Tuesday, January 16, 2018

Masjid 'Mesra Musafir' 24 Jam, Patut Dijadikan Contoh Se M'sia.


Hasil carian imej untuk Masjid pertama di Perak buka 24 jam
SUNGAI SIPUT: Masjid India Muslim Sungai Siput Utara yang terletak di Jalan Besar, Kampung Suppiah Pilai menjadi masjid pertama di Perak yang membuka ruang serta kemudahannya kepada pengunjung terutamanya musafir secara 24 jam.

Lebih menarik, pembukaan masjid secara 24 jam itu turut dibantu oleh individu bukan Islam di kawasan berdekatan dengan memberi pelbagai bentuk sumbangan termasuk papan tanda untuk masjid berkenaan.

Pegawai Penyelaras Masjid Daerah Kuala Kangsar, Majlis Agama Islam Perak (Maipk), Faizal Mohd Spari berkata, pembukaan masjid secara 24 jam itu diharap akan mengubah persepi masyarakat yang menganggap masjid hanya sekadar tempat untuk menunaikan solat.

Katanya, masjid yang bakal menawarkan pelbagai kemudahan untuk kegunaan orang ramai itu diharap akan menjadi contoh kepada 671 masjid lain di negeri itu.

Tambah beliau lagi, sumbangan orang ramai termasuk daripada orang bukan I seharusnya dijadikan contoh bahawa perbezaan agama tidak menghalang masyarakat untuk saling membantu.

“Kita mengucapkan terima kasih kepada encik M. Yogendirabalan walaupun beliau merupakan bangsa yang tidak sama agama seperti saya sekarang ini tapi ia menunjukkan bahawa kita di Malaysia hidup dalam suasana harmoni dan Islam sendiri tidak pernah menghalang kepada mana-mana bangsa dan agama untuk memberi sumbangan,” katanya.

Beliau ditemui ketika majlis penyerahan sumbangan papan tanda Masjid Mesra Musafir, Di Sungai Siput pada Sabtu.

Masjid yang dibina pada tahun 1930 tahun itu bakal menawarkan pelbagai kemudahan termasuk dewan solat, tandas, tempat istirehat dan parkir kereta kepada orang ramai.

Satu dewan baharu juga akan dibina di pekarangan masjid berkenaan dalam masa terdekat hasil daripada sumbangan M.Yogendirabalan.
Hasil carian imej untuk Masjid pertama di Perak buka 24 jam

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Masjid pertama di Perak yang buka 24 jam. Bukan buka saja, bahkan memberi khidmat kepada orang ramai. Dibantu oleh orang yang bukan Islam pula. 

Dilaporkan juga masjid ini turut menggunakan konsep 'mesra musafir' dan mengimarahkan masjid pada setiap waktu. Patut dijadikan contoh, bukan saja di Perak, bahkan di seluruh Malaysia.


Lihat sebelum ini..
Siri Politik Islam Masakini..

9 comments:

Anonymous said...

Masjid adalah pusat kegiatan orang Islam. Manakala DAP adalah anti Islam

http://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/senarai-kenyataan-pemimpin-dap-perlekeh-islam/

Senarai Kenyataan Pemimpin DAP Perlekeh Islam



KUALA LUMPUR – Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia Universiti Utara Malaysia, Dr. Kamarul Zaman Yusoff dalam satu kenyataannya baru-baru ini menyenaraikan beberapa fakta yang mengambarkan DAP sebuah parti politik anti-Islam.
Beliau dalam kenyataan itu itu turut berhujah tentang kajian Institut Darul Ehsan milik kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor antara 13 hingga 15 November 2015 juga mendapati 64 peratus daripada 1,716 respondennya di Selangor bersetuju DAP anti-Islam.

Selain itu, katanya, sikap DAP ke atas Islam itu turut tergambar dalam Perlembagaan DAP yang menyebut bahawa matlamat DAP adalah untuk mengesahkan lagi dan memulihkan Perlembagaan Malaysia kepada rangka kerja sekular yang asal.

Tambah beliau, Perlembagaan DAP langsung tidak mengandungi sebarang pengiktirafan ke atas peruntukan Perkara 3(1) Perlembagaan Malaysia yang menyebut bahawa Islam ialah agama bagi Persekutuan.

“Apa yang ada di dalam Perlembagaan DAP hanyalah mengiktiraf kebebasan beragama sebagai hak asasi. Perjuangan para pemimpinnya lebih tertumpu kepada kebebasan beragama bagi penganut bukan Islam,” katanya.

Kenyataan Kamarul Zaman itu disiarkan semula oleh Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz di Facebook beliau hari ini.

Kamarul Zaman turut mengemukakan kenyataan terbaru beberapa pemimpin DAP yang mendedahkan sikap anti-Islam parti itu seperti berikut:

– Zairil Khir Johari mempersoalkan kewujudan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 27 Jun 2015.

