Wednesday, January 24, 2018

Kelab Dangdut Warga Emas, Tarian Ghairah Lucah, Wanita Sendat Seksi..

Kelab dangdut warga emas Aksi pelanggan menari bersama penghibur di ‘kelab dangdut’ yang sempat dirakam dalam tinjauan di kampung terbabit sebelum ini.


KUALA TERENGGANU - Kedegilan pihak berkenaan yang masih meneruskan operasi ‘kelab dangdut’ untuk golongan warga emas meskipun pernah ditegur sebelum ini mengundang ketidakselesaan penduduk di Kampung Telari, Manir, di sini.

Difahamkan, penduduk setempat pernah memberi teguran kepada pemilik premis terbabit namun tidak diendahkan.

Kelab yang wujud sejak lima tahun lalu menjadi tarikan pelanggan warga emas berusia antara 60 hingga 70 tahun dan dipercayai menyediakan hiburan tarian yang mengghairahkan oleh penghibur wanita muda yang berpakaian sendat dan seksi.

Hasil tinjauan Sinar Harian mendapati ‘kelab dangdut’ itu menjadi tumpuan pelanggan bermula jam 9 malam dan aktiviti di kawasan berkenaan berlarutan hingga ke awal pagi.

Pelanggan veteran dilihat tanpa segan silu asyik menari dan menyanyi di pentas di perkarangan ‘kelab dangdut’ dengan disulami unsur lucah sekali gus mengganggu ketenteraman penduduk berhampiran.

Bukan itu sahaja, pelanggan veteran ini dikatakan ada memberi tips kepada penari dan penghibur ‘kelab dangdut’ itu bersesuaian dengan persembahan diberikan.

Malah lebih memalukan, pihak terlibat dilihat langsung tidak menghormati jemaah masjid memandangkan jaraknya hanya 200 meter dari kawasan masjid.

Seorang penduduk yang hanya ingin dikenali sebagai Zaki, 41, berkata, kawasan itu pada mulanya dijadikan tempat penganjuran aktiviti dikir barat sejak 20 tahun lalu tetapi mula berubah wajah menjadi ‘kelab dangdut’ sejak lima tahun lalu.

“Aktiviti dangdut diadakan antara tiga hingga empat kali seminggu dengan empat hingga lima penyanyi dibawa dari Kelantan.
“Kebanyakan pengunjung yang datang terdiri daripada warga emas, mereka juga dilihat langsung tidak menghormati jemaah yang mengadakan program keagamaan di masjid kerana jaraknya terlalu dekat,” katanya.

Zaki berkata, biasanya setiap kali persembahan diadakan, lebih 100 hingga 200 pengunjung akan datang yang mana bukan hanya dari kampung itu tetapi pelanggan dari daerah lain. (SH)
 Kemunculan mendadak tarian dangdut yang menampilkan unsur lucah dengan penari berpakaian seksi membawa lenggok tarian yang mengghairahkan di Kampung Telari, di sini mencetuskan rungutan penduduk

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini pantun Melayu ku persembahkan..

Halia ini tanam-tanaman
Ke barat juga akan condongnya
Dunia ini pinjam-pinjaman
Akhirat juga akan sungguhnya.

Sedarlah wahai insan, terutama ahli kelab dangdut warga emas!

Lihat sebelum ini..
Siri Politik Islam Masakini..
Hasil carian imej untuk undi siapa

7 comments:

  1. Kesian warga tua bangka , semakin tua senakin gatal. Sudah lupa dunia kata porrah dan kubur kata wangek.

    Tidakkah keluarga mereka merasa malu jika bapa atau datuk mereka mati semasa melakukan maksiat di tempat maksiat?

    Jabatan agama tidurkah? Majlis bandaraya tidurkah?

    ReplyDelete
  2. Aikkkk..ko delete komen ibnu..takutlah tuu..haha..

    ReplyDelete
  3. http://bm.therakyatpost.com/berita/2014/08/05/sukan-bogel-versi-tempatan-di-pulau-pinang/

    Sukan bogel versi tempatan di Pulau Pinang?

    Rakaman video bogel membabitkan sekumpulan 18 orang dalam satu permainan bogel " Malaysia Nude Sports Games 2014" tersebar di beberapa blog dan laman sosial dan dipercayai berlangsung di Pantai Kerachut, Pulau Pinang.

