Wednesday, January 17, 2018

Temui Jalan Selesai Bila Nur Sajat Jumpa JAKIM. Al-hamdulillah!

Jakim jumpa Sajat, temui jalan penyelesaian
Izwan (kiri) bersalaman dengan ahli keluarga Nur Sajat (kanan) dalam pertemuan mereka hari ini. - Facebook Izwan Yusof


SHAH ALAM: "Alhamdulillah. Kami telah menemui jalan penyelesaian." Demikian respons Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti, Jakim, Dr Izwan Yusof selepas berakhirnya pertemuannya dengan Usahawan Kosmetik Nur Sajat sekitar jam 3 petang tadi.

Menurut Izwan yang merupakan pakar dalam menangani lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di Jakim, berkata pertemuan mereka berlangsung harmonis.

"Insya-Allah semoga semuanya berjalan lancar dalam masa terdekat," kongsinya menerusi Facebook miliknya.

Sebelum ini, Jakim menyatakan hasrat untuk mengadakan pertemuan dengan Nur Sajat. Membalas pelawaan itu kemudiannya, menyatakan kesedian untuk bertemu dengan Jakim.

Bagaimanapun, Sajat menjelaskan, beliau hanya bersetuju mengadakan pertemuan itu sekiranya ia dilakukan secara berhemah demi kebaikan bersama. 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Selesai, al-hamdulillah. Ikut agama, mudah bukan menyusahkan. Yang menyusahkan, yang tak mahu ikut agama dan menolak Islam, walaupun mengaku beragama Islam.(AA)

Lihat sebelum ini..
Siri Politik Islam Masakini..

Hasil carian imej untuk undi siapa

5 comments:

Anonymous said...

Tabik spring kepada Jakim dalam isu Sajat. Ini baru dakwah

Bukan macam PAN. Ikutan PAN adalah taiko Penang banglo terlajak diskaun. Rujukan PAN adalah the rocket. Cuba tengok macam Mujahat (Dulu nama dia Mujahid), bukan nak berdakwah tetapi mempertahankan kemungkaran dlm isu LBGT

https://www.google.com/amp/www.ismaweb.net/2014/07/12/dr-mujahid-penghalang-atau-pembela-lgbt/amp/

Dr Mujahid: Penghalang atau pembela LGBT?

Draf Rang Undang-undang Keharmonian Nasional dan Rekonsiliasi tidak mengiktiraf orientasi seks pengamal perlakuan LGBT, sebaliknya, rang undang-undang itu melindungi hak golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender untuk tidak didiskriminasikan dalam aspek seperti bidang pekerjaan, kata Pengerusi Jawatankuasa Undang-undang dan Dasar, Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN), Datuk Dr Mujahid Yusof, sebagaimana dilaporkan oleh portal media liberal Malaysiakini.

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah dan tahniah kepada Datuk Dr Mujahid kerana draf rang undang-undang ini tidak mengiktiraf orientasi seks pengamal perlakuan LGBT.

Datuk Dr Mujahid,

Tidak mengiktiraf sesuatu kelompok tetapi melindungi hak kelompok berkenaan? Tidakkah pelik bin ajaib bunyinya. Apakah erti tidak diiktiraf? Bukankah ia bererti bercanggah dengan peraturan negara? LGBT tidak diiktiraf di Malaysia. Mengamalkan LGBT adalah salah di sisi undang-undang Malaysia. Pengamal LGBT ialah pesalah. Lalu bagaimana mungkin pesalah LBGT boleh hidup aman dengan mengamalkan LGBT dan bekerja di Malaysia? Malah, dijamin haknya untuk bekerja serta tidak boleh didiskriminasikan dalam pekerjaan?

Kita tidak mengiktiraf negara haram Israel, tetapi kita melindungi hak orang Israel untuk duduk dan bekerja di wilayah Palestin yang dijajah Israel?

Sebelum berbicara soal diskriminasi pekerjaan, terlebih dahulu perlu dibicarakan status pengamal LGBT di Malaysia. Pengamal LGBT tidak perlu malah tidak boleh dibenarkan hidup bebas di Malaysia. Mengamalkan LGBT ialah kesalahan di sisi undang-undang Malaysia. Pengamalnya mesti dikenakan tindakan undang-undang.

Sebagai majikan, adakah anda mahu memberikan pekerjaan kepada pengamal LGBT yang pastinya dikenakan tindakan undang-undang? Adakah anda mengamalkan diskriminasi jika anda tidak mahu memberikan pekerjaan kepada pesalah undang-undang?

Rang Undang-undang Keharmonian Nasional dan Rekonsiliasi untuk melindungi hak golongan LGBT untuk tidak didiskriminasikan dalam bidang pekerjaan adalah tidak perlu kerana kewujudan golongan LGBT itu sendiri adalah tidak perlu, malah mengamalkan LGBT adalah tidak dibenarkan di sisi undang-undang negara.

Puaka Rimba said...

JAKIM DAN GENG LOBAI HANYA PRIHATIN HAL~HAL ANU CELAH KANGKANG JE, HAL RASUAH PEMIMPIN NEGARA BUAT BUTA MATA. LAGI BESAR SERBAN ,LAGI KUAT NAFSU.Hehehekikikihahahakahkahkah

Anonymous said...

Puaka gila,

Rasuah negara, geng kamu buat apa?
tumpang sekaki melalui DAP..
Hina sungguh perangai kamu..

Anonymous said...

Puaka rimau dah geng kamu pun perasuah apa yg org buat kamu tak nampak. Tunggu lpas pru14 klau pas berjaya menidakkan majoriti bn dan ph dah tentu bn dan ph bergabung sebab dua2 musuh pas.

Anonymous said...

Nama pun dah puaka dah tentu seangkatan dng musuh islam. Dia tahu islam makin bersinar sebab tu meroyan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails