Friday, January 19, 2018

Rumah Ahli Parlimen DAP Perak Diserbu SKMM Pula..


Post Pic
IPOH : Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengesahkan pihaknya menyerbu tiga premis yang mempunyai kaitan dengan Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming, semalam.
Menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan, suruhanjaya itu dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak menyerbu sebuah premis di Ayer Tawar, Taiping dan Ipoh bermula kira-kira jam 3 petang Khamis.
Tindakan berkenaan dibuat susulan aduan terhadap Pengerusi DAP Perak itu yang didakwa menyebarkan kandungan berunsur jelik menerusi laman media sosialnya.
Dalam serbuan itu juga, beberapa peralatan komunikasi turut dirampas untuk siasatan.
"Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
"Jika sabit kesalahan, denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali boleh dikenakan," kata kenyataan tersebut.


5 comments:

Anonymous said...

http://ww1.utusan.com.my/utusan/Parlimen/20140612/pa_05/Koo-Ham-mahu-umat-Islam-hormati-murtad

Koo Ham mahu umat Islam hormati murtad

KUALA LUMPUR 11 Jun - Seorang wakil rakyat DAP hari ini mencetuskan kontroversi apabila meminta umat Islam di negara ini menghormati hak saudara seagama mereka yang murtad untuk mengamalkan agama baharu.

Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas) berkata, perkara itu berdasarkan peruntukan Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama.

"Saya berharap orang Islam boleh terima peruntukan 11(1) yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama itu oleh orang perseorangan.

"Kalau seseorang itu hendak meninggalkan agama dan dia berusia lebih 18 tahun, kita mesti menghormati hak yang sudah diberikan kepada mereka, yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan," katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2014) 2014.

Sementara itu, Khoo Ham yang juga Pengerusi DAP Perak berkata, sebagaimana orang bukan Islam perlu menerima hakikat bahawa undang-undang boleh digubal untuk menyekat mereka yang menyebar agama, orang Islam juga wajar menerima peruntukan Perkara 11(1) yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama.

Beliau juga meminta supaya penjaga yang mendapat hak jagaan diberi kebebasan mendidik kanak-kanak berusia 18 tahun mengikut agama yang dianutinya berdasarkan peruntukan Perkara 12(3) dan 12(4) Perlembagaan Persekutuan.

"Perkara ini jelas supaya tidak ada perbalahan, jika sudah capai usia 18 tahun, kanak-kanak itu bebas menganut agama seperti yang dijamin oleh Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Dalam pada itu, Khoo Ham turut mempertikaikan tindakan undang-undang yang dikenakan terhadap pengikut Syiah.

"Saya berasa tidak selesa apabila Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Syiah tidak bersependapat dan saya tidak setuju tindakan undang-undang terhadap pengikut-pengikut Syiah ini," katanya.



Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Parlimen/20140612/pa_05/Koo-Ham-mahu-umat-Islam-hormati-murtad#ixzz54as9sBOb
© Utusan Melayu (M) Bhd

Anonymous said...

SALAM TUAN LINK KE ARTIKEL DAN VIDEO ADA DIBAWAH


http://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/dap-hina-islam-kenapa-pakatan-diam-ridhuan-tee/

DAP Hina Islam, Kenapa Pakatan Diam? – Ridhuan Tee

Jangan kecam saya dengan status ini. Ia adalah realiti bukan fantasi.
Kita bukan rasis kaum kerana ajaran Islam adalah universal.

Saya pun keturunan Cina. Saya sayang bangsa saya tetapi saya lebih sayang agama saya.

DAP BAIK… PKR BAIK… PH BAIK…

ORANG ISLAM BACA ELOK-ELOK

Apa sebenarnya yang dimahukan oleh mereka?

Mereka serang PAS tanpa letih. Mereka tegar fitnah PAS. Hanya kerana PAS tidak mahu lagi bersama dengan DAP. Mereka berasa DAP penting demi tawan Putrajaya.

Lalu mereka tergamak kutuk PAS kerana tegas dengan agenda Islamnya. Mereka memusuhi kepimpinan ulama PAS. Mereka angkat pemimpin DAP sebagai lebih berakhlak, lebih dipercayai dan lebih bervisi.

Mereka lawan, mereka balun, mereka maki. Mereka jadikan PAS sebagai musuh tetapi DAP pula jadi kawan tanpa lagi melihat panduan hadis Nabi SAW dan al-Quran.

Sewajarnya 10 kenyataan atau peristiwa berikut menginsafkan mereka dalam pakatan pembangkang. Sampai bilakah mereka hendak keliru atau dikelirukan?

Pertama, pemimpin DAP Perak, Nga Kor Ming pernah menghina umat Islam dengan menyamakan pemberian duit raya sama seperti rasuah atau dedak. Mereka diam.

Kedua, tokoh DAP Pulau Pinang Jeff Ooi menghina kematian ulama tersohor Tuan Guru Harun Din dengan ungkapan ‘Adios Harun Din’. Mereka tidak terasa apa-apa.

Ketiga, Nga Kor Ming sindir purdah yang dipakai sebahagian wanita Islam. Apabila Datuk Ahmad Darus cadang pramugari memakai pakaian menutup aurat, pemimpin DAP kata pemimpin Melayu otak cacat. Mereka diam.

Keempat, Pemimpin DAP yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy menggelar pendakwah terkenal antarabangsa, Dr. Zakir Naik sebagai ‘setan’, mereka diam.

Kelima, DAP pernah lantang mempertikaikan kandungan khutbah Jumaat dan mengganggu urusan fatwa di Pulau Pinang. Mereka diam juga.

Keenam, DAP biadab mempersoalkan laungan azan dan bacaan ayat al-Quran melalui pembesar suara masjid. Mereka buat lembu kenyang.

Ketujuh, DAP mempersoalkan larangan murtad dan mempersoalkan kewujudan JAKIM. Semuanya mereka diam.

Kelapan, DAP berani menghina dan mempersenda hukum hudud. Mereka diam juga.

Kesembilan, DAP separuh mati menentang RUU355, mereka kata konon RUU355 belum perlu. Maqasid syariah dengan DAP pula mereka berguru.

Kesepuluh, DAP menentang ustaz-ustazah dari Semenanjung dihantar ke Sarawak, mereka membisu.

Belum berkuasa di Putrajaya, DAP telah cuba memandulkan Islam. DAP adalah komponen Pakatan Harapan. Berpolitik untuk memenangkan PH bermakna berpolitik memenangkan DAP.

Politik DAP adalah politik memandulkan Islam. Maka sesiapa umat Islam yang berpolitik untuk PH bermakna mereka berpolitik untuk memandulkan Islam – agama mereka sendiri. Tepuk dada tanya iman.

TAMBAHAN:
1) Isu Kalimah Allah hendak letak dalam Bible – Penyokong DAP & PKR
2) Isu Azan guna pembesar suara jadi isu – Penyokong DAP
3) Isu memudahkan proses murtad – Penyokong DAP
4) Isu status agama anak kita selepas umur 18 tahun – Penyokong DAP

Semua isu ini disokong 100% oleh DAP. Malangnya Melayu Islam kita di dalam PKR dan Parti Harapan masih lagi buta! dan tetap sokong DAP lalu menghina PAS.

Walaupun hakikatnya mereka nampak DAP sebenarnya adalah musuh Islam yang nyata!!!! –

Anonymous said...

Sejahat-jahat DAP mereka jahil tentang Al Quran. Sebaik-baik PAS mereka guna ayat Al Quran untuk kepentingan politik semata-mata.

Perkara yang sama tetapi ayat Quran yang lain.

Jika Hadi dan pemimpin PAS yang ada sekarang berani di tangkap dan di penjarakan atau pernah merasai kehidupan dalam penjara, tentu sifat ketegasan mereka terhadap agama membuat DAP sedikit cuak untuk bertindak sebegitu rupa.

Jika Islam di muliakan dengan berpegang teguh pada nya, rasuah di tentang dan akhlak pemimpin nya terpuji, isu yang di bangkitkan oleh DAP tidak menjadi isu.

Malah mereka akan hormat pada Islam.

Sepatutnya Ridhuan Tee menulis untuk memberi teguran pada DAP tetapi dia menulis ada lah untuk menghasut.

Maka bertambah buruk lah imej Islam.

Anonymous said...

Wauii liberal berhujah menghalalkan DAP

Anonymous said...

Woi macai dedak cap roket ternakan DA-Pig 11:49 am, sejak bila parti kafir harbi DA-Pig yang selama ini memusuhi agama Islam menghormati agama Islam?

Bukankah selama ini DA-Pig telah menghina dan memburuk-burukkan ajaran Islam dan menindas umat Islam?

Alasan jahil bukan lesen untuk DA-Pig menghina Islam. Biasalah macai ternakan DA-Pig terlalu taksub memuja dan menjilat pemimpin kafir yang terlibat dalam pelbagai skandal.

Maka tidak hairanlah macai-macai sesat selalu menghina dan memfitnah ulama Islam dan parti Islam PAS yang menyeru manusia kembali kepada kebenaran (Islam).

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails