KUALA LUMPUR – Peristiwa krisis kehakiman melibatkan Perdana Menteri pada tahun 80an, Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi satu sejarah hitam buat negara.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, krisis itu seterusnya menyaksikan kerajaan telah melanggar perjanjian Royalti Petroleum Terengganu dan Kelantan.
“Ini menunjukkan betapa hilangnya moral demokrasi dan perundangan yang adil (sewaktu Mahathir menjadi Perdana Menteri),” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Justeru, Abdul Hadi melahirkan rasa kesal mereka yang terkesan dengan peristiwa hitam itu termasuk golongan oportunis kini hanya tahu mengangguk kepala.
Kata beliau, golongan tersebut kini hanya menjadi pengampu dan syaitan bisu.
“Mereka sama-sama dapat menyaksikan dan merasai akibatnya di dunia ini ketika kita masih hidup dan dipanjangkan umurnya,” kata beliau.
Sehubungan itu, katanya, PAS menolak budaya politik kera mencari makan yang melompat ke pohon yang lebat buah tanpa mempedulikan rakyat menjadi mangsa.
Kata beliau, PAS juga menolak politik sekadar mencari pelanggan laksana penjual ubat kuat untuk tenaga nafsu binatang.
“PAS berpolitik berwawasankan akhirat dengan tetap mendahulukan mencari keredaan Allah S.W.T sebelum keredaan manusia,” katanya.
Sebuah portal berita pada 29 Julai lalu melaporkan pendedahan bekas Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib Othman tentang krisis berkenaan.
Menurut Abu Talib, krisis itu berlaku apabila satu pertemuan dalam kalangan hakim mahkamah agung dan mahkamah tinggi diadakan pada waktu itu.
Mereka memutuskan Ketua Hakim Negara ketika itu, Tun Salleh Abbas mengadap Yang di-Pertuan Agong untuk mengadu ada “serangan” badan eksekutif ke atas badan perundangan negara.
Pertemuan itu diadakan selepas Mahathir membentangkan pindaan perlembagaan di Parlimen untuk melucutkan “kuasa perundangan Persekutuan” daripada mahkamah.
Langkah tersebut menjadikan badan berkenaan hanya mempunyai kuasa berdasarkan apa yang diizinkan Parlimen yang ketika itu dikuasai kerajaan Mahathir.
Dalam surat yang ditulis sendiri oleh Salleh kepada Yang di-Pertuan Agong, Ketua Hakim Negara itu menyatakan keluhan hakim-hakim terhadap tindakan badan eksekutif ke atas badan kehakiman negara.
“Baginda merujuk memorandum daripada Salleh kepada Perdana Menteri dengan titah tindakan sewajarnya perlu diambil berdasarkan aduan berkenaan,” kata Abu Talib.
Kata beliau, kemudian sebuah tribunal ditubuhkan dan Salleh akhirnya dipecat atas alasan beliau terbabit dalam salah laku.
Mahathir mendakwa Yang di-Pertuan Agong ketika itu yang mahu Salleh disingkirkan. – MYNEWSHUB.CC
Lihat sebelum ini..
PAS menolak politik KERA, tetapi mengamalkan politik UNGKA. Hehehekikikihahahakahkahkah
ReplyDeleteSebenarnya Puaka adalah sejenis KERA berhati UNGKA ternakan sifu banglo terlajak diskaun. Kera @ ungka menjaja fitnah kerana mendapat upah dedak cap roket.
DeletePuak Pakatan Haprak mendewa-dewakan dan memuliakan MahaFiraun tongkang walaupun MahaFiraun tongkang pernah memecat mufti dan ketua hakim yang baik dan jujur, membunuh ulama Islam dan orang kampung yang tidak bersalah, melanggar penjanjian, menggunakan ISA untuk menahan musuh politik tanpa perbicaraan, skandal kewangan berskala besar, menghina dan menentang ajaran Islam seperti Hudud dan hukum menutup aurat dll.
ReplyDeleteMereka percaya semua dosa MahaFiraun tongkang telah diampun oleh pemimpin roket banglo terlajak diskaun yang terlibat dalam pelbagai skandal.
Ini bererti MahaFiraun telah menjadi 'suci' sebaik sahaja MahaFiraun menjadi ahli pakatan 'syurga' lagi 'suci' pimpinan puak evangelis dalam parti kafir harbi roket.
Maka kita tidak merasa hairan melihat barua-barua dedak roket seperti mahligai, puaka, ted, kluangay dll menjadi penjilat sifu roket yang menetap di banglo terlajak diskaun.
Kalau tidak percaya 'kesucian' parti kafir harbi roket, parti PANdir yang menjadi khadam roket sedia membela 'kesucian' parti kafir harbi roket.