SHAH ALAM: Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, diingatkan supaya tidak mencampur-adukkan isu politik dalam pentadbiran negeri yang mendapat mandat daripada rakyat.
Perkara itu dibangkitkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, susulan kenyataan Pesuruhjaya PAS Negeri, Sallehen Mukhyi, berhubung dakwaan pembekuan peruntukan wakil rakyat parti itu pada tahun ini berjumlah RM800,000.
“Sepatutnya kita (kerajaan negeri) mesti membezakan antara parti politik dengan kerajaan. Selepas pilihan raya, parti politik yang menang boleh membentuk kerajaan sendiri atau kerajaan.
“Bagaimanapun, jika berlaku sentimen politik dalam memerintah, ia adalah satu pendekatan yang salah. Selepas pilihan raya, kita mesti menganggap semua rakyat sama ada yang menyokong atau tidak menyokong kita sebagai tanggungjawab yang perlu diutamakan.
“Itu pendekatan yang sepatutnya kita gunakan, tidak ada diskriminasi dan tak ada pilih parti,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Himpunan Fastaqim 2.4 dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya PAS Selangor, di Seksyen 17, di sini, hari ini.
Abdul Hadi diminta mengulas isu peruntukan kepada wakil rakyat PAS di Selangor yang didakwa dibekukan oleh kerajaan negeri sebelum ini.
Sebelum ini, media melaporkan, Sallehen menyatakan hasrat PAS Selangor mahu mengadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, sebagai jalan terakhir sekiranya kerajaan negeri pimpinan Mohamed Azmin gagal menyelesaikan masalah pengagihan peruntukan kawasan kepada wakil rakyat parti itu dengan segera.
Sallehen berkata, beliau menerima maklumat berkenaan pembekuan peruntukan itu daripada pegawai Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor.
Bagaimanapun, usaha menghadap Sultan Selangor itu hanya akan dilakukan selepas mendapat penjelasan daripada Mohamed Azmin terlebih dahulu.
Sementara itu, EXCO Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata sebarang tindakan berhubung isu itu akan dilakukan Februari depan.
Katanya, sehingga kini pihaknya masih tidak menerima sebarang makluman atau surat dari kerajaan negeri berhubung perkara itu.
“Selalunya, setiap tahun, peruntukan ini diberikan penghujung Januari. Kita tunggu dan lihat apa akan berlaku sampai hujung bulan ini,” katanya – BH
http://www.ibnuhasyim.com/2016/06/dia-yang-buat-masjid-dhirar-siapa.html?m=1
ReplyDeleteDia Yang Buat Masjid Dhirar.. Siapa?
KEJADIAN berlaku ketika solat, oleh kerana seorang makmum merasakan suaranya lebih sedap dan merdu daripada suara imam, lalu dia pun membaca dengan jahar, malahan lebih kuat daripada Imam.
Usai solat, imam dan makmum lain menegurnya, kenapa kuatkan suara melebihi imam. Awalnya dia hanya diam bila ditegur, namun ketidakpuasan hatinya berpanjangan, tiap kali dia solat berjamaah, dia tetap membaca dengan kuat.
Akhirnya imam dan makmum yang lain sudah tidak dapat menahan sabar kerana sikapnya yang menganggu solat jamaah. Keputusan dibuat dan dia tidak dibenarkan lagi solat berjamaah disitu.
Dia begitu marah dan menjaja cerita kononnya imam dan makmum di kampungnya jahil, tak boleh nak menilai mana yang lebih baik, lebih suka memilih orang yang lemah dan tak nak menerima orang yang lebih baik.
Di kampungnya pula, imam dan orang kampung kini rasa aman waktu bersolat, tiada lagi gangguan suara yang lebih kuat daripada imam. Kalau tidak huru hara sokmo (istilah Pahang yang bermakna sentiasa), nak solat pun sentiasa terganggu.
Akhirnya si-makmum (yang perasan bersuara merdu) tadi buat masjid baru dan dia menjadi imam. Kini dia boleh bersuara kuat sebab dah jadi imam. Namun di masjid barunya kini telah mula tidak aman sebab ada makmum yang telah mula membaca lebih kuat darinya.
Aduh..mapehhhhhh
Makmum Mike Selfie, Khalid Bluetooth, Deen Pudu dll
DeleteMereka memaki hamun Ulamak dari PAS
ReplyDeleteMereka memaki hamun para Mufti
Kekasih mereka DAP menghina Mufti Pahang mengenai Khutbah AdilAdha
Kekasih mereka DAP melalui wakil mereka Datuk Ngeh Koo Ham pada tahun (2014) mahu hak murtad bagi orang Islam
Bila orang Islam saling berkasih sayang, ada pula yg berkasih dengan katua musyriqin Penang marie
Dengan apa diatas, PAN redha kesemuanya. PAN redha kepada Kemusyrikan DAP bagai Abudllah bin Ubay redha kepada Yahudi Bani Qainuqa
Ingat PAN
Ingat DAP
Ingat DAP Ingat Kaum Musyriq yg bencikan keimanan
Ingat DAP Ingat ABu Lahab dan Abu Jahal
Ingat kelakuan DAP, Ingat bagaimana Musyriqin menyiksa Saidina Bilal
Jika terjadi 1500 tahun dahulu, seorang yg mengaku beriman dan mempercayai dirinya beriman tetapi lebih suka mendengar ayat2 Ketua Musyrikin contohnya Abu Jahal dan Abu Lahab dari mendengar golongan2 alim. Mencintai yahudi Bani Qainuqa lebih dari mencintai orang mukminin dari Madinah.
DeleteApakah sipolan ini bersama2 dgn Saidina Abu Bakar, Umar, Othman dan Ali? Sesungguhnya tidak.
Sipolan2 lebih suka berdamping dengan Abdullahh bin Ubay. Bila bersama2 dengan Abdullah bin Ubay maka terasa diri Progressive dan Inclusive.
Wallahualam
Video PAN kena Sound
ReplyDeletehttps://www.youtube.com/watch?v=xLRpZgzBAwk
PAN TIDAK JAGA SENSITIVITI ORANG ISLAM
Ceramah PAN yang di buat ketika Umat Islam sedang Berterawih.
Terawih belum tamat pentas cermah politik dah memekak..
MENARIKNYA.. Ceramah PAN itu penuh dengan Orang DAP..
Apa Maksudnya Buat ceramah berhampiran masjid ketika orang berterawih.?
Dalam agama pun ada politik. jadi macamana nak bezakan antara politik dengan kerajaan kerana politik lah terbentuknya kerajaan.
Sedangkan agama yang bukan ujud kerana politik pun di politikkan oleh orang itu sendiri.
Islam itu adalah syumul. Maknanya keseluruhan hidup... politik, keluarga, perniagaan, pentadbiran dan lain2.
DeleteMasalahnya golongan liberal mau Islam sebagai ritual sahaja. Itu pasallah la PAN kata LBGT, arak, atheist itu semua okey. Kerana kasih DAP, PAN menolak islam yg menyeluruh
Kerajaan tu kan politik. Jadi tak betul lah bila cakap jangan campur aduk kan Kerajaan dengan politik.
DeleteJawab. Adakah Azmin itu ahli politik atau MB? Adakah Hadi se orang ulama atau ahli politik?
tidak setuju dengan PH bermakna bersekutu dengan BN. Boleh ke parti PIS perintah Malaysia sendirian?
ReplyDeletehttp://malaysiandigest.com/bahasa-malaysia/691126-10-bukti-dap-anti-islam-menurut-ridhuan-tee.html
Delete10 Bukti DAP Anti-Islam Menurut Ridhuan Tee
KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas, Prof. Dr. Ridhuan Tee Abdullah menyenaraikan 10 bukti yang menunjukkan DAP merupakan sebuah parti anti-Islam.
Yang pertama, pemimpin DAP Perak, Nga Kor Ming pernah menghina umat Islam dengan menyamakan pemberian duit raya sama seperti rasuah atau dedak.
Kedua, tokoh DAP Pulau Pinang, Jeff Ooi menghina kematian ulama tersohor Tuan Guru Harun Din dengan ungkapan ‘Adios Harun Din’.
Ketiga, Nga Kor Ming sindir purdah yang dipakai sebahagian wanita Islam. Apabila Datuk Ahmad Darus cadang pramugari memakai pakaian menutup aurat, pemimpin DAP kata pemimpin Melayu otak cacat.
Keempat, Pemimpin DAP yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy menggelar pendakwah terkenal antarabangsa, Dr. Zakir Naik sebagai ‘setan’,
Kelima, DAP pernah lantang mempertikaikan kandungan khutbah Jumaat dan mengganggu urusan fatwa di Pulau Pinang.
Keenam, DAP biadab mempersoalkan laungan azan dan bacaan ayat al-Quran melalui pembesar suara masjid. Ketujuh,
DAP mempersoalkan larangan murtad dan mempersoalkan kewujudan JAKIM.
Kelapan, DAP berani menghina dan mempersenda hukum hudud.
Kesembilan, DAP separuh mati menentang RUU355, mereka kata konon RUU355 belum perlu.
Ke-10 DAP menentang ustaz dan ustazah dari Semenanjung dihantar ke Sarawak,
“Belum berkuasa di Putrajaya, DAP telah cuba memandulkan Islam. DAP adalah komponen Pakatan Harapan. Berpolitik untuk memenangkan PH bermakna berpolitik memenangkan DAP.
“Politik DAP adalah politik memandulkan Islam. Maka sesiapa umat Islam yang berpolitik untuk PH bermakna mereka berpolitik untuk memandulkan Islam – agama mereka sendiri. Tepuk dada tanya iman,” katanya dalam satu kenyataan.
Parti Suci telah menghalang penceramah yang menyokong AMANAH memberi tazkirah di Mesjid dan Surau di Negeri Selangor...
ReplyDeleteAjaran Parti Sesat yang mendiskriminasikan agama tapi bantah diskriminasi dalam Kerajaan.
Alhdulillah. Terima Kasih Isma kerana memberi semua jawapan yg membua macai2 PH tak boleh jawab
ReplyDelete