NEW YORK – Oprah Winfrey mungkin bertanding jawatan Presiden, mencabar Donald Trump selepas timbul spekulasi personaliti TV bilionair itu sedang mempertimbangkan rancangan tersebut.
Sehari selepas memberi ucapan menaikkan motivasi kaum wanita di anugerah Golden Globes, wanita berkarisma itu menerima banyak panggilan menggesa beliau bertanding untuk jawatan Presiden.
Rata-rata ahli Demokrat mengakui Winfrey lebih baik berbanding Trump. Malah, ahli Republikan sendiri mengatakan beliau adalah pesaing yang lebih kuat berbanding Presiden bintang realiti itu.
Dalam satu temu bual kira-kira 20 tahun lalu, Trump sendiri pernah menamakan Winfrey sebagai Naib Presiden pilihannya.
Rumah Putih turut mengulas mengatakan cabaran itu dialu-alukan tidak kira Winfrey atau sesiapa saja. Bagaimanapun, Winfrey menafikan spekulasi itu.
“Saya tidak mahu. Saya tidak akan bertanding untuk apa-apa jawatan,” katanya di belakang pentas ketika acara anugerah Globes ketika ditanya sama ada beliau mahu bertanding jawatan Presiden.
Agensi berita CNN yang memetik dua sumber disifatkan sebagai ‘teman rapat’ memaklumkan Winfrey sedang mempertimbangkan untuk bertanding jawatan Presiden.
Menurut laporan itu lagi, rakan baik Oprah turut mengatakan bahawa Oprah boleh ‘dipujuk’ agar bertanding di masa akan datang. – AFP
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tak hairan Wan Azizah boleh jadi Timbalan PM Malaysia dan seterusnya jadi PM, sedang wanita bernama Oprah Winfrey inipun mungkin bertanding merebut jawatan Presiden AS mencabar Donald Trump, seperti angin spekulasi yang bertiup kencang sekarang.
Kan politik Malaysia, diceduk seperti politik AS?
Lihat sebelum ini..
6 comments:
Semakin teruk meroyannya pihak yang tidak senang kepada Pakatan Harapan. Kasihan sungguh....
Iblis
Abg Lobai tak mahu ulas ke kes wisma tok guru?. Sibuk singkap kain orang, tak sedar, diri sendiri telanjang bogel. Ulas lah Abg Lobai. Nak tengok jawapan abg Lobai berbElit macam serban tak?. Hehehekikikihahahakahkahkah
Puaka rimba memg puaka pun.
Bomoh membela pelbagai jenis jin seperti puaka, toyol, kluangay pelesit, hantu raya , mahligai, jin ifrit, ted , jerangkung dll untuk mengkhianati dan menzalimi manusia. Mereka diberi makan darah dan dedak cap roket setiap hujung bulan.
Adakah jijah sehebat Oprah yang pandai betcakap dan berhujah? I doubt it !
Post a Comment