– Lim Kit Siang mempersoalkan kandungan khutbah Jumaat pada 1 Februari 2014 yang menyebut perpecahan umat Islam disebabkan hasutan umat Kristian dan Yahudi.

– Tony Pua mempersoalkan larangan ke atas umat Islam menyambut Hari Valentine pada 15 Februari 2014.

– Kritikan Chong Eng pada 9 Februari 2015 berkait kewajipan wanita Muslim menutup aurat.

– Dr Tan Seng Giaw mempersoalkan di Dewan Rakyat pada 27 September 2005 keperluan melaungkan azan dan bacaan ayat al-Qur’an melalui pembesar suara yang mengganggu bukan Islam.

– Teresa Kok pada 22 Julai 2016 mempersoalkan kewajaran Exco Hal Ehwal Agama Selangor mengarahkan semua masjid di Selangor mengadakan solat hajat memohon konsert Selena Gomez di Stadium Melawati, Shah Alam pada 25 Julai dibatalkan.

– Damian Yeo Shen Li mempersoalkan pada Februari 2016 sama ada dosa penganut Islam terhapus bila menjejakkan kaki ke Makkah.

– Sindiran sama disuarakan pemimpin DAP Johor, Suppiah Ramakrishnan di media sosial pada Mac 2016 dan kemudian dipadamkan.

– Nga Kor Ming pada Disember 2015 menyindir purdah yang dipakai oleh sebahagian wanita Islam sambil menyifatkan cadangan pramugari MAS memakai pakaian menutup aurat sebagai ‘pemimpin Melayu otak cacat’

– Datuk Ngeh Koo Ham mengeluarkan kenyataan pada 7 Jun 2014, yang diikuti ucapan sama di Dewan Rakyat pada 11 Jun 2014 supaya umat Islam diberikan kebebasan keluar Islam.

– Penentangan keras pemimpin DAP terhadap cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah.

Untuk rekod, sekutu DAP dalam Pakatan Harapan iaitu PKR dan Parti Amanah Negara (PAN) turut membantah cadangan meminda akta yang dikemukakan PAS di Parlimen yang bertujuan memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah di negara ini. – MYNEWSHUB.CC

Anonymous said...

VIDEO YOUTUBE:

Ahli Parlimen DAP, Jimmy Wong membantah pembinaan masjid

LINK DIA BAWAH NI.

https://www.youtube.com/watch?v=r5R_gFEPcYc

Anonymous said...

http://www.utusan.com.my/berita/politik/demonstrasi-bantah-campur-tangan-dap-dalam-fatwa-1.486502

Demonstrasi bantah campur tangan DAP dalam fatwa

PULAU PINANG 26 Mei - Perhimpunan aman membantah campur tangan Kerajaan DAP Pulau Pinang dalam isu pewartaan fatwa di negeri ini diteruskan kali ini di Masjid Simpang Enam, Georgetown di sini, selepas solat Jumaat kira-kira pukul 2 petang tadi.

Perhimpunan aman itu disertai kira-kira 30 umat Islam daripada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan Melayu dan Islam serta ahli-ahli Pas.

Selain melaungkan kecaman terhadap Kerajaan DAP Pulau Pinang yang didakwa campur tangan dalam urusan umat Islam, mereka turut membawa sepanduk antaranya bertulis ‘DAP jangan biadab ceroboh hal ehwal umat Islam’.

Sementara itu, Pengerusi Jaringan Muslimin Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata, perhimpunan aman tersebut bertujuan memberi peringatan kepada Kerajaan DAP Pulau Pinang supaya tidak sewenang-wenangnya mencampuri urusan memartabat Islam di negeri ini.

“Umat Islam di negeri ini khususnya tidak akan berdiam diri dengan sebarang tindakan campur tangan ini dan akan memastikan agama Islam sebagai agama Persekutuan ditegakkan,” katanya kepada pemberita selepas perhimpunan aman tersebut. - UTUSAN ONLINE



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/politik/demonstrasi-bantah-campur-tangan-dap-dalam-fatwa-1.486502#ixzz54JQoP4gg
© Utusan Melayu (M) Bhd

Anonymous said...

https://aidcnews.wordpress.com/2017/10/05/exco-dap-diam-diri-bila-rumah-diroboh-angkat-muka-bila-polis-halang-pesta-arak/comment-page-1/

Exco DAP Diam Diri Bila Rumah Diroboh, Angkat Muka Bila Polis Halang Pesta Arak

AIDCNews -05/10/17-Exco DAP Selangor, Ean Yong Hian Wah, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pembangunan Kampung Baharu dan Pemutihan Kilang Haram berdiam diri apabila Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) merobohkan rumah bekas pegawai (kuarters) masjid di Lapangan Terbang Subang semalam, tetapi mula melenting apabila pesta arak di negeri itu dihalang oleh pihak polis.

“Exco kerajaan tempatan dari DAP ni bila kuarters masjid Subang dirobohkam oleh MBSA, dia senyap walau bawah dia ….tang arak ni cepat je…..binawe betul le dia ni…,” kata Abdul Manan dalam Facebook.

Hari ini, Ean Yong tampil mengecam pihak polis berkaitan dengan isu pesta arak Selangor dalam kenyataan media seperti berikut:

Kenyataan Media oleh YB Ean Yong Hian Wah pada 5hb Oktober 2017 di Shah Alam.

Saya amat terkejut terhadap ulasan pihak pihak polis mengatakan penganjuran acara “Bavaria F & B Fest” di Kompleks Beli-belah One Utama PJ akan menjadi tarikan serangan militan dan seterusnya mencetus situasi ketenteraman awam.

Pertanyaan di kalangan rakyat sekarang ialah kemampuan polis untuk menjaga keselamatan awam. Mengikut situasi terkini, nampaknya polis sudah hilang kawalan sehingga terpaksa untuk menghalang penganjuran acara sebegini. Dengan sebab itu, saya ingin tanya 5 soalan kepada Ketua Polis Negara:

1. Mengapa pihak polis dapat menjaga keselamatan di Sukan SEA tetapi tidak mampu mengawal aktiviti Oktoberfest/ Bavaria F & B Fest yang berskala jauh lebih kecil?

2. Adakah ini bermaksud jamuan makan atau aktiviti yang beralkohol tidak lagi selamat di Malaysia?

3. Mengapa Melaka, Johor, Sarawak dan negeri lain boleh menganjur aktiviti Oktoberfest, tetapi Selangor dihalangkan? Adakah ini “double standards”?

4. Mengapa pihak polis tidak boleh menghantar pasukan untuk menjaga keselamatan selain daripada menghalangnya?

5. Adakah Malaysia sudah menjadi tempat yang tidak selamat dan penuh dengan ancaman serangan militan?

Rakyat malaysia bukan sahaja memerlukan ulasan polis yang profesional, tetapi juga tindakan polis yang profesional.

Jikalau polis hanya mampu memberi pandangan tetapi enggan mengambil tindakan fizikal untuk mencegah jenayah yang berpontensi mengancam keselamatan, rakyat anggap ini sebagai ketidakcekapan dan tidak berkeupayaan dan seterusnya hilang keyakinaan terhadap polis.

Justerus itu, saya menyeru kepada Ketua Polis Negera supaya menjawab soalan yang ditanya-tanya oleh rakyat.

Anonymous said...

ADAKAH MUNGKIN BERDASARKAN SIKAP DAP TERHADAP ISLAM YG SAYA LAMPIRKAN DIATAS MENYEBABKAN PAN AMAT KASIH KEPADA DAP.

Anonymous said...


Sumbangan dari kawan yang beragama lain memang patut di puji.

Tapi yang celaka nya bila saudara Islam sendiri buat kebaikan dengan mengizinkan bangsa lain berteduh di surau semasa banjir di Pulau Pinang di tegur dan di perlekehkan.

Adakah Islam suka pada bantuan bukan Islam dari orang Islam yang melakukan kebaikan pada bangsa lain?

Ajaran siapa kah yang di ikut oleh mereka yang tidak setuju orang Islam membantu orang bukan Islam?

kerana itu lah PAS perlu berhati-hati memberi gambaran buruk pada orang kafir.

Anonymous said...

Jangan bagi orang PAS guna kemudahan tandas dan istirehat .. mereka pengotor dan tidak pastikan tempat yang di guna kan di bersihkan selepas di guna kan.

Lihat lah bagaimana kotor dan sampah bersepah tidak di kutip di bangunan milik Husam setelah mereka menggunakannya untuk solat hajat.

Anonymous said...

Puak penentang islam buat fitnah takpa sebab dia kafir tapi yang islam lagi lebih hentam islam mcmana

Anonymous said...

Berbalik pada kenapa pihak satu ini hentam pihak satu lagi?

Ini kerana seseorang merasa dirinya hebat. Dia juga mahu di pandang hebat oleh pengikutnya.

Cakap dia sama dengan level nabi yang tak boleh di persoal. Sedangkan tafsiran dan kesesuaian dengan permasalahan tersasar dalam konteks penyelesaian.

Bila ada kalangan yang tidak mendudukkan dia di tempat tersebut, Mana bukti? Fitnah dosa besar? Musuh selama ini tiba-tiba di dakap nya erat.

Berlaku lah hentam menghentam dan ada kalanya dengan bahasa kesat seperti di sebelah sana.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails