Wednesday, January 17, 2018

Pesta Seks Sejenis, ‘Geng Kunyit’ Dicekup..




PADAH menganjurkan pesta seks sejenis di sebuah vila, sekumpulan ‘geng kunyit’ dicekup pihak berkuasa dalam satu serbuan yang dilakukan di wilayah Cianjur, Jawa Barat, lewat Sabtu lalu.

Aktiviti sumbang mereka itu berjaya dikesan polis siber menerusi aplikasi Sembang LGBT susulan aduan orang ramai tidak tahan dengan aktiviti itu kerap dilakukan, termasuk membabitkan golongan bapa, guru dan pelajar.

Detik News melaporkan, Ketua Polis Cianjur Soliyah Tang yang mengesahkan aktiviti tidak bermoral itu berkata, pihaknya memantau aktiviti kumpulan berkenaan melalui aplikasi sembang selama sebulan sebelum bertindak.

Pasukan siber kemudian memaklumkan Unit Siasatan Jenayah dan serbuan dilakukan di Villa Green Apple Garden. Penangkapan melibatkan lima lelaki berusia antara 16 hingga 50 tahun dengan ada antara mereka sudahpun berkeluarga.

“Ketika serbuan kumpulan itu tidak berpakaian. Masing-masing menjerit terkejut sebelum anggota kami melemparkan baju untuk dipakai mereka.

“Siasatan awal mendapati lelaki berusia 50 tahun adalah dalang utama pesta, malah dia yang menyewa vila itu serta mengeluarkan wang 1.5 juta rupiah (RM448) untuk menyewanya.
“Dia juga yang membuat semua persiapan termasuk membeli minuman keras. Perbuatannya amat terkutuk kerana turut mengheret remaja bawah umur dalam aktiviti mereka,” katanya.

Polis turut merampas barang bukti termasik lima helai seluar dama, enam buah telefon bimbit, kondom, pelincir dan beberapa botol minuman keras.
Biarpan berlaku di negara jiran, ia jelas menunjukkan aktiviti negatif ini sebenarnya makin menular dalam kalangan masyarakat dan juga petanda gaya hidup songsang kian menjadi budaya bakal merosakkan bangsa dan agama.
Semua pihak mesti berganding bahu bersama-sama untuk mencegah aktiviti mungkar begini daripada menular dalam masyarakat kita. Di Malaysia pun ada puak-puak tertentu menganjurnya. (IH)

Lihat sebelum ini..
Siri Politik Islam Masakini..

Hasil carian imej untuk undi siapa

7 comments:

Anonymous said...

https://www.google.com/amp/www.ismaweb.net/2014/07/12/dr-mujahid-penghalang-atau-pembela-lgbt/amp/

Dr Mujahid: Penghalang atau pembela LGBT?

Draf Rang Undang-undang Keharmonian Nasional dan Rekonsiliasi tidak mengiktiraf orientasi seks pengamal perlakuan LGBT, sebaliknya, rang undang-undang itu melindungi hak golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender untuk tidak didiskriminasikan dalam aspek seperti bidang pekerjaan, kata Pengerusi Jawatankuasa Undang-undang dan Dasar, Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN), Datuk Dr Mujahid Yusof, sebagaimana dilaporkan oleh portal media liberal Malaysiakini.

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah dan tahniah kepada Datuk Dr Mujahid kerana draf rang undang-undang ini tidak mengiktiraf orientasi seks pengamal perlakuan LGBT.

Datuk Dr Mujahid,

Tidak mengiktiraf sesuatu kelompok tetapi melindungi hak kelompok berkenaan? Tidakkah pelik bin ajaib bunyinya. Apakah erti tidak diiktiraf? Bukankah ia bererti bercanggah dengan peraturan negara? LGBT tidak diiktiraf di Malaysia. Mengamalkan LGBT adalah salah di sisi undang-undang Malaysia. Pengamal LGBT ialah pesalah. Lalu bagaimana mungkin pesalah LBGT boleh hidup aman dengan mengamalkan LGBT dan bekerja di Malaysia? Malah, dijamin haknya untuk bekerja serta tidak boleh didiskriminasikan dalam pekerjaan?

Kita tidak mengiktiraf negara haram Israel, tetapi kita melindungi hak orang Israel untuk duduk dan bekerja di wilayah Palestin yang dijajah Israel?

Sebelum berbicara soal diskriminasi pekerjaan, terlebih dahulu perlu dibicarakan status pengamal LGBT di Malaysia. Pengamal LGBT tidak perlu malah tidak boleh dibenarkan hidup bebas di Malaysia. Mengamalkan LGBT ialah kesalahan di sisi undang-undang Malaysia. Pengamalnya mesti dikenakan tindakan undang-undang.

Sebagai majikan, adakah anda mahu memberikan pekerjaan kepada pengamal LGBT yang pastinya dikenakan tindakan undang-undang? Adakah anda mengamalkan diskriminasi jika anda tidak mahu memberikan pekerjaan kepada pesalah undang-undang?

Rang Undang-undang Keharmonian Nasional dan Rekonsiliasi untuk melindungi hak golongan LGBT untuk tidak didiskriminasikan dalam bidang pekerjaan adalah tidak perlu kerana kewujudan golongan LGBT itu sendiri adalah tidak perlu, malah mengamalkan LGBT adalah tidak dibenarkan di sisi undang-undang negara.

Anonymous said...

Apa punya mujahid (Mujahat). Hak LBGT pun mau angkat ka. Kerana mau berkat DAP Mujahid dah tukat menjadi Mujahat
Dulu Amal makruf nahi mungkar. Tapi kerana DAP tercinta, dah jadi amal mungkar nahi makruf. Taubatlah Mujahat

Anonymous said...

PKR PUN KATA PAN SONGEH TAK SEDAR DIRI.

SEBENARNYA MEMANG TAK SEDAR DIRI HARAP MENUMPANG PKR N DAP SHJ


http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37759



- masih ada satu iklan kosong di ruang ini -

Tian Chua tegur Amanah (Pan) kerana ungkit isu calon PM
Posted on Tuesday, January 16 @ 19:56:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman


Berita

PETALING JAYA: Tian Chua menegur Amanah kerana mengungkit kembali isu pilihan calon perdana menteri Pakatan Harapan (PH), menyifatkan perbincangan sebegitu sebagai “mengarut”.

Naib presiden PKR itu berkata majoriti ahli PH sudah menerima Pengerusi PH Tun Dr Mahathir Mohmad sebagai calon perdana menteri.

“Tidak wajar Amanah membuka semula perbincangan itu. PKR ada pada mesyuarat tersebut (semasa keputusan itu dibuat) dan bersetuju mengikut majoriti dan kami menerima keputusan itu,” katanya kepada FMT.

Beliau diminta mengulas artikel Utusan Online yang melaporkan Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad berkata, PKR Selangor patut mencadangkan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali sebagai calon perdana menteri, jika mereka tidak mahukan Dr Mahathir.

Ahli parlimen Shah Alam itu menegaskan Dr Mahathir satu-satunya nama yang dicadangkan untuk pertimbangan keempat-empat parti komponen PH.

Susulan sokongan di konvensyen PH pada 7 Januari lalu, Dr Mahathir berkata, Azmin, yang juga menteri besar Selangor, adalah calon berkredibiliti untuk jawatan perdana menteri, cuma tidak terpilih.

Menurut Tian Chua, isu calon perdana menteri PH tidak patut dibangkitkan semula memandangkan ia sudah diputuskan majoriti.

“Ianya perbincangan mengarut untuk mempersoal mengapa PKR tidak mencalonkan Azmin.

“Jika ada yang tidak menerima baik pilihan itu, kita harus menghadapinya dan jelaskan kepada mereka,” katanya.

Timbalan Ketua PKR Selangor Zuraida Kamaruddin antara mereka yang menyuarakan kekecewaan dengan pencalonan Dr Mahathir sebagai perdana menteri interim, mengatakan ia seperti menunjukkan seolah-olah mereka tidak mampu menamakan calon perdana menteri.

Di konvensyen PH, Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail juga dinamakan sebagai pilihan PH untuk jawatan timbalan perdana menteri.

Empat parti komponen PH berikrar menggunakan semua saluran undang-undang untuk pemimpin de facto PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini sedang menjalani hukuman 5 tahun penjara, menggantikan Dr Mahathir sebagai perdana menteri jika pembangkang memenangi pilihan raya akan datang.

Anonymous said...

Sah tak dapat tarbiah dari pemimpin PAS,mereka patut dengar ceramah pemimpin PAS dan terutama Ibnu Hasyim sendiri.Barulah mereka kecut telur dan hilang nafsu gilanya.kah..kah..kah......

Anonymous said...

T.kasih ibenu, kerana sudah buang gambar hadi.kenapa ibenu byk copy blog bn sekarang?

Anonymous said...

kenapa?

Jangan sangka air yang tenang tak ada buaya. Dan ada udang di sebalik batu. Jangan pandang rendah Tuan Hasyim ini.

Tuan Admin menguji sejauh mana pemikiran penyokong PAS. Dan untuk mengetahui banyak mana tinggal lagi bijak nya mereka.

Dan Tuan Admin membiarkan orang PAS menunjukkan kebodohan mereka.

Sebagai orang Islam Tuan Admin pasti tidak mahu terlibat dengan Fitnah. Tetapi Tuan Admin tidak buang komen-komen yang orang PAS kata fitnah.

Apabila kebodohan itu melampau Tuan Admin siar kan artikel kampong paling sejuk. Mat Motor meraba.

Kalau dengan komen ini pun orang PAS tak sedar atau berubah... sah bodoh tahap gaban

Anonymous said...

Di Malaysia pun ada puak-puak tertentu menganjurnya. (IH)

Jika pihak berkuasa Indonesia berjaya membuat tangkap. Tetapi jika benar di negara ini ada pihak yang menganjur nya mengapa di biarkan?

PAS sahaja ada beratus cawangan.. tak kan tak dapat hidu pesta maksiat tersebut.

Kalau pesta tu tak berani cakap lah tapi kalau secara tertutup di bilik hotel atau sesekali di rumah tu mungkin.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails