18 kali ganda keluasan tanah tambak projek Forest City telah digadaikan Malaysia kepada Singapura pada tahun 1990 dengan harga RM0.03 sen sekaki persegi - pemeteraian perjanjian empat hari sebelum Lee Kuan Yew melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri Singapura.
Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik BN (BNSC) Datuk Eric See-To Choong berkata, tanah berkeluasan 54,000 ekar itu adalah tanah sedia ada yang wujud di Johor dan jauh lebih luas daripada 3,459 ekar kawasan laut Johor yang ditambak bagi membangunkan projek Forest City.
Kata Eric, penjualan mega itu dibuat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad bersama Kuan Yew pada 24 November 1990 telah mengikat perjanjian pajakan selama 71 tahun dengan bayaran pendahuluan RM710 juta dan kadar sewaan bulanan RM0.03 sen bagi setiap kaki persegi.
Menurut jumlah yang dinyatakan Eric, bayaran tahunan pajakan Singapura kepada Malaysia untuk tanah berkeluasan 54,000 ekar tersebut adalah RM70,567,200.
"Tun Mahathir juga bersetuju dalam perjanjian 1990 itu bahawa pengambilan air oleh Singapura ialah dengan syarat tanpa had dan tidak lagi dihadkan kepada 250 juta gallon (1.14 bilion liter) sehari seperti yang pernah ditulis dalam perjanjian air Malaysia-Singapura tahun 1962," kata Eric dipetik kenyataan.
Kawasan bertanda hijau adalah kawasan yang dipajak Malaysia kepada Singapura.
Malaysia menandatangani perjanjian membekalkan air mentah kepada Singapura dengan harga 3 sen bagi setiap 1,000 gallin dan dibenarkan untuk menaikkan kadar selepas 25 tahun.
"Harga pengambilan air sehingga 250 juta gallon sehari yang dibayar oleh negara Singapura juga kekal pada harga 3 sen untuk 1,000 gallon (4,550 liter) yang ditetapkan pada perjanjian tahun 1962."
Tambahnya, Dr Mahathir enggan menaikkan kadar caj membekalkan air kepada Singapura pada 1987 sepertimana dibenarkan pada tahun 1962 menyebabkan harga berkenaan kekal 3 sen bagi setiap 4,550 liter air mentah sehingga tahun 2062.
"Berita tentang perjanjian ini disiarkan secara luas dan diraihkan sebagai suatu kejayaan di dalam media Singapura pada masa itu tetapi jarang dimaklumkan di dalam media arus perdana Malaysia sendiri.
"Akibat ini, tidak ramai orang Malaysia yang tahu tentang kewujudan perjanjian tahun 1990 ini," katanya.
Jelas Eric, Dr Mahathir menjual air mentah kepada Singapura pada harga murah dengan harapan negara berkenaan akan menjual semula air terawat kepada Johor pada harga rendah, namun sangkaan itu meleset.
"Oleh kerana sangkaan yang tidak menjadi itu, Malaysia tetap mengenakan harga 3 sen sehingga perjanjian ini tamat pada tahun 2062.
"Ini bermakna, Singapura hanya membayar RM7,500 untuk 250 juta gallon air setiap hari - cukup untuk 60% kegunaan harian seluruh Singapura".
Tambahnya, Malaysia sepatutnya meraih RM55.5 bilion hasil menjual air mentah kepada Singapura dengan kadar baharu, tetapi disebabkan Dr Mahathir enggan menaikkan caj tersebut, sumbangan Singapura kepada Malaysia dalam urusan pembelian air mentah cuma RM208 juta sepajang tempoh 1987 hingga 2062.
- mD
Lihat sebelum ini..
22 comments:
Hasil pajak/sewa tanah RM5.6 billion, tanah masih milik Malaysia. Bukan jual pun.
Tajuk menegelirukan kalau gadai makna tanah di gadai untuk dapat duit dan perlu bayar balik untuk tebus gadaian. Ini dipajak/sewa makna dibayar, tiap2 bulan dapat duit. Banyak beza nya.. kita hidup tak baik mengelirukan orang.
MAT SABU DULU KATA CHE DET KEPALA PEROSAK. MEMANG BENAR KATA MAT SABU. DULU ANWAR KATA CHE DET KORUP NEPOTISME DAN KORUP. LIM KIT SIANG PUN KATA SKANDAL FX DULU JADI TIME CHE DET.
KALU KASI PULANG ITU DUIT LA SEBAB ANWAR, MAT SABU DAN KIT SIANG BERCAKAP BENAR
Wah hebat pemimpin-pemimpin politik main wayang depan rakyat konon mahu mempertahankan kedaulatan negara hingga ke titisan darah yang terakhir.
Malangnya mereka sibuk menjual atau menggadai tanah kerajaan kepada rakyat asing dan kerajaan asing. Apakah jenis pemimpin ini? Lidah biawak?
Marilah kita sokong dan undi parti Islam pimpinan ulama Islam dalam PRU14.
Selama ni aku ingat Penyokong PAS benci fitnah tapi depa pulak yang membuat fitnah. Jangan guna Islam sebagai alat dagang.
Saudara Antifitnah, sekarang sebahagian besar pemimpin dan penyokong tegar PAS gemar memfitnah. Maka, elakkanlah daripada mengundi PAS. Rosak negara ini jika PAS memrintah. Rosak...
Betul tulisan yang mengelirukan. Habis pajakan lepas tu fasitas tu milik siapa? Tak cerita pon. Timbangan yang berat sebelah meka nie. Auk dikau.
Yaaaaa dulu 1999 Anwar kata Che Det jahat korup kroni dan bagai. Minta anti fitnah suruh Anwar tarik balik tuduhan
Dulu pemimpin parti roket kata MahaFiraun zalim tetapi sekarang pemimpin roket berkata MahaFiraun 'suci'. Siapakah pembohong?
'Anti Fitnah' sibuk memfitnah penyokong PAS. Ptui !
Sebahagian besar? Mana bukti? Dakwaan tanpa bukti adalah fitnah. Mahligai dan Anti Fitnah adalah kepala bapak penjaja fitnah.
jawab ni aku copy dari malaysiakini. Internet Address dia ada kat bawag ni. Sindiri baca la broooooooooooooooooo. Takkan Malaysiakini bohong kot. Malaysiakini kan jadi kitab ikutan PH terutama sekali PAN
https://www.malaysiakini.com/news/341421
Anak-anak ahli politik Malaysia dalam Panama Papers
Pada 2013, Malaysiakini melaporkan Mirzan memiliki syarikat Crescent Energy Ltd, Utara Capital Ltd dan Al Saad Investments Pte Ltd. Semuanya berpangkalan di Labuan.
Dalam Panama Papers, Mirzan - pernah seketika menjadi pengarah syarikat Filipina, San Miguel Corp, sehingga April 2010 - disenarai memiliki sebuah firma di Kepulauan British Virgin pada 8 Mac 2002.
Bagaimanapun firma itu - Sergio International Ltd - dianggap tidak aktif pada 1 November 2006 dan dibubarkan pada tahun sama.
Mirzan, memiliki ijazah sarjana pengurusan perniagaan dari Universiti Wharton, kini ketua pegawai eksekutif Crescent Capital iaitu sebuah syarikat pegangan pelaburan dan perunding pelaburan.
Malaysiakini menghubungi Mirzan melalui Crescent Capital dan seorang wanita yang mendakwa sebagai seorang pengarah syarikat itu memberitahu, anak Dr Mahathir itu memang tidak terlibat dalam Crescent Capital.
"Kami boleh mengesahkan sepenuhnya Mirzan tidak terlibat atau ada kaitan sama sekali dengan Sergio International Ltd dan entiti luar pesisir itu juga tidak mempunyai sebarang hubungan dengan Crescent Group of Companies.
"Saya berminat untuk mengetahui bagaimana Mirzan disenarai sebagai pengarah atau pemegang saham Sergio ketika dia tidak memberikan sebarang kebenaran untuk itu," katanya.
Pengarah itu yang enggan dinamakan menambah, Crescent tidak tahu pun kewujudan syarikat Sergio International Ltd sehingga dia dihubungi Malaysiakini.
Namun wanita itu memberitahu Mirzan ada memaklumkannya dua pemegang saham Sergio International Ltd pernah menghubunginya antara tahun 2000 hingga 2002 untuk memulakan perniagaan landskap.
"Tetapi kami tidak mempunyai sebarang rekod mengenai perniagaan itu - sama ada menjadi kenyataan atau tidak, kami tidak tahu. Semuanya sangat pelik," katanya.
Read more at https://www.malaysiakini.com/news/341421#ArP7S73RVrdy8Qq6.99
kat Sini ada bahlul2 PAN yg menyalak. Pdahal DAP, Bersatu dan PKR tak pandang pun kat PAN ni. Apa la bodoh macai2 PAN menyalak kat sini. pemimpin kamu tu teruk kena buli dgn PH tauuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu
https://aidcnews.wordpress.com/2018/01/10/amanah-tewas-sebelum-masuk-gelanggang-pru-14-dr-kamarul/
Amanah Tewas Sebelum Masuk Gelanggang PRU 14 – Dr Kamarul
Seronok juga melihat cara parti-parti dalam Pakatan Harapan memfaraidkan sesama mereka 65 kerusi Parlimen Semenanjung Malaysia yang ditandingi oleh calon-calon PAS sewaktu PAS bersama di dalam Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 dahulu.
Paling menyedihkan tentulah AMANAH yang para pemimpinnya sebelum ini berdegar-degar melaungkan ke seluruh negara kononnya AMANAH akan mengambil-alih tempat PAS di dalam Pakatan Rakyat dahulu dengan menandingi kerusi-kerusi yang PAS tandingi.
Walhasilnya, daripada 65 kerusi Parlimen Semenanjung Malaysia yang ditandingi oleh calon-calon PAS yang PAS tandingi dahulu, AMANAH hanya diberikan 25 kerusi sahaja (38%), berbanding 35 yang diberikan kepada PPBM, 4 kepada PKR dan 1 kepada DAP.
Markah 38% yang diperolehi oleh AMANAH ini adalah bukti nyata kegagalan awal AMANAH di dalam misi yang dilaung-laungkannya untuk kononnya menggantikan peranan PAS di dalam Pakatan Harapan dengan konsep Islam Rahmatan lil ‘Alaminnya.
Agihan kerusi Parlimen Semenanjung Malaysia ini menunjukkan betapa AMANAH diperbudak-budakkan oleh rakan-rakannya dalam Pakatan Harapan sehingga menyebabkan pemimpin AMANAH meluahkan kekesalan mengenai mereka terpaksa berkorban.
Keluhan Pengerusi AMANAH Johor, Aminolhuda Hasan, di dalam portal berita Free Malaysia Today, mencerminkkannya: “Hanya Amanah yang sanggup berkorban untuk gabungan pembangkang tetapi parti komponen lain hanya memikirkan kemahuan sendiri.”
Kata Aminolhuda mengenai agihan kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, “Kita (AMANAH) korbankan satu-satunya kerusi Parlimen yang ada di Wilayah Persekutuan untuk PPBM walaupun PKR ada lebih daripada 1 kerusi Parlimen di sana.”
Begitu juga dengan agihan kerusi Parlimen di Johor dalam mana Aminolhuda berkata: “Di Johor, DAP ambil alih Parlimen Ayer Hitam daripada AMANAH hanya kerana DAP perlu bertanding 1 kerusi lebih daripada jumlah kerusi yang akan ditandingi MCA.”
VIDEO KONGRES PASMA KAT YOUTUBE. KAH KAH KAH. SILA LAYARI DAN KETAWAKAN PAN-PASMA-IKRAM
https://www.youtube.com/watch?v=xel_o8b3tIE
18th Pasma national congress
Kesian parti liberal kuali telah dikhianati oleh sekutu kafir harbi dan liberalnya sendiri. Menangis air mata darah pun tiada gunanya.
Kesetiaan parti liberal kuali kepada pemimpin parti perkauman roket telah dibalas dengan pengkhianatan roket dan rakan sekutu liberal.
Kita yakin parti roket sendiri tidak mempercayai parti liberal kuali kerana pemimpin liberal kuali sendiri pernah mengkhianati parti Islam.
Apa salahnya pengkhianat dikhianati oleh sekutunya sendiri. Sendiri mau ingatlah !
Kah kah kah ....Padan muka! Parti liberal kuali kena kencing kaw kaw dengan sifu roket dan sekutu liberal sendiri. Hancing ! Inilah balasan untuk pengkhianatan kuali kepada parti Islam.
Dulu berlagak seperti ayam laga berkokok megah keliling kampung tetapi ekor penuh taik. Sekarang sudah jadi ayam kena taun.
Kesian parti kuali dan NGO Ikelam dikencing oleh sifu banglo terlajak diskaun. Itulah nasib pengkhianat !
yang pandai akan menilai hingga hadam, begitu juga yang bahalol...
terpulanglah... tp beri orang minum dari hasil sebegini merupakan ehsan yang patut didokong
oleh ramai pemimpin... cumanya, kepimpinan singapura tidak memahami erti ehsan dalam kehidupan ini...
mengukur pada timbangan dunia...
begitu juga pak lebai... jgn pandai teori agama sahaja... praktikalny mcm hapa tah..
cakap kasar... pung pang2 mcm mercun... tp hapah pun tarak...
Macai kuali masih tidak sedar diri dikencing oleh sifu rojet.
Kesian macai kuali pung pan pung pan menyokong sifu roket memfitnah parti Islam.
Hari ini boss dan barua kualu berbau hancing dikencing oleh sifu roket dan sekutu parti liberal.
Kepada anon Jan 10 9.37,
Kalau kita tak suka pada fitnah, jangan pulak kita buat fitnah dan selepas tu, kita kata kita yang paling alim, hebat, ...
Hujahlah dengan sebaik-baiknya. Kalau tak mampu berhujah dan dikuti dengan meludah mcm org makan sirih, sedarlah kita pada tahap mana nilai ilmu dan nilai diri anda.
Harap maaf ya. Saya dari muda mengikuti kuliah TG Haji Hadi di Masjid Rusila tapi saya bukan manusia yang mem"BABI" BUTA mcm KAU.
Anti Fitnah berlagak 'suci' dalam tahi. Komen kamu jelas memfitnah penyokong PAS. Ini bererti kamulah yang memBABI BUTA membuat dakwaan karut tanpa bukti!
Berhujah dengan sebaik-baiknya konon. Mana bukti kamu konon penyokong PAS memfitnah dan menggunakan Islam sebagai dagangan?
Kamu boleh membuat pelbagai dakwaan seperti kononnya kamu dari muda mengikuti kuliah TGHH di masjid Rusila. Mana bukti yang menyokong dakwaan kamu?
Kamulah yang memBABI BUTA. Konon berhujah dengan baik tetapi komen tahap bodoh bertingkat!
Post a Comment