Saturday, January 27, 2018

Krisis Kesihatan Landa Papua Jiran Kita..

 Seorang anggota pasukan petugas tentera Indonesia (kiri) merawat seorang kanak-kanak yang sakit akibat wabak campak di hospital di Agats, ibu kota kabupaten Asmat di provinsi Papua paling timur di Indonesia. - Foto AFP


AGATS: Kira-kira 800 kanak-kanak jatuh sakit akibat wabak campak dan kekurangan zat di wilayah terpencil Papua, Indonesia, kata pihak berkuasa semalam, dengan 100 maut akibat penyakit itu.
Angka terbaharu itu menandakan krisis kesihatan yang didedahkan tengah bulan lalu bertambah buruk, berikutan kekurangan penjagaan kesihatan dan perkhidmatan asas lain di rantau bersebelahan Papua New Guinea.
Presiden Indonesia, Joko 'Jokowi' Widodo mengarahkan tentera dan pasukan perubatan membawa bekalan ke perkampungan terpencil itu di tengah pemberontakan pemisah tahap rendah, sebahagian besarnya didorong kebencian di rantau miskin itu.
Doktor di hospital penuh sesak dan tidak cukup peralatan di sini bergelut merawat pesakit, ketika kanak-kanak kurus kering, menangis, berkeliaran di kaki lima berbau di mana sesetengah pesakit terbaring di atas pengusung usang, lapor wartawan AFP.
 Seorang anggota pasukan petugas tentera Indonesia (kiri) merawat seorang kanak-kanak yang sakit akibat wabak campak di hospital di Agats, ibu kota kabupaten Asmat di provinsi Papua paling timur di Indonesia. - Foto AFP
Pihak berkuasa tempatan terkejut dengan peningkatan kes campak, dipersalahkan sebahagiannya terhadap sistem imun lemah akibat kekurangan makanan.
Ramai ibu bapa mengambil perjalanan jauh selama beberapa jam mendapatkan rawatan di sini, satu-satunya hospital di rantau Asmat dilanda wabak, kawasan berpaya berselang seli dengan sungai.
"Kami menerima maklumat mengenai wabak terlalu lewat, justeru ia menjurus angka kematian lebih tinggi," kata Pengarah Hospital, Richard Mirino.
Berpuluh pesakit dirawat di sebuah gereja tempatan berikutan ketiadaan ruang di hospital yang boleh menampung 80 pesakit itu. -AFP

Video: AKU PAPUA ~ FRANKY SAHILATUA

video: SUARA KEMISKINAN FRANKY SAHILATUA

12 comments:

Anonymous said...

T.kasih ibenu kerana informasinya.apakah ibenu nk salahkn dap akibat wabak penyakit tu?


_peminat hadi bewang_

Anonymous said...

ni semua salah dap dan amanah sebab tu wabak menyerang. kalau ada pas mesti selamat yg matipun terus ke syurga tanpa hisab.. tak gitu anak hasyim

Anonymous said...

PAS tidak menghantar Unit Amal, ke? Peliknya...

Nope said...

Posting kali ni saya bagi kredit pd ibenu. Posting yg menarik, berpengetahuan, dan mendidik. Menyampai berita tentang kemelaratan insan yg kita jarang dengar kehidupan mereka. Lagi mulia dr post bugil dan gosip2 politik yg belum tentu sahih.

_AyahandaCandatSotong(ACS)_

Anonymous said...

ada kemungkinan tujuan Admin ialah menenteramkan perasaan penyokong parti suci yang tak tahan dengan serangan berbisa penyokong PH.

Kalau nak jadi kan kehidupan melarat kisah teladan.. kat Kelantan ramai.

Komen begini pun sudah cukup buat penyokong parti suci ketap gigi..

Anonymous said...

Bukankah selama ini barua-barua dedak cap roket ternakan sifu banglo sibuk mencipta pelbagai fitnah untuk menyalahkan parti Islam?

Banjir kilat dan tanah runtuh di PP pun barua sibuk salahkan parti Islam kerana barua dedak roket percaya DA-Pig adalah parti 'suci' konon. Poorrah !

Anonymous said...

Kesibukan parti kafir harbi dan parti khadamnya menghina ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam akan mengundang bala dari Allah.

Banjir kilat dan tanah telah berlaku di PP tetapi puak buta hati dan buta mata ini gagal memahami mesej dari Allah.

Anonymous said...

Parti kafir harbi DA-Pig tidak menghantar khadam-khadamnya seperti Mike Selfie untuk melakukan silap mata hempas mikrofon atas stage ke? Tidak pelik sebab sifu dan khadam sibuk membina terowong wang bawah laut.

Kalau tolong orang miskin boleh dapat wang berjutakah? Sifu banglo bertanya pada khadamnya.

Anonymous said...

Barua roket bimbang tentang pendedahan penipuan, skandal dan kezaliman parti kafir harbi roket.

Anonymous said...

Kalau nak jadikan kehidupan melarat kisah teladan ... kat Kelantan tak sesuai sebab ramai orang Kelantan yang kaya kerana orang Kelantan suka berniaga. 90% banglo dimiliki oleh orang Melayu Kelantan.

Lihatlah wanita penjual sayur dalam pasar Siti Khatijah memakai gelang dan rantai emas original mengalahkan anak mami Penang.

Kat Penang memang sesuailah sebab berpuluh kampung Melayu Islam telah dirobohkan.

Malangnya ada segelintir Melayu liberal suka menjilat sifu banglo walaupun berpuluh kampung Melayu telah dirobohkan kerana mereka mendapat upah dedak cap roket setiap bulan.

Kalau tak percaya, cuba tanya Mike Selfie Dada Amoi !

Fakta ini sudah cukup buat penyokong sifu banglo terlajak diskaun ketap gigi kerana sakit hati dan sakit gigi.

Anonymous said...

Pemimpin pas barua beb

Anonymous said...

Katakan

PORRRAHHHH

kepada Pakatan Haprak pimpinan parti kafir harbi DA-Pig yang telah menghina ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails