Dalam serbuan pada pukul 4.10 petang itu, kesemua individu yang berusia antara lewat 30-an hingga 50-an itu ditahan oleh anggota Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.
Pegawai Turus D7 Selangor, Deputi Superintendan Norhizam Bahaman berkata, melalui operasi tersebut, polis telah merampas pelbagai barangan iaitu peralatan elektronik bagi berjudi antaranya tablet dan telefon bimbit serta set mahjong yang terdiri daripada dadu, cip mahjong dan meja.
“Turut dirampas adalah wang tunai bernilai RM23,864,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Norhizam menambah, pihaknya turut mengambil keterangan daripada sembilan individu termasuk seorang wanita bagi membantu siasatan.
“Kesemua yang ditahan beserta barang rampasan telah dibawa ke balai polis berhampiran bagi siasatan lanjut.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” ujarnya. - K! ONLINE
Foto Legasi Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Sedikit Imbasan Tentang Judi..
Menurut pandangan Islam, kebiasaan bermain judi terutama dengan keadaan sosial masyarakat yang sedikit kononnya 'liberal' dianggap sebagai kerja biasa dan munasabah walaupun sebenarnya itu adaalah ajaran sesat yang bertopengkan Islam.
Sebenarnya, menurut pandangan Islam, perjudian adalah perbuatan dilarang dan haram yang dijalankan mengikut perkataan Allah dalam al-Qur'an surat al-Maidah ayat 90 Allah berfirman:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأَنصَابُ وَالأَزْلاَمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Maksudnya:
  • Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya khamar, berjudi, berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan (QS. Al-Maidah: 90)
Dari perenggan di atas, boleh diambil penjelasan penjudi itu mengakibatkan banyak permusuhan dan kebencian yang mengakibatkan perbuatan seperti ini dielakkan dan dihentikan.

Terdapat beberapa kebijaksanaan yang boleh digunakan sebagai pengajaran mengapa perjudian dilarang, iaitu:
  1. Pemenang mendapat rezki mudah tanpa berpayah-payah.
  2. Orang yang kalah menjadi tiba-tiba miskin melarat.
  3. Menimbulkan permusuhan antara pemain.
  4. Jiwa pemain judi bertambah kasar, kerana bermaksud jahat
    hendak mengalahkan lawan
  5. Menimbulkan banyak sakit kerana banyak duduk, banyak
    pikir serabut, selalu sibuk keluh kesah, dan takut kalah.
  6. Menyia-nyiakan harta dan kekayaan sehingga jatuh melarat
    dan terhina di tengah masyarakat, tetangga dan keluarga.
  7. Memperbanyak pencuri, perompak kerana kehabisan wang atau
    modal untuk bermain judi.
  8. Dan banyak lagi..
Jelasnya ianya adalah kerja-kerja syaitan dan mungkar yang menimbulkan permusuhan dan pergaduhan. Walau ianya dilakukan oleh pemerintah dan kerajaan yang mengaku Islam sebagai 'tauke judi'nya. (IH)