UNGKAPAN Malai Chu atau ‘Melayu Babi’ adalah antara cercaan sering dihamburkan sebilangan masyarakat Cina terhadap ahli keluarga atau kenalan mereka yang berhasrat memeluk Islam.
Demikian pendedahan yang dibuat oleh Presiden Multiracial Reverted Muslims (MRM), Firdaus Wong Wai Hung melalui tulisan pada Facebook terbahru tokoh pendakwah tersebut kepada mereka yang masih belum Islam itu.
Beliau yang pernah menjadi pengacara program televisyen tempatan mengenai Islam di China berkata, “Seorang Cina berhasrat memeluk Islam sering kali berdepan cercaaan ahli keluarga dan sahabat-sahabat mereka sendiri.
“Antara ayat sindiran atau penghinaan lazim terhadap mereka yang berimpian mahu menjadi mualaf atau saudara baharu itu adalah digelar ‘Malai Chai’ (anak Melayu), ‘Malai Chu’ (Melayu Babi) dan ‘Chu Chai’ (Anak Babi).”
Menurut anak murid pendakwah Zakir Naik itu, cercaan Anak Melayu itu tidak bawa maksud hina bangsa Melayu tetapi “bertujuan sindir Cina yang memeluk Islam konon mereka bukan lagi Cina tetapi sudah jadi anak Melayu.”
Penggunaan gelaran babi kepada golongan Cina mualaf pula kerana mereka sudah tidak lagi menjamah sebarang hidangan yang mengandungi daging haiwan yang dianggap sebagai haram untuk dimakan oleh agama Islam.
Firdaus kemudian menjelaskan lagi bahawa, “Manakala gelaran ‘Chu’ (babi) diberikan kerana mereka sudah tidak lagi memakan daging babi dan adakala masyarakat Cina menggunakan gelaran haiwan dalam nada bergurau.
“Namun ada ketika ia dalam nada sinis terpulang kepada konteks perkataan digunakan. Dalam konteks orang Cina yang berhasrat memeluk Islam, ia lebih kepada sindiran mereka dan bukannya sejenis gurauan,” ulasnya lagi.
Penggunaan istilah babi yang seringkali dihamburkan terhadap golongan Cina mualaf ini menyebabkan pendakwah berbangsa Tionghua ini tidak begitu selesa jika ada orang Islam gemar menyebut perkataan babi dalam gurauan.
Beliau berkata, “Sebab itu saya secara peribadi tidak suka apabila orang Islam suka menggunakan perkataan babi dalam gurauan mereka. Antara yang kerap didengar adalah ‘Babilah engkau ni’, ‘babi betul’ atau ‘BABIIII’.
“Apakah masyarakat Islam sudah kehilangan perkataan yang lebih sopan untuk digunakan?” kata Firdaus merujuk penggunaan nama haiwan najis mughallazah tersebut dalam situasi konotasi negatif.
Demikian lapor Mynewshub.cc/HAA
Demikian lapor Mynewshub.cc/HAA
Ibenu chu chai!
ReplyDeleteKesian kat Anon 2:06. Mungkin dia orang Nigeria yg nak jadi ahli PAN. Dia teruja sangat dengan Mr Husam Power 10
DeleteMASAALAHNYA ADA ORANG ISLAM YG TURUT MENGHINA ISLAM
ReplyDeletePEMBONGKARAN ISMA TERHADAP MARINA
http://www.ismaweb.net/2018/01/22/netizen-marah-kenyataan-marina-mahathir-mengenai-islam/
Netizen Marah Kenyataan Marina Mahathir Mengenai Islam
Oleh Siti Fatimah Ishak
BANGI, 5 Jamadilawal 1439H, Isnin – Beberapa hari ini pengguna laman sosial berang dengan sikap aktivis liberal, Marina Mahathir, yang tidak sudah-sudah mempersoal Islam.
Rata-ratanya pelik dengan sikap pemimpin Sister In Islam (SIS) itu yang dianggap tidak sensitif apabila membicarakan isu berkaitan Islam.
Marina mendakwa negara hanya akan maju jika bersikap liberal, dan menuduh Islamisasi akan merosakkan Malaysia.
Katanya lagi, Malaysia di ambang kemerosotan jika negara meneruskan agenda Islamisasi yang tidak hanya akan memecahbelahkan masyarakat, tetapi menyuburkan keganasan, lapor Suara TV.
“Marina Mahathir, kamu tak payah keluarkan kenyataan yang menyakitkan hati. Jagalah rumahtangga kamu. Biarkan Tun M sahaja yang terlibat dalam politik,” tulis Zulfakar Mohd Derus.
“Apa kata, dia mati nanti jangan ada sesiapa orang Islam mandi, kapan, solat, dan kebumikan dia. Biar agama lain buatkan semua untuk dia,” tulis Ikhwan Abd Kahar.
