Wednesday, January 24, 2018

Pengasas HHA-L Sokongan DAP Hina Al-Quran..



LAPOR  Agensi/Mynewshub.cc/HAA..


BIADAB… Tular menerusi media sosial tempatan apabila seorang aktivis pembangkang terkenal, Clement Chin dengan angkuh mendakwa konon al-Quran sebagai sebuah kitab cetak rompak.

Pengasas bersama Himpunan Hijau Anti-Lynas yang disokong DAP dengan nada kurang ajar menuduh 70% isi kandungan kitab suci itu dicedok daripada cerita lama yang ada sebelum kewujudan ajaran Islam itu sendiri.
Tuduhan tidak bertanggungjawab itu antara sebahagian daripada kenyataan celupar Clement yang mengandungi sentimen negatif terhadap agama Islam yang kerap beliau hasilkan menerusi aplikasi media sosialnya, Facebook.
Beliau dipetik portal hal ehwal Islam tempatan Menara.my berkata, “Mengapa kamu membaca kitab cetak rompak? Kandungan al-Quran itu adalah 70% daripada cerita-cerita yang wujud sebelum Islam yang kemudian ditiru.”
Clement yang pernah terlibat dalam aktiviti pengedaran haram kitab Bible dalam laci beberapa hotel sewaktu berkhidmat dengan Gideon International di Kuantan, Pahang ini juga menuduh al-Quran telah diubah berkali-kali.
Ia konon dipinda dalam tempoh ratusan tahun ini hanya untuk menjadikannya bermelodi dan mudah bagi dihafal. Dakwa Clement “Tahukah kamu bahawa terdapat sekurang-kurangnya 26 versi teks al-Quran di seluruh dunia?
“Al-Quran pada hari ini telah banyak kali diedit, disunting, dipadam dan ditulis semula selama berkurun-berkurun ini bagi menjadikan teks bacaannya lebih indah ‘bermelodi’ dan mudah untuk dihafal oleh umat Islam,”
Clement dikenali berulang kali sebagai pejuang tegar hak penganut Kristian di Malaysia untuk bebas seperti umat Islam menggunakan kalimah Allah bagi kegunaan agama mereka dan menuduh Nabi Muhammad SAW sesat.


Ini kerana konon Rasulullah SAW sengaja menggunakan kalimah Allah bagi Tuhan — yang disifatkan beliau sebagai perkataan berasal daripada sembahan masyarakat pagan kota suci Makkah sebelum kemunculan agama Islam.

Tegasnya, “Kristian wujud di tanah Arab selama lebih 400 tahun sebelum kelahiran Muhammad. Jika Muhammad jujur dengan agamanya, sekurang-kurangnya dia patut tahu nama sebenar Jesus dalam bahasa Arab ialah Yasu.
“Dia (Muhammad) patut tahu nama sebenar Tuhan ialah Yahwah dalam Hebrew danIlah dalam bahasa Arab serta Elah dalam Aramaik kerana masyarakat awal Kristian Arab tidak pernah gelar Tuhan mereka sebagai Allah.
“Perkataan Allah itu datang daripada asal kepercayaan pagan masyarakat tempatan Makkah di mana ayah Muhammad sendiri iaitu bernama ‘Abd-Allah’ merupakan seorang penyembah berhala yang tegar.”
Clement yang juga aktif dalam perhimpunan haram Bersih propembangkang itu juga menuduh umat Islam sedang memuliakan syiar Dewa Bulan Hubal sebagai tanda betapa makbulnya doa pagan Abu Sufyan ketika perang Badar.
Ia konon berlaku sewaktu kaum musyrikin Makkah mahu menentang umat Islam di Madinah. Beliau dengan biadab berkata, “Adakah dewa bulan Hubal tidak lagi lebih tinggi. Adakah Islam sepenuhnya bebas dari pengaruh bulan?
“Perhatikan dengan dekat kepada masjid seluruh dunia, dan kamu tentu dapat menjumpai simbol Hubal, iaitu bulan sabit, diletakkan di bahagian paling tinggi di masjid. Mungkin ia bukan usaha secara sengaja untuk sembah Hubal.
“Namun, apa yang menariknya, melalui perkembagan pesat agama Islam, doa penganut kepercayaan pagan daripada musuh Muhammad sendiri iaitu Abu Sufyan telah dimakbulkan tuhan, ‘O Hubal, meninggilah!’.”
Aktivis Kristian ini juga dengan sombong menuduh negara Islam di seluruh dunia termasuk Malaysia sebagai bermasalah kerana tidak memberi hak untuk mengkritik agama Islam, kitab suci al-Quran dan Nabi Muhammad.
Clement mendakwa, “Salah satu masalah yang dihadapi oleh negara-negara Muslim pada hari ini adalah kegagalan mereka untuk menguruskan hak asasi manusia, kerana Islam tidak mengiktiraf hak sama rata bagi kaum wanita.
“Juga nasib etnik minoriti dan hak untuk kebebasan beragama, atau hak untuk mengkritik ajaran Islam, al-Quran, atau Muhammad. Di mana Islam itu berkuasa, hak asasi manusia akan disekat atas nama ideologi agama.”
Perkongsian Clement itu mencetuskan kritikan ramai netizen Muslim di seluruh negara kerana ia bukan sahaja kurang ajar malah banyak fakta dikemukakannya itu salah dan jelas berniat jahat. –Agensi/Mynewshub.cc/HAA
*Video hiasan suasana peserta himpunan haram Bersih bersorak hina azan dilaungkan dari Masjid Negara…

Lihat sebelum ini..
Siri Politik Islam Masakini..
Hasil carian imej untuk undi siapa

7 comments:

  1. Say no kpd DAP yg anti Islam dan sekutu2 dlm PH

    http://malaysiandigest.com/bahasa-malaysia/691126-10-bukti-dap-anti-islam-menurut-ridhuan-tee.html

    10 Bukti DAP Anti-Islam Menurut Ridhuan Tee

    KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas, Prof. Dr. Ridhuan Tee Abdullah menyenaraikan 10 bukti yang menunjukkan DAP merupakan sebuah parti anti-Islam.

    Yang pertama, pemimpin DAP Perak, Nga Kor Ming pernah menghina umat Islam dengan menyamakan pemberian duit raya sama seperti rasuah atau dedak.



    Kedua, tokoh DAP Pulau Pinang, Jeff Ooi menghina kematian ulama tersohor Tuan Guru Harun Din dengan ungkapan ‘Adios Harun Din’.

    Ketiga, Nga Kor Ming sindir purdah yang dipakai sebahagian wanita Islam. Apabila Datuk Ahmad Darus cadang pramugari memakai pakaian menutup aurat, pemimpin DAP kata pemimpin Melayu otak cacat.

    Keempat, Pemimpin DAP yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy menggelar pendakwah terkenal antarabangsa, Dr. Zakir Naik sebagai ‘setan’, 



    Kelima, DAP pernah lantang mempertikaikan kandungan khutbah Jumaat dan mengganggu urusan fatwa di Pulau Pinang. 



    Keenam, DAP biadab mempersoalkan laungan azan dan bacaan ayat al-Quran melalui pembesar suara masjid. 

Ketujuh,

    DAP mempersoalkan larangan murtad dan mempersoalkan kewujudan JAKIM.


    Kelapan, DAP berani menghina dan mempersenda hukum hudud.

    Kesembilan, DAP separuh mati menentang RUU355, mereka kata konon RUU355 belum perlu.

    Ke-10 DAP menentang ustaz dan ustazah dari Semenanjung dihantar ke Sarawak,

    

“Belum berkuasa di Putrajaya, DAP telah cuba memandulkan Islam. DAP adalah komponen Pakatan Harapan. Berpolitik untuk memenangkan PH bermakna berpolitik memenangkan DAP.



    “Politik DAP adalah politik memandulkan Islam. Maka sesiapa umat Islam yang berpolitik untuk PH bermakna mereka berpolitik untuk memandulkan Islam – agama mereka sendiri. Tepuk dada tanya iman,” katanya dalam satu kenyataan.

    ReplyDelete
  2. UNTUK MENYOKONG DAP, PAN SANGGUP HALALKAN ATHEISM

    http://www.ismaweb.net/2017/12/02/isu-ateis-jangan-kerana-taksub-kita-diperbodohkan/

    Isu Ateis: Jangan Kerana Taksub, Kita Diperbodohkan
    SAYA dah lama perhatikan YB Khalid Samad (Shah Alam) dan YB Hanipa (Sepang) dan mula rasa terlalu meluat sejak perbahasan RUU355 dulu, seterusnya semasa perbahasan Bajet 2018 dan kemuncaknya pada Sidang Parlimen baru-baru ini.

    Sampailah baru-baru ini, apabila timbulnya isu ateisme ini, memang membuatkan saya menepuk kepala dan menggelegak darah.

    Perbincangan berkaitan isu ateis ini sudah menyimpang terlalu jauh. Tidak hairan juga kerana duo sejati YB Sepang dan YB Shah Alam ini memang suka mengalihkan, mempolitikkan, memperbesarkan sesuatu isu dan berpusing-pusing yang akhirnya tidak membuahkan apa-apa kebaikan langsung kepada umat, malah mengundang pergaduhan dan ketegangan yang tidak patut berlaku. Malulah sebab mereka dakwa yang mereka ini anggota sebuah ‘parti Islam yang progresif’. Bukan sahaja jauh daripada konsep politik Islam malah jauh sekali daripada progresif kerana mereka selalu berjalan mengundur ke belakang.

    YB Shah Alam pula mencelah dengan angkuhnya seraya berkata:

    “Ini persoalan kepercayaan lah kan. Kalau orang tidak percaya, kita tidak boleh paksa dia percaya. Kalau orang tidak percaya Islam itu adalah agama yang sebenar, kita tidak boleh paksa dia percaya Islam itu agama sebenar. Dia percaya kepada Kristian kah, dia percaya kepada Hindu kah, dia percaya kepada Buddha kah. Itu kepercayaan, keyakinan.”

    Memang terkejut saya mendengar apabila beliau menyebut “Kalau orang tidak percaya Islam itu adalah agama yang sebenar, kita tidak boleh paksa dia percaya Islam itu agama sebenar”. Persoalan yang bermain dalam fikiran saya, adakah beliau menghalalkan murtad? Kalau beliau merujuk kepada penganut agama lain yang tidak mempercayai agama Islam pun tidak logik juga kerana isu asal yang telah dibincangkan ialah penularan gejala ateisme dalam kalangan anak-anak muda Melayu Islam.

    YB Sepang pula menyambung untuk membuktikan kenyataan Dr Asyraf Wajdi tempoh hari ialah salah sehinggalah beliau menegaskan, “saya rasa ateisme ini is duly protected by Article 11 of Federal Constitution” dan akhirnya sidang berhenti untuk berehat. Sekali lagi, perbahasan isu asal terencat.

    Kenyataan YB Sepang itu telah viral di media sosial dan mendapat respon yang sangat negatif oleh netizens. Rentetan itu, page rasmi Parti Amanah Negara mengeluarkan kenyataan sebagai respon dan untuk ‘membersihkan’ segala tohmahan.

    ReplyDelete
  3. http://www.ismaweb.net/2017/10/17/oktoberfest-dap-makin-kurang-ajar-hina-islam/

    Oktoberfest: DAP Makin Kurang Ajar Hina Islam

    BANGI, 27 Muharram 1439H, Selasa – Parti rasis dan cavinis DAP semakin menunjukkan sikap kurang ajar, angkuh dan celupar apabila berterusan memperlekeh Islam.

    Terbaharu, Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng menyindir kononnya Pulau Pinang bukan negeri pelampau Taliban seperti negeri yang menghalang penganjuran pesta Jerman, Oktoberfest.

    “Pelampau mungkin berjaya mengharamkan Oktoberfest di Selangor dan Kuala Lumpur, tetapi mereka tidak akan berjaya di Pulau Pinang.

    “Pulau Pinang tidak berminat melarangnya, atau mengganggu kebebasan rakyat Malaysia. Kami bukan negara Taliban,” kata Guan Eng.

    Menyelar kenyataan itu, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim berkata, ungkapan pemimpin DAP nampak sangat memperlekeh Islam.

    “Sewajarnya dia memilih untuk berdiam diri sahaja berhubung penganjuran Oktoberfest di negeri itu.

    “Tetapi Guan Eng melontarkan ulasan sinikal yang bukan sahaja menzahirkan kesombongannya, tetapi bagaikan mencabar Islam dengan bidasan dan perkataan digunakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Tambah beliau, besar kepala yang ditunjukkan DAP semakin ketara apabila seorang lagi pemimpinnya, Hew Kuan Yau memaki Islam dengan carutan “Sohai”.

    “Keberanian DAP berperangai jelek membuktikan parti itu langsung tidak mengenal hormat dan sensitiviti yang tidak sewajarnya disentuh.

    “Sikap anti Islam tersebut bukan baharu walaupun sering dinafi atau dilakonkan watak mesra Islam.

    “Saya percaya, dari semua yang pernah dizahirkan parti itu, mereka akan terus mempermain dan merendah-rendahkan Islam,” katanya lagi.

    Mengulas lanjut Ustaz Hishamuddin berkata, penghinaan yang dilakukan pemimpin DAP ini sangat merbahaya kepada keharmonian negara.

    Sehubungan itu, beliau menggesa siasatan dijalankan ke atas kedua-dua individu berkenaan.

    “Seterusnya DAP perlu mengemukakan permohonan maaf rasmi,” katanya.

    ReplyDelete
  4. http://v2.ismaweb.net/2015/09/kata-pedang-bukti-bukti-dap-anti-islam-semakin-viral/

    KATA PEDANG: Bukti-bukti DAP anti-Islam semakin viral

    APABILA parti rasis dan cauvinis DAP mengancam akan menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), beberapa bukti DAP menentang Islam sebagai tanda sokongan kepada JAIP menjadi semakin viral. Antara bukti-bukti yang diperkatakan:

    Bukti 1: Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.

    Bukti 2: Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.

    BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang

    Bukti 3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.

    Bukti 4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.

    Bukti 5: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.

    Bukti 6: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.

    Bukti 7: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.

    Bukti 8: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.

    Bukti 9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.

    Bukti 10: Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.

    ReplyDelete
  5. Geli-ment Chinpanzee telah menghina agama Islam dan menafikan hak umat Islam secara terbuka dan Geli-ment Chinpanzee ini adalah barua ternakan parti kafir harbi DA-Pig.

    Dan parti-parti liberal pimpinan puak munafik dalam Pakatan Hog pimpinan parti kafir harbi DA-Pig menyokong DA-Pig menentang ajaran Islam dan menindas umat Islam termasuk kaum Melayu.

    Hanya puak munafik dan kafir harbi sahaja menyokong DA-Pig menentang, menghina dan memburuk-burukkan ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam.

    Kita umat Islam bukan munafik dan kita tidak akan menyokong musuh-musuh Allah. Maka menjadi kewajipan kita umat Islam yang cintakan Allah dan RasulNya dan percaya pembalasan di Hari Akhirat untuk menyokong dan mengundi parti Islam PAS dalam PRU 14 kerana PAS pimpinan ulama Islam sentiasa berjuang membela agama Islam dan hak umat Islam.

    ReplyDelete
  6. PAN CRY CRY BABY. SELAPAS PAN MENJADI KHADAM DAP, MEREKA PULA DIBULI TANPA HAD DAN BATAS. ITULAH HADIAH DAP BUAT AYAH-PAN

    http://mymassa.blogspot.my/2018/01/salehuddin-ayub-menangis-amanah-kl.html

    SALAHUDIN AYUB MENANGIS, AMANAH KL HILANG SEMANGAT, PKR SELANGOR MENGAMOK

    Seronok juga melihat cara parti-parti dalam Pakatan Harapan memfaraidkan sesama mereka 65 kerusi Parlimen Semenanjung Malaysia yang ditandingi oleh calon-calon PAS sewaktu PAS bersama di dalam Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 dahulu.
    Paling menyedihkan tentulah AMANAH yang para pemimpinnya sebelum ini berdegar-degar melaungkan ke seluruh negara kononnya AMANAH akan mengambil-alih tempat PAS di dalam Pakatan Rakyat dahulu dengan menandingi kerusi-kerusi yang PAS tandingi.
    Walhasilnya, daripada 65 kerusi Parlimen Semenanjung Malaysia yang ditandingi oleh calon-calon PAS yang PAS tandingi dahulu, AMANAH hanya diberikan 25 kerusi sahaja (38%), berbanding 35 yang diberikan kepada PPBM, 4 kepada PKR dan 1 kepada DAP.
    Markah 38% yang diperolehi oleh AMANAH ini adalah bukti nyata kegagalan awal AMANAH di dalam misi yang dilaung-laungkannya untuk kononnya menggantikan peranan PAS di dalam Pakatan Harapan dengan konsep Islam Rahmatan lil ‘Alaminnya.
    Agihan kerusi Parlimen Semenanjung Malaysia ini menunjukkan betapa AMANAH diperbudak-budakkan oleh rakan-rakannya dalam Pakatan Harapan sehingga menyebabkan pemimpin AMANAH meluahkan kekesalan mengenai mereka terpaksa berkorban.
    Keluhan Pengerusi AMANAH Johor, Aminolhuda Hasan, di dalam portal berita Free Malaysia Today, mencerminkkannya: “Hanya Amanah yang sanggup berkorban untuk gabungan pembangkang tetapi parti komponen lain hanya memikirkan kemahuan sendiri.”
    Kata Aminolhuda mengenai agihan kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, “Kita (AMANAH) korbankan satu-satunya kerusi Parlimen yang ada di Wilayah Persekutuan untuk PPBM walaupun PKR ada lebih daripada 1 kerusi Parlimen di sana.”
    Begitu juga dengan agihan kerusi Parlimen di Johor dalam mana Aminolhuda berkata: “Di Johor, DAP ambil alih Parlimen Ayer Hitam daripada AMANAH hanya kerana DAP perlu bertanding 1 kerusi lebih daripada jumlah kerusi yang akan ditandingi MCA.”
    Turut dibangkitkan oleh Aminolhuda adalah pengorbanan AMANAH “yang ke depan membentuk Pakatan Harapan”, “menjadi tonggak Pakatan Harapan di Johor”, “isytihar Johor negeri barisan depan AMANAH” tetapi terpaksa menyerahkan Johor kepada PPBM.
    Begitu juga dengan pendedahan Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad, di dalam portal berita The Malaysian Insight, bahawa Konvensyen Pakatan Harapan hampir sahaja tidak mampu dilangsungkan bila timbul kebuntuan di dalam agihan kerusi tersebut.
    Kata Khalid, kebuntuan yang berlaku ekoran ketegasan semua parti mempertahankan kerusi masing-masing ini hanya berjaya dipecahkan sekali gus membolehkan konvensyen itu dilangsungkan setelah AMANAH setuju menyerahkan kerusi Titiwangsa kepada PPBM.

    ReplyDelete
  7. Ayahpan Selfie sanggup makan babi bersama sifu kafir harbi untuk menunjukkan kesetiaan parti kuali pada parti kafir harbi DA-Pig. Sebagai balasan kebodohan bertingkat ayahpan, sifu banglo 66 skandal telah bermurah hati untuk kencing ayahpan dan parti kuali kaw kaw. Hancing seluruh pemimpin dan ahli parti kuali.

    Jilat sifu banglo 66 skandal lagi, jangan tak jilat ! Kah kah kah kah kah

    kesian ayahpan ... dahlah kerusi parti kuali disamun oleh sifu, kak jah dan mahafiraun, ayahpan masih ada hati lagi nak bersama dalam Pakatan Hog. Tak puas kena kencing.

    Kah kah kah kah kah.

    ReplyDelete