Friday, January 26, 2018

Mokhzani Mahathir 'Tokey Arak', Pun Bakal Calon PRU-14?


Sejak kebelakangan ini, sudah tersebar khabar angin bahawa bukan seorang anak Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr. Mahathir Mohamad yang akan bertanding pada pilihan hara umum (PRU-14) ini sebaliknya dua anaknya akan menjadi calon.
Selain Datuk Seri Mukhriz Mohamad, seorang lagi adalah Tan Sri Mokhzani. Berita mengenainya sudah bertiup kencang malah portal TV14 sudah melaporkan mengenainya.
Mokhzani yang merupakan seorang ahli perniagaan, pernah menjadi Penolong Bendahari UMNO sebelum mengikut jejak bapanya keluar pada parti UMNO pada 2008.
Ketika ramai pihak memberikan perhatian kepada Mukhriz, ramai yang mungkin terlepas pandang kepada Mokhzani.
Ada kemungkinan besar Mokhzani, yang merupakan anak kedua Mahathir itu, akan diletakkan sebagai calon di kerusi Parlimen Titiwang dan Setiawangsa. Manakala Mukhriz pula sudah pasti akan diletakkan di kerusi yang boleh menang.
Pada 2012, Mokhzani telah disenaraikan sebagai individu ke-14, terkaya di Malaysia oleh Forbes Asia dengan harta sebanyak $685 juta dolar.
Anak-anak Mahathir sebelum ini menjadi bahan modal cerita pembangkang, ketika bekas Perdana Menteri itu masih belum bergabung dan sepentas dengan Pakatan Harapan.
Malah dalam satu rakaman berdurasi selama 1 minit 15 saat, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dalam satu ceramah pernah menceritakan mengenai kekayaan anak-anak Mahathir iaitu Mirzan dan Mokhzani yang turut tersenarai antara orang terkaya di Malaysia.
Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan turut mendakwa, anak-anak bekas Perdana Menteri itu merupakan tauke arak apabila kekayaan dikaut selama ini membolehkan mereka membeli kilang arak di Filipina.
“Mirzan cukup kaya, kapal dia punya, lori dia punya, rumah agam besar di Kanada semua Mirzan punya. Sekarang ini Mokhzani tauke yang cukup kaya, semua kapal semua kontrak minyak semua dia punya dan yang terbaharu kayanya anak-beranak Mahathir ini sampai dia boleh beli kilang arak di Filipina. Dengan duit kilang arak itu juga, dia beli stesen-stesen minyak berjenama Esso yang ditukar kepada jenama Petron,” katanya yang dipetik daripada rakaman tersebut.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan tarikh sebenar rakaman video itu. Lihat video di bawah:

10 comments:

Anonymous said...

Ibenu ni dah kenapa? Baru khabar angin dh buat fitnah,insaflah ibenu tua dah,sampai bila nk jadi agen fitnah.


_peminat hadi bewang_

Anonymous said...

Lebai celop DAP meroyan lagi. Maklum, sudah jadi anjing penjilap DAP.

Anonymous said...

Ibnu Hasyim rindu bau babi Lim Kit Siang dan aroma Datin Mah. kah..kah....kah......

Anonymous said...

Tiap2 hari Pak Ibnu Hasyim cerita pasal politik kenapa ya mungkin dah berangan2 nak jadi calon DUN agaknya.Tin MILO dah sedia ke untuk minta derma sekiranya di calonkannya.he..he..he..

Anonymous said...

Salaklah, bukit takkan runtuh. Dapatlah sikit-sikit tulang busuk DAP, tahi DAP. hi hi hi jijik di dunia akhirat.

Nole said...

Hahah. Ibenu ni mcm2 lah. Gosip2 politik di bikin mcm gosip artis. Tah ye tah tak. Dh konfem kang br la bikin gempak. Ini cerita kedai kopi wt sembang kencang tau smua bnda boleh lah. Acah2 org dalam ! Ahahaa

Anonymous said...

Tobatlah semua penjilat DAP lebai celop. hi hi hi.

Anonymous said...


Begitu lah politik.

Mat Taib yang kena tangkap dengan duit beratus ribu .. pun kaya-raya tapi boleh PAS suci kan Mat Taib.

Orang Politik baik yang seberang sini atau seberang sana, bila sentuh tentang duit dari mana atau tentang kekayaan, nafi tidak ya pun tidak.

Sebab itu cuma orang macam Rafizi dan Husam yang berani dedahkan pasal kekayaan atau duit yang juga di tukar ganti nama kepada dedak.

Mungkin ketika itu Mahathir dan anak-anak kurang ilmu halal-haram tapi bila mereka sedar insaf maka duit tersebut di guna untuk menentang pemerintah yang menyusahkan rakyat.

Sebalik nya pemimpin parti suci yang menentang pemerintah untuk menegak negara kebajikan yang lebih tahu tentang ilmu halal haram di percayai mendapat dedak setakat ini cuma cakap nak saman je.

Anonymous said...

dah tak ada alasan lain, geng lobai celop DAP teruskan meroyan. Salaklah bukit. Dapat sedikit tulang.

hu hu hu.

Anonymous said...

Puak macai dap tabur aja janji dapat dedap kat klantan dah kecoh pan gabung dng umno. Fitnah parti lain ug tapi dia yang ug.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails