Tuesday, January 30, 2018

Mak Nyah Dibotakkan, Paksa Pakai Pakaian Lelaki..

Pondan

PONDAN di Aceh, terutama yang bekerja di salun rambut ditangkap dan polis kemudian bukan saja memaksa mereka berpakaian seperti lelaki, malah rambut mereka juga dipotong pendek, hampir botak.

Semalam, polis menyerbu beberapa salun kecantikan dan menangkap 12 mak nyah yang bekerja di premis terbabit, berikutan ada penduduk mengadu mereka menggoda remaja lelaki.

Berikutan itu, ada penduduk cuba memukul mak nyah terbabit ketika mereka dibawa ke balai polis namun berjaya dihalang pihak berkuasa. Menurut polis, mereka ditangkap kerana melanggar undang-undang syariah dengan berpakaian atau berperwatakan seperti perempuan.

Polis kemudian memotong rambut mereka yang panjang sebelum memaksa pondan terbabit memakai baju lelaki serta bercakap dengan suara asal.

“Jumlah mereka (mak nyah) semakin bertambah di sini dan saya tidak mahu ia terus berlaku,” kata jurucakap polis, Ahmad Untung Surianata. – AFP/myMetro Online

Lihat sebelum ini...

Dan banyak lagi..

4 comments:

  1. PAN akan menempelak ini sebagai Kejam kerana pemimpin PAN adalah pro hak hak lbgt demi dapat barakah DAP. Buktinya di copy n paste dibawah

    --------


    https://www.ismaweb.net/2014/07/12/dr-mujahid-penghalang-atau-pembela-lgbt/

    Dr Mujahid: Penghalang Atau Pembela LGBT?

    Datuk Dr Mujahid,

    Tidak mengiktiraf sesuatu kelompok tetapi melindungi hak kelompok berkenaan? Tidakkah pelik bin ajaib bunyinya. Apakah erti tidak diiktiraf? Bukankah ia bererti bercanggah dengan peraturan negara? LGBT tidak diiktiraf di Malaysia. Mengamalkan LGBT adalah salah di sisi undang-undang Malaysia. Pengamal LGBT ialah pesalah. Lalu bagaimana mungkin pesalah LBGT boleh hidup aman dengan mengamalkan LGBT dan bekerja di Malaysia? Malah, dijamin haknya untuk bekerja serta tidak boleh didiskriminasikan dalam pekerjaan?

    Kita tidak mengiktiraf negara haram Israel, tetapi kita melindungi hak orang Israel untuk duduk dan bekerja di wilayah Palestin yang dijajah Israel?

    Sebelum berbicara soal diskriminasi pekerjaan, terlebih dahulu perlu dibicarakan status pengamal LGBT di Malaysia. Pengamal LGBT tidak perlu malah tidak boleh dibenarkan hidup bebas di Malaysia. Mengamalkan LGBT ialah kesalahan di sisi undang-undang Malaysia. Pengamalnya mesti dikenakan tindakan undang-undang.

    Sebagai majikan, adakah anda mahu memberikan pekerjaan kepada pengamal LGBT yang pastinya dikenakan tindakan undang-undang? Adakah anda mengamalkan diskriminasi jika anda tidak mahu memberikan pekerjaan kepada pesalah undang-undang?

    Rang Undang-undang Keharmonian Nasional dan Rekonsiliasi untuk melindungi hak golongan LGBT untuk tidak didiskriminasikan dalam bidang pekerjaan adalah tidak perlu kerana kewujudan golongan LGBT itu sendiri adalah tidak perlu, malah mengamalkan LGBT adalah tidak dibenarkan di sisi undang-undang negara.

    “Ia (LGBT) duduk di bawah gender dan kita tidak boleh mendiskriminasikan seseorang itu atas asas jantina. Dalam jantina itu kita sebut orientasi seksual antara lainnya,” kata Dr Mujahid lagi.

    Kita sangat berharap agar Datuk Dr Mujahid jangan mudah terpengaruh dengan idea-idea Barat yang jelas bertentangan dengan Islam. LGBT sebagai satu jantina atau LGBT duduk di bawah kategori jantina ialah idea Barat. Ada sebab kenapa idea itu diasaskan dan diperjuangkan. Idea itu ternyata sekali bertentangan dengan Islam. Lalu kenapa Dr Mujahid sebagai seorang Islam malah seorang pejuang Islam sejati mesti menerima idea Barat yang bertentangan dengan Islam? Deen mereka untuk mereka dan deen kita untuk kita. Kita tidak mesti tunduk kepada idea songsang mereka jika benar kita mahu sebarkan Islam sebagai rahmat kepada mereka. Kitalah yang mesti menghalang kesalahan malah kefasadan mereka lalu membentangkan kebenaran Islam kepada mereka jika benar Islam itu rahmat untuk mereka.

    Dr Mujahid sebagai seorang tokoh Islam yang hebat jangan terlalu lurus bendul menghadapi pencatur-pencatur agenda Barat yang jelas bertentangan Islam. Islam menyuruh kita bertoleransi dengan orang bukan Islam tetapi Islam tidak menyuruh kita menggadaikan prinsip dengan memaksa diri kita untuk menerima kebatilan yang kita tahu ia adalah batil dan salah di sisi Islam.

    ReplyDelete
  2. Mengapakah Mujahid PAN (Sebenarnya MUJAHAT!!!!) membela LBGT. Ini adalah kerana PAN mengikut perentah DAP. Buktinya ada di bawah:

    --------------------------------------------

    https://aidcnews.wordpress.com/2017/11/13/pulau-pinang-bakal-iktiraf-lgbt-akses-jawatan-awam-termasuk-polis/

    Pulau Pinang Bakal Iktiraf LGBT, Akses Jawatan Awam Termasuk Polis?

    GEORGETOWN, PULAU PINANG: Satu surat rasmi mengenai keputusan hasil kajian hak-hak transgender telah diserahkan kepada Jawatankuasa Perlembagaan Negeri Pulau Pinang oleh sekumpulan Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang semalam untuk dijadikan sebagai satu dokumen rasmi di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.

    Bendahari Jawatankuasa Transgender Pulau Pinang Cheah Kah Peng yang juga merupakan ADUN kawasan Kebun Bunga mendakwa bahawa Pulau Pinang boleh menerajui isu pengiktirafan hak asasi komuniti transgender.

    “Pulau Pinang boleh menjadi peneraju dalam hal ini dengan mengiktiraf hak-hak masyarakat transgender.”

    Menurut The Malay Mail Online, Pengerusi Jawatankuasa Transgender Pulau Pinang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu mendakwa bahawa terdapat beberapa cadangan daripada simposium transgender berkaitan hak-hak transgender yang mahu dihantar secara rasmi ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.

    “Kami berdebat mengenai perkara ini di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Dewan mahu kami menghantarnya kepada Jawatankuasa Perlembagaan Negeri Pulau Pinang.” Tambahnya lagi, keputusan penemuan yang diperoleh daripada simposium transgender adalah mengenai akses golongan tersebut kepada kemudahan perubatan, tandas awam berasingan bagi transgender dan juga isu dengan pegawai penguat kuasa seperti polis.

    Dakwa Teh lagi, keputusan penemuan ini juga perlu diterima secara rasmi oleh badan perundangan agar ia dapat dijadikan sebagai rujukan di masa hadapan. “Ia boleh dijadikan sebagai satu rekod mengenai isu-isu yang dihadapi oleh golongan transgender.”

    Pada tahun 2014, satu Jawatankuasa Trangender Pulau Pinang telah ditubuhkan oleh kerajaan pimpinan DAP –
    menara.my



    ReplyDelete
  3. PH LOVE LBGT. SEBGAI INSAN YG BENCI AMALAN MUNGKAR KAUM NABI LUTH, KITA WAJAR MENOLAK PH.

    SAY NO TO PH


    Kenyataan kontroversi beberapa pe­mimpin DAP sebelum ini antaranya kebebasan untuk murtad, mempertikaikan kandungan khutbah Jumaat, mempersoalkan kewujudan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan menyindir pemakaian menutup aurat untuk wanita Islam.

