Wednesday, January 24, 2018

Mengembalikan Islam Memerintah &Mentadbir -Presiden PAS



إِلَّا تَنْفِرُوا يُعَذِّبْكُمْ عَذَابًا أَلِيمًا وَيَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ 
  • "Jika sekiranya kamu tidak keluar berjuang bersungguh-sungguh untuk menegakkan Islam, nescaya Allah menyeksa kamu dengan seksa yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah menukar kaum yang lain memerintah kamu."(at-Taubah: 39)
Mengapa saya menyebut firman Allah yang menyeru orang Islam supaya berjuang untuk menegakkan Islam? Walaupun Islam adalah agama adil untuk seluruh manusia, sama ada Islam dan bukan Islam, adil kepada semua bangsa, Melayu, Cina, India dan lain-lain, kerana Islam hanya agama yang menyebut politik yang sempurna.

Agama Yahudi politiknya perkauman Yahudi sahaja. Agama Kristian memisahkan politik daripada agama. Agama Hindu, Buddha dan lain-lain tidak memberi perhatian berkenaan dengan politik, idealogi-idealogi dan teori-teori politik dan ekonomi yang direka oleh ahli-ahli falsafah kalangan manusia, tidak peduli agama tanpa mengira halal dan haram.

Hanya Islam merangkumi seluruh cara hidup manusia, memerintah adil untuk semua. Maka menjadi kewajipan kepada umat Islam terlebih dahulu daripada orang-orang lain berjuang untuk memilih kerajaan dan memimpin kerajaan yang adil untuk semua.

Malangnya di hari ini, ramai kalangan umat Islam anak-anak muda dan lain-lain menganggap mengundi dalam pilihan raya tidak penting, tidak mustahak, tak mahu daftar, tak mahu keluar mengundi, serupa sahaja parti mana-mana, parti apa-apa pun. Ini adalah satu anggapan yang salah, bertentangan dengan agama Islam. Al-Quran menyebut, sejak Allah mencipta Nabi Adam A.S, Allah berfirman:
وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً ۖ
  • "Dan ingatlah apabila tuhan berkata kepada para malaikat, Aku hendak ciptakan Adam makhluk manusia untuk menjadi khalifah." (al-Baqarah: 30)
Khalifah dalam bahasa Arab bukan khalifah dalam bahasa Melayu. Khalifah dalam bahasa Arab:
اقامة الدين وسياسة الدنيا به
  • "Menegakkan ajaran Islam yang adil dan mentadbir dunia dengan Islam itu."
Ini makna khilafah. Maka semua Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul A.M.S tidak memisahkan dakwah dengan politik. Nabi Nuh A.S yang pertama berjuang bukan sahaja berdakwah, tetapi menghadapi Al-Malak. Al-Malak adalah pemimpin-pemimpin yang memerintah di zamannya.

Ibrahim A.S yang dibangga oleh penganut semua agama, orang Islam menyebut Ibrahim, orang Yahudi menyebut Ibrahim, orang Kristian menyebut Abraham, orang Hindu menyebut Brahma mengikut kepercayaan masing-masing.

Ibrahim bukan sahaja berdakwah kepada tuhan yang satu. Ibrahim menghadapi Raja Namrud yang memerintah Kerajaan Babylon, menunjukkan berpolitik untuk membetulkan negara. Nabi Musa A.S dan Nabi Harun A.S memimpin Bani Israil menyelamatkan mereka, dalam masa yang sama menghadapi Firaun yang memerintah dengan zalim.

Semua Nabi-Nabi, termasuk Nabi Muhammad S.A.W berdakwah bukan sekadar di masjid, bukan sekadar imam sembahyang, imam nikah kahwin, imam memimpin negara. Ditawarkan menjadi pemimpin negara di Makkah, ditawarkan harta benda dan pangkat yang paling tinggi harta yang banyak, ditolaknya kerana tidak mahu Islam itu memerintah dengan tadbir.

Akhirnya berhijrah ke Madinah. Untuk apa berhijrah? Untuk tanam kelapa sawit? Untuk jadi nelayan? Untuk berniaga? Tidak! Hijrahnya untuk mendirikan negara yang memerintah masyarakat majmuk, orang Islam, orang Yahudi, orang Kristian dan orang Musyrikin. Allah telah membuktikan bagaimana Islam yang dimulakan di bumi yang kering:
بِوَادٍ غَيْرِ ذِي زَرْعٍ 
  • "Lembah yang tidak ada tanaman yang tidak ada air." (Ibrahim: 37)
Dibangun manusianya dengan akhlak yang mulia, iman yang betul, telah berjaya memimpin negara menguasai sebahagian besar muka bumi. Di Timurnya Alam Melayu, di Baratnya Afrika Barat, Sepanyol di Eropah, Asia Tengah termasuk Moscow ibu negara Rusia pada hari ini, sehingga Afrika Tengah, di zaman tidak ada kemudahan-kemudahan cepat, telefon, wireless, internet, handphone, kapal terbang, tidak ada. Islam boleh memerintah masyarakat majmuk, berbagai kaum, berbagai agama dan bangsa, memerintah dengan adil.

Penjajah yang datang untuk menghapuskan Islam. Tujuannya dengki, kerana kalau Islam memerintah tidak boleh rasuah, tidak boleh maksiat, tidak boleh menipu, tidak boleh memperhambakan manusia, mengabdikan manusia. Penjajah Barat datang menjatuhkan Kerajaan Islam.

Hari ini kita memperingati 100 tahun kejatuhan Khilafah Uthmaniyah, bermulanya perjuangan nasionalisme Arab, As-Tsaurah Al-‘Arabiyah Al-Kubra, yang diisytiharkan 1916, menjatuhkan Uthmaniyah, setelah dijatuhkan Melaka 1511, campur tangan di India untuk menghalang kemaraan Islam, campur tangan di Afrika.

Orang Islam dijatuh, ditumbang satu demi satu, tetapi umat Islam tidak tunduk kepada penjajah. Mereka menentang penjajah dengan keris yang pendek menghadapi senjata-senjata moden, mereka tidak tunduk.

Lalu penjajah berbincang sesama mereka. Parlimen British di zaman Queen Victoria, Perdana Menterinya Gladstone bersidang. Gladstone berucap di Parlimen England, memegang kitab suci Al-Quranul Karim, menegaskan selagi mereka berpegang dengan buku ini Al-Quran, selagi ada sembahyang Jumaat, dinamakan sembahyang Jumaat, selagi ada Haji di Makkah, selama itulah Islam tidak boleh dihapuskan.

Maka dirancang untuk melumpuhkan kefahaman umat Islam. Mereka mengetahui kelemahan umat dan kefahaman terhadap agama mereka, khususnya kefahaman politik, kefahaman memerintah negara.

Snouck Hurgronje, Orientalis Belanda yang pernah mengaji pondok di Indonesia menegaskan bahawa tidak menjadi masalah kalau ulama-ulama Islam mengajar agama. Apa yang dianggap ancaman kepada Barat ialah doktrin politik memerintah negara.

Hari ini kita mengalami orang Islam yang tidak ada negara yang memerintah dengan Islam. Kalau dulu negeri yang kering kontang, yang tak ada hasil, Islam telah berjaya meningkatkan keamanan negara, keadilan, dan kemakmuran ekonomi. Di zaman Khalifah Umar Bin Abdul Aziz, belanjawannya, ......, tak ada defisit, wang negaranya lebih sehingga orang-orang miskin dibantu, rakyat bukan sahaja pegawai kerajaan, termasuk rakyat biasa yang tua Islam dan bukan Islam mendapat pencen sara hidup.

Ini Islam. Mengapa kita di hari ini di bumi yang subur, penuh dengan hasil bumi, hasil pertanian, hasil galian, tenaga kerja, menghadapi masalah kehidupan dan kebersihan? Mari kita kembali kepada Islam. Negeri Selangor perlu menjadi contoh. Kita harap rakyat Selangor mesti memilih kepimpinan Islam. Orang Islam yang memimpin dahulu. 

Biar orang Islam di depan, pilih calon-calon Islam, yang kena pilih yang menegakkan ajaran Islam itu. Ini mesti faham, bukan kita membelakangkan orang-orang yang bukan Islam, tidak.  Kewajipan kita adil terhadap semua. Berdosa kita kalau tidak adil walaupun terhadap orang bukan Islam.

Percayalah kita pernah memerintah Kelantan kali yang pertama 1959 hingga 1979. Ditumbangkan dengan darurat, mereka yang terlibat dengan darurat masih hidup lagi umur dia panjang. Tahun 1990 kita menang kembali, di Kelantan sehingga hari ini, dikepung ekonominya, pentadbirannya, menyanggah konsep federalisme, campur urusan kerajaan negeri, disempitkan kewangannya.

Terengganu kita memerintah tahun 1959, 1961, ditumbankan. 1999 kita memerintah lagi, dirampas royalti petroleum, dirampas, melanggar perjanjian, tak ada undang-undang, mereka yang mencabul ini masih hidup lagi. Kewajipan kita hari ini ialah mengembalikan umat Islam yang sungguh-sungguh memerintah dan mentadbir.

Selangor perlu menjadi model, menjadi contoh. Ingatlah betapa pentingnya urusan memerintah negara ini, sehingga ketika wafatnya Nabi S.A.W, urusan sembahyang jenazah kemudian dikebumikan, yang ada di masa kebumi beberapa orang Sahabat sahaja. Abu Bakar, Umar, Uthman, Abdul Rahman Bin Auf dan Sahabat-sahabat yang besar di kalangan Muhajirin dan Ansar tidak ada di kubur di masa mengebumikan, di mana? 

Mereka berhimpun di Tsaqifah Bani Sa’idah, tempat cetak Quran hari ini. Berhimpun untuk apa? Untuk memilih siapa yang ketua negara memerintah, siapa yang memimpin negara, sehingga ini dianggap lebih penting daripada mengebumikan jasad Nabi S.A.W. Hari ini kita menganggap mengundi tak penting, pilihan raya tak penting, pandang remeh temeh:
إِلَّا تَنْفِرُوا يُعَذِّبْكُمْ عَذَابًا أَلِيمًا وَيَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ 
  • "Kalau kamu tidak bangkit berjuang untuk menegakkan Islam ini, kamu orang Islam, tuhan seksa kamu dengan seksa yang pedih." (at-Taubah: 39)
Rasalah hari ini kenaikan harga barangan, masalah hidup, jenayah yang merebak, salah-laku, salah-urus, puncanya kerana meninggalkan Islam. Islam yang boleh. Oleh kerana itu pilih yang Islam ini dahulu, termasuk rakan-rakan yang bukan Islam, pilih Islam dan ada wakil orang bukan Islam, bukan tak ada wakil, tapi Islam memimpin.

Ada exco yang bukan Islam, ada Menteri yang bukan Islam. Ada urusan-urusan orang bukan Islam terlibat sama, tetapi dasar dan polisi negara mesti Islam. Ini fleksibelnya Islam, keanjalan Islam. Di negara lain, kalau Komunis yang memerintah, mesti orang Komunis 100 peratus. Di Amerika kalau Republikan yang menang, semua Republikan pegawai kerajaan yang kanan sekali.

Demokrat, semua demokrat. Di England Labour Party, semua Labour Party. Conservative, semua Conservative. Tapi kalau Islam memerintah, Islam adalah anjal, kerajaan orang Islam dan Kerajaan Teknokrat.Teknokrat memilih orang-orang yang pakar untuk memimpin mengendalikan kerajaan. Kita tak tahu menatang apa Teknokrat ini, tak diajar. Sabda Nabi S.A.W:
خياركم في الجاهلية
خياركم في الاسلام
إذا فقهوا
  • "Mereka yang pilihan di masa jahiliyah. Di masa jahiliyah dia adalah orang yang bijak, orang yang terpilih, yang pandai."
خياركم في الاسلام
إذا فقهوا
  • "Menjadi pilihan juga bersama dengan Islam."
Ini adalah pendekatan politik yang diajar oleh Nabi S.A.W. Di Selangor letaknya ibu negara, letaknya pusat penjualan Malaysia, banyaknya pusat-pusat pengajian, mengapa orang Islam Selangor lemah sangat untuk memilih kekuatan Islam memimpin Negeri Selangor?

Mesti pilih kekuatan Islam (di) negeri Selangor. Selangor pusat kepada Malaysia seluruhnya. Kelantan tidak cukup, Terengganu tidak cukup, Selangor tidak cukup, Kedah tidak cukup, sekurang-kurangnya Selangor mesti ke depan dalam pilihan raya ini. Firman Allah Taala:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا وَرَابِطُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
  • "Wahai orang-orang beriman, (orang-orang yang beriman, beriman kepada Islam.)...."
اصْبِرُوا
  • "Bersabarlah kamu menghadapi keadaan yang berlaku yang menekan diri kamu."
وَصَابِرُوا 
  • "Dan bersabar untuk berjuang menegakkan Islam."
وَرَابِطُوا
  • "Dan bertugas di mana kamu ditugaskan." (Ali-Imran: 200)
Yang jadi calon, yang angkat bendera, yang tampal poster, dia pembekalan, Muslimin-muslimat, pemuda:
وَرَابِطُوا
  • "Bertugas."
وَاتَّقُوا اللَّهَ 
  • "Bertakwa kepada Allah."
لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
  • "Supaya kamu mendapat kemenangan."
Kemenangan Islam dengan pertolongan Allah, bukan digaris di atas meja, di atas kertas. Di atas kertas digaris juga, yang pentingnya pertolongan Allah S.W.T. Allah Taala menyebut:
وَأَعِدُّوا لَهُمْ مَا اسْتَطَعْتُمْ مِنْ قُوَّةٍ
  • "Dan bersedialah kamu sekadar kemampuan kamu dengan kekuatan." (al-Anfal: 60)
Allah menyuruh kamu bersedia mengikut kemampuan kamu. Kemampuan dengan ikhlas, jangan sembunyikan kemampuan itu. Kalau kamu menyediakan kekuatan dengan kemampuan kamu. Walaupun musuh yang lebih kuat daripada kamu, lebih ramai daripada kamu, lebih kaya daripada kamu, dibantu dengan kemenangan, Allah memberi pertolongan kepada kamu.

Ini janji Allah yang mesti kita yakin. Kita memilih _Muwajahah Silmiyah_, berdepan secara damai, walaupun hari ini saya angkat keris, keris tumpul, bukan keris tajam. Keris menandakan semangat. Islam mendahulukan perdamaian dengan hubungan antarabangsa, antara Islam dengan pihak lain, walaupun dengan musuh yang menyerang negara kita, musuh yang menyerang negara kita:
وَإِنْ جَنَحُوا لِلسَّلْمِ فَاجْنَحْ لَهَا وَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ ۚ
  • "Jika mereka cenderung kepada peperangan, kemudian mereka minta damai, maka berdamai dan bertawakal kepada Allah." (al-Anfal: 61)

Itu kalau musuh yang menyerang, dia minta berdamai, terima damai. Allah memberi jaminan:
وَإِنْ يُرِيدُوا أَنْ يَخْدَعُوكَ فَإِنَّ حَسْبَكَ اللَّهُ ۚ 
  • "Kalau mereka hendak menipu kamu, cukup Allah menolong kamu." (al-Anfal: 62)
Kita hari ini bukan menghadapi musuh yang datang dari luar, kita menghadapi sahabat-sahabat dalam satu negara, orang-orang Melayu yang sama-sama beragama Islam, orang Cina, orang India yang dizalimi oleh penjajah dibawa ke sini, penjajah bawa mereka ke sini, dizalimi oleh penjajah. Nasib kita dijajah, kita asal di sini.

Rakan-rakan kita kaum Cina dan India dibawa oleh penjajah untuk diperhambakan di sini juga. Islam boleh terima berbagai kaum, boleh terima masyarakat majmuk, boleh terima masyarakat majmuk. Allah menjanjikan:
إِلَّا تَنْفِرُوا 
  • "Kalau kamu tidak keluar menegakkan Islam." (at-Taubah: 39)
يُعَذِّبْكُمْ عَذَابًا أَلِيمًا
  • "Allah menyeksa kamu seksa yang pedih di dunia dan di akhirat." (at-Taubah: 39)
وَيَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ 
  • "Allah tukar kaum yang lain daripada kamu." (at-Taubah: 39)
Tukar kaum yang lain ini, boleh dua.
وَإِنْ تَتَوَلَّوْا يَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ ثُمَّ لَا يَكُونُوا أَمْثَالَكُمْ
(Muhammad: 38)

Allah jadikan kaum yang lain itu masuk Islam, kaum yang lain masuk Islam, bila orang Arab meninggalkan Islam, orang Turki masuk Islam, orang Kurdish masuk Islam, kaum lain masuk Islam, mereka mengambil alih memimpin dengan Islam. Itu satu. Yang kedua, kaum yang lain, yang menindas kamu lebih seksa daripada apa yang ada pada hari ini. Ini amaran Allah yang mesti kita faham.

Jangan kita memilih politik yang tidak menentu, yang belum Islamnya, seksanya lebih buruk. Kita memilih damai, memilih pilihan raya. Pilihan raya adalah pendekatan yang paling matang, yang paling bijak menghadapi satu kaum pelbagai kaum dalam satu negara.

Kita lihat negara Arab, dengan _Arab Spring_, memilih pendekatan kekerasan. Apa yang berlaku bukan menghadapi musuh, menghadapi Arab dengan Arab, bom masjid, bom pasar, bom hotel, bunuh sama sendiri, ratah sama sendiri, berlaku demikian, huru-hara. Ini Islam menyuruh kita memilih pendekatan damai, bukan kita menyerah kalah, kita tidak menyerah kalah. Tapi Islam membawa mesej untuk menyelamatkan manusia mendahulukan perdamaian.

PAS yang ditubuhkan tahun 1951, adalah kesinambungan daripada perjuangan Islam sejak kejatuhan Melaka. Bila Melaka jatuh 1511, seluruh umat Islam Nusantara menentang penjajah. Orang Bugis datang dari Sulawesi, orang Minang datang dari Sumatera, orang Aceh datang dari Sumatera, orang Jawa datang dari Jawa, menyebabkan adanya etnik-etnik Bugis, Jawa, Banjar, macam-macam di Tanah Melayu ini. 

Mereka datang bukan untuk kebun kelapa, tanah lebih luas tempat mereka. Mereka datang untuk jadi nelayan? Bukan. Laut mereka lebih luas, banyak ikan. Mereka datang untuk membebaskan Melaka. Dinafikan dalam sejarahnya. Mereka datang bukan untuk merompak dan menyamun seperti ucapan Orientalis Barat, terdapat kalangan Orientalis yang menamakan mereka ini perompak dan penyamun. 

Dan ada kalangan orang-orang Islam yang terpengaruh dengan pemikiran Barat, yang berleluasa membaca buku-buku Barat. Perjuangan menentang penjajah melibatkan Sultan, melibatkan ulama, melibatkan rakyat. Mereka berjuang menentang penjajah. Kita telah menerima kemerdekaan, walaupun secara damai dan putar belit British, tetapi kita telah berjaya meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan. 

Ini penting. Islam agama Persekutuan, pegang ini. Islam agama Negeri Selangor, pegang ini. Orang Melayu menjadi pemimpin dengan Islamnya, pegang ini. Kita menolak konsep yang menolak Islam, menolak konsep Malaysian Malaysia yang mahu menghapuskan bangsa, mesti ditolak. Bangsa adalah ciptaan Allah S.W.T, bahasa ciptaan Allah S.W.T, dikekalkan bahasa Melayu, bahasa Cina, bahasa Tamil, tak dibahasa penganut-penganut agama lain. Ditangani dengan adil, dengan sebaik-baiknya, Islam yang memimpin dan memerintah.

Ini pendekatan kita. Saya yakin dan percaya, semua yang hadir ini bersemangat, bersemangat datang, mereka merupakan sebahagian bukan seluruh rakyat negeri Selangor, sebahagian. Allah memilih saudara-saudara menjadi sebahagian:
وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ ۚ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
  • "Dan hendaklah ada sebahagian daripada kamu, sebahagian daripada seluruh orang Islam, (sebahagian kamu itu, satu kumpulan yang mengajak kepada Al-Khair, kepada Islam,) menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran, mereka itu mendapat kemenangan." (Ali-Imran: 104)
Ini janji Allah. Yang sebahagian ini mesti bergerak, kerana pilihan raya penentuannya ialah majoriti, tak cukup dengan mereka yang hadir di sini, mesti bergerak di seluruh pelusuk negeri Selangor. Gerakkan keluarga, gerakkan sahabat kita yang Islam, yang bukan Islam. PAS memilih Islam memimpin negeri Selangor.

Insya-Allah, dengan semangat ini kita bergerak. Sebagaimana semangat ini kita bekerja. Dengan pertolongan Allah diberi kemenangan, diberi kemenangan. Siapa memimpin? Allah mengajar kita, Quran diturunkan dengan ada sebab yang berlaku. Kita tidak boleh menentukan hukum sebelum ada sebab. Bila Nabi menawarkan kerajaan Islam pada kabilah-kabilah Arab, ada kabilah yang menolak kerana tidak percaya Islam boleh menang. Bani ‘Amir yang mensyaratkan bertanya Nabi S.A.W:
لمن الملك
  • "Kalau kamu menang, siapa yang memimpin? Siapa jadi ketua negara?"
Nabi jawab:
الملك لله يؤتيه من يشاء
  • "Itu kepunyaan Allah, diberi kepada siapa yang dikehendaki."
Ini jawapan Nabi S.A.W. Kita tak terikut orang yang belum apa sudah mencalonkan. Calon pilihan raya je, pilihan raya di Malaysia ini tak ada calon Presiden, tak ada calon Perdana Menteri. Calon wakil-wakil rakyat, itu sistem yang ada di Malaysia. Malaysia bukan Amerika pilih calon Presiden. Malaysia bukan British, Malaysia adalah Malaysia. Ikut petunjuk Nabi S.A.W. Yakinlah dengan asas Islam ini kita selamat. Asas yang memerlukan keikhlasan.

Kita tak tahu siapa yang ikhlas, Allah yang Maha Mengetahui siapa yang ikhlas. Bila tiba masanya Allah Taala buktikan siapa yang ikhlas. Kita tak nampak. Alhamdulillah Allah Taala menampakkan kepada kita yang bai’ah melanggar bai’ah yang tak percaya bersama dengan kita, yang oportunis tak bersama dengan kita.

Yang teras bersama dengan kita. Saudara adalah teras, teras ini perlu membina lagi kekuatan-kekuatan yang lain untuk menempah kemenangan. Ini sangat penting. 

4 comments:

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2017/10/13/kata-pedang-sinonimnya-arak-anjing-dan-babi/

Kata Pedang: Sinonimnya Arak, Anjing Dan Babi

Tiga papan tanda berkenaan diletakkan di Butterworth iaitu di Taman Bagan Baru; Taman Ria; dan Taman Jawa, manakala dua lagi dipasang di Prai iaitu di Taman Supreme dan Taman Prai Utama.

Kenapa diletakkan di situ? Langkah itu diambil selepas MPSP menerima aduan orang ramai mengenai gangguan daripada pemabuk di taman awam dan taman permainan kanak-kanak.

Papan tanda itu memberi amaran bahawa ianya adalah satu kesalahan untuk meminum alkohol di kawasan awam mengikut Seksyen 268 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan gangguan awam. Ia juga menggesa orang ramai menghubungi balai polis berdekatan jika melihat sesiapa yang melakukan kesalahan itu.

Bagus sekali! Dan Pedang puji usaha yang dibuat itu. Pun begitu, ada juga manusia yang membantahnya. Alasan kononnya, selepas bersukan mereka akan lepak-lepak di taman itu sambil minum alkohol. Tak logik langsung minum alkohol lepas berjoging. Macam juga tak logik lah lepas joging hisap rokok.

Kalau tak silap Pedang, ada negara lain seperti New Zealand yang mengenakan larangan minum arak di tempat awam. Bukan seperti Jerman di mana minum arak di tempat awam tidak dilarang – kebiasaan di Jerman itulah yang dibawa masuk ke Malaysia dan mesti dihalang.

Jerman mempunyai undang-undang minum arak paling ringkas di dunia. Tak pernah ada waktu senggang. 24 jam boleh beli arak dan segala jenis alkohol. Boleh lagi minum arak dan wain sambil makan ‘popcorn’ dalam pawagam.

Peraturan Malaysia mengenai minum arak di khalayak ketat. Tapi tak sehebat New Zealand apabila peraturan mereka turut menyatakan bahawa peminum arak tidak boleh dipercayai kerana kita mungkin melihat ada pesta minum-minum, tapi kesudahannya ia sinonim dengan muntah. Kemudian, kemungkinan boleh berlaku sedikit kekecohan dan pergaduhan.

Di negara-negara Eropah, pengambilan alkohol sudah menjadi kebiasaan. Lagipun, sebab cuacanya sejuk dan alkohol itu boleh memanaskan badan. Tapi pengaruh alkohol itu juga boleh ‘memanaskan’ segala-galanya. Arak boleh pengaruhi perasaan.

Macam Pedang kata baru-baru ini. Peminum arak ini mula-mula akan jadi anjing. Anjing kan suka menyalah. Peminum arak bila dan dipengaruhi alkohol mulalah bercakap banyak. Bila minum lagi, akan jadi babi. Babi cari makan dengan menyondol-nyondol tanah. Peminum arak bila mabuk mula muntah-muntah (nampak seperti menyondol-nyondol).

Negara kita tak sama dengan Eropah atau Jerman. Cuaca kita panas. Tak perlukan bahan untuk memanaskan lagi badan. Tapi kalau minum juga alkohol maka bertembunglah panas dengan panas, maka berlakulah pelbagai perkara tidak diingini, termasuk kemalangan kereta.

Sudah berapa banyak kemalangan yang berlaku disebabkan arak, malah, statistik tahun-tahun terdahulu juga menunjukkan 30 peratus daripada kemalangan jalan raya disebabkan oleh pengambilan arak.

Islam sejak 14 abad lalu lagi sudah mengharamkan arak yang dilabelkan sebagai ibu segala maksiat ini. Nabi Muhammad SAW menyampaikan firman Allah SWT mengenai bahaya dan musibah meminum arak kepada orang kafir Quraish yang sangat tegar meneguk air kencing syaitan itu.

Majlis-majlis perbandaran atau bandar raya atau dewan bandar raya, patut mencontohi usaha dilakukan MPSP ini. Undang-undang pun mesti diperketatkan bagi melarang penganjuran majlis atau pesta yang mempromosi arak secara besar-besaran di tempat awam.

Pemimpin politik ultra kiasu pun tak perlulah sokong minum arak besar-besaran ini. Jaga sensitiviti umat Islam yang menjadi majoriti di negara ini. Bukan kami sahaja yang kena jaga sensitiviti kamu. Anda cakap boleh, kami cakap tak boleh?

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2017/11/13/kata-pedang-talibankah-segala-perintah-allah/

Kata Pedang: Talibankah Segala Perintah Allah?


Perhatian: Artikel ini Pedang tulis sebelum ada pihak yang berkata memakai tudung adalah Taliban.

MEMANGLAH bukan negara Taliban. Tapi, Malaysia negara Islam. Perlembagaan Negara menyatakan Islam adalah agama Persekutuan, walaupun tidak mengatakan Islam adalah agama rasmi. Agama-agama lain pula tidak dilarang dilaksanakan oleh penganutnya.

Dan, apabila muslim di Malaysia ini semakin kuat Islamnya, dan mahu berpegang kepada ajaran yang dibawa Nabi Muhammad SAW, daripada sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara, maka janganlah dihalang atau dianggap mahu menjadi Taliban.

Buat itu Taliban, ikut perintah Allah dan rasul, Taliban. Buat ini Taliban. Adakah semua perintah Allah itu Taliban?

Janganlah dihalang. Kita takut bala menimpa. Sekarang ini, bala datang bukan dengan menterbalikkan mana-mana negeri atau dilempar dengan batu dari neraka.

Bala datang dengan macam-macam cara, mengikut tafsiran masing-masing. Ada yang kata wabak penyakit satu bala, ada yang kata banjir satu bala, ada yang kata negeri tak aman pun satu bala. Malah, ada juga yang kata kalah main bola pun bala!

Sesuatu urusan mesti mempunyai dasar dan polisinya. Begitu juga Islam. Bermula dengan Rukun Islam – mengucap dua kalimah syahadah; Mendirikan solat; Menunaikan zakat; Puasa pada bulan Ramadan; dan Menunaikan haji bagi yang mampu.

Kemudian ada pula enam Rukun Iman iaitu – Beriman kepada Allah; Beriman kepada malaikat; Beriman kepada kitabullah; Beriman kepada rasul-rasul; Beriman kepada Hari Kiamat; dan Beriman kepada qada dan qadar.

Ini adalah dasar-dasar awal yang perlu diketahui dan dipelajari semua umat Islam. Belajar pula, mempunyai tahap-tahapnya bagi membolehkan kita mendalami ilmu-ilmu syariat Islam yang lain. Macam kita kira nombor satu hingga 10. Kena ikut turutan baru betul, bukan satu, empat, tujuh, sepuluh.

Dan dari situ bermulalah kita untuk mempelajari ilmu tauhid, fikh, fardu ain dan bermacam-macam lagi. Belajar punya belajar punya belajar, maka diketahuilah bahawa menutup aurat bagi wanita itu suatu syariat, satu tuntutan agama Islam.

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka…..” (Surah al-Nur ayat 31)

Anonymous said...

http://v2.ismaweb.net/2015/09/kata-pedang-bukti-bukti-dap-anti-islam-semakin-viral/

KATA PEDANG: Bukti-bukti DAP anti-Islam semakin viral

APABILA parti rasis dan cauvinis DAP mengancam akan menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), beberapa bukti DAP menentang Islam sebagai tanda sokongan kepada JAIP menjadi semakin viral. Antara bukti-bukti yang diperkatakan:

Bukti 1: Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.

Bukti 2: Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.

BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang

Bukti 3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.

Bukti 4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.

Bukti 5: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.

Bukti 6: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.

Bukti 7: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.

Bukti 8: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.

Bukti 9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.

Bukti 10: Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam

Anonymous said...

MENGAPA puak kafir harbi dan puak munafik liberal berusaha tahap gila babi untuk memfitnah dan menghalau Dr Zakir Naik keluar dari Malaysia?

JAWAPAN: Sebab puak kafir harbi dan puak munafik liberal amat memusuhi ajaran Islam dan membenci umat Islam. Mereka benci melihat perkembangan dakwah Islam dan bilangan saudara baru Islam meningkat setelah saudara baru Islam melihat Islam sebagai satu-satunya agama yang benar dan diredhai oleh Allah..

Dr Zakir Naik mengetahui kelemahan Bible dan kitab-kitab agama lain dan Dr Zakir mempunyai bukti Al-Qur'an adalah kitab Allah yang tulen. Jika dibiarkan Dr Zakir Naik berada di Malaysia, pendakwah evangelis dll akan mengalami masalah untuk memperdayakan dan menyesatkan umat Islam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails