Monday, January 15, 2018

PAS Tanding 130 Kerusi, NGO &G/Sejahtera. Ranapkah BN/DAP?


Hasil carian imej untuk pas tanding 130 kerusi

PAS akan bertanding tidak kurang daripada 130 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) melalui gabungan Gagasan Sejahtera. Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata PAS turut memberikan ruang kepada parti-parti dalam gabungan itu serta NGO dan tokoh masyarakat untuk bertanding dengan bantuan jentera parti Islam itu.

“PAS tanding tak kurang 130 kerusi selebihnya akan diisi dalam komponen Gagasan Sejahtera, NGO-NGO dan tokoh-tokoh bersedia bersama Gagasan Sejahtera.
“Jadi kita akan ada pembahagian kerusi dalam Gagasan Sejahtera, bermaksud PAS akan bertanding sejumlah kerusi dan akan ada jumlah kerusi yang ditandingi oleh parti-parti ini dan juga akan ada kerusi yang NGO, orang perseorangan akan bertanding atas nama Gagasan Sejahtera.
“Jentera PAS akan bantu (mereka). Kita tahu individu perseorangan ada nama besar tapi tak ada jentera, jadi kita akan bantu. PAS kita mempunyai 95 kawasan, parlimen kita ada jentera sehingga peringkat akar umbi,” katanya.

Jumlah keseluruhan belum diputuskan

Anggota Jawatankuasa PAS itu turut menambah, jumlah keseluruhan kerusi di bawah gabungan Gagasan Sejahtera belum dapat diputuskan. Zuhdi berkata demikian kepada pemberita selepas kuliah duha disampaikan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), Taman Melewar, hari ini.

Gagasan Sejahtera yang disertai Parti Cinta Malaysia (PCM) dan Ikatan Sejahtera yang dikatakan mempunyai kekuatan 200 NGO. Zuhdi turut berkata PCM dan IKATAN akan menggunakan logo mereka sendiri manakala NGO dan calon tokoh masyarakat itu mungkin akan menggunakan logo bebas.

“Kalau PAS, guna logo PAS, parti lain guna logo masing-masing. NGO dan perseorangan akan berlaku perbincangan. Mereka mungkin guna bebas tapi kita bantu kempen bersama,” katanya.

Sebelum ini Abdul Hadi menjangkakan tiada satu pun parti yang dapat membentuk kerajaan selepas PRU14 dan sekiranya PAS menang 40 kerusi parti itu akan menjadi tempat bergantung parti lain yang mahu menubuhkan kerajaan.

Senarai calon 90 peratus selesai

Pada PRU 2013, PAS bertanding 65 kerusi parlimen dan menang 21 daripadanya, manakala enam kerusi kini dipegang oleh anggota parlimen Parti Amanah Negara (AMANAH).

Zuhdi ketika ditanya mengenai tahap persediaan PAS berkata, pihaknya kini sudah di peringkat terakhir menyenaraikan calon.

“Calon kita dah di peringkat akhir. Boleh dikatakan 90 peratus (senarai calon) dah siap.
"Dari segi calon muda sebagaimana yang telah diumumkan, kita cuba tampilkan 40 peratus calon muda termasuk wanita muda dan pemuda," katanya menambah PAS menekankan faktor boleh menang dan menyampaikan khidmat kepada rakyat.

Selain itu katanya dari segi manifesto pula mereka akan mengemukakan kepada rakyat secara tiga peringkat supaya ‘dapat dihadam’ sehingga PRU14.

“Peringkat pertama akan dikemukakan polisi umum, kita akan kemukakan dan lancar sebelum akhir Januari.
"Kita ada manifesto peringkat kedua iaitu tawaran khusus kepada sasaran dan ketiga tawaran berimpak tinggi yang akan dikemukakan oleh PAS.
“Kita akan kemukakan berperingkat supaya rakyat hadam dengan manifesto kita,” katanya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Insya Allah akan ranap BN, dan Islam akan naik menjulang! Jangan lupa UNDILAH PAS!



Sama saja, DAP, UMNO, PAN, BERSATU..
Hasil carian imej untuk gambar lim guan eng najib
Hasil carian imej untuk gambar lim guan eng najib
Hasil carian imej untuk gambar lim guan eng najib
Hasil carian imej untuk mahathir - lim Kit siang

Lihat sebelum ini..
Hasil carian imej untuk undi siapa

12 comments:

Anonymous said...

http://malaysiandigest.com/bahasa-malaysia/691126-10-bukti-dap-anti-islam-menurut-ridhuan-tee.html

10 Bukti DAP Anti Islam Menurut Ridhuan Tee

KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas, Prof. Dr. Ridhuan Tee Abdullah menyenaraikan 10 bukti yang menunjukkan DAP merupakan sebuah parti anti-Islam.

Yang pertama, pemimpin DAP Perak, Nga Kor Ming pernah menghina umat Islam dengan menyamakan pemberian duit raya sama seperti rasuah atau dedak.



Kedua, tokoh DAP Pulau Pinang, Jeff Ooi menghina kematian ulama tersohor Tuan Guru Harun Din dengan ungkapan ‘Adios Harun Din’.

Ketiga, Nga Kor Ming sindir purdah yang dipakai sebahagian wanita Islam. Apabila Datuk Ahmad Darus cadang pramugari memakai pakaian menutup aurat, pemimpin DAP kata pemimpin Melayu otak cacat.

Keempat, Pemimpin DAP yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy menggelar pendakwah terkenal antarabangsa, Dr. Zakir Naik sebagai ‘setan’, 



Kelima, DAP pernah lantang mempertikaikan kandungan khutbah Jumaat dan mengganggu urusan fatwa di Pulau Pinang. 



Keenam, DAP biadab mempersoalkan laungan azan dan bacaan ayat al-Quran melalui pembesar suara masjid. 

Ketujuh,

DAP mempersoalkan larangan murtad dan mempersoalkan kewujudan JAKIM.


Kelapan, DAP berani menghina dan mempersenda hukum hudud.

Kesembilan, DAP separuh mati menentang RUU355, mereka kata konon RUU355 belum perlu.

Ke-10 DAP menentang ustaz dan ustazah dari Semenanjung dihantar ke Sarawak,



“Belum berkuasa di Putrajaya, DAP telah cuba memandulkan Islam. DAP adalah komponen Pakatan Harapan. Berpolitik untuk memenangkan PH bermakna berpolitik memenangkan DAP.



“Politik DAP adalah politik memandulkan Islam. Maka sesiapa umat Islam yang berpolitik untuk PH bermakna mereka berpolitik untuk memandulkan Islam – agama mereka sendiri. Tepuk dada tanya iman,” katanya dalam satu kenyataan.

- Utusan Malaysia

Anonymous said...

http://v2.ismaweb.net/2016/04/dap-gelar-dr-zakir-naik-setan/

DAP gelar Dr Zakir Naik ‘setan’

BANGI, Isnin – Sikap kurang ajar parti rasis dan cauvinis terhadap umat Islam terserlah lagi apabila Timbalan Setiausaha Agung DAP, P Ramasamy menggelar Dr Zakir Naik sebagai ‘setan’.

Menerusi kenyataan awal dalam Facebooknya, Ramasamy yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang menulis ‘Let us get “Satan” Zakir Naik out of this country!’.

Bagaimanapun, tiga jam kemudian, Ramasamy telah menyunting status itu dengan memadam perkataan ‘satan’.

Dalam kenyataan sama, Ramasamy bertindak biadab dengan menyifatkan Dr Zakir Naik hanya menyebarkan kebencian di kalangan bukan Islam.

Katanya lagi, rakyat Malaysia yang diketuai oleh pertubuhan India dan Hindu perlu membuat laporan polis terhadap Dr Zakir Naik.

Komen jahat Ramasamy muncul selepas bantahan sama dikeluarkan oleh Hindraf dan MIC yang kemudiannya dikutuk oleh umat Islam.

Program pertama Dr Zakir Naik yang diadakan di Stadium Tertutup Gong Badak, Terengganu mendapat sambutan hangat dengan kehadiran lebih 30,000 pengunjung.

Dr Zakir Naik berada di Terengganu selama lima hari dan akan menyampaikan ceramah di pelbagai tempat termasuk di universiti berkaitan perpaduan dan kekuatan Islam.

