Wednesday, January 17, 2018

Ponteng Solat Jumaat, Denda RM1,000/Penjara 6 Bulan Di N9.

Denda Ponteng Solat Jumaat


TEGAS…. Hukuman denda sebanyak RM1,000 atau penjara sehingga enam bulan bakal dikenakan terhadap lelaki baligh yang didapati tidak menunaikan solat Jumaat di Negeri Sembilan.

Perkara itu disahkan Pegawai Agama Islam Daerah Kuala Pilah, Mohd Raizalani Mohd Rais yang berkata, hukuman tersebut hanya tertakluk kepada lelaki Islam yang tidak menunaikan solat Jumaat tiga kali berturut-turut.Individu terbabit jika sengaja ponteng solat fardu itu tanpa ketiadaan uzur syarie dan sebab munasabah boleh disabitkan di mahkamah mengikut Seksyen 113 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan (EJSNS) 1992.
Malah menurutnya lagi, hebahan surat pekeliling kepada seluruh 68 masjid sudah pun dikeluarkan pada 4 Januari lalu bagi memberi kesedaran berhubung isu kesalahan tidak menunaikan solat Jumaat.
“Tindakan itu diambil susulan aduan yang diterima daripada kariah di Kuala Pilah yang mendakwa terdapat lelaki Islam yang berada di luar masjid dan berkeliaran di premis perniagaan serta tempat awam ketika solat Jumaat.
“Ia dilihat telah mencemarkan imej agama Islam sendiri selain mencerminkan sikap kurang ambil peduli segelintir indivdu mengenai hukum agama,” tambah beliau ketika dihubungi, semalam.
Mohd. Raizalani seterusnya berkata, arahan berkenaan adalah kali pertama dikeluarkan pihaknya demi memastikan golongan terbabit dapat meluangkan masa untuk hadir ke masjid setiap tengah hari Jumaat.
“Kita meminta pihak pengurusan masjid di daerah membuat hebahan dan edaran kepada ahli kariah semasa solat Jumaat dan menampal pekeliling di papan kenyataan,” katanya. – myMetro Online
Lihat sebelum ini..
Siri Politik Islam Masakini..
Hasil carian imej untuk undi siapa


9 comments:

Anonymous said...

Mca akn bantah!

Anonymous said...

ALHAMDULIILAH. BENDA2 BAIK MACAM NI TAK AKAN JADI BAWAH PH. INI ADALAH KERANA KETUA PH ADALAH DAP, YG LAIN2 TU KHADAM SAHAJA



https://www.menara.my/kata-pakar-dap-memang-anti-islam/


Kata Pakar, DAP Memang Anti-Islam

28 Januari 2017, selepas majlis Hari Terbuka Tahun Baru Cina Ketua Menteri Pulau Pinang di SPICE, Pulau Pinang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, mengeluarkan kenyataan media bahawa beliau telah meminta peguamnya mengkaji kemungkinan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kerana menyebut bahawa DAP anti Islam.


Pelik kenapa baru sekarang Kit Siang mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyifatkan DAP anti Islam sedangkan sebelum ini pelbagai pihak turut menyebut perkara sama. Dapatan kaji selidik Institut Darul Ehsan milik Kerajaan Selangor antara 13 hingga 15 November 2015 juga mendapati 64 peratus daripada 1,716 respondennya di Selangor bersetuju DAP anti Islam.

Perihal DAP anti Islam juga pernah disebut di dalam khutbah Aidil Adha yang dikeluarkan Jabatan Mufti Negeri Pahang pada 24 September 2015 yang, di dalam konteks memperkatakan mengenai keperluan umat Islam bergabung dan bersatu suara walaupun berlainan dasar politik, menyatakan “ada di kalangan umat Islam yang menyertai parti DAP yang terang-terang menentang Islam”.

Lanjutan khutbah tersebut, Pengerusi DAP Pahang waktu itu, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji, pun memberi kata dua kepada Jabatan Mufti Negeri Pahang untuk meminta maaf kepada DAP dalam tempoh lima hari, jika tidak DAP akan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya. Bagaimanapun, selepas tempoh ini berakhir, hingga sekarang, tindakan undang-undang tidak diambil.

Sebab itulah jika dilihat kepada rekod DAP selama ini, perjuangan para pemimpinnya lebih tertumpu kepada kebebasan beragama bagi penganut bukan Islam, sedangkan, hakikatnya, seperti sering disebut oleh pakar perundangan Islam negara, Almarhum Prof Tan Sri Dr Ahmad Ibrahim, penganut Islam juga perlu diberi kebebasan untuk mengamalkan cara hidup mereka mengikut ajaran Islam.

Read more at: https://www.menara.my/kata-pakar-dap-memang-anti-islam/

Anonymous said...


MUNGKIN PAN MENGHAMBAKAN DIRI KEPADA DAP KERANA SIKAP DAP TERHADAP ISLAM

Anonymous said...

http://ikanlepu.blogspot.my/2015/11/dap-anti-islam.html

Bukti-bukti DAP anti-Islam semakin viral...

APABILA parti rasis dan cauvinis DAP mengancam akan menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), beberapa bukti DAP menentang Islam sebagai tanda sokongan kepada JAIP menjadi semakin viral. Antara bukti-bukti yang diperkatakan:

Bukti 1: Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 perlembagaan negara; Islam adalah agama persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.

Bukti 2: Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.
BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang.

Bukti 3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.

Bukti 4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan perlembagaan sedangkan parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan perlembagaan.

Bukti 5: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001 DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih islamik pada sidang media 22 September 2002.

Bukti 6: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.

Bukti 7: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi, tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.

Bukti 8: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan hudud dan negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.

Bukti 9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.

Bukti 10: Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.

Terpulanglah kepada para pembaca untuk menilai bukti-bukti tersebut. Hakikatnya, Islam adalah suatu sistem cara hidup yang mencakupi amalan rohani peribadi sehingga kepada sistem keadilan, sosial, ekonomi dan politik.

DAP tidak boleh menghadkan Islam hanya kepada amalan peribadi dan paling tinggi ekonomi sedangkan menolak juzuk-juzuk Islam yang lebih menyeluruh yang menyentuh isu kenegaraan, perundangan, politik dan pelbagai aspek dalam kehidupan.

Anonymous said...

Ini sudah tak betul.

Umat Islam yang sudah baligh tak perlu lah solat Jumaat setiap Jumaat. Cukup lah 1 kali dalam sebulan untuk mengelak dari kena denda dan penjara.

Isi Khutbah tu kasi upgrade lah.. sikit-sikit api neraka.. Islam berpecah.. koner punya koner.. Taat lah pada pemerintah.

Anonymous said...

Moga diberi hidayah takut pada allah bukan maknusia.

Anonymous said...

Sebab apa mesti takut pada Allah ?

Kalau takut ... Jangan solat lah.

Anonymous said...

Telah pun dimaklumkan bahawa se orang ahli Parlimen bertaraf Ulama selalu ponteng bersidang.

Solat ada lah TANGGUNGJAWAB pada Tuhan. Hadir sidang Parlimen adalah TANGGUNGJAWAB pada manusia.

Dosa pada Tuhan dan dosa pada manusia, kedua-duanya hendak lah minta di ampun.

Anonymous said...

Islam subur atas kesabaran perjuangan pemimpin PAS..hidup PAS

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails