PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan menyampaikan penghakiman yang bersejarah apabila memutuskan pasangan yang memeluk Islam dan pasangannya yang bukan Islam mesti memberi persetujuan bagi penukaran agama anak bawah umur kepada Islam.
Panel lima hakim yang disidangi oleh Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum dan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Tan Sri Zainun Ali, Tan Sri Abu Samah Nordin dan Tan Sri Ramly Ali mengetepikan keputusan berhubung penukaran agama tiga anak guru Tadika M. Indira Gandhi oleh bekas suaminya yang merupakan seorang mualaf.
Panel lima hakim yang disidangi oleh Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum dan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Tan Sri Zainun Ali, Tan Sri Abu Samah Nordin dan Tan Sri Ramly Ali mengetepikan keputusan berhubung penukaran agama tiga anak guru Tadika M. Indira Gandhi oleh bekas suaminya yang merupakan seorang mualaf.
Hakim Zulkefli yang mengetuai panel itu berkata keputusan tersebut dicapai sebulat suara sambil berkata walaupun penukaran agama adalah isu yang menimbulkan perbalahan, namun keputusan mahkamah tidak dipengaruhi oleh kepercayaan agama.
Hakim Zainun yang menyampaikan penghakiman mahkamah berkata persetujuan daripada Indira Gandhi dan bekas suaminya Muhammad Riduan Abdullah, (dahulu dikenali sebagi K. Pathmanathan) adalah diperlukan sebelum sijil penukaran agama kepada Islam dapat dikeluarkan kepada ketiga-tiga anak mereka.
Beliau berkata pendekatan membenarkan penukaran agama anak atas persetujuan hanya satu pihak akan menimbulkan persoalan yang sukar.
"Penukaran kepada agama lain adalah keputusan penting yang mempengaruhi kehidupan seorang kanak-kanak kerana ia mengenakan satu set undang-undang peribadi yang baharu dan berbeza," kata beliau dan menambah adalah demi kepentingan kanak-kanak itu, persetujan dari kedua-dua ibu bapa harus diperoleh. (AA)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sengaja untuk membuka minda, tukar agama anak kepada Islam perlu persetujuan ibubapa, Islamikkah?
Lihat sebelum ini...
Sekarang dengan emak nya sekali kena kerja untuk menyara dan membesarkan anak..
ReplyDeleteAnak pun bawah umur.. yang masih tidak tahu apa-apa..
Islam itu adil.. setuju atau tidak perkara yang di sebut perlu di beri pertimbangan..
Bukan si ayah sahaja kena tunjuk baik nya Islam, kita pun sama lah menunjukkan Islam adalah agama yang baik.
Jangan si emak dan si ayah cuba mempengaruhi anak dengan anutan agama masing-masing sudah..
Mudah-mudahan satu hari si anak bertanya mengapa si ayah memeluk Islam..
Insya Allah..
Apa kao merapu ni. Baru telan pil kuda. Anak mimpi 15x ada jual pil kuda
DeleteApabila manusia diberi sedikit kuasa , mereka sudah pandai melawan Allah dengan menafikan hak Allah dan hambaNya dan perlembagaan negara yang menjamin hak agama Islam sebagai agama persekutuan dan hak umat Islam.
ReplyDeleteAdakah mereka masih berfikir mereka mampu menggunakan kuasa dunia yang fana untuk membatalkan perintah Allah di mahkamah Allah di Padang Mahsyar sedangkan bumi telah musnah semasa kiamat dan manusia yang memberi mereka kuasa pun sedang ketakutan menunggu giliran hukuman dari Allah?
Adakah mereka fikir mereka boleh menggunakan injuksi untuk membatalkan perintah Allah jika Allah mahu menghumbankan mereka ke dalam neraka?
Kalau dalam mahkamah ada pertolongan dan petunjuk nyata untuk hakim supaya buat keputusan, senang lah hakim menyempurnakan hak Allah.
DeleteTang hak hambaNya yang di sebut, tak termasuk si Ibu ke .. Kalau Orang Islam yang di maksudkan hamba Nya.. yang lain-lain tu hamba siapa ?
Hak agama Islam dah tetap dan tidak di usik. Ini kes anak bawah umur yang sebelumnya bukan beragama Islam.
Kes ini rumit apalagi dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia.
Kita kena berani menghadapi nya bukan sekadar menakutkan dengan kekuasaan Allah. Ini ujian bagi umat Islam.
Apabila seseorang telah menjadi Islam bukan mudah untuk tukar atau kembali ke agama asal. Sudah tentu si Ibu mengambil kira semua ini.
Apa kah solusi Islam dalam isu begini jika berulang lagi ?
Adakah Hakim-Hakim telah memohon petunjuk dengan melakukan solat pada malam hari ini ... ?
Masalahnya sekarang budak tersebut beragama Islam maka status Muslim budak itu dijamin odan dilindungi oleh perlembagaan negara yang melindungi agama Islam dan hak umat Islam.
DeletePerlembagaan Persekutuan artikel 121 (1A) telah menetapkan kuasa untuk menentukan status seseorang itu beragama Islam atau sebaliknya adalah bidang kuasa mahkamah Syariah bukan mahkamah sivil.
Maka mahkamah sivil tidak berhak campurtangan dalam bidang kuasa mahkamah Syariah!
Dari sudut agama Islam pula, agama kanak-kanak adalah Islam jika bapa atau ibu mereka memeluk Islam. Jika bapa memeluk Islam , maka semua anaknya akan beragama Islam mengikut nasab bapa!
DeleteSaya minta maaf kerana saya beranggapan Jan 29, 10 51 telah merujuk kepada 'mereka'
Delete' Mereka' pada saya ialah Hakim Mahkamah Persekutuan.
Jadi pandangan saya di ambil dari kedudukan Hakim yang membuat keputusan.
Sebelum kes ini, mahkamah pernah menolak satu kes yang sama dengan memutuskan Mahkamah tidak ada kuasa dan kes hendak lah di bicarakan di mahkamah Syariah.
Kes Wanita kembali ke agama asal nya juga di putuskan oleh Mahkamah Pulau Pinang.
Si Ibu yang buat tuntutan bukan beragama Islam dan anak yang masih kecil di Islam kan oleh si bapa. Kan saya kata kes ini rumit. Tak boleh setakat kata hak Allah lah atau membantah hak Allah lah..
Jadi ada dua set perundangan iaitu Sivil dan Syariah.
Tak silap pihak berkuasa agama juga hadir bersama defendan.
Macamana nak selesaikan... menurut Islam yang adil?
Jangan salah kan 'Mereka' yang menjalankan tugas termasuk pegawai Agama yang hadir.
Ini lah keadaan yang sebenar... Ini ujian bagi kita.
Nampak gaya nya semua kes di rujuk kepada Mahkamah Sivil.. Boleh atau tidak Mahkamah Syariah membatalkan pulak keputusan Hakim dari Mahkamah Sivil..?
Wallahuaklam.
Hakim liberal sekular tidak memperdulikan hak agama Islam dan hak umat Islam.
DeleteMalanglah manusia bodoh sombong yang hanya melihat kebenaran selepas mereka mati.
Pengomen ini,
ReplyDeleteJanuary 29, 2018 at 10:44 PM
January 29, 2018 at 11:30 PM
Nak komen tak tahu, dok merapu saja.
Makin jelas bengongnya!
hi hi hi