    Cuba sesekali kita renungkan, bagaimana DAP begitu berani mempertikaikan Islam hingga sejauh itu di saat tampuk pemerintahan negara masih lagi dipegang oleh pemimpin Islam. Bayangkan apa yang akan berlaku jika mereka menjadi pemerintah?

    Agak-agak bagaimanakah nasib umat Islam dan institusi Islam di Malaysia pada masa itu. Bagaimanakah nasib Jakim, jabatan agama Islam negeri, sekolah-sekolah agama, sekolah pondok, madrasah, Tabung Haji dan pelbagai institusi Islam lain?

    Termasuk juga isu berkaitan murtad, pengiktirafan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), tidak terkecuali penghapusan hak-hak istimewa bumiputera. Adakah perkara-perkara ini akan berlaku jika puak-puak ini memerintah? Sebagai umat Islam yang sayangkan agama wajib merenungkan tentang hal ini.

    ------------------------------------------------------------------



    https://aidcnews.wordpress.com/2017/09/12/pakatan-harapan-sokong-lgbt/

    Pakatan Harapan Sokong LGBT

    AIDCNews -12/09/17 –Twitter Pakatan Harapan menyokong LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) kerana ia merupakan hak asasi kumpulan itu.

    Ia merujuk kepada kepada gambar dua wanita bertudung memegang bendera LGBT dengan kata-kata berbunyi “Lesbian is not a crime, it is a gift from God” dalam Himpunan Wanita Bantah Politik Toksik di hadapan Maju Junction di ibu negara Ahad lalu.


    ReplyDelete
  4. TUAN2 PUAN2. PEMIMPIN PAN MUJAHID TERBabit dalam petisyen NUCC pro LBGT - keluar kat Malaysiakini.

    Hebahkan biar umat Islam tahu mereka adalah pengkhianat ugama dan bangsa

    PH mengamalkan Amal Mungkar Nahi Makruf

    https://www.malaysiakini.com/news/269424

    Petisyen online sokong hak LGBT

    Sekumpulan NGO dan ahli politik pembangkang telah memulakan petisyen dalam talian menggesa semua rakyat Malaysia menyokong usaha Majlis Perundingan Perpaduan Negara (NUCC) untuk mempertahankan hak jantina dan orientasi seksual dalam rang undang-undang yang dicadangkan.

    Dimulakan atas inisiatif NGO di Pulau Pinang -'Penang Freedom to love' dan 'Diversity' - petisyen itu menggesa NUCC mengambil pendirian yang lebih tegas dalam mengakui hak komuniti Lesbian, Gay, Bi-seksual dan transgender (LGBT).

    Kumpulan itu berkata mereka tidak berpuas hati dengan kenyataan

    Pengerusi Jawatankuasa Dasar dan Undang-undang NUCC, Datuk Mujahid Yusof Rawa yang berpendapat bahawa Rang Undang-undang Keharmonian dan Rekonsiliasi Nasional boleh melindungi hak-hak LGBT, tanpa "mengiktiraf" mereka.

    Jackson Yee, yang mewakili pempetisyen bagaimaapun, menganggap pendirian seumpama itu adalah ekoran tekanan politik dari pelbagai pihak.

    Sejak rang undang-undang itu NUCC didedahkan pada bulan Jun, ada sesetengah pihak yang mahu satu klausa mengenai diskriminasi orientasi seksual dikekalkan manakala NGO sayap kanan pula mahu dikeluarkan.

    Dalam satu kenyataan hari ini, Yee berkata, rang undang-undang itu, khususnya Seksyen 7, adalah amat penting kepada hidup matinya kumpulan minoriti seksual itu.
    Menurutnya, penangkapan mak nyah baru-baru ini, termasuk 17 orang yang ditahan di Negeri Sembilan, dan dipenjarakan di Sungai Udong oleh pihak berkuasa agama kerana memakai pakaian yang tidak mengikut jantina semula jadi mereka adalah contoh terbaru ketaksuban itu.

    Katanya, ia jelas melanggar rang undang-undang itu dan Perlembagaan Persekutuan.


    Read more at https://www.malaysiakini.com/news/269424#YJJ5rSeSf2hJKR3D.99

    ReplyDelete