BANGKOK - Kerajaan Thailand akan memperkenalkan insentif cukai untuk menggalakkan keluarga memiliki lebih banyak anak, ekoran peningkatan kadar penuaan di negara itu, lapor agensi berita Thailand (TNA).
Penasihat Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Nathaporn Chatusripitak, berkata kabinet telah meluluskan cadangan Kementerian Kewangan untuk membenarkan isi rumah diberi pelepasan cukai sehingga 60,000 baht (AS$1,876) daripada pendapatan boleh cukai tahun ini, untuk anak kedua yang sah. Pertambahan potongan sebanyak 30,000 baht (AS$938) untuk anak pertama.
Kerajaan juga akan membenarkan potongan cukai untuk perbelanjaan kelahiran atau penjagaan pranatal sehingga 60,000 baht.
Nathaporn berkata, langkah pemberian insentif menerusi pelepasan cukai, dijangka berupaya mengatasi peningkatan kadar penuaan di Thailand menjelang tahun 2036, apabila warga tua akan mewakli 30 peratus daripada jumlah penduduk.
Meskipun, langkah pelepasan cukai itu akan mengurangkan pendapatan kerajaan sebanyak 2.5 bilion baht (AS$78.17 juta) setahun, kesannya adalah terhad, katanya.
Di samping itu, kabinet juga bersetuju memberikan insentif cukai kepada pengendali yang menubuhkan pusat jagaan harian untuk kanak-kanak di tempat kerja.
Pengendali taska diberikan pelepasan cukai sehingga 1 juta baht daripada pendapatan korporat. - Bernama
Penasihat Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Nathaporn Chatusripitak, berkata kabinet telah meluluskan cadangan Kementerian Kewangan untuk membenarkan isi rumah diberi pelepasan cukai sehingga 60,000 baht (AS$1,876) daripada pendapatan boleh cukai tahun ini, untuk anak kedua yang sah. Pertambahan potongan sebanyak 30,000 baht (AS$938) untuk anak pertama.
Kerajaan juga akan membenarkan potongan cukai untuk perbelanjaan kelahiran atau penjagaan pranatal sehingga 60,000 baht.
Nathaporn berkata, langkah pemberian insentif menerusi pelepasan cukai, dijangka berupaya mengatasi peningkatan kadar penuaan di Thailand menjelang tahun 2036, apabila warga tua akan mewakli 30 peratus daripada jumlah penduduk.
Di samping itu, kabinet juga bersetuju memberikan insentif cukai kepada pengendali yang menubuhkan pusat jagaan harian untuk kanak-kanak di tempat kerja.
Pengendali taska diberikan pelepasan cukai sehingga 1 juta baht daripada pendapatan korporat. - Bernama
Selintas, Anak Adalah Cobaan..
Firman Allah (Surah Al-Anfal, 28):
وَاعْلَمُواْ أَنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلاَدُكُمْ فِتْنَةٌ وَأَنَّ اللّهَ عِندَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ
- Dan ketahuilah, bahwa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cobaan dan sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar.
FirmanNYA lagi (Surah Al-Taghabun, 15):
إِنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلَادُكُمْ فِتْنَةٌ وَاللَّهُ عِندَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ
- Sesungguhnya hartamu dan anak-anakmu hanyalah cobaan (bagimu), dan di sisi Allah-lah pahala yang besar.
Memadai diperhatikan dua ayat ini, menjadi bukti atau petanda jelas bahawa anak dirangkaikan dengan harta, dan dikaitkan kedua-duanya dengan fitnah, dan mengikut Tafsir Jalalain, fitnah di sini dimaksudkan dengan “menyibukkan/menyekat kamu semua dari perkara-perkara akhirat”.
Dalam satu hadis pula, Nabi SAW amat menggalakkan perkahwinan sehingga mendapat zuriat yang ramai. Rasulullah SAW bersabda:
((تَزَوَّجُوا الْوَلُودَ الْوَدُودَ ، فَإِنِّي مُكَاثِرٌ بِكُم))
- “Kahwinilah wanita yang melahirkan anak ramai, dan yang memiliki kasih sayang yang tinggi, sesungguhnya aku berbangga dengan kamu (kerana umat yang ramai)” (Hadis Riwayat Abu Daud 2050, An-Nasaei 6/65, Sahih Abu Daud 1789, Sahih Ibn Hibban 9/4056, Hasan Sahih dalam Kitab Al-Irwa’ 1784)
Seolah-olah ayat Al-Quran dan hadis ini mempunyai perselisihan, tetapi Maha Suci Allah dari segala kekurangan, dan RasulNYA tidak berkata-kata kecuali semuanya wahyu dariNYA.
Penjelasan ayat Al-Quran dan hadis ini, tidak memadai jika kita mengambil kedua-duanya dengan niat melaga-lagakan atau mencari kekurangan, kerana di sana banyak lagi ayat dan petunjuk yang jelas berkenaan kelebihan dan keistimewaan zuriat atau anak.
Ini dibuktikan bagaimana sejarah para Anbiya’ (‘Alaihimus Salam) yang dirakamkan di dalam ayat-ayat Al-Quran, berdoa dengan penuh pengharapan agar diberikan zuriat, sebagai penyambung keturunan.
Firman Allah (Surah Al-Anbiya’, 89):
وَزَكَرِيَّا إِذْ نَادَى رَبَّهُ رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْداً وَأَنتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ
- Dan (ingatlah kisah) Zakaria, tatkala ia menyeru Tuhannya: "Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri (tidak mempunyai zuriat keturunan) dan Engkaulah Waris Yang Paling Baik (diserahkan segala urusan kepadaMU) .
Firman Allah (Surah Ali Imran, 38):
هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهُ قَالَ رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاء
- Di sanalah Zakariya mendoa kepada Tuhannya seraya berkata: "Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa."
Nabi Ibrahim A.S memanjatkan kesyukuran yang tinggi kepada Ilahi, kerana memperkenankan doanya dan dikurniakan dua orang anak yang soleh, dilantik menjadi nabi melalui perkahwinan dengan dua isteri iaitu, Sarah dan Hajar.
Firman Allah (Surah Ibrahim, 39):
الْحَمْدُ لِلّهِ الَّذِي وَهَبَ لِي عَلَى الْكِبَرِ إِسْمَاعِيلَ وَإِسْحَاقَ إِنَّ رَبِّي لَسَمِيعُ الدُّعَاء
- Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) doa.
Nabi SAW turut menerangkan bagaimana pentingnya anak selepas kematian ibu bapa kelak, iaitu dalam menyalurkan pahala tanpa putus walaupun kedua-duanya telah tiada hasil daripada anak yang soleh yang sentiasa mendoakan mereka.
((إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ))
- “Apabila wafatnya manusia, maka terputus darinya amalannya (pahala) kecuali dari tiga perkara (iaitu) dari sedakah jariah (pahala yang mengalir), ilmu yang bermanfaat (kepada manusia lain yang masih hidup), atau anak soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepadanya”. (HSR Muslim No. Hadis 4310)
Turut diceritakan dalam hadis, bahawa Nabi SAW menitiskan air mata ketika kematian anak lelakinya yang bernama Ibrahim, sambil bersabda:
((إِنَّ الْعَيْنَ تَدْمَعُ وَالْقَلْبَ يَحْزَنُ وَلَا نَقُولُ إِلَّا مَا يَرْضَى رَبُّنَا
وَإِنَّا بِفِرَاقِكَ يَا إِبْرَاهِيمُ لَمَحْزُونُونَ))
- “Sesungguhnya mata itu menangis, hati pula bersedih, kami tidak mengatakan kecuali apa yang diredhakan oleh Tuhan kami, dan kami semua disebabkan perpisahan dengan kamu ini, Ya Ibrahim (anak Nabi SAW) teramatlah sedih” (HSR Bukhari No. Hadis 1220)
Jika anak adalah fitnah, kenapa para Anbiya’ termasuk Nabi SAW amat menitikberatkan kewujudan zuriat?
Ini jelas membuktikan anak sebenarnya adalah fitrah manusia, yang mana semua menginginkannya, justeru untuk memastikan anak membesar sebagai Fitrah dan bukan membesar sebagai Fitnah adalah tanggungjawab besar bagi semua ibu bapa.
Pelbagai petunjuk jelas diberikan Islam dalam membentuk anak menjadi soleh dan bermanfaat kepada ibu bapa kelak. Bermula dari dilahirkan dalam keadaan suci bersih dan berfitrah Islam, sebagaimana disebut dalam satu hadis:
(( كُلُّ مَوْلُودٍ يُولَدُ عَلى الْفِطْرَة، فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ، وَيُنَصِّرَانِهِ، وَيُمَجِّسَانِهِ كَمَثَلِ الْبَهِيمَةِ تُنْتَجُ الْبَهِيمَةَ هَلْ تَرَى فِيهَا جَدْعَاءَ))
- “Setiap kelahiran (anak kecil) dilahirkan dalam keadaan fitrah, maka kedua ibu bapanya menyahudikannya, atau menasranikannya, atau memajusikannya, sebagaimana haiwan melahirkan (mengeluarkan) haiwan, adakah kamu lihat padanya sebarang kecacatan (kekurangan/kelainan)” (HSR Bukhari No. Hadis 1296, Muslim No. Hadis 6828)
Beberapa nasihat Luqman dalam mendidik anak, dirakamkan dengan jelas dalam satu surah, iaitu Surah Luqman. Antaranya:
Firman Allah (Surah Luqman, 13):
وَإِذْ قَالَ لُقْمَانُ لِابْنِهِ وَهُوَ يَعِظُهُ يَا بُنَيَّ لَا تُشْرِكْ بِاللَّهِ إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ
- Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: "Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar."
FirmanNYA lagi (Surah Luqman, 17-18):
يَا بُنَيَّ أَقِمِ الصَّلَاةَ وَأْمُرْ بِالْمَعْرُوفِ وَانْهَ عَنِ الْمُنكَرِ وَاصْبِرْ عَلَى مَا أَصَابَكَ
إِنَّ ذَلِكَ مِنْ عَزْمِ الْأُمُورِ
- Hai anakku, dirikanlah shalat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).
وَلَا تُصَعِّرْ خَدَّكَ لِلنَّاسِ وَلَا تَمْشِ فِي الْأَرْضِ مَرَحاً إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُورٍ
- Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.
Nabi SAW turut mengajarkan kita cara terbaik dalam mendidik anak, yang mana istilah ini digunakan oleh orentalis dan sebenar berasal dari ajaran Nabi SAW, yang berbunyi “What You Give, You Get Back”, sebagaimana diceritakan dalam satu hadis:
Nabi SAW mencium Hasan (cucu Baginda SAW), ada bersama baginda SAW ketika itu seorang sahabat bernama Al-Aqra’. Sahabat itu berkata: Sesungguhnya aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi tidak pernah mencium seorang pun dari mereka!.
Nabi SAW bersabda:
(( مَنْ لَا يَرْحَمْ لَا يُرْحَمْ ))
- “Sesiapa yang tidak mengasihi, tidak akan dikasihi”. (Sahih Adab Al-Mufrad, Al-Bukhari, No Hadis 91)
Ciuman ibu bapa kepada anak mereka, menunjukkan kasih sayang dan anak akan dapat merasainya. Jadikanlah sunnah ini sebagai salah satu teknik dalam mendidik anak-anak kelak.
Dalam kegembiraan kita, menyambut kelahiran anak, diharapkan pesanan ini dapat memberikan sedikit gambaran tentang pentingnya penjagaan zahir dan batin bermula dari buaian sehingga anak ini membesar dalam satu aliran yang baik, kerana anak inilah yang bakal menjadi generasi pewaris dalam memastikan Islam tertegak di bumi ini pada masa hadapan.
Sebagai akhirnya, dinyatakan satu doa sebagaimana Nabi SAW sentiasa mendoakan Hasan dan Husin semasa masih kecil.
أُعِيذُكَ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّة وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لَامَّة
‘U’izuka/ki bikalimatillahit taammati min kulli syaitonin wa haammatin,
wa min kulli aynin laammah
- Aku memohon perlindungan kpd budak lelaki/budak perempuan ini, dengan kalimah Allah yang sempurna, daripada syaitan dan bisikannya, dan daripada mata yang menyihir (panahan sihir melalui pandangan mata). (Hadis Asal berbunyi أعيذكما ditujukan kepada dua anak lelaki, iaitu Hasan dan Husin) (HSR Bukhari 1126, Sahih Ibn Majah 3525, Sahih Ibn Hibban 1012)
Sedikit nasihat kepada mereka yang masih ternanti-nanti dalam menunggu rezeki zuriat daripada Allah SWT, fahamilah satu zikir yang disunatkan dibaca setiap kali selepas solat yang berbunyi:
(( اللهم لَا مَانِعَ لِمَا أَعْطَيْتَ وَلَا مُعْطِيَ لِمَا مَنَعْتَ وَلَا يَنْفَعُ ذَا الْجَدِّ مِنْكَ الْجَدّ ))
- “Ya Allah, tiada yang menegah kepada apa yang telah Engkau berikan, dan tiada apa yang memberi kepada apa yang telah Engkau tegahkan (sekat), tiadalah manfaat orang yang mempunyai kelebihan (harta, keturunan dan kekuasaan) dengan kelebihannya itu daripada kekuasaan Allah” (HSR Bukhari 1/255, Muslim 1/414)
Jelas menunjukkan semuanya dariNYA, kita hanya berusaha, dan selebihnya Allah tentukan yang terbaik untuk kita. Wirid ini juga bukan sahaja sebagai motivasi untuk mereka yang belum mendapat cahaya mata, bahkan satu sangkalan ataupun peringatan kepada mereka yang sentiasa bergurau dengan nada sindiran kepada mereka yang belum mendapat cahaya mata.
Ketahuilah, walau seramai mana sekalipun zuriat, harta dan kekuasaan yang ada pada mereka, hakikatnya semua dariNYA. Hati-hati dalam meluahkan kata-kata, takut-takut diniatkan sekadar gurauan, tetapi dianggap sebagai sindiran dan melukakan hati saudara kita seISLAM.
Tambahan lagi, sebagai motivasi dan pemujuk hati, ingatlah ujian lambat menimang cahaya mata adalah ujian para Anbiya’. Malah banyak diceritakan di dalam Al-Quran dengan jelas bahawa para Nabi, ramai yang diuji dengan kelewatan mendapat zuriat, antaranya Nabi Ibrahim A.S yang mana tidak mendapat anak pada perkahwinan pertamanya, sehinggalah diberi keizinan oleh isterinya yang pertama untuk berkahwin seorang lagi, dan dikurniakan Nabi Ismail A.S dari isteri kedua.
Tidak lama selepas itu, isteri pertamanya juga dikhabarkan kegembiraan dengan kelahiran Nabi Ishak A.S. Firman Allah (Surah Al-Hijr, 51-56):
وَنَبِّئْهُمْ عَن ضَيْفِ إِبْراَهِيمَ
- Dan kabarkanlah kepada mereka tentang tamu-tamu Ibrahim
إِذْ دَخَلُواْ عَلَيْهِ فَقَالُواْ سَلاماً قَالَ إِنَّا مِنكُمْ وَجِلُونَ
- Ketika mereka masuk ke tempatnya, lalu mereka mengucapkan: "Salam Sejahtera" Berkata Ibrahim: "Sesungguhnya kami merasa takut kepadamu."
قَالُواْ لاَ تَوْجَلْ إِنَّا نُبَشِّرُكَ بِغُلامٍ عَلِيمٍ
- Mereka berkata: "Janganlah kamu merasa takut, sesungguhnya kami memberi kabar gembira kepadamu dengan (kelahiran seorang) anak laki-laki (yang akan menjadi) orang yang alim (iaitu Nabi Ishak A.S).
قَالَ أَبَشَّرْتُمُونِي عَلَى أَن مَّسَّنِيَ الْكِبَرُ فَبِمَ تُبَشِّرُونَ
- Berkata Ibrahim: "Apakah kamu memberi kabar gembira kepadaku padahal usiaku telah lanjut, maka dengan cara bagaimanakah (terlaksananya) berita gembira yang kamu kabarkan ini?"
قَالُواْ بَشَّرْنَاكَ بِالْحَقِّ فَلاَ تَكُن مِّنَ الْقَانِطِينَ
- Mereka menjawab: "Kami menyampaikan kabar gembira kepadamu dengan benar, maka janganlah kamu termasuk orang-orang yang berputus asa."
قَالَ وَمَن يَقْنَطُ مِن رَّحْمَةِ رَبِّهِ إِلاَّ الضَّآلُّونَ
- Ibrahim berkata: "Tidak ada orang yang berputus asa dari rahmat Tuhan-nya, kecuali orang-orang yang sesat."
Wallahu’alam.
4 comments:
Arak adalah haram dari segi syarak. Adakah PAN mahu melahirkan lebih banyak pemabuk di Malaysia dgn tidak mahu cukai arak yg tinggi.
PAN MAHU HARGA ARAK MURAH DENGAN CUKAI RENDAH
http://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/pan-kesal-cukai-arak-naik-bakal-beban-peminum/
PAN Kesal Cukai Arak Naik Bakal Beban Peminum
ENTAH di mana silapnya ‘kecerdikan’, seorang wakil PAN hari ini mengatakan cukai minuman keras tidak sepatutnya dinaikkan kerana dikhuatiri membebankan golongan bukan Muslim.
Ahli Parlimen PAN Kota Raja, Dr. Siti Mariah Mahmud mengatakan perkara demikian ketika membahaskan Bajet 2017 yang diadakan di Dewan Rakyat Hari ini.
“Saya melihat cukai terhadap rokok sedang meningkat. Bagi alkohol pula, ia dibenar untuk bukan Muslim, jadi jika kita naik cukainya ia akan membebankan mereka,†katanya yang dipetik Free Malaysian Today.
“Saya mencadangkan bagi tempoh jangka panjang, minuman beralkohol dan produk tembakau dijual berasingan di premis tertentu,â€Â tambahnya lagi.
Menurutnya, cadangan tersebut adalah bagi memudahkan penguat kuasa menjalankan pemantauan jika kedai menjual minuman keras bukan berada di kawasan majoriti Islam.
Dari sudut normanya, benar, peningkatan cukai minuman keras sememangnya akan membebankan golongan peminum arak yang terdiri daripada golongan bukan Muslim.
Namun jika difikir lebih jauh, cadangannya itu sebenarnya secara tidak langsung memudahkan orang Islam membeli arak dengan harga standard yang murah di pasaran.
Maka golongan belia yang sekadar ingin ‘cuba-cuba’ membeli arak berkemungkinan menjadi peminum tegar disebabkan harganya yang tidak lagi ‘dibebankan’ dengan cukai sedia.
Terdahulu, Siti Mariah dalam ucapannya meminta kerajaan menjelaskan jumlah diterima daripada “cukai dosaâ€, iaitu termasuk cukai dan duti eksais daripada alkohol, tembakau dan perjudian. – MYNEWSHUB.CC
Apabila komponem PH yakni DAP menghina Islam maka ia akan melahirkan warga yg membenci ugama Islam sebagai ugama rasmi
Say no to PH
http://www.ismaweb.net/2018/01/08/berpolitik-secara-taktikal/amp/
Berpolitik secara taktikal
Saya teringat pepatah orang putih, the lesser of two evils atau a choice between two evils. Kita dapat lihat dengan mata kepala sendiri. Ya, tidak dinafikan bahawa kerajaan Selangor (PKR), Pulau Pinang (DAP) dan Kelantan (PAS), sedikit baik integritinya berbanding dengan kerajaan negeri lain.
Namun, bagaimana dengan nasib Melayu dan Islam di Pulau Pinang? Saya tidak kata, nasib Melayu dan Islam terjaga dengan baik di negeri yang lain. Sekadar memberikan peruntukan yang lebih kepada masjid, surau, sekolah agama dan institusi agama Islam yang lain oleh kerajaan ultra kiasu, itu tidak bermakna pembangunan Islam menjadi lebih baik?
Ultra kiasu terpaksa melakukan sedemikian rupa bagi memikat hati orang Melayu Islam untuk mengundi dan menyokongnya pada masa akan datang dari segi strategi. Bayangkah setelah dapat kuasa, mereka terus memingkirkan orang Melayu Islam, sudah tentu Melayu Islam akan mengamuk marah.
Namun, ultra kiasu sangat memahami psiki Melayu Islam. Maka dibelai dan digula-gulakan Melayu Islam untuk melembutkan hati mereka. Kita pun tergoda dan mudah lupa.
Saya ingin mengingatkan orang Melayu Islam, bantuan itu adalah hak yang sepatutnya Melayu dan Islam dapat. Sudah termaktub di dalam Perlembagaan. Jika tidak termaktub pun, pada saya, itu masih dalam lingkungan hak mereka kerana ini negara asal usul mereka. Hak Melayu Islam tidak boleh disamaratakan dengan bukan Islam.
Seperti yang saya kerap ulangi, menyamaratakan bantuan kepada Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Agama dengan Sekolah Jenis Kebangsaan adalah tidak adil. Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Agama itu adalah hak, berbanding dengan sekolah vernakular yang sekadar hanya ehsan.
Bermaksud, jika kerajaan memberikan bantuan kepada sekolah vernakular, itu adalah toleransi yang tidak ada tolok bandingnya, kerana itu bukanlah hak, tetapi sekadar ehsan. Berterima kasihlah, kerana tidak ada kerajaan di dunia ini yang melakukan sedemikian, melainkan Malaysia yang tercinta ini.
Sama juga bantuan kepada agama-agama lain tidak boleh disamaratakan dengan bantuan kepada agama Islam. Untuk Islam itu adalah hak kepada yang berhak, untuk agama lain, adalah ehsan dan toleransi. Jika tidak ditunaikan pun kepada bukan Islam, itu masih lagi berada dalam ruang lingkup adil.
Buatlah perbandingan dengan negara lain. Misalnya di India, pembinaan rumah ibadat dan penyelenggaraan dilakukan oleh individu. Kerajaan hanya memberikan bantuan pada tahap yang terlalu minima. Bandingkan dengan kerajaan Malaysia hari ini.
Bukan Islam amat beruntung, dua-dua belah pihak makan, bantuan kerajaan negeri dapat dan Kerajaan Pusat pun dapat. Bertambah moncah apabila Kerajaan Pusat melalui agensi negeri (ICU dan JPP) turut membantu rakyat bagi negeri di bawah kerajaan pembangkang. Masih tidak bersyukur lagi atau mahu saya buktikan satu persatu?
Justeru, saya mohon seluruh rakyat Malaysia terutama, Melayu Islam, berfikirlah secara matang dan jangan terlalu beremosi. Tolak PKR dan PAN yang terlalu bongkak dengan undi Cina yang mereka terlalu yakin berpihak kepadanya dalam mencapai kemenangan PRU14. Sebaliknya, berpolitiklah secara matang untuk survival agama, bangsa dan negara.
Dari mengundi lebai yg makan dedak bagi mengenyangkan perut atas dan bawah baikle Kita pangkah kapir
Post a Comment