Saturday, January 20, 2018

Tun M Berjaya Tewaskan Anwar Sekali Lagi


Nik Abduh Nik Aziz

KUALA LUMPUR – Kejayaan terbesar Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam Pakatan Harapan bukan kerana berjaya melobi pimpinan tertinggi pakatan pembangkang supaya ‘angkat’ beliau sebagai calon Perdana Menteri jika Pakatan Harapan menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz sebaliknya berkata, kejayaan sebenar Mahathir dalam Pakatan Harapan adalah terus berjaya menumpaskan pencabar terkuatnya yang beliau sendiri pernah penjarakan satu waktu dahulu iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut beliau, kejayaan besar lain Mahathir selepas menyertai Pakatan Harapan adalah memastikan pakatan pembangkang melupakan tonik keramat ‘reformasi’ Anwar yang merupakan simbol penentangan keatasnya sejak tahun 1998.
“Kejayaan Mahathir apabila mereka (pakatan pembangkang) mampu untuk terus ditipu dengan taubat palsu yang bersalut keangkuhan. Kejayaan Mahathir hari ini adalah menghilangkan ketajaman perseteruannya dengan DAP yang dimusuhinya.
“Kejayaan Mahathir hari ini ialah membenam Parti Amanah Negara (PAN) ke dalam lumpur. DAP menyucuk hidung PAN lalu membiarkan Mahathir menariknya ke kubang lumpur. Berkubanglah di situ dengan penuh amanah kepada tuan yang melahirkanmu..,” katanya lagi dalam satu kenyataan baru-baru ini.
Mahathir yang diketahui memiliki dana yang besar berjaya mengangkat dirinya sebagai Pengerusi Pakatan Harapan hanya dalam tempoh beberapa bulan selepas menyertai gabungan parti pembangkang tersebut.
Beliau seterusnya berjaya melobi pimpinan tertinggi Pakatan Harapan supaya dicalonkan sebagai Perdana Menteri jika pembangkang menang PRU Ke-14 walaupun perkara itu dibantah penyokong pembangkang.
Pencalonan Mahathir sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan sekali gus mengenepikan dan menidakkan peluang ramai pemimpin lain yang telah bertahun-tahun bersama pembangkang.
“Itulah kejayaan Mahathir, mengulangi
kejayaannya dulu menubuhkan UMNO Baru untuk mengalahkan Tengku Razaleigh Hamzah. Dia meninggalkan UMNO untuk mengalahkan Pak Lah. Dia menubuhkan PPBM untuk mengalahkan Najib. Aksi terbaiknya kini ialah memenjarakan Anwar di dalam dan memenjarakan pengikutnya di dalam jeriji telunjuknya di luar. What a Kajang kick!!,” kata Nik Mohamad Abduh.
Nik Mohamad Abduh seterusnya mengingatkan Mahathir adalah punca kepada kerosakan negara disebabkan keangkuhan dan pemerintahan kuku besinya selama lebih 20 tahun sebagai Perdana Menteri.
Menurut beliau, Mahathir namun akhirnya mengalami kegagalan untuk terus mengemudi lalu meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan meninggalkan Malaysia dalam kesakitan dan kelesuan.
Beliau turut mengingatkan negeri Kelantan dibina lebih 20 tahun lalu di bawah tekanan tinggi dan serangan bertalu-talu tanpa balas kasihan Mahathir.
“Kelantan disisihkan dengan kebencian dan dendam kesumat seorang diktator yang tidak mampu melihat keupayaan orang lain turut membangunkan negeri dan negara,” katanya.
Sebelum ini, pemimpin Pakatan Harapan turut menggelar Mahathir sebagai bapa kepada segala penyamun dan melabelkan bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu sebagai firaun dan diktator yang menzalami rakyat.
Ramai daripada mereka termasuk Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Mohamad Sabu dan Rafizi Ramli bagaimanapun membuat pusingan U menyanjungi Mahathir hanya selepas beberapa bulan tokoh korporat dan politik kaya itu menyertai Pakatan Harapan.
Perubahan mendadak pendirian pimpinan tertinggi Pakatan Harapan keatas Mahathir itu mengelirukan sebilangan besar penyokong pembangkang dan tiada penjelasan yang rasional mengenainya dibuat hingga hari ini. – MYNEWSHUB.CC


Sama saja, DAP, UMNO, PAN, BERSATU..

12 comments:

Anonymous said...

Nik Abduh? Hmmm...

Anonymous said...

Cer baca analisa nie....

http://m.themalaymailonline.com/malaysia/article/despite-grand-ambitions-analysts-see-pas-even-losing-kelantan

Anonymous said...

Cara jawab macam anon yang balas komen saya selama ini.

Atau memang tahap pemimpin PAS sama dengan pengomen di sini.

Anonymous said...

Ini lah pandangan dari pemimpin PAS yang paling low class.

Menuduh Anwar tewas sedangkan Anwar langsung tak buat apa-apa kerana Anwar tidak boleh berpolitik. Bukan kah Anwar dalam penjara ?

Tewas atau tidak ialah antara regu MAHATHIR - WAN AZIZAH dengan NAJIB - HADI.

Abduh mungkin terlupa yang Presiden nya di selamatkan dengan sistem Cai. Lalu menuduh Mahathir telah melobi. Apa guna Mahathir melobi sedangkan Mahathir telah berpengalaman selama 22 tahun memimpin negara.


PAS keciwa apabila Mahathir sering serang Hadi dan bukan Hadi. Apabila tak mampu jawab soalan Mahathir iaitu adakah Mufti yang tidak menjadi ahli PAS juga kafir ?

Lepas ini PAS jangan nak tegur atau marah sekira nya Mahathir serang Hadi.

Sepatut nya Hadi guna anak dia serang Mahathir sepertimana Najib guna anak dia serang Mahathir. Anak Hadi pun macam Hadi ke .. penakut ?

Anonymous said...

Hadi menyindir Mahathir dengan isu Bahasa.

Adakah orang PAS reti baca artikel tersebut ?

Anonymous said...

Najib dah cakap,kalau jumpa ular dengan nik abduh bantai nik abduh dulu,setakat tumpang populariti bapa apa barang.

Anonymous said...

ANON January 20, 2018 at 9:38 PM

aKHIRNYA SEMUA SATU ORANG YG KOMEN DI ATAS, RUPANYA BARUA NAJIB, DAH TERIMA DEDAK NAJIB. tERSERLAH BODOH SENDIRI.

HE HE HE

Anonymous said...

Kejayaan nik bodoh ni..perabihkn beras dn menjahanamkn Pas.

Anonymous said...

Pas+Ikatan+Gagasan Sejahtera=PIGS?? kn ibnu hasyim

Anonymous said...

dAH SENDIRI BODOH, NAK KAITKAN DG ORANG LAIN.
bENGONG.. TAKUT TAK JILAT JUBOQ LGE. JUBOQ NQJIB.

MAKIN TAMBAH BENGONGNYA..

HE HE HE

Anonymous said...


Apabila tidak ada pengomen dari orang PAS yang setiap kali tanya mana bukti dan ia nya fitnah, adakah dia bukan peminat Abduh ?

Anonymous said...

Kita perlukan lebih ramai Abduh dalam parti Islam untuk menentang Pakatan liberal-kafir harbi yang menentang ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails