Friday, January 12, 2018

‘pembunuh’ Boleh Jadi PM? -Balu Ustaz Ibrahim Libya.



Malaysian Digest -Balu Ustaz Ibrahim Mahmud (Ibrahim Libya) terkejut dengan berita pencalonan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan sekiranya Barisan Nasional (BN) berjaya digulingkan.

Soleha Husin, 65, berkata, beliau tidak sangka individu yang menyebabkan kematian penduduk Kampung Memali di Baling Kedah dan beberapa anggota polis dijadikan sebagai sandaran Pakatan Harapan untuk mengambil alih pentadbiran Putrajaya.

“Sejarah Mahathir selaku Perdana Menteri amat teruk dan kini dicalonkan semula untuk menjadi Perdana Menteri.
“Mana mungkin ‘pembunuh’ boleh jadi Perdana Menteri…saya sangat terkejut dan rasa benci dengan Mahathir selepas apa yang berlaku kepada saya sekeluarga dan orang kampung.
“Sepatutnya rakyat janganlah terpedaya dengan lakonan Mahathir, janganlah sokong beliau. Apa yang sudah dilakukannya tidak dapat ditebus dengan perkataan maaf. Bagi saya, tiada maaf bagi mu,” katanya dipetik Berita Harian.

Ibrahim Libya antara 18 korban tragedi berdarah di Kampung Memali termasuk empat anggota polis.
Balu Ibrahim Libya, Soleha Husin (kanan) menunjukkan papan tanda Tragedi Memali di kediamannya di Kampung Charok Putih Siong (Foto: BH Online)

Kata Solehah, walaupun tragedi pada tahun 1985 itu sudah lebih 30 tahun berlalu, kebenciannya terhadap Dr Mahathir tidak pernah pudar kerana menjadi punca kepada kematian suaminya.

Tegasnya, beliau tidak pernah berhenti mengharapkan pembelaan ke atas semua mangsa tragedi yang dituduh sebagai pengganas yang mahu menumbangkan kerajaan.


“Secara jujur, saya tidak akan memaafkan Tun Dr Mahathir Mohamad (Perdana Menteri ketika insiden Memali).
“Saya pasti, perkara sama juga dirasai semua mangsa yang kehilangan keluarga, termasuk yang tercedera.”

Tambahnya, harapan agar sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) menyiasat tregadi Memali juga akan terkubur sekiranya Dr Mahathir kembali berkuasa sebagai Perdana Menteri. Katanya, jika diadakan sekalipun ianya pasti tidak telus.

“Jika Mahathir mahu memohon maaf dan datang sendiri ke Memali pun saya tidak akan benarkan beliau masuk ke rumah, apatah lagi bersemuka,” ujar Solehah.

Turut berkongsi kisah berdarah tersebut, mangsa yang ‘merasai’ sendiri peluru polis, Abdullah Che Soh, 71, juga sependapat dengan Solehah – tidak setuju dengan Dr Mahathir diangkat sebagai Perdana Menteri semula.

Beliau yang terselamat selepas terkena 7 das tembakan polis menegaskan seringkali teringat akan kekejaman Dr Mahathir di Kampung Memali setiap kali melihat parut pada tubuhnya.

“Kesan tembakan iaitu empat di tangan, tiga di dada dan satu di pinggang membuatkan saya mahukan pembelaan.
“Bayangkan, saya terpaksa dirawat di Hospital Alor Setar dengan kedua-dua tangan digari pada katil, selain di lokap selama sebulan dan ditahan secara tidak sah selama lima bulan di Penjara Kamunting, Perak.
“Hanya melalui RCI kebenaran boleh terungkai. Jika saya dan mangsa tidak dapat pembelaan di dunia, kami akan tuntut di akhirat,” katanya..



Lihat sebelum ini..
Hasil carian imej untuk undi siapa

31 comments:

mohd shahran said...

satu cubaanyang baik untuk jadikan sentimen.. tapi sygnya macam budak2 sekolah

Anonymous said...

https://aidcnews.wordpress.com/2018/01/10/diketepikan-kerusi-parlimen-perjumpaan-amanah-wilayah-persekutuan-diselubungi-kesedihan/

Diketepikan Kerusi Parlimen, Perjumpaan Amanah Wilayah Persekutuan Diselubungi Kesedihan

AIDCNews -10/01/18 –Diketepikan daripada mendapat sebarang kerusi Parlimen menyebabkan perjumpaan Amanah Wilayah Persekutuan semalam diselubungi kesedihan.

Perjumpaan selama dua jam itu diadakan berikutan Amanah Wilayah Persekutuan tidak diperuntukkan walau satu kerusi pun di Parlimen pada PRU 14, sedangkan parti itu sebelum ini berharap agar dibenarkan bertanding di Parlimen Setiawangsa.

Pengerusi Amanah Wilayah Persekutuan, Dr Mohd Hatta Ramli dikatakan berminat bertanding di Parlimen Setiawangsa sebagai menggantikan Parlimen Kuala Krai yang ditandingi pada PRU 13.

Apabila PH mengumumkan Parlimen Setiawangsa diserahkan kepada PKR, Dr Hatta dilaporkan kecewa dan mengancam akan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Amanah Wilayah Persekutuan.

Justeru itu satu perjumpaan khusus diatur antara Amanah Pusat dengan Amanah Wilayah Persekutuan semalam.

Antara pemimpin yang hadir adalah Presiden Mohamad Sabu; Pengerusi Amanah Wilayah Persekutuan, Dr Hatta Ramli; Pengarah Strategik Dr Dzulkefly Ahmad, Pengarah Komunikasi Khalid Samad, Ketua Pemuda Mohd Sany Hamzan dan Ketua Amanah Wanita Dr Siti Mariah Mahmud.

Menurut sumber yang enggan namanya disiarkan, suasana hiba bermula apabila seorang anggota parti menitiskan air mata ketika menyuarakan rasa terkilannya terhadap keputusan pimpinan PH yang meminggirkan kehendak Amanah Wilayah Persekutuan itu.

“Ada yang telah berkempen sejak Amanah ada di wilayah (Kuala Lumpur). Saya rasa (mereka) menangis bukan sebab marah, tetapi kerana telah berkorban begitu banyak,” katanya kepada Malaysiakini.

Anonymous said...

Menurut seorang lagi sumber yang hadir pada pertemuan semalam, hampir semua anggota wanita dan sebahagian anggota lelaki menangis ketika individu itu (Dr Hatta ?) sedang bercakap.

Khalid Samad ketika dihubungi berkata, beliau turut sedih semasa pertemuan semalam.

“Mereka (anggota parti) menangis sebab tak ada kerusi di Wilayah. Sedih memanglah sedih tapi tak adalah sampai kita semua menangis berjemaah,” katanya.

Dalam pengumuman Ahad lalu, PH membenarkan Amanah bertanding di Parlimen Shah Alam dan Kota Raja yang sebelum ini ditandingi oleh Khalid Samad dan Dr Siti Mariah.

Sementara itu, Pengarah komunikasi Amanah Wilayah Persekutuan Datuk Tarmizi Mohd Jam berkata, dalam pertemuan itu Presiden Amanah, Mat Sabu memberi penjelasan berkenaan kehilangan kerusi Parlimen Setiawangsa.

“Presiden menjelaskan hilangnya kerusi Titiwangsa menyebabkan Amanah tiada satu kerusi pun di Kuala Lumpur untuk PRU ke-14.

“Beberapa resolusi dicapai bagi mencari jalan keluar, presiden dan pasukan perunding kerusi akan mengambil tanggunjawab secara langsung,” katanya di Facebook.

Selain Amanah Wilayah Persekutuan, turut tidak berpuas hati adalah Amanah Perak yang diperuntukkan empat kerusi Parlimen dan Amanah Johor dengan dua kerusi Parlimen.

Anonymous said...

Apakah perasaan mohd shahran jika bapa mohd sharan dibunuh oleh MahaFiraun? Adakah kamu akan menulis komen yang sama seperti di atas?

Kamu sepatutnya bersimpati dengan keluarga mangsa bukan berlagak seperti pelajar sekolah menulis komen bodoh bertingkat.

Anonymous said...

Kami orang normal, sedih bila dizalimi. Bukan macam pengomen mohdsharan yg songeh bila pemimpin PAN dibuli oleh PH. Apa2 pun bulilah mike sabu, Din Pudu, Mariah Kari bagi asalkan hitler tua dan roket gombira

Anonymous said...

Hanya penjenayah sahaja melantik pembunuh menjadi PM. Pakatan Haprak telah melantik MahaFiraun ysng pernah membunuh ulama Islam dan orang kanpung yang tidak bersalah menjadi PM maka Pakatan Haprak terdiri dari penjenayah dan penyokong jenayah terhadap kemanusiaan.

Anonymous said...

Tuduhan orang tua tu kata Sipolan2 ada masalah moral betulkah. Sapa yg menipu Che Det atau Mr Villa Bamboo River

Anonymous said...

Berapa tahun selepas kejadian Tun jadi PM ?

Dia tak terkejut dan Tun tidak langsung usik Memali. Selama jadi PM, Tun boleh tukar nama Memali dengan buat projek di sana.

Nak tentukan Pembunuhnya, tubuh lah RCI. Buat lah perhimpunan besar-besaran di Memali atau Padang Merbok.

Tapi Pemuda dan pemimpin PAS lebih suka buat demo di Wisma dan kumpulkan anak-anak muda konon dapat sokongan.

Hadi kena bantah fatwa dulu.

Poor Indon said...

Hanya kaum.kafir dan munafiq yg akan.melantik sialan.yg dikenali sebagai MahaKUTTY al-Munafiq sebagai calon PM.

ted manoff said...

Kerana amanat hadi ibrahim libya jadii mangsa..bangsat sungguh hadi nii..ibrahim contoh pentabsub pas yg termakan hasutan hadi..nii mati katak bkn syahid..🐸🐸

Anonymous said...

PAN tak di buli. Yang kata PAN di buli ialah orang PAS. Yang tak kena buli kata tak di buli tapi yang mengaku PAS di buli oleh DAP pulak yang mandai-mandai kata PAN di buli.

Di takdir PAN dapat 5 lebih kerusi Parlimen dari PAS.. itu yang penting dan menentukan siapa bagus. PAN atau PAS ?

Anonymous said...

Hanya si dunggu yang berbaik dengan UMNO. Yang sepatut nya bertanggung-jawab ialah Kerajaan UMNO.

Orang yang wala sangat pada ketua... apa ketua buat.. mesti wala...

Hati-hati bila Ketua selalu minta kena wala...

Jenayah 1MDB .. Semua rakyat menderita. Semua kampung dan negeri terkesan akibat 1MDB.

Yang penyokong PAS sibuk pasal kampung Memali...

Anonymous said...

Bila Tun kata Hadi juga kafir lah sebab sekarang dah berbaik dengan UMNO.

Maka di jawab oleh PAS, Amanat yang tentang politik suju, agama suku dan menentang keras perlembangaan di kata untuk masa Tun sahaja.

Sama saja masa Tun dengan Najib. Masa Tun terus-terang Tun tak setuju dengan hudud. Jadi Tun tak guna hudud untuk tujuan politik.

Tapi masa Najib, RUU di guna untuk menipu orang PAS.

Siapa yang munafik ?

Anonymous said...

Mengapa MahaFiraun tidak mahu menubuhkan Suruhan Diraja untuk menyiasat pembunuhan ulama Islam dan orang kampung yang tidak bersalah?

Mengapa MahaFiraun takut? Bukankah takut kerana salah?

Anonymous said...

Hanya si dunggu 1:05pm ternakan parti kafir harbi DA-Pig yang suka mencipta cerita dongeng untuk memfitnah parti Islam. Dakwaan tanpa bukti adalah fitnah.

Anonymous said...

Seekor bangsat ternakan DA-Pig membela pembunuh yg bernama MahaFiraun dan menghina mangsa pembunuhan.

Dahulu sibangsat ini menghina MahaFiraun kerana MahaFiraun menentang kit sial tetapi sekarang sibangsat ini sibuk menjilat punggung MahaFiraun.

Maka jelaslah pemakan dedak cap roket adalah penjenayah yang tidak bermoral.

Anonymous said...

Bagaimana pula waris kpd anggota polis yg terkorban semasa menjalankan tugas. Kenapa mereka dibunuh. Jangan menyebelahi sebelah oihak aje. Krnapa masa tu tak serah diri so takdalah yg akan terkorban dari kedua2 pihak. Kalau jadi kat diro sendiri agaknya apa peradaan korang pulak.

Anonymous said...

Apa grlaran kepada yang membunuh polis yg menjalankan tugas tu kau nak beri. Pahlawan ke. Bodoh. Inilah anjing2 yang memakai serban yang asyik menyalak siang malam. Dulu menyalak umno kapir sekatang duk menjilat2 dgn air liuq terjijir menunggu habuan duniawi. Agama diguna sebagai umpan untuk nikmat dunia. Inilah agamawan akhor zaman yang melacur merosakkan agama sepertima hadis nabi.

Anonymous said...

Anjing gila 1:51pm ternakan parti kafir harbi DA-Pig suka memfitnah parti Islam kerana parti Islam menentang parti kafir harbi roket dan liberal yang menentang ajaran Islam.

Sila tunujukkan semua bukti untuk dakwaan kamu? Dakwaan tanpa bukti adalah fitnah. Anjing kafir harbi suka fitnah parti Islan.

Tubuhkan RC dahulu baru boleh cakap ! MahaFiraun akan dipenjarakan kerana membunuh ulama Islam dan orang kampung yang tidak bersalah jika RC ditubuhkan.

Mengapa MahaFiraun takut untuk menubuhkan RC? Takut kerana salah!

Anonymous said...

Jika kit sial dan macai-macai kafir harbi dibunuh oleh MahaFiraun, segala anjing gila ternakan DA-Pig akan menyalak meroyan gila babi di seluruh negara.

Anjing-anjing bangsat ini pernah menghina dan mengutuk MahaFiraun dahulu tetapi sekarang anjing-anjing sibuk menjilat punggung MahaFiraun apabila MahaFiraun menjadi anjing kit sial.

Sekarang anjing-anjing bangsat kafir harbi sibuk memfitnah dan menghina ulama Islam dan orang kampung yang tidak bersalah yabg telah dibunuh oleh MahaFiraun.

Anonymous said...

KITA BERSYUKUR KEPADA ALLAH KERANA MACAI-MACAI KAFIR HARBI DA-PIG TELAH MENUNJUKKAN KEBENCIAN MEREKA TERHADAP UMAT ISLAM DAN ULAMA ISLAM HARI INI.

Anonymous said...

Amanat baru nie.

Macam lah dalam PAS sahaja yang ada ulamak. Dan tak perlu hormat dan ambil pandangan ulama yang lain selain dari Hadi Awang.

HARAKAH tak laku. Dan bangkrap. Apa sebab ? Yang salah Ulama sebab cakap putar belit.

Anonymous said...

Sama je komen kamu dengan Sharizat. Pandangan Tuan Guru kamu pun selari dengan Tuan Najib kamu.

Perjuangan Tuan Guru kamu pun dulu tentang UMNO, Sekarang Tuan Guru kamu jilat UMNO.

Ini politik. Yang kamu cakap tu cakap politik yang tak baca iman.

Orang macam DAP dan kafir apa pun tak keluar Amanat apa pun. Pada dia orang tak ada syahid dan kena wala pada Tok Sami.

Anonymous said...

Wah macai 3:26 pm membuat dakwaan karut bodoh bertingkat. Inilah akibat majan dedak cap roket.

kita tidak pernah buat dakwaan bodoh tersebut.

Anonymous said...

Kita semua bukan penjilat seperti kamu macai 3:34pm yang sibuk menjilat sifu banglo terlajak diskaun.

Anonymous said...

Maaf lah cakap.

Dulu Harakah ini bukan sekadar bacaan isu semasa mengenai politik. Tapi rujukkan agama. Bila berita mengenai ceramah mesti ada pendekatan agama.

Pasal hukum liwat pun dari Harakah.

Tapi sekarang dah tak seperti itu lagi.

Sebab ulama kaki putar belit dan kelentong.

Anonymous said...

Sifu banglo terlajak diskaun kamu pandai putar belit, kelentong dan rasuah. Maka tidak hairanlah boss pujaan kamu sedang didakwa di mahkamah.

Malangnya kamu macai bodoh bertingkat 8:26 pm ternakan parti kafir harbi roket suka menjilat pemimpin rasuah sebab kamu juga tidak bermoral.

Pemimpin parti Islam tidak pernah didakwa rasuah kerana rekod ulama Islam bersih.

Tinta Mohd Yusri said...

Solat 2 imam, org melayu semua kafir selain Pas..
Memang kamu Ibrahim Libya wajib ditembak mati..
Menyesatkan islam

Anonymous said...

Amanat Hadi mereng dulu adalah untuk menentang perlembagaan yang menurutnya jika disokong maka kafirlah puak-puak itu dan jika mati semasa menentang puak-puak itu maka mati itu adalah syahid. Tetapi Hadi mereng juga mengangkat sumpah untuk mempertahankan perlembagaan yang masih sama dengan perlembagaan yang ditentangnya dulu, maka secara tak langsung Hadi mereng sendiri telahpun mengkafirkan dirinya. Dan dengan kenyataan Hadi mempertahankan perlembagaan itu, maka kematian Ibrahim Libya itu, mati apa pula statusnya? Mati katak atau mati sebagai pemberontak? Bagaimana pula keadaan jenazahnya tidak dikafan dan tidak disolatkan, siapa nak bertanggung jawab?
Ini adalah video Hadi mereng mengangkat sumpah untuk mempertahankan perlembagaan itu, sila tonton.
https://www.youtube.com/watch?v=UXSlFrayKsw

Anonymous said...

Woi macai DA-Pig bodoh bertingkat, tubuhkan suruhan diraja untuk siasat pembunuhan ulama Islam dan orang kampung yang tidak bersalah.

Mengapa MahaFiraun takut nak tubuhkan Suruhan Diraja di waktu MahaFiraun berkuasa? Takut kerana salah.

Dahulu macai-macai DA-Pig sibuk mengutuk MahaFiraun tetapi sekarang macai-macai sibuk menjilat MahaFiraun. Wah sifu DA-Pig yang terlibat kes rasuah telah men'suci'kan MahaFiraun.

Dan sekarang pemimpin dan barua DA-Pig sedang mendewa-dewakan MahaFiraun. Jika Pakatan Haprak menang PRU , ramailah penjenayah yang akan dimuliakan oleh puak DA-Pig yang tidak bermoral.

Anonymous said...

Jika RCI ditubuhkan semasa Tun Mahathir menjadi PM ataupun ketika ini Najib sebagai PM atau bila-bila masa sekalipun, hasilnya nanti adalah tetap sama, iaitu semuanya adalah berpunca daripada ketaksuban Ibrahim Libya serta penyokong-penyokongnya berpegang kepada amanat Hadi mereng. Setelah beberapa anggota polis ditembak mati oleh puak militan yang diketuai oleh Ibrahim Libya akibat terlalu taksub kepada amanat Hadi mereng, adalah mengikut SOP polis untuk bertindakbalas sehingga orang yang telah bertindak ganas terbunuh, tetapi Hadi mereng selamba rock saja makan elaun ahli parlimen dan juga ADUN, ponteng pula tu. Kalau ditakdirkan Ibrahim Libya hidup semula, orang yang pasti dicari dan dilukunya adalah Hadi mereng!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails