Tuesday, January 16, 2018

PRU 14, Bagaimana Sumbang Bagi Menangkan Islam? Kalau PAS 40 Kerusi..


Menyumbang dalam pilihan raya untuk menangkan Islam
وَأَنْفِقُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلَا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ 
  • "Dan berbelanjalah kamu pada jalan agama Allah, dan jangan kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan." (al-Baqarah: 195)
Sebab turunnya ayat yang saya baca itu apabila berlaku di zaman Nabi S.A.W, ada beberapa orang Sahabat (R.A) yang meninggalkan perjuangan kerana merasakan Islam sudah cukup berjaya, inilah masa untuk jaga kebun, jaga kedai, jaga binatang. Lalu Allah menurunkan ayat:

وَأَنْفِقُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلَا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ
  • "Belanjalah kamu pada jalan Allah, jangan kamu campak diri kamu ke dalam kebinasaan." (al-Baqarah: 195)
Allah Taala memberi amaran, supaya mereka jangan meninggalkan perjuangan untuk menegakkan perjuangan Islam. Disuruh mereka menyumbang perkara yang mereka kasih iaitulah harta mereka untuk menolong Islam. 

Allah Taala menyebut acapkali dalam Quran, menyumbangkan harta lebih daripada menyumbangkan diri, kerana Allah Taala tahu manusia sayang ke harta lebih daripada diri. Dan Allah menjanjikan kepada yang menyumbang fi sabilillah, 700 kali ganda, berbeza dengan sumbangan-sumbangan yang lain. 

Kerana manusia mudah beri sedekah kepada peminta sedekah, mudah beri ke masjid, mudah beri bantuan kepada mereka yang dapat dilihat dengan mata. Tetapi menyumbang kepada perjuangan Islam ini, payah nak diberi, dengan sebab banyak bisikan-bisikan syaitan, gangguan-gangguan syaitan, mari macam-macam perasaan.

Dan hari ini pula timbul keraguan, adakah pilihan raya, pilihan raya ini ada dalam ugama Islam? Termasuk dalam ibadat ke? Memang tak sebut dalam Quran. Quran menyebut tentang haji, tuhan tak sebut naik kapal terbang, cari pitih untuk naik kapal terbang. Tuhan sebut masjid, tuhan tak sebut, kayu simen, besi dan sebagainya. 

Pilihan raya adalah alat untuk mendirikan kerajaan, mendirikan kerajaan ini kewajipan yang besar, kewajipan yang Allah Taala isytihar kepada Malaikat bila Allah nak jadikan Nabi Adam A.S. Tuhan lantik Adam jadi Khalifah, diisytihar kepada Malaikat.

Khalifah itu ialah politik memerintah negara. Pilihan raya salah satu daripadanya, walaupun pilihan raya tak disebut dalam kitab-kitab Feqah, tapi disebut dalam kitab Sirah, disebut dalam kitab Tafsir dan Hadis, apabila Nabi S.A.W wafat, Nabi tak tunjuk siapa dia ganti dia. Maka Sahabat pilih tiga calon, Abu Bakar, Saidina Ali, dan Sa’ad Bin Ubadah. Akhirnya Abu Bakar dilantik jadi khalifah. Itu adalah pilihan raya secara zaman dulu. 

Di mana amalan demokrasi yang diamalkan oleh orang Barat, orang Eropah tak tahu nak buat perubahan, macam mana nak pilih pemimpin negara. Pada asalnya demokrasi ini adalah dicipta oleh orang-orang Greek di Athen, democrasidemocratia, ataupun democratos.Dalam bahasa Greek democratus, bahasa Latin democratia, kuasa rakyat, kuasa orang ramai, itu makna demokrasi.

Orang ramai diberi hak untuk memilih pemimpin. Oleh kerana orang ramai tidak faham, termasuk orang Islam tak faham bahawa mengundi memilih pemimpin, memilih kerajaan satu kewajipan yang besar. Banyak hukum-hukum syarak, hukum-hukum Allah Taala untuk mengurus orang Islam, kehidupan orang Islam, mesti ada kerajaan Islam yang memerintah, kerajaan yang meninggikan hukum Islam, mesti diadakan, ini wajib bagi orang Islam. 

Dengan sebab itulah pada hari kiamat kelak, manusia akan dihimpun bukan sahaja dengan amalan dia, termasuk dengan pemimpin yang dipilih di atas dunia ini, dibawa pada hari kiamat kelak. Ini tanggungjawab pilihan raya yang kita kena sedar, yang kita kena faham.

Menyumbang untuk pilihan raya ini ialah untuk memenangkan Islam. Bagi Terengganu, kita usaha supaya boleh perintah balik negeri Terengganu kerana kita pernah memerintah dan kita telah meminda Perlembagaan Negeri Terengganu, hukum yang tertinggi ialah Quran, Hadis, Ijmak Ulama dan Qias, masih ada lagi. Tapaknya sudah ada, tapi nak tambah lagi tidak boleh kerana kita tidak ada kuasa pemerintahan. 

Tanggungjawab kita untuk mewujudkan kuasa pemerintahan ini, dalam masa yang sama kita perlu kuat kerajaan pusat. Kalau boleh menguasai Kerajaan Pusat. Kalau tak boleh kuasai Kerajaan Pusat, boleh mempengaruhi Kerajaan Pusat. 

Hasil carian imej untuk Lambang PAS menang
Hasil carian imej untuk Lambang PAS menang
Hasil carian imej untuk Lambang PAS menang

Kalau PAS boleh 40 kerusi....

Kalau kita boleh 40 kerusi di Parlimen, kerajaan tak boleh nak tubuh kerajaan melainkan dengan bergantung dengan 40 kerusi ini. Walaupun orang lain ada 100 kerusi, kerana nak tubuh kerajaan mesti ada 112 kerusi. Parti-parti tak mampu nak dapat 112 kerusi. 100 boleh, 80 boleh, 88 boleh, sekadar itu sahaja. 

Kalau kita ada 40 kerusi, bermakna kita akan menjadi tempat pergantungan siapa nak tubuh kerajaan. Dengan 40 kerusi ini, kita ada pengaruh, boleh minta macam-macam. Dengan 40 kerusi ini, kita boleh tarik sokongan, jatuh siapa dia, naik siapa dia. Ini dari segi politik, kena faham dari segi politik, kedudukan politik.

Walaupun dengan 40 kerusi, kita tidak majoriti. Bila 40 kerusi ini kita boleh menentukan kerajaan. Ini dari segi politik, ini kena mengaji ilmu politik. Orang mengaji politik tahulah, yang tak mengaji politik tak tahu hal macam ini. Kalau tak tahu, ikut orang yang tahu. Ini kena faham. Jangan belajar dengan surat khabar, kena belajar dengan kitab, kena belajar dengan nas-nas yang dibincangkan oleh ulama kita. 

InsyaAllah hari ini kita akan lancarkan tabung derma untuk pilihan raya. Bagi Terengganu kita nak kerusi kita lebih banyak. Terengganu ini tempat majoriti orang Islam macam Kelantan, macam Kedah. Kerusi Terengganu, kerusi Kelantan, kerusi Kedah kena banyak, jadi asas kepada 40 kerusi ditambah oleh negeri-negeri yang lain. 

(Transkrip oleh Penolong Pengarang Berita Harakah, IZWAN ABDUL HALIM dari ucapan Presiden PAS ketika merasmikan Pelancaran Dana 1 Juta Ke Wisma Darul Iman, pada 12 Januari 2018 di Masjid Rusila, Marang) - HARAKAHDAILY 13/1/2018

Lihat sebelum ini..
Siri Politik Islam Masakini..

7 comments:

Anonymous said...

PAS adalah benteng dari terdirinya regime PH yg merupakan intipati Jahiliyah modern yg anti Islam


http://malaysiandigest.com/bahasa-malaysia/691126-10-bukti-dap-anti-islam-menurut-ridhuan-tee.html

10 Bukti DAP Anti Islam Menurut Ridhuan Tee

KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas, Prof. Dr. Ridhuan Tee Abdullah menyenaraikan 10 bukti yang menunjukkan DAP merupakan sebuah parti anti-Islam.

Yang pertama, pemimpin DAP Perak, Nga Kor Ming pernah menghina umat Islam dengan menyamakan pemberian duit raya sama seperti rasuah atau dedak.



Kedua, tokoh DAP Pulau Pinang, Jeff Ooi menghina kematian ulama tersohor Tuan Guru Harun Din dengan ungkapan ‘Adios Harun Din’.

Ketiga, Nga Kor Ming sindir purdah yang dipakai sebahagian wanita Islam. Apabila Datuk Ahmad Darus cadang pramugari memakai pakaian menutup aurat, pemimpin DAP kata pemimpin Melayu otak cacat.

Keempat, Pemimpin DAP yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy menggelar pendakwah terkenal antarabangsa, Dr. Zakir Naik sebagai ‘setan’, 



Kelima, DAP pernah lantang mempertikaikan kandungan khutbah Jumaat dan mengganggu urusan fatwa di Pulau Pinang. 



Keenam, DAP biadab mempersoalkan laungan azan dan bacaan ayat al-Quran melalui pembesar suara masjid. 

Ketujuh,

DAP mempersoalkan larangan murtad dan mempersoalkan kewujudan JAKIM.


Kelapan, DAP berani menghina dan mempersenda hukum hudud.

Kesembilan, DAP separuh mati menentang RUU355, mereka kata konon RUU355 belum perlu.

Ke-10 DAP menentang ustaz dan ustazah dari Semenanjung dihantar ke Sarawak,



“Belum berkuasa di Putrajaya, DAP telah cuba memandulkan Islam. DAP adalah komponen Pakatan Harapan. Berpolitik untuk memenangkan PH bermakna berpolitik memenangkan DAP.



“Politik DAP adalah politik memandulkan Islam. Maka sesiapa umat Islam yang berpolitik untuk PH bermakna mereka berpolitik untuk memandulkan Islam – agama mereka sendiri. Tepuk dada tanya iman,” katanya dalam satu kenyataan.

- Utusan Malaysia

Anonymous said...

Kita semua telah menyaksikan bagaimana Pakatan Haprak yang terdiri dari parti liberal seperti parti kuali , parti jijah dan parti mahafiraun dan dipimpin oleh parti kafir harbi DA-Pig telah:

1. Menyokong dan mempromosi sekularisme, liberalisme, pluralisme, feminisme dan evangelisme yang meruoakan ideologi sesat yang bertentangan dengan ajaran Islam kerana ideologi sesat tersebut mengamalkan matlamat menghalalkan cara.

2. Menghina dan menentang ajaran Islam seperti ulama Islam, mufti, fatwa, undang-undang Syariah termasuk Hudud, hukum menutup aurat dll, institusi Islam seperti mahkamah Syariah dll.

3. Menafikan hak umat Islam untuk mengamalkan ajaran Islam walaupun umat Islam adalah rakyat majoriti.

Sikap anti-Islam juga diamalkan oleh parti kafir harbi seperti parti MICkey Mouse, parti MaCAi, dan parti Gelakkan dll dalam Beban Negara.

Oleh sebab itu, marilah kita semua umat Islam menyokong dan mengundi parti Islam PAS dalam PRU14 supaya PAS boleh membela agama Islam dan hak umat Islam dan menubuhkan kerajaan yang adil, telus, jujur, amanah dan bertanggung jawab.

md zaimi said...

Cantik sungguh tulisan orang orang memperjuangkan islam.adakah csra ini yang di perjuangkan nabi2 dan sahabat nabi?

Anonymous said...

Moga islam beroleh kejayaan di negara islam malaysia. Ameeen

Anonymous said...

WAH PEMIMPIN-PEMIMPIN PARTI KUALI PIMPINAN MIKE SELFIE DADA TELAH DIKENCING HANCING KAW KAW OLEH LGE, JIJAH DAN MAHAFIRAUN.

LGE, JIJAH DAN MAHAFIRAUN TELAH MEMBERIKAN SEDIKIT SAHAJA KERUSI KEPADA PARTI KUALI. SEBAHAGIAN DARI KERUSI TETSEBUT ADALAH KUBU KUAT PARTI KERIS TELANJANG.

NAMPAKNYA PARTI KUALI DAN MIKE TELAH DIBERIKAN TUGAS KAMIKAZI DAN AKHIRNYA MELAKUKAN HARAKIRI DALAM PRU14.

KESIAN PARTI KUALI YANG MENJADI KHADAM PARTI KAFIR HARBI DA-PIG.

Anonymous said...

http://klxpress.com.my/editorial/6716-10-bukti-dap-anti-islam.html


10 Bukti DAP Anti Islam
inShare

Tindakan Parti Tindakan Demokratik (DAP) negeri Pahang yang bercadang untuk menyaman Jabatan Agama Islam Pahang dan khatib khutbah hari raya Aidiladha hanya kerana isi kandung ucapan yang menggesa umat Islam supaya bersatu padu dan jangan berpecah belah walaupun berlainan ideologi politik memang keterlaluan.

Khatib menyelar sikap orang Islam yang berpecah belah sehingga sanggup bersama dengan parti DAP yang anti Islam. Mengapa perlu DAP melenting? Adakah parti roket itu merasa pedasnya?

Isu DAP vs Islam bukan sesuatu yang baru, sejak dahulu lagi DAP sudah bertelagah dengan sesiapa jua yang cuba memperjuangkan Islam. Jika mahu melihat yang popular dan terkini, lihatlah apa terjadi pada hubungan parti Islam PAS dengan DAP. Selepas PAS ditendang keluar, DAP semakin naik tocang.

Jika disenaraikan, memang banyak buktinya, yang pertama, dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.

Bukti kedua, prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.

Bukti 3, siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.

Bukti keempat, DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.

Bukti kelima, Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.

Bukti keenam, DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.

Bukti ketujuh, DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.

Bukti kelapan, DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.

Bukti kesembilan, DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.

Bukti kesepuluh, pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.

Anonymous said...

Amin.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails