Monday, January 15, 2018

Rambut Pun Jadi Beku, Kerana Redah Cuaca Sejuk Ke Sekolah.




GAMBAR tular seorang budak dengan rambut keras seperti titisan air beku akibat berjalan dalam suhu beku ke sekolah telah membangkitkan perdebatan tentang kesan kemiskinan kanak-kanak.

Wang Fuman, pelajar sekolah rendah di wilayah barat daya Yunnan, mendapat jolokan ‘Budak Fros’ selepas pengetua sekolahnya berkongsi gambar dalam talian dengan pipinya yang merah dan rambut berais.
Menurut laporan agensi China News Service (CNS), guru yang mengambil foto tersebut berkata, murid lelaki itu terpaksa berjalan kaki lebih sejam dari rumahnya di kawasan luar bandar ke sekolah sejauh 4.5 kilometer.
Suhu negatif 9 darjah Celcius pada hari gambar itu diambil. Foto-foto lain menunjukkan tangan dan jari-jemari Wang yang membengkak diletakkan di atas kertas peperiksaan Matematik tertera dengan markah 99 peratus.




Pengurangan kemiskinan menjadi antara inisiatif Presiden China, Xi Jinping sejak memegang jawatan pada 2012 yang menyeru kewujudan ‘masyarakat cukup makmur’ dan berikrar hapus kemiskinan luar bandar menjelang 2020.
Statistik rasmi 2016 mencatatkan 43.3 juta penduduk pedalaman di seluruh China masih lagi hidup di bawah garis kemiskinan dengan pendapatan 2,300 yuan (RM1,376) setahun di negara yang mempunyai 1.4 bilion penduduk itu.
Nasib ‘kanak-kanak seperti Wang, yang mana ibu bapanya bekerja di bandar, manakala mereka tinggal di kampung bersama saudara kandung, datuk atau nenek, telah menjadi perbincangan hangat pada tahun kebelakangan ini.
“Kita masih belum melakukan kerja yang cukup untuk membantu orang miskin,”kata seorang pengulas di platform sosial Weibo seperti Twitter. Seorang pengguna lain berkata: “China mempunyai banyak kanak-kanak seperti ini.”

Beberapa pengguna media sosial tempatan bagaimanapun ada menuduh pihak media pula konon terlampau mengeksploitasi kisah ‘Budak Fros’ dengan memaparkannya dalam laporan video yang agak keterlaluan.
Namun perhatian tular dalam talian terus menjana reaksi positif: Beijing Newsmengumumkan menerusi akaun Weibonya bahawa pengguna Internet yang bersimpati telah menyumbangkan 100,000 yuan (RM61,252).
Derma tersebut diberikan kepada pihak sekolah tempat Wang belajar dan beberapa sekolah lain di kawasan terpencil itu. Setiap pelajar pula secara individu bakal menerima sumbangan ihsan 500 yuan (RM1,988).
“Saya mahu menjadi pegawai polis untuk melawan orang jahat,” kata Wang kepada akhbar The Paper yang berpusat di Shanghai. “Perjalanan ke sekolah adalah sejuk tetapi ia tidaklah sukar!” – Agensi.


Sama saja, DAP, UMNO, PAN..
Hasil carian imej untuk gambar lim guan eng najib
Hasil carian imej untuk gambar lim guan eng najib
Hasil carian imej untuk gambar lim guan eng najib

Lihat sebelum ini..
Hasil carian imej untuk undi siapa

5 comments:

Anonymous said...

Biar lah rambut yang beku.. jangan macam orang yang sokong PAS dan taat pada Hadi buta-tuli, otak dah beku.

Maaf ya Syim .. hihihi

Anonymous said...

Burung menjadi keras waktu selfie d amoy langgar dada

Anonymous said...

Puak penentang islam meroyan

Anonymous said...

Macai-macai poyo ternakan DA-Pig perasan 'suci' sibuk memfitnah ulama Islam. Macai bodoh bertingkat ini adalah seperti ayam jantan berkokok kuat tetapi ekor penuh dengan tahi.

Anonymous said...

walaunta.. kah kah kah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails