BANGI, 22 Rabiulakhir 1439H, Rabu – Sehari selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu beberapa jabatan kerajaan dan pihak swasta di Pulau Pinang, semalam, seorang individu bergelar Datuk ditangkap, lapor The Star, hari ini.
Laporan itu menyebut lelaki berpangkat Datuk yang menduduki jawatan tinggi dalam sebuah syarikat ditangkap bagi membantu siasatan dakwaan berlaku rasuah dalam projek bernilai RM6.3 bilion itu.
Semalam, SPRM menyerbu beberapa pejabat kerajaan di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di Pulau Pinang dan syarikat swasta bagi menyiasat projek terowong dasar laut.
Difahamkan, pejabat kerajaan yang dikunjungi SPRM ialah pejabat Jabatan Kerja Raya di Sungai Pinang, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, pejabat Tanah dan Galian serta Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta di Komtar.
Selain itu, Syarikat Ewein-Zenith; 555 Capital Diamond Valley Industrial Park; dan Konsortium Zenith turut diserbu pada jam 10 pagi semalam.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan serbuan itu.
“Kami mengambil dokumen di pejabat kerajaan dan beberapa syarikat yang berkaitan dengan projek terowong dasar laut itu. Buat masa ini tangkapan tidak ada lagi,” katanya semalam.
Projek terowong dasar laut sepanjang 7.2 kilometer yang menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Seberang Perai dan tiga jalan utama itu dianugerahkan kepada Konsortium Zenith BUCG Sdn Bhd, yang terdiri daripada beberapa syarikat.
Sebelum ini, projek itu mencetuskan pelbagai kontroversi antaranya berhubung kos kajian kebolehlaksanaan yang terlalu tinggi selain kaedah pembayaran membabitkan pertukaran tanah kerajaan negeri serta pelaksanaannya dibantah penduduk negeri yang bimbang dengan impak ekonomi, sosial dan alam sekitar.
Akhbar berkenaan melaporkan SPRM turut menyiasat kenapa kerajaan Pulau Pinang membenarkan syarikat kenderaan khas pelbagai guna (SPV) terowong melakukan pra-jualan tanah negeri bernilai RM3 bilion, walaupun terdapat kelewatan selama empat tahun dalam pembinaan jalan raya.
SPRM juga dikatakan menyiasat kelayakan dan reka bentuk terperinci yang belum selesai membabitkan kos RM205 juta, tetapi RM220 juta sudah dibayar kepada syarikat SPV.
Pada 11 Oktober tahun lalu, kontraktor utama projek terowong dasar laut mengumumkan bahawa tiada keperluan mempercepatkan kajian itu kerana projek berkenaan dirancang dimulakan pada 2023.
Kajian kemungkinan pembinaan terowong itu bermula pada Februari 2015 dan sehingga Oktober tahun lalu ia dikatakan sudah siap 92.9 peratus.
SPRM dijangka mengadakan sidang media hari ini bagi menerangkan mengenai operasi itu. (http://www.ismaweb.net)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: DAP Pulau Pinang yang bercakap berdegar-dengar, rupanya bontot sudah bergelumang dengan najis rasuah? Tidak seperti Kelantan yang di bawah pimpinan PAS, tidak ada rekod-rekod rasuah.
Pembenci-pembenci rasuah, tolaklah parti sekular DAP, undilah PAS bersih dari rasuah dalam PRU 14 ini!
Lihat ini bukti, mengapa dalam PAS tiada rasuah?
- Rumah Siapa Ini? Rumah MB?
- Dia Yang Duduk Di Kerusi Buruk Ini, Diiktiraf Peng...
- Ini, Penerima Rasuah RM90J? Lihat Rumahnya Sedang ...
- Mengapa Dengan Lebai Tua Yang Kononnya Tidak Profe...
6 comments:
Parti kafir harbi roket gagal bendung rasuah atau kepala bapak rasuah atau ...... ?
atau Pas+Ikatan+Gagasan Sejahtera=PIGS??? atau iblis ibnu hasyim
Anon 12:05 n 12:09. baik hangpa pujuk Mike Sabu dan Din Pudu. Bila kata PAN dapat tanding 27 kerusi muka Mike Sabu jadi Duka n Salahuddin menangis
Tak Percaya tengok foto Muka Mike Sabu dan Din Pudu dalam keadaan Sedeiiiiiiiii
Ini link dia bro
https://aidcnews.wordpress.com/2018/01/09/mengapa-mat-sabu-salahuddin-ayub-menangis-ketika-konvensyen-ph/
Mengapa Mat Sabu & Salahuddin Ayub Menangis Ketika Konvensyen PH ?
AIDCNews -09/01/18 –Mengapa Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Timbalannya, Salahuddin Ayub menangis ketika Konvesyen Pakatan Harapan (PH) Ahad lalu.
Persoalan itu ditimbulkan oleh blog Revolusi Habib yang mendapat sumber dalaman bahawa kedua-dua pimpinan tertinggi Amanah itu tidak gembira dengan pengagihan kerusi PH.
“Mengikut sumber, dalam perbincangan, mesyuarat pengagihan kerusi yang berlaku hampir setiap minggu dengan lokasi mesyuarat saling berselang-seli mengikut giliran, berlaku beberapa isu besar yang hampir meretakkan hubungan antara parti dalam Pakatan Harapan.
“Sumber mendedahkan bahawa, berlaku pertengkaran dan ketuk meja oleh beberapa pimpinan apabila PAN (Amanah) membangkitkan kerusi-kerusi yang layak dipertandingkan.
“Kemudian berlaku ugut-mengugut untuk pecat, singkir dan seumpamanya ke atas mana-mana pemimpin yang telah dianugerah kerusi dalam GLC dengan elaun belasan ribu ringgit sebulan.
“Walau bagaimanapun sumber tidak mahu mendedahkan siapa yang mengugut dan siapa yang diugut.
“Berikutan itu juga, Parti PAN mesti mengalah dalam pembahagian itu kerana mereka dikatakan tidak ada lagi jalan untuk berpatah balik atau keluar daripada Pakatan Harapan, menurut sumber berkenaan,” dedah blog itu.
Sementara itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng hari ini, memberi amaran kepada kepemimpinan Amanah supaya berhenti memperbesarkan isu pembahagian kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan datang.
“Macam mana saya nak jawab soalan ini pun saya tak tahu kerana tidak tahu soalan berpunca dari mana, cakap macam mana nak tuntut (lebih banyak kerusi untuk ditandingi).
“Ini kita sudah umumkan dan itulah struktur pembahagian. Justeru, jangan cuba tokok tambah. Apa yang penting kita mara ke hadapan dengan suatu strategi jelas,” katanya pada sidang media di KOMTAR.
Beliau berkata demikian ketika mengulas rasa tidak puas hati dalam kalangan pemimpin dan ahli Amanah yang menganggap berlaku pengagihan tidak adil bagi kerusi Parlimen parti itu.
Ketika pengumuman konvensyen pakatan pembangkang kelmarin, Amanah mendapat agihan paling sedikit iaitu 27 kerusi Parlimen di Semenanjung untuk ditandingi, berbanding Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) (52); PKR (51) dan DAP (35).
Mike Sabu dah nacan tertelan kepala paip, Din Pudu menangis, Dr Hatta letak jawatn, Asmuni tak pi meeting kat Perak, Meeting PH kat johor PAN tak pi.
Padan muka, PAN dah kena berak bayekkkkk punya dengan PH. Nak gostan tak boleh
Yg Mandur2 dapat la lumayan sikit, macai2 ketahuilah tak lama lagi elaun kamu akan putus.
KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH
ORANG PUTIH KATA JENIS NI NAMANYA BAD RUBBISH
SEMUA ORANG DAH TAU DAH. PAN MANA ADA PENGIKUT. YG BANYAK PEMIMPIN YG BERCERAMAH DEPAN MAKHLUK HALUS SAJA
Pembetulan komen 12:06pm:
Parti kafir harbi gagal bendung rasuah atau sifu kafir harbi kepala bapak rasuah atau rasuah budaya kafir harbi?
Post a Comment