▼
Thursday, January 04, 2018
PAS Tanding 130 Kerusi, Tun M Kata.. 'tidaklah islamik sangat'.
Tun Dr Mahathir Mohamad menggelar Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai pengkhianat kerana didakwa cuba memecahbelahkan undi pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang.
Bekas perdana menteri mendakwa, Hadi “membantu” Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak walaupun tahu beliau akan hilang banyak kerusi.
“Inilah niatnya dan ia tidaklah islamik sangat.
“Dalam Melayu, kita panggil pengkhianat,” katanya ketika diminta mengulas hasrat PAS bertanding di 130 kerusi parlimen dalam pilihan raya umum akan datang.
Mahathir berkata demikian dalam sidang media di Putrajaya hari ini.
Beliau juga menyindir Hadi yang bekerjasama dengan Umno, yang menurut Mahathir, pernah digelar mereka sebagai “kafir”.
“Najib ini kafir menurut PAS dan Hadi pernah kata jika kamu bekerjasama dengan kafir, kamu pun jadi kafirlah.
“Jadi sekarang dia bekerjasama dengan Umno dan pada suatu masa dengan DAP, dia sendiri pun kafirlah,” kata Mahathir.
Mahathir sebelum itu menyentuh berkaitan isu Amanat Hadi pada tahun 1981 yang menurutnya mengkafirkan kerajaan ketika itu.
PAS bagaimanapun mempertahankan amanat yang diambil daripada ucapan Hadi itu sebagai sesuai pada ketika itu yang kerajaan dipimpin oleh Mahathir.
Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Mahfodz Mohamed berkata Umno kini tidak seperti dahulu apabila parti itu mengambil pendekatan berbeza untuk mendekatinya, lapor Utusan Malaysia.
Dakwanya, Umno ketika itu amat teruk dan “anti-Islam”.
Islamik sangatkah MahaFiraun dan pengikut dan pengampunya yang menghina, memburuk-burukkan dan menentang ajaran Islam seperti Hudud dan hukum menutup aurat dll?
ReplyDeleteIslamik sangatkah MahaFiraun kerana dia telah memecat mufti yang jujur dan berakhlak mulia semata-mata kerana jabatan agama Islam menangkap
beberapa perempuan Muslim yang menyertai pertandingan ratu cantik?
Islamik sangatkah MahaFiraun apabila dia membunuh ulama Islam dan orang kampung yang tidak bersalah? Bukankah pembunuh kekal dalam jika dia nembunuh orang mukmin?
Bukankah menentang atau menghina ajaran Islam seperti Hudud, hukumnya murtad?
Bahkan anak MahaFiraun adalah tokoh liberal dalam Sister in Sins yang menentang ajaran Islam. MahaFiraun dan anaknya budget bagus bersekongkol dengan parti kafir harbo roket yang menentang Islam.
Firaun zaman Nabi Musa AS sama level dengan MahaFiraun kerana kedua-duanya menentang Allah.