Selain itu Singa Malaya berkata, Marina perlu kembali ke pangkal jalan dengan sikap dan perbuatannya selama ini yang menidakkan kebenaran Islam.
“Kamu mengunakan kemajuan Yahuni. Para saintis menyatakan bahawasanya al-Quran mendahului apa yang mereka perbuat. Hal ehwal duniawi Allah telah menyatakan kesemuanya. Berkemungkinan besar kamu tidak memahami yang tersurat apatah lagi yang tersirat.
“Kamu adalah satu-satunya wanita yang amat malang. Sungguh amat memilukan. Akhir kata sesat dihujung jalan kembalilah ke pangkal jalan,” katanya.
“Bagus kau nak maju.. tapi kalau taknak guna cara Allah, jangan kau guna otak kau, badan kau, hati kau, pulangkan dulu segala yang Allah punya.. selepas itu silakan kerana kau terlalu maju daripada Allah,” sindir Nick Kamil.
Bercakap di Kuala Lumpur baru-baru ini, Marina mendakwa tindakan seorang lelaki menampar seorang wanita Muslim kerana tidak memakai tudung di khalayak ramai, sebagai Islamisasi tidak positif atau sihat untuk negara.
Menyentuh mengenai buku Illusion of Democracy, Marina berkata, penerbitan itu memberikan ‘dukungan empirikal’ terhadap pendiriannya mengenai Islamisasi di Malaysia kerana “ia satu bentuk penjajahan, satu konsep yang selama ini tidak pernah diketahui tidak ganas.”
Malah, Marina menganggap kecaman terhadap ucap selamat kepada orang yang berlainan agama, membuktikan Islamisasi tidak hanya memecahbelahkan masyarakat, tetapi turut membawa kepada keganasan
NAK TAMBAH LAGI MASAALAH, ADA GOLONGAN YG SOKONG ATHEISM
ReplyDeleteUNTUK MENYOKONG DAP, PAN SANGGUP HALALKAN ATHEISM
http://www.ismaweb.net/2017/12/02/isu-ateis-jangan-kerana-taksub-kita-diperbodohkan/
Isu Ateis: Jangan Kerana Taksub, Kita Diperbodohkan
SAYA dah lama perhatikan YB Khalid Samad (Shah Alam) dan YB Hanipa (Sepang) dan mula rasa terlalu meluat sejak perbahasan RUU355 dulu, seterusnya semasa perbahasan Bajet 2018 dan kemuncaknya pada Sidang Parlimen baru-baru ini.
Sampailah baru-baru ini, apabila timbulnya isu ateisme ini, memang membuatkan saya menepuk kepala dan menggelegak darah.
Perbincangan berkaitan isu ateis ini sudah menyimpang terlalu jauh. Tidak hairan juga kerana duo sejati YB Sepang dan YB Shah Alam ini memang suka mengalihkan, mempolitikkan, memperbesarkan sesuatu isu dan berpusing-pusing yang akhirnya tidak membuahkan apa-apa kebaikan langsung kepada umat, malah mengundang pergaduhan dan ketegangan yang tidak patut berlaku. Malulah sebab mereka dakwa yang mereka ini anggota sebuah ‘parti Islam yang progresif’. Bukan sahaja jauh daripada konsep politik Islam malah jauh sekali daripada progresif kerana mereka selalu berjalan mengundur ke belakang.
YB Shah Alam pula mencelah dengan angkuhnya seraya berkata:
“Ini persoalan kepercayaan lah kan. Kalau orang tidak percaya, kita tidak boleh paksa dia percaya. Kalau orang tidak percaya Islam itu adalah agama yang sebenar, kita tidak boleh paksa dia percaya Islam itu agama sebenar. Dia percaya kepada Kristian kah, dia percaya kepada Hindu kah, dia percaya kepada Buddha kah. Itu kepercayaan, keyakinan.”
Memang terkejut saya mendengar apabila beliau menyebut “Kalau orang tidak percaya Islam itu adalah agama yang sebenar, kita tidak boleh paksa dia percaya Islam itu agama sebenar”. Persoalan yang bermain dalam fikiran saya, adakah beliau menghalalkan murtad? Kalau beliau merujuk kepada penganut agama lain yang tidak mempercayai agama Islam pun tidak logik juga kerana isu asal yang telah dibincangkan ialah penularan gejala ateisme dalam kalangan anak-anak muda Melayu Islam.
YB Sepang pula menyambung untuk membuktikan kenyataan Dr Asyraf Wajdi tempoh hari ialah salah sehinggalah beliau menegaskan, “saya rasa ateisme ini is duly protected by Article 11 of Federal Constitution” dan akhirnya sidang berhenti untuk berehat. Sekali lagi, perbahasan isu asal terencat.
Kenyataan YB Sepang itu telah viral di media sosial dan mendapat respon yang sangat negatif oleh netizens. Rentetan itu, page rasmi Parti Amanah Negara mengeluarkan kenyataan sebagai respon dan untuk ‘membersihkan’ segala tohmahan.
Macam mana depa nak ikut jika tengok orang Islam bersengkongkol dengan golongan anti Islam. Contohnya PAN (Islam Liberal Sekular Kamal Atarturk) bersengkongkol dengan DAP yg anti Islam.
ReplyDeleteSay no kpd DAP yg anti Islam dan sekutu2 dlm PH terutama PAN Liberal Sekular
http://malaysiandigest.com/bahasa-malaysia/691126-10-bukti-dap-anti-islam-menurut-ridhuan-tee.html
10 Bukti DAP Anti-Islam Menurut Ridhuan Tee
KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas, Prof. Dr. Ridhuan Tee Abdullah menyenaraikan 10 bukti yang menunjukkan DAP merupakan sebuah parti anti-Islam.
Yang pertama, pemimpin DAP Perak, Nga Kor Ming pernah menghina umat Islam dengan menyamakan pemberian duit raya sama seperti rasuah atau dedak.
Kedua, tokoh DAP Pulau Pinang, Jeff Ooi menghina kematian ulama tersohor Tuan Guru Harun Din dengan ungkapan ‘Adios Harun Din’.
Ketiga, Nga Kor Ming sindir purdah yang dipakai sebahagian wanita Islam. Apabila Datuk Ahmad Darus cadang pramugari memakai pakaian menutup aurat, pemimpin DAP kata pemimpin Melayu otak cacat.
Keempat, Pemimpin DAP yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy menggelar pendakwah terkenal antarabangsa, Dr. Zakir Naik sebagai ‘setan’,
Kelima, DAP pernah lantang mempertikaikan kandungan khutbah Jumaat dan mengganggu urusan fatwa di Pulau Pinang.
Keenam, DAP biadab mempersoalkan laungan azan dan bacaan ayat al-Quran melalui pembesar suara masjid. Ketujuh,
DAP mempersoalkan larangan murtad dan mempersoalkan kewujudan JAKIM.
Kelapan, DAP berani menghina dan mempersenda hukum hudud.
Kesembilan, DAP separuh mati menentang RUU355, mereka kata konon RUU355 belum perlu.
Ke-10 DAP menentang ustaz dan ustazah dari Semenanjung dihantar ke Sarawak,
“Belum berkuasa di Putrajaya, DAP telah cuba memandulkan Islam. DAP adalah komponen Pakatan Harapan. Berpolitik untuk memenangkan PH bermakna berpolitik memenangkan DAP.
“Politik DAP adalah politik memandulkan Islam. Maka sesiapa umat Islam yang berpolitik untuk PH bermakna mereka berpolitik untuk memandulkan Islam – agama mereka sendiri. Tepuk dada tanya iman,” katanya dalam satu kenyataan.
January 24, 2018 at 10:48 AM
MENGAPA puak kafir harbi dan puak munafik liberal berusaha tahap gila babi untuk memfitnah dan menghalau Dr Zakir Naik keluar dari Malaysia? Mengapa musuh Islam sibuk menghina dan memfitnah ulama Islam dan parti Islam !
ReplyDeleteJAWAPAN: Sebab puak kafir harbi dan puak munafik liberal amat memusuhi ajaran Islam dan membenci umat Islam. Mereka benci melihat perkembangan dakwah Islam dan bilangan saudara baru Islam meningkat setelah saudara baru Islam melihat Islam sebagai satu-satunya agama yang benar dan diredhai oleh Allah..
Dr Zakir Naik mengetahui kelemahan Bible dan kitab-kitab agama lain dan Dr Zakir mempunyai bukti Al-Qur'an adalah kitab Allah yang tulen. Jika dibiarkan Dr Zakir Naik berada di Malaysia, pendakwah evangelis dll akan mengalami masalah untuk memperdayakan dan menyesatkan umat Islam.
Parti Islam pimpinana ulama Islam sentiasa menyeru manusia kepada kebenaran (Islam).
Selain peringatan supaya jangan guna perkataan babi, perlu juga mencari penyelesian supaya mereka dapat di terima oleh keluarga mereka dengan baik.
Mereka perlu di beri sokongan dan perhatian kerana apabila mereka berjaya menjadi orang Islam yang sebenarnya, ini dapat memikat ahli keluarga yang lain.
Oleh kerana blog ini pro PAS maka sudah tentu orang PAS hanya melihat penggunaan Malai Chua oleh orang Kafir sebagai anti Islam.
.
Apakah masyarakat Islam sudah kehilangan perkataan yang lebih sopan untuk digunakan?” kata Firdaus merujuk penggunaan nama haiwan najis mughallazah tersebut dalam situasi konotasi negatif.
ReplyDeleteBerhenti lah penggunaan DAPigs atau PIGS.
Malu lah dengan saudara kita Firdaus Wong Wai Hung..