SEREMBAN – Rakyat perlu mengambil iktibar daripada kekecohan semasa Konvensyen Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan semalam kerana ia mencerminkan ketidakmampuan pakatan pembangkang mencapai kata sepakat.
Ketua Penerangan UMNO Negeri Sembilan Datuk Jalaluddin Alias berkata ini jelas terbukti apabila ada anggota parti terbabit yang tidak berpuas hati dengan pengagihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini yang diumumkan Ketua Setiausaha Sekretariat PH Datuk Saifuddin Abdullah.
“Perkara seperti ini tidak berlaku dalam Barisan Nasional (BN) kerana kita mempunyai kesepakatan yang mantap dan baik sejak daripada dahulu lagi dalam apa jua perkara.
Saya harap rakyat dapat menilai kualiti dan pengurusan parti-parti pembangkang ini. Kalau parti tidak boleh diurus dengan baik, bagaimana nanti hendak mengurus negara ini,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kekecohan berkenaan sehingga memaksa konvensyen yang sepatutnya berakhir pada pukul 3 petang, ditamatkan serta-merta.
Semalam, konvensyen itu bertukar kecoh selepas kira-kira 40 anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak berpuas hati dengan agihan kerusi DUN yang didakwa mereka sebagai kawasan hitam.
Daripada 36 DUN di Negeri Sembilan, 12 kerusi diperuntukkan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP (11), Parti Amanah Negara (Amanah – tujuh) dan PPBM (enam).
PPBM diperuntukkan kerusi DUN Palong, Seri Menanti, Chembong, Pertang, Gemencheh dan Bagan Pinang.
Mengulas lanjut, Jalaluddin yang juga Ketua UMNO Bahagian Jelebu berkata pembangkang tidak mampu menguruskan pakatan mereka dengan baik kerana tiada hala tuju yang jelas dalam membela nasib rakyat sebaliknya hanya bertujuan untuk mencapai cita-cita peribadi pihak tertentu.
“Pakatan ini masih lagi dalam keadaan terawang-awang dan mereka tidak dapat diuruskan dengan baik. Mereka ini menjadikan pilihan raya sebagai medan untuk kepentingan individu tertentu. Contohnya, PPBM diwujudkan kerana (Pengerusi PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad tidak berpuas hati dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
PKR pula diwujudkan kerana memperjuangkan (Ketua Umum PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, manakala Amanah adalah serpihan daripada PAS akibat tidak berpuas hati dengan (Presiden PAS) Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan DAP pula serpihan parti PAP Singapura. Oleh sebab itu, parti-parti dalam PH ini tiada hala tuju untuk membela nasib rakyat,” katanya. – BERNAMA
Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini. -Pres...
6 comments:
Parti munafik liberal dan parti kafir harbi BiaDap yang menentang dan menghina ajaran Islam dan menindas umat Islam telah bersekutu, berkerjasama dan bersekongkol menubuhkan Pakatan Wayang untuk menipu rakyat, menentang ajaran Islam, menafikan hak umat Islam dan memfitnah parti Islam pimpinan ulama Islam dan menubuhkan kerajaan liberal anti-Islam.
Alhamdulillah Pakatan Wayang sedang berpecah-belah kerana pelbagai masalah dan konflik seperti tipu-menipu, perlantikan PM, pembahagian kerusi, samun-menyamun kerusi, pemimpin dan ahli saling tidak puas hati dll. Selepas ini mungkin kecoh pula siapa jadi menteri dan timbalan menteri. Kecoh satu negara.
Cuba kita bayangkan jika puak liberal dan kafir harbi ini memerintah negara. Negara musnah kerana kerakusan nafsu serakah puak ini.
Oleh sebab itu, sokonglah dan undilah parti Islam PAS pimpinan ulama Islam.
WOYYYOOOOOO PH nOGORI BERGASAK, PAN WILAYAH TANGKAP NANGIS
http://klxpress.com.my/bahasa-melayu/21-politik/29748-pan-wilayah-sedih-diabaikan-pemimpin-ph.html
PAN Wilayah Sedih Diabaikan Pemimpin PH
KUALA LUMPUR - Pertemuan pemimpin tertinggi Parti Amanah Nasional (PAN) bersama ahli parti Bahagian Wilayah Persekutuan diselubungi suasana sedih hingga ada diantara mereka yang mengalirkan air mata.
Ini kerana perjuangan mereka tidak diiktiraf oleh pemimpin tertinggi Pakatan Harapan (PH) dan tidak diperuntukkan walaupun satu kerusi dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
Pemimpin yang hadir Presiden PAN, Mohamad Sabu; Pengerusi PAN Wilayah Persekutuan, Dr Hatta Ramli; Pengarah Strategik Dr Dzulkefly Ahmad, Pengarah Komunikasi Khalid Samad, Ketua Pemuda Mohd Sany Hamzan dan Ketua Wanita Dr Siti Mariah Mahmud.
Menurut sumber, pada mulanya pertemuan itu berjalan dengan lancar namum bertukar menjadi hiba apabila ahli parti menyuarakan rasa terkilan kerana keputusan yang dibuat oleh pemimpin PH dalam suasana sedih hingga mengalir air.
Tambahnya, mereka ini telah berkerja siang dan malam di kawasan masing-masing tetapi mereka ini tidak dipandang dalam pembahagian kerusi.
“Mereka menangis bukan sebab marah tetapi telah banyak berkorban ini yang membuatkan mereka sedih.
“Tangisan itu membabitkan hampir semua ahli yang hadir dalam pertemuan itu tanpa mengira lelaki mahupun wanita dan saya percaya pemimpin yang hadir akan membawa perkara ini untuk dibincangkan diperingkat tertinggi PH,” katanya.
Terdahulu, PAN Wilayah Persekutuan menggesa sekurang-kurangnya satu kerusi Parlimen di Kuala Lumpur diberikan kepada parti itu.
Selain PAN Wilayah Persekutuan, turut tidak berpuas hati adalah PAN Perak yang diperuntukkan empat kerusi Parlimen dan PAN Johor dengan dua kerusi Parlimen.
KAT PERAK PUN PAN FRUST TERTONGGENG
http://www.1media.my/2018/01/pan-ibarat-rumah-siap-pahat-masih.html
PAN IBARAT RUMAH SIAP, PAHAT MASIH BERBUNYI?
Konvensyen Pakatan Harapan di IDCC Shah Alam 7 Januari lalu memutuskan PPBM bertanding di 52 kerusi parlimen, PKR (51), DAP (35) manakala PAN (27) bagi kerusi parlimen di Semenanjung.
Belum apa-apa Parti Amanah Negara (PAN) buat kecoh kononnya kecewa sangat dengan pembahagian kerusi dalam Muafakat Pakatan Harapan ni. Pada hal, DAP pun banyak juga “bertolak ansur” bila mereka hanya tinggal 35 kerusi daripada 36 kerusi yang ditandingin di Semenanjong pada PRU ke-13 yang lepas.
Di kalangan PAN, paling tidak mencerminkan Muafakat PH adalah PAN Johor bila sanggup melakukan boikot. “Ini (boikot konvensyen) sebagai signal supaya Pakatan Harapan lebih adil dalam agihan kerusi. Daripada 26 kerusi Parlimen di Johor kita hanya dapat dua, tak sampai 10 peratus jumlah keseluruhan.
Pengerusi PAN Johor, Aminolhuda Hassan berkata, parti itu kecewa apabila hanya diberikan dua kerusi Parlimen iaitu Pulai dan Parit berbanding dengan lima kerusi yang diminta termasuk Simpang Renggam, Kota Tinggi dan Ayer Hitam.
Aminolhuda menegaskan, kelima-lima kerusi parlimen yang diminta parti itu majoriti pengundi Melayu dan ditandingi calon dari PAS dalam PRU lalu.
Begitu juga dengan PAN Pahang kecewa dengan keputusan Majlis Pimpinan Pakatan Harapan bagi menghadapi PRU14 akan datang dengan hanya memperuntukkan satu kerusi sahaja untuk PAN di negeri itu iaitu di Temerloh tetapi permintaan PAN Pahang untuk tiga kerusi di kawasan lain iaitu, Jerantut, Lipis dan Paya Besar dinafikan begitu sahaja.
PAN ni boleh diibaratkan, rumah siap, pahat masih berbunyi. Di Perak pun dilaporkan tidak berpuashati dengan 4 kerusi, iaitu Parit, Parit Buntar, Bukit Gantang dan Lumat. Nampak paling malang. seolah-olah tak wujud langsung bila tidak ada diberikan satu kerusi pun untuk ditandingi pada PRU ke-14 adalah PAN Wilayah Persekutuan dan Perlis.
Editorial 1Media, 10hb Januari, 2018
Woi ibenu! Mahkamah putuskan bahwa adik beradik yg peluk islam tk sah, dimana hadi bewang? Kenapa tk buat demo dn ketah unit amal utk berguling dpn mahkahmah! Jilake ibenu!!
_peminat hadi bewang_
Puak anti islam merayakan kemenangan mereka termasuk puak penyokong ph dan bn. Moga mereka semua diberi hidayah dan menerima islam.
Peminat hadi bewang kamu telah moga kamu mendapat hidayah yg kamu cari selama ini dan turut bersama berjuang bersama jamaah islam dan membela saudara saudaramara dan umat islam seluruhnya.
Post a Comment