parti politik melebihi perpaduan dan persaudaraan Islam seperti Umno, PAS, PKR dan ditambah parti baru yang dinamakan Gerakan Harapan Baru (GHB). Malahan ada di kalangan umat Islam yang menyertai parti DAP yang terang-terangan menentang Islam.
“Sepatutnya umat Islam bergabung dan bersatu suara walaupun berlainan dasar politik mereka…”
Menggunakan orang Melayu dan Islam sebagai alat, DAP Pahang memberi masa selama lima hari bermula hari ini untuk JAIP memohon maaf secara terbuka serta menarik balik teks khutbah tersebut atau berdepan dengan tindakan undang-undang.
“DAP Pahang akan hantar surat pada Jabatan Agama Islam Pahang atau bahagian mufti yang menuntut mereka menarik balik ucapan berbaur fitnah serta memohon maaf secara terbuka melalui media elektronik dalam masa lima hari dari hari ini.
“Sekiranya tiada tindakan atau balasan dari pihak Jabatan Agama Islam Pahang, kami secara individu iaitu orang beragama Islam dalam DAP akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Jabatan Agama Islam Pahang yang keluarkan khutbah ini.”
Sidang media itu turut dihadiri oleh Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, sasterawan negara yang baru menyertai DAP Datuk A Samad Said serta pakar perundangan yang turut menyertai DAP Julai lalu Dr Abdul Aziz Bari.
Selain itu, Tengku Zulpuri yang juga ADUN Mentakab berkata, ahli DAP Melayu dan beragama Islam menyelar teks khutbah itu kerana mereka tidak pernah menentang mana-mana rukun Islam.
“Menuduh DAP Melayu Islam menentang Islam, apa yang kami tentang? Rukun Islam ada lima perkara dan kami percaya lima rukun itu. Kami tak pernah cakap dan bantah rukun Islam ini tak ada.
“Dan kami tak ada menyeru supaya sembahyang dua imam. Tak pernah berlaku. Tak pernah suruh baiah gadai isteri. Tak pernah,” katanya lagi.
Islam diakui agama rasmi
Sementara itu, bagi A Samad atau Pak Samad pula, pihak jabatan agama Islam dilihat keterlaluan apabila menggunakan khutbah untuk mendakwa orang Melayu yang menyertai DAP sebagai seorang penentang Melayu.
“Tak ada bayangan bahawa DAP ini menyalahi akidah. Jadi jangan guna alasan rambang bahasa Melayu yang menyertai DAP sebagai alat yang mencemar agama dan menentang Melayu,” katanya.
Hakikatnya DAP sememangnya terkenal sebagai parti cauvinis cina yang anti Islam.
Post a Comment