    KUALA LUMPUR, 5 Ogos:
    Satu rakaman video bogel membabitkan sekumpulan 18 orang dalam satu permainan bogel ” Malaysia Nude Sports Games 2014″ tersebar di beberapa blog dan laman sosial.

    Aksinya dikatakan dirakamkan di Pantai Kerachut, Pulau Pinang, dua bulan lalu.

    Rakaman berdurasi 5 minit 25 saat membabitkan peserta warga tempatan dan luar negara.

    Difahamkan, resort tersebut kini telah ditinggalkan oleh pemiliknya.

    Video itu memaparkan aksi sebelas orang iaitu lapan lelaki dan tiga wanita tidak berpakaian melakukan aktiviti di tepi pantai.

    Permainannya dimulakan dengan aksi menconteng badan peserta menggunakan pelbagai warna dan kemudian diikuti aktiviti memanas badan oleh kumpulan terbabit dan kemudian diikuti dengan beberapa aksi lain hingga ke waktu malam.

    Persoalannya bagaimana insiden ini boleh berlaku di negara ini kerana ia bercanggah dengan nilai etika dan budaya tempatan.

    The Rakyat Post akan mendapatkan reaksi lanjut daripada pihak berkenaan berhubung perkara ini.

    Ingin menambah sesuatu pada laporan ini? Sila maklumkan melalui komen di bawah.



    Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2014/08/05/sukan-bogel-versi-tempatan-di-pulau-pinang/#ixzz5549RWqh8

    ReplyDelete
  4. Ted manofg balaci dap anti islam.

    ReplyDelete
  5. http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/pulau-pinang/cubaan-tayang-filem-gay-di-penangpac-cetus-kemarahan-1.501244

    Cubaan tayang filem gay di Penangpac cetus kemarahan

    PULAU PINANG 10 Julai – Cubaan sebuah pusat teater di sini, Performing Arts Centre of Penang (Penangpac) menayangkan filem bertemakan gay malam esok mencetuskan kemarahan pelbagai pihak yang meluahkan rasa tidak puas hati menerusi laman sosial.

    Pendedahan tayangan itu dilaporkan sebuah portal berita menara.my yang mendakwa, Penangpac akan menayangkan filem berjudul Lost In Paradise itu selama dua jam di Straights Quay Tanjung Tokong, di sini bermula pukul 8 malam esok.

    Menurut portal berkenaan, filem itu mengisahkan percintaan tiga segi antara tiga lelaki dan berlatarbelakangkan sindiket pelacuran kaum sejenis di Ho Chi Minh.

    “Filem yang diberi jolokan nama 'filem gay pertama di Vietnam' oleh Agence France-Presse itu pernah menjadi tayangan pembuka di Festival Lesbian dan Gay di Hong Kong pada 2010.

    “Sebuah portal berita komuniti gay antarabangsa pernah mendedahkan filem ini banyak memuatkan babak lelaki kacak bertubuh sasa yang mendedahkan tubuh dalam posisi mengghairahkan untuk membangkitkan nafsu para penonton," katanya seperti dipetik dalam portal itu di sini hari ini.

    Seorang pembaca, Airul Nizam berkata, dia berasa bimbang masa hadapan generasi akan datang dan meminta rakyat menolak kepimpinan DAP Pulau Pinang yang disifatkannya sebagai sewenang-wenangnya meluluskan tayangan tersebut.

    "Selamatkan masa depan anak-anak kita, agama Islam dan kedaulatan Malaysia dengan #tolakDAP," tulisnya

    Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia di laman web Penangpac hari ini mendapati, Penangpac telah menukar tontonan tersebut kepada filem bertajuk West Side Story.

    Dalam pada itu, Utusan Malaysia difahamkan beberapa buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) merancang mengadakan bantahan aman di Straights Quay Tanjung Tokong di sini malam esok bagi membantah cubaan menayangkan filem itu. - UTUSAN ONLINE



    Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/pulau-pinang/cubaan-tayang-filem-gay-di-penangpac-cetus-kemarahan-1.501244#ixzz554A4gVYt
    © Utusan Melayu (M) Bhd

    ReplyDelete
  6. SOKONGLAH DAN UNDILAH PARTI ISLAM PAS DALAM PRU14 SUPAYA PAS PIMPINAN ULAMA ISLAM BOLEH MENGHAPUSKAN KEMUNGKARAN DAN KESESATAN.

    ReplyDelete
  7. La dekat Terengganu, mati~mati Puaka Rimba ingat kat Penang. Hehehekikikihahahakahkahkah

    ReplyDelete