Wednesday, January 24, 2018

Lagi Hina Islam, Mahu Muslimah Kahwin Kafir..



Kuala Lumpur: Clement Chin, pemimpin perhimpunan BERSIH dan Himpunan Hijau Anti-Lynas meluahkan hasratnya agar jutaan wanita yang beragama Islam di Malaysia diberi peluang untuk mengahwini lelaki kafir sepertimana yang dinikmati oleh umat Islam di Tunisia. 

Menurutnya lagi, sekiranya Malaysia turut mengikuti jejak langkah Tunisia dengan membenarkan perkahwinan rentas agama dilangsungkan, tentulah makna slogan ‘Malaysia Truly Asia’ yang sebenar akan dapat dipenuhi. 

Pendakyah Kristian yang pernah terlibat dalam kerja-kerja meletakkan kitab Bible dalam laci hotel-hotel itu juga berpendapat, hukum Islam yang menghalang perkahwinan di antara wanita Muslimah dengan lelaki kafir adalah berdasarkan teks agama kuno yang perlu disesuaikan dengan zaman sekarang agar kekal relevan. 

Beliau berkata, “Diharap Tunisia bakal menjadi negara Islam pertama yang membuka gerbang untuk mengiktiraf kebebasan sivil kaum wanita, hak manusia dan kebebasan untuk memilih.” 

“Kita sudah pun berada dalam abad ke-21 dan sudah tiba masanya untuk kita semak semula teks agama. Para agamawan perlulah menyesuaikan ia sewajarnya supaya kekal relevan. Pada dasarnya adalah untuk memenuhi aspirasi jutaan wanita muda dalam era moden ini.” 

“Keputusan penting ini akan membebaskan golongan wanita daripada teks agama yang kuno. Tidak diragukan lagi, dengan menghapuskan halangan untuk mengahwini bukan Islam adalah suatu langkah terkedepan, berani dan positif. Ini bakal memberi kebebasan yang ditunggu sebegitu lama oleh jutaan wanita Muslimah untuk memilih pasangan mereka dengan tanpa mengira pegangan akidah dan agama.” 

“Sekiranya Malaysia ikut sama, kita tentu dapat menghancurkan segala sempadan kaum dan agama. Dengan itu, Malaysia Truly Asia akan berkembang dan muncul menjadi kenyataan dalam beberapa generasi.” 

Ini bukan kali pertama Clement Chin menggunakan media sosial seperti akaun Facebook miliknya untuk mengeluarkan kenyataan yang menghiris hati umat Islam di Malaysia. Beberapa hari yang lalu Menara.my telah mendedahkan kenyataan kontroversi tokoh pembangkang ini yang antara lain, menuduh kitab suci al-Quran sebagai sebuah “kitab cetak rompak” yang juga “telah banyak kali diedit, dipinda, dipadam dan ditulis semula selama berkurun-kurun” bagi menjadikannya “bermelodi dan mudah untuk dihafal”. 

Beliau juga menuduh umat Islam sebagai sedang memuliakan syiar Dewa Bulan Hubal dengan meletakkan simbol bulan sabit di bahagian paling tinggi di masjid sebagai tanda kemakbulan doa pagan musuh tentera Islam ketika perang Badar. (menara.my)

9 comments:

  1. http://v2.ismaweb.net/2015/09/kata-pedang-bukti-bukti-dap-anti-islam-semakin-viral/

    KATA PEDANG: Bukti-bukti DAP anti-Islam semakin viral

    APABILA parti rasis dan cauvinis DAP mengancam akan menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), beberapa bukti DAP menentang Islam sebagai tanda sokongan kepada JAIP menjadi semakin viral. Antara bukti-bukti yang diperkatakan:

    Bukti 1: Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.

    Bukti 2: Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.

    BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang

    Bukti 3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.

    Bukti 4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.

    Bukti 5: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.

    Bukti 6: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.

    Bukti 7: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.

    Bukti 8: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.

    Bukti 9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.

    Bukti 10: Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam

    ReplyDelete
    Replies
    1. DAP yg anti Islam dan sekutu2 dlm PH

      http://malaysiandigest.com/bahasa-malaysia/691126-10-bukti-dap-anti-islam-menurut-ridhuan-tee.html

      10 Bukti DAP Anti-Islam Menurut Ridhuan Tee

      KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas, Prof. Dr. Ridhuan Tee Abdullah menyenaraikan 10 bukti yang menunjukkan DAP merupakan sebuah parti anti-Islam.

      Yang pertama, pemimpin DAP Perak, Nga Kor Ming pernah menghina umat Islam dengan menyamakan pemberian duit raya sama seperti rasuah atau dedak.



      Kedua, tokoh DAP Pulau Pinang, Jeff Ooi menghina kematian ulama tersohor Tuan Guru Harun Din dengan ungkapan ‘Adios Harun Din’.

      Ketiga, Nga Kor Ming sindir purdah yang dipakai sebahagian wanita Islam. Apabila Datuk Ahmad Darus cadang pramugari memakai pakaian menutup aurat, pemimpin DAP kata pemimpin Melayu otak cacat.

      Keempat, Pemimpin DAP yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy menggelar pendakwah terkenal antarabangsa, Dr. Zakir Naik sebagai ‘setan’, 



      Kelima, DAP pernah lantang mempertikaikan kandungan khutbah Jumaat dan mengganggu urusan fatwa di Pulau Pinang. 



      Keenam, DAP biadab mempersoalkan laungan azan dan bacaan ayat al-Quran melalui pembesar suara masjid. 

Ketujuh,

      DAP mempersoalkan larangan murtad dan mempersoalkan kewujudan JAKIM.


      Kelapan, DAP berani menghina dan mempersenda hukum hudud.

      Kesembilan, DAP separuh mati menentang RUU355, mereka kata konon RUU355 belum perlu.

      Ke-10 DAP menentang ustaz dan ustazah dari Semenanjung dihantar ke Sarawak,

      

“Belum berkuasa di Putrajaya, DAP telah cuba memandulkan Islam. DAP adalah komponen Pakatan Harapan. Berpolitik untuk memenangkan PH bermakna berpolitik memenangkan DAP.



      “Politik DAP adalah politik memandulkan Islam. Maka sesiapa umat Islam yang berpolitik untuk PH bermakna mereka berpolitik untuk memandulkan Islam – agama mereka sendiri. Tepuk dada tanya iman,” katanya dalam satu kenyataan

      Delete
  2. PH AKAN MENYURUH KITA MENGHORMATI HAK MURTAD SEPERTI DIKATA OLEH DAP?

    http://v2.ismaweb.net/2014/06/ahli-parlimen-dap-mahu-orang-islam-hormati-hak-orang-murtad-amal-agama-baharu/

    Ahli Parlimen DAP mahu orang Islam hormati hak orang murtad amal agama baharu

    KUALA LUMPUR, 11 Jun – Saranan Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas) agar umat Islam menghormati hak saudara seagama mereka yang murtad untuk mengamalkan agama baharu, dilihat sebagai sesuatu yang tidak wajar dan boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama.

    Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berkata saranan itu dilihat amat menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.

    “Dalam urusan beragama, selain Perlembagaan Persekutuan, kita ada peruntukan di bawah kerajaan negeri, serta hukum dibuat oleh Majlis Agama atau Majlis Fatwa.

    “Dan perkara ini kita kena ambil kira. Dia bukan soal tengok satu perspektif sahaja,” katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

    Razali, yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno, berkata, adalah tidak adil sekiranya Ngeh hanya menggunakan Perkara 11 bagi menyokong hujah beliau, tanpa mengambil kira Perkara 3 iaitu Islam adalah Agama Persekutuan.

    Terdahulu, Ngeh menyatakan perkara itu adalah berdasarkan peruntukan Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama itu.

    “Saya berharap orang Islam boleh terima peruntukan 11(1) yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama itu oleh orang perseorangan.

    “Kalau seseorang itu hendak meninggalkan agama dan dia berusia lebih 18 tahun, kita mesti menghormati hak yang sudah diberikan kepada mereka yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

    Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2014) 2014.

    ReplyDelete
    Replies
    1. AN ISMA TERHADAP MARINA

      http://www.ismaweb.net/2018/01/22/netizen-marah-kenyataan-marina-mahathir-mengenai-islam/

      Netizen Marah Kenyataan Marina Mahathir Mengenai Islam
      Oleh Siti Fatimah Ishak

      BANGI, 5 Jamadilawal 1439H, Isnin – Beberapa hari ini pengguna laman sosial berang dengan sikap aktivis liberal, Marina Mahathir, yang tidak sudah-sudah mempersoal Islam.

      Rata-ratanya pelik dengan sikap pemimpin Sister In Islam (SIS) itu yang dianggap tidak sensitif apabila membicarakan isu berkaitan Islam.

      Marina mendakwa negara hanya akan maju jika bersikap liberal, dan menuduh Islamisasi akan merosakkan Malaysia.

      Katanya lagi, Malaysia di ambang kemerosotan jika negara meneruskan agenda Islamisasi yang tidak hanya akan memecahbelahkan masyarakat, tetapi menyuburkan keganasan, lapor Suara TV.

      “Marina Mahathir, kamu tak payah keluarkan kenyataan yang menyakitkan hati. Jagalah rumahtangga kamu. Biarkan Tun M sahaja yang terlibat dalam politik,” tulis Zulfakar Mohd Derus.

      “Apa kata, dia mati nanti jangan ada sesiapa orang Islam mandi, kapan, solat, dan kebumikan dia. Biar agama lain buatkan semua untuk dia,” tulis Ikhwan Abd Kahar.

      Selain itu Singa Malaya berkata, Marina perlu kembali ke pangkal jalan dengan sikap dan perbuatannya selama ini yang menidakkan kebenaran Islam.

      “Kamu mengunakan kemajuan Yahuni. Para saintis menyatakan bahawasanya al-Quran mendahului apa yang mereka perbuat. Hal ehwal duniawi Allah telah menyatakan kesemuanya. Berkemungkinan besar kamu tidak memahami yang tersurat apatah lagi yang tersirat.

      “Kamu adalah satu-satunya wanita yang amat malang. Sungguh amat memilukan. Akhir kata sesat dihujung jalan kembalilah ke pangkal jalan,” katanya.



      “Bagus kau nak maju.. tapi kalau taknak guna cara Allah, jangan kau guna otak kau, badan kau, hati kau, pulangkan dulu segala yang Allah punya.. selepas itu silakan kerana kau terlalu maju daripada Allah,” sindir Nick Kamil.

      Bercakap di Kuala Lumpur baru-baru ini, Marina mendakwa tindakan seorang lelaki menampar seorang wanita Muslim kerana tidak memakai tudung di khalayak ramai, sebagai Islamisasi tidak positif atau sihat untuk negara.

      Menyentuh mengenai buku Illusion of Democracy, Marina berkata, penerbitan itu memberikan ‘dukungan empirikal’ terhadap pendiriannya mengenai Islamisasi di Malaysia kerana “ia satu bentuk penjajahan, satu konsep yang selama ini tidak pernah diketahui tidak ganas.”

      Malah, Marina menganggap kecaman terhadap ucap selamat kepada orang yang berlainan agama, membuktikan Islamisasi tidak hanya memecahbelahkan masyarakat, tetapi turut membawa kepada keganasan

      Reply

      Delete
  3. Pakatan Hog pimpinan parti kafir harbi DA-Pig adalah pakatan sesat dan menyesatkan kerana mereka menentang ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam dan menghalalkan yang haram seperti LGBTQ, atheis, pesta arak dll.

    ReplyDelete
  4. Mengapa puak kafir harbi dan puak munafik liberal berusaha tahap gila babi untuk memfitnah dan menghalau Dr Zakir Naik keluar dari Malaysia?

    Jwapan: Dr Zakir Naik mengetahui kelemahan Bible dan kitab-kitab agama lain dan Dr Zakir mempunyai bukti Al-Qur'an adalah kitab Allah yang tulen. Jika dibiarkan Dr Zakir Naik berada di Malaysia, pendakwah evangelis dll akan mengalami masalah untuk memperdayakan dan menyesatkan umat Islam.

    ReplyDelete
  5. Bagi betina penyokong PAN je kahwin dgn kaapir dap..habis cerita..

    ReplyDelete
  6. Ibenu dajjal, kenapa hadi bewang hanya berdiam diri bila islam dihina?? Sepatutnya hadi kehadapan utk bantah kenyataan yg dibuat clement tu! Harap serban je besar otak kecil! Bodo punya lebai


    -peminat hadi bewang-

    ReplyDelete
  7. Suruh mat sabu pujaan hang laa Bela..

    ReplyDelete