Friday, January 26, 2018

Umno-BN &PAN Berpakat Di Kelantan? -Dr Kamarul Zaman

Oleh 
DR KAMARUL ZAMAN YUSOF 

AGAK mengelirukan kenyataan Ketua Umno-BN Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Penyampaian Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia (BKAP1M) di Sekolah Kebangsaan (SK) Meranto, Gua Musang, semalam, 25 Januari 2018.

Seperti yang dilaporkan oleh akhbar Sinar Harian, Tengku Razaleigh dipetik sebagai berkata, "kita  tiada  masalah  kerana  kita  akan  sokong siapa  sahaja  yang  menentang  seteru  kita", yang diterjemahkan oleh pemberita akhbar itu sebagai membawa makna “BN akan menyokong siapa sahaja yang menentang seteru parti termasuk PAN”.
Sementara agak jelas bahawa istilah 'seteru parti' yang disebut oleh Tengku Razaleigh adalah merujuk kepada “PAS”, agak kurang jelas:
Apakah istilah "kita tiada masalah” dan “kita akan sokong” yang disebut oleh Tengku Razaleigh adalah merujuk kepada 'Umno-BN Gua Musang' sahaja atau 'Umno-BN Kelantan' mahupun 'Umno-BN Malaysia'?
Apakah bentuk sokongan yang akan Umno-BN berikan kepada PAN yang tergambar di dalam ayat “kita akan sokong siapa sahaja yang menentang seteru kita" yang disebut oleh Tengku Razaleigh ?
Apakah kenyataan Tengku Razaleigh ini petanda wujudnya pakatan antara Umno-BN dan PAN di Kelantan? Dan apakah implikasi kewujudan pakatan antara Umno-BN dan PAN di Kelantan ini, jika ia benar, kepada bentuk hubungan antara Umno-BN dan PAN di Pusat? 
Agak melucukan juga bila dalam keadaan PAS yang sering diuar-uarkan oleh PAN sebagai mahu ber-UG dengan, atau menyokong serta mempertahankan, Umno-BN, tiba-tiba pemimpin Umno-BN sendiri menyebut mengenai pakatan antara Umno-BN dan PAN.HARAKAHDAILY  26/1/2018

9 comments:

Anonymous said...

Ibenu, kalau aku jumpa kamarulzaman mmg aku luku2 kepala beliau! Dr cap ayam!

_peminat hadi bewang_

Anonymous said...

Kah Kah Kah...... Barua DAP dah panas pabila rahsia sudah bocor!

Anonymous said...

Barua dedak roket 2:19pm sakit mental kronik.

Anonymous said...

Selama ini barua dedak roket ternakan parti kuali sibuk menggunakan UG untuk memfitnah parti Islam pimpinan ulama Islam.

Wah sekarang sudah terbongkar selama ini parti kuali ber'UG' dengan parti keris. Jelas parti kuali bersikap curang main kayu tiga terhadap towkay dedak cap roket kerana towkay dedak roket telah menyamun kerusi parti kuali.

Anonymous said...

Parti kuali ber'UG' dengan parti keris. Maka terbuktilah parti Islam PAS tidak ber'UG' dengan parti keris.

Ini bererti parti kuali sanggup berkerjasama dengan musuh supaya cita-cita parti kafir harbi roket untuk menghapuskan parti Islam tercapai.

Anonymous said...

Pan memg berug dng umno klantan untuk jatuhkan kerajaan islam kelantan. Dari tertubuhnya pan rakyat dah tahu dari fitnah yang ditaburkan kpd pas dengan tujuan untuk tumbangkan kerajaan islam kelantan. Sekarang pengasas umno baru dah bersama dng ph untuk menguatkan lg gerakan kerjasama umno pan kelantan. Niat mereka hanya untuk mengalahkan kerajaan islam kelantan sebab hanya kelantan saya diperintah oleh kerajaan islam dari parti pas.

Anonymous said...

Pas parti dajjal


_peminat hadi bewang_

Anonymous said...

Barua dedak roket 3:27 hanya pandai memaki hamun dan menjilat towkay dedak cap roket. Ini membuktikan barua ini tidak bermoral dan dia bencikan ajaran Islam yang diperjuangkan oleh parti Islam.

Anonymous said...

Kalau betul apa salahnya, drp menyokong lebai klepet baik Kita sokong ketua penyamun

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails