MARANG: "Dia orang tua dah, biar dia insaf sendirilah".
Demikian reaksi Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, terhadap tindakan Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad yang melabel beliau sebagai kafir dan pengkhianat kerana bekerjasama dengan Umno.
Sambil mengakui tindakan Dr Mahathir melabel beliau kafir dan pengkhianat itu sebagai melampau, Hadi berkata, bekas Perdana Menteri itu terdesak, apabila menjadikan serangan peribadi sebagai taktik politiknya untuk menjatuhkan pemimpin lain.
"Memang melampaulah (melabel kafir dan pengkhianat). Tetapi biar dia insaf sendirilah. Dia orang tua dah.
"Dia macam orang terdesak yang sudah rapat ke dinding. Apabila rapat ke dinding, dia tak boleh nak pergi. Dia (terpaksa) rempuh dinding itu.
"Jadi tak pasal-pasal pecah kepala sendiri. Jangan pecahkan kepala sendiri," katanya ketika ditemui selepas pelancaran markas besar PAS bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 N20 Pengkalan Berangan di sini, malam tadi.
Memetik BH Online, ahli Parlimen Marang itu menasihatkan Dr Mahathir supaya bertaubat kerana melabel beliau sebegitu.
"Dia kena duduk sorang-sorang (bersendirian) dan fikirkan semula (apa yang dia cakap). Fikir dan kena banyak membaca. Jangan baca buku perubatan saja, buku Islam pun kena baca.
"Saya biarkan dia insaf sendiri. Mudah-mudahan dia insaf. Antara saya dan dia saya sudah maafkan. Antara dia dengan tuhan, dia kena bertaubat," katanya.
Semalam, Dr Mahathir melabel Hadi sebagai kafir dan pengkhianat kerana bekerjasama dengan Umno.
Beliau juga mendakwa, Hadi hanya menggunakan Islam kerana pernah mendakwa kerajaan sebagai kafir dan wajar ditentang.
Terdahulu dalam ucapannya, Hadi berkata, PAS sudah lama bersabar dengan Dr Mahathir, terutama sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri, apabila kerap menentang usaha parti itu mengukuhkan landasan pentadbiran Islam.
"Apabila kita (kerajaan PAS) lulus undang-undang Islam di Kelantan, dia beri amaran sekiranya kita laksanakan undang-undang Islam, kerajaan Pusat akan bertindak.
"Kalau dulu zaman Dr Mahathir, dia hina Islam. Tutup aurat pun dia kata bukan agama suruh, tetapi adat saja. Dia tak nak kita laksanakan hukum Islam," katanya.
Berbanding dengan kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak katanya, hasil politik matang dan sejahtera, PAS dan Umno mampu bertemu dan bersetuju untuk membolehkan pelaksanaan beberapa hukum Islam.
"Perdana Menteri sekarang, kita boleh berbincang, kerana kita perlu kepada perubahan. Kalau zaman Mahathir, dia tak mahu fikir kita nak laksanakan Islam," katanya.
Dalam perkembangan lain, mengulas mengenai tindakan bekas Naib Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, keluar daripada PAS Ahad lalu, Hadi berkata: "Dia sudah lama keluar (PAS). Ibarat orang sudah mati lama, tetapi baru nak tanam."
Hadi yang juga ADUN Rhu Rendang ketika diminta mengulas mengenai tuduhan Dr Mahathir bahawa beliau adalah punca Tragedi Memali, berkata beliau sudah menulis buku mengenai tragedi itu dan sudah dicetak beberapa kali.
"Saya tak mahu ulang balik. Rujuk buku itu cukup," katanya. (Antarapos)
10 comments:
Islamkah mahafiraun apabila dia menghina, memburuk-burukkan dan menentang ajaran Islam seperti Hudud, hukum menutup aurat dll?
Islamkah mahafiraun yang bersekutu dan bersekongkol dengan parti kafir harbi yang menghina dan menentang ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam untuk mengamalkan ajaran Islam seperti undang-undang Syariah?
Islamkah mahafiraun yang menganut ajaran liberal yang menghina dan menggunakan hawa nafsu serakah untuk mentafsirkan Al-Quran dan menentang dan menolak Sunnah?
Islamkah mahafiraun yang menyokong pusk anti-hadis?
Islamkah mahafiraun yang telah membunuh ulama Islam dan orang kampung yang tidak bersalah? Apakah hukum membunuh orang mukmin?
Merujuk kepada amanat songsang Hadi dulu, dia menentang UMNO kerana mengekalkan perlembagaan penjajah maka menyokongnya menjadi kafir. Diketika inipun perlembagaan itu masih lagi sama tiada perubahan pun dan Hadi uturn pula menyokong UMNO yang kafir mengikut penilaian amanat tersebut (ehh ada nampak atau dengar ucapan dia menentang UMNO ke sekarang ni?), makanya berdasarkan amanat songsangnya sendiri itulah Hadi sedang mengkafirkan dirinya sendiri.
Itulah...dulu dia mengkafirkan orang, last last tuduhan kafir itu berbalik kepada dirinya sendiri, ambikkau!
Pembetulan:
Islamkah mahafiraun yang menganut ajaran liberal yang menghina ajaran Islam dan ...
?
Macai dedak roket menulis komen longkang yang mencerminkan kejahilan dan kebodohan bertingkatnya sendiri. Simpanlah sedikit bodoh kamu tu!
Sekarang aku cabar kamu jawab soalan ini:
Apakah hukum manusia mengamalkan ideologi buatan manusia seperti sekularisme, liberalisme, pluralisme dll dan menghina dan menolak ajaran Islam dan undang-undang Islam yang terkandung dalam Al-Quran dan Sunnah?
Anon 3.42pm
Islam atau tidak Islam, itu bukan urusan kita. Semuanya urusan Allah SWT. Jadinya janganlah memandai-mandai buat hukum sendiri. Yang lebih afdal, astagfar atau diam sahaja dan jangan menyibuk hal orang lain. Apakah anda masih Islam jika masih melabel manusia dengan panggilan mahafiraun..!!!! Tidak ada bedanya, dua-dua sama jahil murakabnya. Muhasabahlah diri sendiri dulu...
Anon 4:35pm,
Apakah yang membezakan antara orang Muslim dan orang kafir?
Jika Islam atau tidak Islam urusan Allah bukan urusan manusia, mengapa Allah menghantar para Nabi dan RasulNya dan kitabnya kepada manusia untuk menyeru mereka ke jalan yang benar?
Bukankah Al-Quran dan Sunnah telah memberi garis panduan tentang murtad dan kesesatan? Maka yang Muslim itu jelas, yang murtad dan kafir juga jelas.
Mengapa Allah mengutuk manusia sesat dan ingkar dan menyifatkan mereka seperti haiwan ternakan dll di dalam Al-Quran ?
Cerminlah diri kamu dahulu sebelum kamu memggelarkan orang lain sebagai jahil murakab dll.
Yang amat pasti dulu amanat Hadi mereng mendakwa menentang Perlembagaan Malaysia yang lalu dikatanya jika perlembagaan itu disokong maka telah jadi kafir. La ni Hadi mereng sendiri tidak menentang perlembagaan yang masih tetap sama, malahan bersekongkol pula, jadinya mengikut amanat marang merapu dia sendiri itu maka secara langsunglah Hadi mereng telahpun mengkafirkan dirinya sendiri. Bukan aku yang cakap dan Tun pun tidak tuduh dia kafir, tetapi amanatnya sendiri yang menuding Hadi telah jadi kafir.
Barua 12:32 am ternakan parti kafir harbi roket telah mengkafirkan ulama Islam. Jelas menunjukkan barua bangsat ini memfitnah ulama Islam.
Komen yang mengandungi isi yang bercanggah membuktikan barua roket mengidap penyakit mental yang kronik.
Barua gila ini mengkafirkan ulama yang membela agama Islam.
Sebaliknya pula barua gila ini tidak pula mengkafirkan orang yang menentang ajaran Islam sebab barua ini jenis kafir juga.
Macai 12:32 am telah mengkafirkan ulama Islam yang berusaha menegakkan agama Islam maka gelaran kafir itu telah kembali kepada macai tersebut.
Maka macai ini setaraf dengan pemimpin kafir harbi banglo terlajak diskaun.
Hadi mereng korang itulah yang mula mengkafirkan umat yang telah mengucapkan syahadah serta mentauhidkan Allah melalui amanat sesat lagi menyesatkan itu. Amanat sesatnya bukan sekadar mengkafir orang bukan islam sahaja, tetapi termasuk juga mengkafir orang islam yang tidak sealiran dengan kehendak PAS, parti menjual agama itu. Jika tuduhan itu ditujukan kepada penganut agama islam yang beriman mengeasakan Allah, maka mengikut hukum fiqahnya tuduhan itu pasti berbalik kepada dirinya sendiri dan itulah yang berlaku sekarang. Apa korang belum habis mengaji hukum fiqah ke?
Seterusnya korang tontonlah bukti video Hadi mereng pujaan korang dengan klik https://www.youtube.com/watch?time_continue=199&v=Z4VUqa9nlVs
Post a Comment