Kehadiran beliau di Terengganu bagi memenuhi undangan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Anonymous said...

http://ww1.utusan.com.my/utusan/Parlimen/20140612/pa_05/Koo-Ham-mahu-umat-Islam-hormati-murtad

Koo Ham mahu umat Islam hormati murtad


KUALA LUMPUR 11 Jun - Seorang wakil rakyat DAP hari ini mencetuskan kontroversi apabila meminta umat Islam di negara ini menghormati hak saudara seagama mereka yang murtad untuk mengamalkan agama baharu.

Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas) berkata, perkara itu berdasarkan peruntukan Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama.

"Saya berharap orang Islam boleh terima peruntukan 11(1) yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama itu oleh orang perseorangan.

"Kalau seseorang itu hendak meninggalkan agama dan dia berusia lebih 18 tahun, kita mesti menghormati hak yang sudah diberikan kepada mereka, yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan," katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2014) 2014.

Sementara itu, Khoo Ham yang juga Pengerusi DAP Perak berkata, sebagaimana orang bukan Islam perlu menerima hakikat bahawa undang-undang boleh digubal untuk menyekat mereka yang menyebar agama, orang Islam juga wajar menerima peruntukan Perkara 11(1) yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama.

Beliau juga meminta supaya penjaga yang mendapat hak jagaan diberi kebebasan mendidik kanak-kanak berusia 18 tahun mengikut agama yang dianutinya berdasarkan peruntukan Perkara 12(3) dan 12(4) Perlembagaan Persekutuan.

"Perkara ini jelas supaya tidak ada perbalahan, jika sudah capai usia 18 tahun, kanak-kanak itu bebas menganut agama seperti yang dijamin oleh Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Dalam pada itu, Khoo Ham turut mempertikaikan tindakan undang-undang yang dikenakan terhadap pengikut Syiah.

"Saya berasa tidak selesa apabila Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Syiah tidak bersependapat dan saya tidak setuju tindakan undang-undang terhadap pengikut-pengikut Syiah ini," katanya.



Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Parlimen/20140612/pa_05/Koo-Ham-mahu-umat-Islam-hormati-murtad#ixzz54DiKWT4o
© Utusan Melayu (M) Bhd

Anonymous said...

http://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/dap-hina-islam-kenapa-pakatan-diam-ridhuan-tee/


DAP Hina Islam, Kenapa Pakatan Diam? – Ridhuan Tee


Published on Aug 5, 2017 in Politik/Utama & Sensasi

Jangan kecam saya dengan status ini. Ia adalah realiti bukan fantasi.
Kita bukan rasis kaum kerana ajaran Islam adalah universal.

Saya pun keturunan Cina. Saya sayang bangsa saya tetapi saya lebih sayang agama saya.

DAP BAIK… PKR BAIK… PH BAIK…

ORANG ISLAM BACA ELOK-ELOK

Apa sebenarnya yang dimahukan oleh mereka?

Mereka serang PAS tanpa letih. Mereka tegar fitnah PAS. Hanya kerana PAS tidak mahu lagi bersama dengan DAP. Mereka berasa DAP penting demi tawan Putrajaya.

Lalu mereka tergamak kutuk PAS kerana tegas dengan agenda Islamnya. Mereka memusuhi kepimpinan ulama PAS. Mereka angkat pemimpin DAP sebagai lebih berakhlak, lebih dipercayai dan lebih bervisi.

Mereka lawan, mereka balun, mereka maki. Mereka jadikan PAS sebagai musuh tetapi DAP pula jadi kawan tanpa lagi melihat panduan hadis Nabi SAW dan al-Quran.

Sewajarnya 10 kenyataan atau peristiwa berikut menginsafkan mereka dalam pakatan pembangkang. Sampai bilakah mereka hendak keliru atau dikelirukan?

Pertama, pemimpin DAP Perak, Nga Kor Ming pernah menghina umat Islam dengan menyamakan pemberian duit raya sama seperti rasuah atau dedak. Mereka diam.

Kedua, tokoh DAP Pulau Pinang Jeff Ooi menghina kematian ulama tersohor Tuan Guru Harun Din dengan ungkapan ‘Adios Harun Din’. Mereka tidak terasa apa-apa.

Ketiga, Nga Kor Ming sindir purdah yang dipakai sebahagian wanita Islam. Apabila Datuk Ahmad Darus cadang pramugari memakai pakaian menutup aurat, pemimpin DAP kata pemimpin Melayu otak cacat. Mereka diam.

Keempat, Pemimpin DAP yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy menggelar pendakwah terkenal antarabangsa, Dr. Zakir Naik sebagai ‘setan’, mereka diam.

Kelima, DAP pernah lantang mempertikaikan kandungan khutbah Jumaat dan mengganggu urusan fatwa di Pulau Pinang. Mereka diam juga.

Keenam, DAP biadab mempersoalkan laungan azan dan bacaan ayat al-Quran melalui pembesar suara masjid. Mereka buat lembu kenyang.

Ketujuh, DAP mempersoalkan larangan murtad dan mempersoalkan kewujudan JAKIM. Semuanya mereka diam.

Kelapan, DAP berani menghina dan mempersenda hukum hudud. Mereka diam juga.

Kesembilan, DAP separuh mati menentang RUU355, mereka kata konon RUU355 belum perlu. Maqasid syariah dengan DAP pula mereka berguru.

Kesepuluh, DAP menentang ustaz-ustazah dari Semenanjung dihantar ke Sarawak, mereka membisu.

Belum berkuasa di Putrajaya, DAP telah cuba memandulkan Islam. DAP adalah komponen Pakatan Harapan. Berpolitik untuk memenangkan PH bermakna berpolitik memenangkan DAP.

Politik DAP adalah politik memandulkan Islam. Maka sesiapa umat Islam yang berpolitik untuk PH bermakna mereka berpolitik untuk memandulkan Islam – agama mereka sendiri. Tepuk dada tanya iman.

TAMBAHAN:
1) Isu Kalimah Allah hendak letak dalam Bible – Penyokong DAP & PKR
2) Isu Azan guna pembesar suara jadi isu – Penyokong DAP
3) Isu memudahkan proses murtad – Penyokong DAP
4) Isu status agama anak kita selepas umur 18 tahun – Penyokong DAP

Semua isu ini disokong 100% oleh DAP. Malangnya Melayu Islam kita di dalam PKR dan Parti Harapan masih lagi buta! dan tetap sokong DAP lalu menghina PAS.

Walaupun hakikatnya mereka nampak DAP sebenarnya adalah musuh Islam yang nyata!!!! – Prof. Dr. Ridhuan Tee

Anonymous said...

http://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/senarai-kenyataan-pemimpin-dap-perlekeh-islam/

Senarai Kenyataan Pemimpin DAP Perlekeh Islam

KUALA LUMPUR – Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia Universiti Utara Malaysia, Dr. Kamarul Zaman Yusoff dalam satu kenyataannya baru-baru ini menyenaraikan beberapa fakta yang mengambarkan DAP sebuah parti politik anti-Islam.
Beliau dalam kenyataan itu itu turut berhujah tentang kajian Institut Darul Ehsan milik kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor antara 13 hingga 15 November 2015 juga mendapati 64 peratus daripada 1,716 respondennya di Selangor bersetuju DAP anti-Islam.

Selain itu, katanya, sikap DAP ke atas Islam itu turut tergambar dalam Perlembagaan DAP yang menyebut bahawa matlamat DAP adalah untuk mengesahkan lagi dan memulihkan Perlembagaan Malaysia kepada rangka kerja sekular yang asal.

Tambah beliau, Perlembagaan DAP langsung tidak mengandungi sebarang pengiktirafan ke atas peruntukan Perkara 3(1) Perlembagaan Malaysia yang menyebut bahawa Islam ialah agama bagi Persekutuan.

“Apa yang ada di dalam Perlembagaan DAP hanyalah mengiktiraf kebebasan beragama sebagai hak asasi. Perjuangan para pemimpinnya lebih tertumpu kepada kebebasan beragama bagi penganut bukan Islam,” katanya.

Kenyataan Kamarul Zaman itu disiarkan semula oleh Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz di Facebook beliau hari ini.

Kamarul Zaman turut mengemukakan kenyataan terbaru beberapa pemimpin DAP yang mendedahkan sikap anti-Islam parti itu seperti berikut:

– Zairil Khir Johari mempersoalkan kewujudan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 27 Jun 2015.

– Lim Kit Siang mempersoalkan kandungan khutbah Jumaat pada 1 Februari 2014 yang menyebut perpecahan umat Islam disebabkan hasutan umat Kristian dan Yahudi.

– Tony Pua mempersoalkan larangan ke atas umat Islam menyambut Hari Valentine pada 15 Februari 2014.

– Kritikan Chong Eng pada 9 Februari 2015 berkait kewajipan wanita Muslim menutup aurat.

– Dr Tan Seng Giaw mempersoalkan di Dewan Rakyat pada 27 September 2005 keperluan melaungkan azan dan bacaan ayat al-Qur’an melalui pembesar suara yang mengganggu bukan Islam.

– Teresa Kok pada 22 Julai 2016 mempersoalkan kewajaran Exco Hal Ehwal Agama Selangor mengarahkan semua masjid di Selangor mengadakan solat hajat memohon konsert Selena Gomez di Stadium Melawati, Shah Alam pada 25 Julai dibatalkan.

– Damian Yeo Shen Li mempersoalkan pada Februari 2016 sama ada dosa penganut Islam terhapus bila menjejakkan kaki ke Makkah.

– Sindiran sama disuarakan pemimpin DAP Johor, Suppiah Ramakrishnan di media sosial pada Mac 2016 dan kemudian dipadamkan.

– Nga Kor Ming pada Disember 2015 menyindir purdah yang dipakai oleh sebahagian wanita Islam sambil menyifatkan cadangan pramugari MAS memakai pakaian menutup aurat sebagai ‘pemimpin Melayu otak cacat’

– Datuk Ngeh Koo Ham mengeluarkan kenyataan pada 7 Jun 2014, yang diikuti ucapan sama di Dewan Rakyat pada 11 Jun 2014 supaya umat Islam diberikan kebebasan keluar Islam.

– Penentangan keras pemimpin DAP terhadap cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah.

Untuk rekod, sekutu DAP dalam Pakatan Harapan iaitu PKR dan Parti Amanah Negara (PAN) turut membantah cadangan meminda akta yang dikemukakan PAS di Parlimen yang bertujuan memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah di negara ini. – MYNEWSHUB.CC

Anonymous said...

http://www.ibnuhasyim.com/2017/05/hannah-yeoh-lagi-bukti-pan-khadam-dap.html

Hannah Yeoh: Lagi Bukti PAN Khadam DAP..

Parti Amanah Negara (PAN) hari ini tampil mempertahankan buku bertajuk 'Becoming Hannah' yang dihasilkan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Hannah Yeoh.

Timbalan Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, ulasan seorang pensyarah universiti tempatan terhadap buku ADUN Subang Jaya itu ‎hanya untuk menimbulkan isu agama dan perkauman menjelang pilihan raya umum (PRU).

Sepanjang mengenali Yeoh, menurut beliau, pemimpin DAP itu menunjukkan keperibadian yang baik sebagai seorang penganut Kristian.

"Walaupun berbeza agama dengan saya, tetapi saya mendapati rata-rata tindakan beliau menunjukkan dia seorang penganut Kristian yang baik dan cuba membawa nilai-nilai baik yang diyakini agama yang dianuti itu membantu beliau menjadi ahli politik yang baik‎.



"Tak bolehlah kita mengatakan oleh kerana beliau daripada DAP, maka kita mengambil satu sikap tidak adil tanpa melihat kepada sebenarnya apa yang ingin Hannah (Yeoh) tunjukkan sebagai seorang wakil rakyat, speaker dan ahli politik," katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.

Lebai poning dengan Salahudin Ayub ni.
Salahudin faham tak apa yang Dr. Kamarul Zaman Yusoff menulis mengenai buku tersebut?
Kedua, Salahudin Ayub ni dah baca ke (kalau tanya dah tengok nampak macam lebai nak perbodohkan dia) muka surat-muka surat yang di diutarakan oleh Dr. Kamarul yang menjurus kepada wujudnya gerakan kristianisasi di Malaysia.

Dr. Kamarul Zaman Yusuff tak ada pun mempertikaikan pegangan agama atau amalan kristian Hannah Yeoh. Kalau nak pertikai amalan agama, ramai lagi MP Kristian yang boleh dipersoalakan amalan agama mereka, tetapi kenapa Dr. Kamarul hanya menyebut mengenai Hannah Yeoh itu sepatutnya Salahuddin berfikir sebelum membuat kenyataan media menyokong tanpa ada maklumat yang jelas.

Untuk pengetahuan Salahudin, Dr Kamarul Zaman Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia Universiti Utara Malaysia itu membuat laporan polis terhadap Hannah atas dakwaan beliau mungkin melakukan kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(a) Enakmen Kawalan dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Selangor 1988 (Enakmen No 1/1988).

Lebai hairan, kenyataan Salahudin Ayub tak menjawab apa yang diutarakan menjadi isu oleh Dr Kamarul Zaman. Malah Salahudin bercakap tak menyentuh isu. Apatah lagi akta... Kalau ambil SPM sah kertas jawapan berjela-jela 3 atau 4 muka surat tetapi markah 0. Tak ada isi tak menjawab soalan/isu.

Nampak sangat tanpa 'study' Salahudin nak cari 'publisiti' akhirnya membodoh diri sendiri dan menyerlahkan bahawa parti PAN adalah khadam DAP yang jual agama demi mendapat sokongan undi bukan Islam.

Tak payah bodek DAP,
Tak payah nak beli hati orang bukan Islam.
Tak payah nak jual agama sendiri....

Rakyat Malaysia sekarang sudah boleh berfikir matang.

Anonymous said...

Dap dah tentu kafir mmg anti islam ni yg mengaku islam tapi berjuang hina perjuangan islam dan hina umat dan ulamah islam mcmana kira tu.

Anonymous said...

KHADAM YG DIBULI. ITULAH PAN

DIKETEPIKAN KERUSI PARLIMEN, PAN WILAYAH DISELEBUNGI KESEDIHAN

Diketepikan daripada mendapat sebarang kerusi Parlimen menyebabkan perjumpaan Amanah Wilayah Persekutuan semalam diselubungi kesedihan.

Perjumpaan selama dua jam itu diadakan berikutan Amanah Wilayah Persekutuan tidak diperuntukkan walau satu kerusi pun di Parlimen pada PRU 14, sedangkan parti itu sebelum ini berharap agar dibenarkan bertanding di Parlimen Setiawangsa.

Pengerusi Amanah Wilayah Persekutuan, Dr Mohd Hatta Ramli dikatakan berminat bertanding di Parlimen Setiawangsa sebagai menggantikan Parlimen Kuala Krai yang ditandingi pada PRU 13.

Apabila PH mengumumkan Parlimen Setiawangsa diserahkan kepada PKR, Dr Hatta dilaporkan kecewa dan mengancam akan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Amanah Wilayah Persekutuan.

Justeru itu satu perjumpaan khusus diatur antara Amanah Pusat dengan Amanah Wilayah Persekutuan semalam.

Antara pemimpin yang hadir adalah Presiden Mohamad Sabu; Pengerusi Amanah Wilayah Persekutuan, Dr Hatta Ramli; Pengarah Strategik Dr Dzulkefly Ahmad, Pengarah Komunikasi Khalid Samad, Ketua Pemuda Mohd Sany Hamzan dan Ketua Amanah Wanita Dr Siti Mariah Mahmud.

Menurut sumber yang enggan namanya disiarkan, suasana hiba bermula apabila seorang anggota parti menitiskan air mata ketika menyuarakan rasa terkilannya terhadap keputusan pimpinan PH yang meminggirkan kehendak Amanah Wilayah Persekutuan itu.

“Ada yang telah berkempen sejak Amanah ada di wilayah (Kuala Lumpur). Saya rasa (mereka) menangis bukan sebab marah, tetapi kerana telah berkorban begitu banyak,” katanya kepada Malaysiakini.

Menurut seorang lagi sumber yang hadir pada pertemuan semalam, hampir semua anggota wanita dan sebahagian anggota lelaki menangis ketika individu itu (Dr Hatta ?) sedang bercakap.

Khalid Samad ketika dihubungi berkata, beliau turut sedih semasa pertemuan semalam.

“Mereka (anggota parti) menangis sebab tak ada kerusi di Wilayah. Sedih memanglah sedih tapi tak adalah sampai kita semua menangis berjemaah,” katanya.

Dalam pengumuman Ahad lalu, PH membenarkan Amanah bertanding di Parlimen Shah Alam dan Kota Raja yang sebelum ini ditandingi oleh Khalid Samad dan Dr Siti Mariah.

Sementara itu, Pengarah komunikasi Amanah Wilayah Persekutuan Datuk Tarmizi Mohd Jam berkata, dalam pertemuan itu Presiden Amanah, Mat Sabu memberi penjelasan berkenaan kehilangan kerusi Parlimen Setiawangsa.

“Presiden menjelaskan hilangnya kerusi Titiwangsa menyebabkan Amanah tiada satu kerusi pun di Kuala Lumpur untuk PRU ke-14.

“Beberapa resolusi dicapai bagi mencari jalan keluar, presiden dan pasukan perunding kerusi akan mengambil tanggunjawab secara langsung,” katanya di Facebook.

Selain Amanah Wilayah Persekutuan, turut tidak berpuas hati adalah Amanah Perak yang diperuntukkan empat kerusi Parlimen dan Amanah Johor dengan dua kerusi Parlimen.

Puaka Rimba said...

Riduan Tee tu ahli parti MCA. MCA pun menentang perlaksanaan RUU355. Kalut dah Geng Lobai ni. Hehehekikikihahahakahkahkah

Puaka Rimba said...

Islam yg dipersoalkan oleh mereka ini ,adalah kerana ulamak kamu cakap tak serupa bikin. Ibarat berserban tapi memakai hanya t~Shirt dan memakai boxer. Golongan Parti Suci hanya pandai berkata~kata indah tentang Islam. tetapi bila dinilai dengan akhlak dan perlaksanaan tuntutan Agama..... HANCUR. SATU SEN PUN TAK BERGUNA. Pemutar Belit Agama demi NAFSU SERAKAH. Tak percaya , tanya Orang Asal KUALA KRAI.

Anonymous said...

Puaka Rimba Menfitnah Lagi bagaikan pencacai PAN yg menjadi khadamnkpd DAP



Tak Mahu Tanggung Dosa, Ridhuan Tee Keluar MCA

BY ZAIDI AZIZ — 30 MAY 2016
Ridhuan Tee mengambil masa 4 tahun untuk permohonannya lulus sebagai ahli seumur hidup MCA.


Pasti ramai yang mengenali penceramah bebas Ridhuan Tee Abdullah, tetapi mungkin tidak ramai mengetahui bahawa selama ini beliau adalah merupakan ahli seumur hidup Malaysian Chinese
Hari ini, beliau mengumumkan keluar MCA sebagai tanda protes pada penentangan berterusan parti itu terhadap hudud.

“Kerana perkembangan akhir-akhir ini (hudud). Saya tidak mahu menanggung dosa berada dalam parti sebegini,” katanya.

Umum mengetahui, MCA adalah antara parti komponen BN yang amat lantang dan konsisten menentang pelaksanaan hudud

Beliau mendakwa parti komponen BN yang mewakili kaum Cina itu sebagai anti Islam selepas ia terang-terangan membantah usul Rang Undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016.


http://says.com/my/seismik/ridhuan-tee-keluar-mca

Tak Mahu Tanggung Dosa, Ridhuan Tee Keluar MCA

Puaka Rimba said...

Yang sebenarnya KHADAM adalah golongan seperti kamu dan ahli parti suci, yg di gula~gulakan dengan cerita, Bidadari menanti Ahli Parti Suci Di Surga. Maka berbondong lah ahli parti Suci sedia berkorban demi mendapat bidadari di Surga. Tu yg si Ibrahim Libya terkorban MATI KATAK disebabkan RISALAH AMANAT SONGSANG HADI. Dulu Umno kekalkan sistem Sekular Kafir ,Sekarang pun Umno masih KEKALKAN sistem Sekular kafir ini. Apakah status IBRAHIM LIBYA gugur sebagai SEORANG SHUHADAH perlu dinilai semula oleh PARTI SUCI?. Jawab lah nanti di AKHIRAT. Hehehekikikihahahakahkahkah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails