Friday, January 19, 2018

"Saya bangga menjadi orang Islam." -Pemain Ragbi N/Zealand.


 Sonny Bill Williams
Sonny Bill Williams

PEMAIN ragbi New Zealand, Sonny Bill Williams meluahkan kegembiraan dan syukur semenjak memeluk agama Islam pada 2009.

Melalui akaun di laman Twitter dan Instagram, Williams mengatakan beliau dipandu seorang sheikh untuk melawat beberapa lokasi, antaranya Kaabah dan Masjid Al-Nabawi.

"Rasa sangat seronok dapat melawat Masjid Al-Nabawi di Madinah," kata Williams di Instagram.

Williams sebelum ini ditemuramah Mail Online dan menceritakan pengalamannya selepas memeluk Islam.

"Saya bangga menjadi orang Islam. Saya dapat rasa kegembiraan dan ketenangan yang telah lama saya cari.

"Sebelum saya memeluk Islam, saya tinggal di Toulon dan selalu risau dengan benda remeh-temeh. Kemudian saya berjumpa dengan satu keluarga yang berasal dari Tunisia dan mereka selalu belanja saya sarapan.

"Mereka tidak minta apa-apa dari saya dan cuma meminta panduan dari Allah S.W.T. dan itu membuatkan saya terfikir," akhiri Williams.

Berdasarkan kapsyen-kapsyen dalam foto dan video lain, Williams dijangka melakukan umrah tidak lama lagi.


2 comments:

Anonymous said...

Arak adalah haram dari segi syarak. Adakah PAN mahu berbangga dengan lebih banyak pemabuk di Malaysia kerana tidak mahu cukai arak yg tinggi.

PAN MAHU HARGA ARAK MURAH DENGAN CUKAI RENDAH

http://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/pan-kesal-cukai-arak-naik-bakal-beban-peminum/

PAN Kesal Cukai Arak Naik Bakal Beban Peminum

ENTAH di mana silapnya ‘kecerdikan’, seorang wakil PAN hari ini mengatakan cukai minuman keras tidak sepatutnya dinaikkan kerana dikhuatiri membebankan golongan bukan Muslim.
Ahli Parlimen PAN Kota Raja, Dr. Siti Mariah Mahmud mengatakan perkara demikian ketika membahaskan Bajet 2017 yang diadakan di Dewan Rakyat Hari ini.

“Saya melihat cukai terhadap rokok sedang meningkat. Bagi alkohol pula, ia dibenar untuk bukan Muslim, jadi jika kita naik cukainya ia akan membebankan mereka,” katanya yang dipetik Free Malaysian Today.

“Saya mencadangkan bagi tempoh jangka panjang, minuman beralkohol dan produk tembakau dijual berasingan di premis tertentu,” tambahnya lagi.

Menurutnya, cadangan tersebut adalah bagi memudahkan penguat kuasa menjalankan pemantauan jika kedai menjual minuman keras bukan berada di kawasan majoriti Islam.

Dari sudut normanya, benar, peningkatan cukai minuman keras sememangnya akan membebankan golongan peminum arak yang terdiri daripada golongan bukan Muslim.

Namun jika difikir lebih jauh, cadangannya itu sebenarnya secara tidak langsung memudahkan orang Islam membeli arak dengan harga standard yang murah di pasaran.

Maka golongan belia yang sekadar ingin ‘cuba-cuba’ membeli arak berkemungkinan menjadi peminum tegar disebabkan harganya yang tidak lagi ‘dibebankan’ dengan cukai sedia.

Terdahulu, Siti Mariah dalam ucapannya meminta kerajaan menjelaskan jumlah diterima daripada “cukai dosa”, iaitu termasuk cukai dan duti eksais daripada alkohol, tembakau dan perjudian. – MYNEWSHUB.CC

Anonymous said...


Sayang sekali pendirian politik PAS tidak sama sepertimana pendirian politik DAP.

Islam kuat bukan kerana laungan azan atau membantah arak atau menentang ustaz-ustazah dari Semenanjung dihantar ke Sarawak..

Islam kuat jika kita menjadikan Islam sebagai rahmatanlillahirabbilalamin kepada semua manusia.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails